Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Barang Runcit

29 January 2008 |

Jom Jimat

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Sebelum ini, saya telah menulis mengenai tip jimat letrik. Saya telah bahagikannya kepada 2 siri. Bagaimana dengan tips tersebut, adakah anda sudah mencubanya?

Emm..Mungkin ya dan mungkin tidak kot ;)

Apa pun jawapan anda, tidak mengapa. Ini kerana anda boleh membacanya bila-bila masa di blog ini:) Tapi kalau lagi cepat anda baca, maka lagi cepatlah anda boleh bermula untuk menjimatkan bil letrik anda! Tak gitu?

Orait lah. Tutup dulu cerita pasal jimat letrik. Mari kita beralih ke tip jimat yang lain pula. Kali ni saya bawakan anda pula langkah-langkah praktikal untuk menjimatkan barang runcit.

Maklumlah, sekarang ni harga barang memang akan sentiasa naik, tak pernah pun turun:( Ye tak? Mahu tak mahu kita mesti menghadapinya dengan cara yang bijak dan praktikal:)

Bagaimana tu ekk?

Hah! Itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulis lagi di sini. Marilah kita bersama-sama menjadi pengguna yang bijak!

Tanpa berlengah lagi, ayuh kita mulakan! Jom-Jimat:0 dengan mempraktikkan langkah-langkah di bawah untuk menangani kenaikan barang runcit;

Tip Jimat 1:

Mula-mula anda belajar lah memasak. Kurangkan kekerapan makan di luar. (Bagi yang tak tahu memasak saja, jika dah pandai masak, bagus dan tahniah diucapkan!)

Tip Jimat 2:

Rancang dan senaraikan perbelanjaan barang runcit yang perlu dibeli. Jika anda biasa berbelanja seminggu sekali, rancang dan senaraikan perbelanjaan yang perlu untuk seminggu tu.
Psst...pastikan anda utamakan barang yang perlu saja.

Tip Jimat 3:

Masak mengikut keperluan. Sebagai contoh, ambilkira bilangan ahli keluarga yang akan makan bersama dan masak dengan kadar yang berpatutan. Jangan terlampau banyak dan jangan pula terlampau sedikit.

Tip Jimat 4:

Jangan terlebih masak sesuatu masakan. Sebagai contoh, jika anda memasak sup sayur atau sayur goreng, pastikan ia tidak terlampau masak kerana segala vitamin, zat dan mineral akan hilang. Jadi agak sia-sia lah anda makan jika khasiatnya dah hilang:[

Tip Jimat 5:

Simpan dan jangan dibuang lebihan bahan mentah yang masih boleh diguna pakai. Cari dan kumpul resipi yang berkaitan. Sebagai contoh, anda boleh gunakan minyak lebihan dari menggoreng ikan masin. Kemudian anda gunakan minyak tersebut untuk menggoreng nasi. Ummph..pasti sedap nasi goreng tu!
Psst...pastikan lebihan minyak tu anda simpan secara bertutup dan diletakkan di dalam bekas yang bersih:)

Tip Jimat 6:

Pastikan anda menikmati sajian pada kadar yang berpatutan. Jangan makan berlebihan. Selain tidak membazir, anda juga secara tak langsung telah mengawal berat badan dan menjaga kesihatan! Anda sedar tak selama ni;) Kalau tak sedar, mulai sekarang anda mesti sedar tau.

Tip Jimat 7:

Kurangkan makanan yang berlemak, kolestrol tinggi dan makanan pencuci mulut yang mahal.Ia sebenarnya tidak memberi sebarang faedah malah mendatangkan banyak masalah. Sekali-sekala teragak mungkin tidak mengapa, tapi yang penting anda mesti berusaha untuk menjauhi tabiat tersebut secara perlahan-lahan.

Tip Jimat 8:

Didik dan latih anak anda untuk makan mengikut keperluan. Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit dulu, jika perlu barulah tambah. Jangan biarkan mereka ambil makanan dalam jumlah yang banyak, lepas tu bila tak habis...terbuang macam tu jer. Membazir tu:(

Tip Jimat 9:

Jika anda ada binatang peliharaan, beri ia makan lebihan makanan mentah yang anda dah tak pakai lagi atau sisa makanan anda yang masih elok. Pastikan anda berikan makanan yang masih elok, jika tidak boleh bawa mudarat pula pada binatang tersebut.
Psst...maklumlah makanan kucing sekarang ni pun makin mahal, jadi anda berilah apa yang boleh diberi..janji rock ia masih elok lagi.

Tip Jimat 10:

Elakkan makan makanan ringan yang tak berkhasiat dan tidak memberi sebarang munafaat pada tubuh badan anda. Cuba jauhinya sejauh yang mungkin!

Tip Jimat 11:

Kurangkan gula dalam minuman atau masakan tetapi tambahkan manis dalam senyuman:) Kurangkan juga penggunaan perasa tambahan dan bahan yang pewarna.

Huhh! Lengkapkan sudah 11 langkah praktikal untuk menjimatkan penggunaan barang runcit di rumah anda.

Namun, ia tidak berakhir di sini, ini hanyalah permulaan. Banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama pada masa akan datang.

Pastikan anda terus bersama saya di sini untuk mendapatkan tip seterusnya:p

Ahaah! Sampai bertemu lagi.

Wassalam.

Jom Jimat

Sambungan 18 Lagi Tip Jimat Elektrik

22 January 2008 |

Bagaimana dengan tip jimat elektrik sebelum ni? Adakah anda telah membaca dan mempraktikkannya:) Kalau dah..anda memang betul-betul mahu jimat elektrik. Bagus lah tu.

Tahniah diucapkan!

Tapi...jika belum, saya harap anda akan praktikkannya secepat yang mungkin. Apa yang penting mesti cuba, tak gitu?

Seterusnya saya ingin menyambung pula tip jimat elektrik seterusnya. Ok, saya harap anda dapat baca dengan santai, ok. :)


Tip Jimat Elektrik 12:

Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.


Tip Jimat Elektrik 13:

Elakkan 'over dry' pakaian anda.

Kenapa agaknya tu?

Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya- benang jahitan lebih mudah tertetas.


Tip Jimat Elektrik 14:

Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang 'reflective' untuk 'ceiling' serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.


Tip Jimat Elektrik 15:

Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.


Tip Jimat Elektrik 16:

Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.


Tip Jimat Elektrik 17:

Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. He...he...Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.


Tip Jimat Elektrik 18:

Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut.

Pssst...Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni?

Terutamanya mase nak baca suratkhabar waktu malam:(


Tip Jimat Elektrik 19:

Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.


Tip Jimat Elektrik 20:

Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.


Tip Jimat Elektrik 21:

Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.

Pssst...Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik.


Tip Jimat Elektrik 22:

Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.


Tip Jimat Elektrik 23:

Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?


Tip Jimat Elektrik 24:

Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung 'frame' gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.


Tip Jimat Elektrik 25:

Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.

Pssst..Nanti jangan pula anda mengeluh bilik tak sejuk-sejuk, walhal dah berjam-jam 'air-cond' di'on' kan.


Tip Jimat Elektrik 26:

Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microwave' sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.


Tip Jimat Elektrik 27:

Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik. :p


Tip Jimat Elektrik 28:

Semak bil letrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektik atau elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.


Tip Jimat Elektrik 29:

Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkannya di >> SINI


Wah! Nampaknya hari dapat juga kita berkongsi pelbagai tips lagi. Lepas ini anda bolehlah cuba dan praktikkan ya. Mulakan dengan sikit-sikit dulu. Amalkan yang mana termampu.




Saya pun belum termampu buat kesemuanya lagi. Masih banyak lagi yang kurang. Apa yang boleh, saya buat. Saya pun manusia biasa je. Cuma di sini saya ingin menyebarkan ilmu dan maklumat yang ada yang boleh disampaikan kepada anda.

Mudah-mudahan dengan menulis di sini, saya dapat 'refresh' balik dan berkongsi dengan anda semua.



Jom Jimat Elektrik!

11 Tip Jimat Elektrik

19 January 2008 |

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjimatkan bil elektrik. Sama ada di rumah, pejabat, kelas ataupun di mana-mana saja yang boleh. Tip yang akan anda perolehi sebenarnya adalah sesuatu perkara yang amat ringkas dan mudah.

Mungkin ada kalanya saudara terlepas pandang atau memandang remeh kepada tip yang akan saya nyatakan di bawah kelak. Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya mampu mempengaruhi kadar bil elektrik anda setiap bulan.


Saya percaya anda semua pernah dengar peribahasa 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit' kan? Jadi saya harap anda jangan hanya fokus peribahasa ini dalam usaha mendidik anak-anak atau diri sendiri mengenai pentingnya menabung, tapi juga dalam usaha berjimat cermat... Betul tak??


Buat permulaan, saya akan senaraikan 11 tip ringkas untuk jimat elektrik;


Tip Jimat Elektrik 1:

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.


Tip Jimat Elektrik 2:

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.


Tip Jimat Elektrik 3:

Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.


Tip Jimat Elektrik 4:

Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.


Tip Jimat Elektrik 5:

Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.


Tip Jimat Elektrik 6:

Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.


Tip Jimat Elektrik 7:

Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.


Tip Jimat Elektrik 8:

Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.


Tip Jimat Elektrik 9:

Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.


Tip Jimat Elektrik 10:

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.


Tip Jimat Elektrik 11:

Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.


Tip Jimat Elektrik 12:

Bersambung.....He..he..jangan marah:)

Macamana dengan semua tip di atas? Semoga lepas baca, harap anda dapat mempraktikkannya.

Once more, jangan lupa praktikkannya tau:p


Ahaah! Harap 11 tip jimat elektrik di atas dapat menambahkan pengetahuan anda dalam usaha berjimat cermat.

Atau untuk lebih menjimatkan bil elektrik dengan lebih efisien, bacalah panduan jimat elektrik di rumah.



Sekian dulu untuk kali ini, sampai bertemu di lain waktu.

Wassalam.

Selamat Menyambut Hari Asyura 1429

18 January 2008 |

Salam Ceria Semua.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Asyura kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.

Buat yang menetap di Malaysia, 10 Muharram 1429 jatuh pada hari Sabtu bersamaan 19 Januari 2008. Hari tersebut juga dikenali sebagai Hari Asyura.

Seperti yang diketahui umum, pada hari tersebut, perkara yang 'best' tentulah dapat menikmati juadah bubur Asyura yang lazat tu.

Tapi bukan itu sebenarnya yang saya nak coretkan di sini. Apa yang ingin saya kongsikan ialah amalan sunat yang boleh kita lakukan pada 10 Muharram ni.

Antaranya ialah:

1. Memakai celak mata.
2. Mandi sunat hari Asyura di pagi hari.
3. Puasa sunat 10 Muharram.
4. Bersedekah terutama kepada anak yatim dan individu yang memerlukan.
5. Menyapu kepala anak-anak yatim.
6. Berbelanja lebih dari biasa untuk keluarga.
7. Menziarahi orang yang sakit.
8. Membaca tasbih 'HasbiAllahhu wanikmal wakil nikmal maula wanikman Nasir'sekurang-kurangnya 70 kali.

Harap ia dapat diamalkan dan dimanfaatkan bersama. Sekiranya ada yang tersilap atau terkurang harap anda dapat memberi sebarang komen dengan klik 'comments' di bawah.

Ahaah! Sekian saja buat kali ini, sampai bertemu di lain hari.

Wassalam.

Selamat Datang ke Blog Jom Jimat

17 January 2008 |

Jom Jimat

Assalamualaikum dan Salam Ceria Rakan Internet Sekalian...

Terlebih dahulu, saya rasa bersyukur kepadaNya kerana dapat mewujudkan blog ini untuk tatapan anda semua. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada anda kerana sudi singgah ke sini. Harap dapat terus memberi sokongan yer:p

Justeru itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kunjungan anda ke sini tidak sia-sia. Saya cuba..try..test..yang terrbaik! Bukan baik punya cilok tau!!

Melalui blog ni, saya akan menulis mengenai hal-hal yang berkaitan dengan jimat cermat. Tak kiralah apa sahaja tips, langkah, cara, panduan, rahsia dan alat hebat untuk membantu anda berjimat dalam mengharungi kehidupan seharian. Yang penting Jimat Tak Nak Rugi, kan!?

Kalau ada perbincangan lain tetapi ada kaitan sikit-sikit, harap anda dapat terima dengan hati yang terbuka yer. Bukan apa, di sini saya akan dedahkan cara untuk berjimat-cermat hasil dari pembacaan, pengalaman, pemerhatian, pendapat individu yang terlibat atau mungkin idea-idea yang terlintas di fikiran. Tapi saya akan memastikan setiap idea tu bernas, praktikal atau pun ada kebenarannya. Boleh kan?

Suka saya ingatkan di sini, setiap individu mempunyai pendapat yang berlainan atau pun cara pemikiran yang berbeza. Mungkin tak semua yang dipaparkan di sini sesuai atau praktikal kepada anda. Ini kerana kita hidup atau dibesarkan dari latarbelakang yang berbeza. Jadi setiap individu mungkin mengalami situasi yang berbeza. Setuju tak??

Jadi jika anda ada sebarang komen, saya amat mengalu-alukannya. Klik jer kat perkataan 'comment' kat bawah skali untuk memberi komen. Kalau tak setuju janganlah marah kat saya yer. Saya bukanlah professional dalam bab ni, tapi hanyalah seorang manusia biasa yang mahu memaksimumkan tahap jimat. Selagi boleh jimat, kita jimat. Betul tak? Tapi bukan Haji Bakhil tau. He..he..he.

Kalau boleh, jadikanlah blog ini sebagai medium untuk kita berkongsi pengetahuan, bersama-sama mengupas persoalan atau memberi cadangan yang bermanfaat tentang bagaimana nak berjimat pada zaman yang serba-serbi kena pakai duit nih!!Arghh! Mungkin ada yang mengeluh dan 'tension' dek kerana duit sentiasa tak cukup dan macam air mengalir jer. Isk..isk..sedih betul la!

Ok lah, harapan saya agar blog ini boleh dijadikan platform untuk anda mendapatkan manfaat yang berguna. Sekali-sekala, saya juga akan membuat selingan agar anda tak jemu di sini. Kalo jemu gak, tak dapek den nak nolong! He..he. jangan marah:)

Selingan tu mungkin saya akan membuat sikit review atau ulasan mengenai apa-apa maklumat atau produk-produk yang saya jumpa di internet nih! Manalah tau ia amat berguna kepada anda! Siapa tahu??

Akhir sekali, jangan lupakan kewujudan blog ini dan saya amat mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Ahaah! Sampai bertemu (macam tajuk lagu Erra Fazira la pulak) di lain waktu. Jika tiada aral, saya akan kembali. Tunggu!!

Wassalam.

Jom Jimat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...