Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Petrol (Jom Jimat)

28 February 2008 |

Jom Jimat

Hai! Salam Ceria Semua...
Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat supaya dapat mengikuti dan mengetahui tip jimat terbaru dari blog jom jimat;p

Hari ini, saya ingin berkongsi mengenai tip jimat petrol. Sebut saja pasal petrol ni, mesti ramai setuju yang kenaikan harganya memang membebankan!

Mana taknya, boleh dikatakan setiap hari kita gunakannya baik untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, pasar dan pelbagai destinasi lagi. Betul tak?

Untuk itu, saya akan senaraikan beberapa tips mudah dan ringkas untuk jimat petrol;p

Tip Jimat 1:

Fikirkan dulu semasak-masaknya, "adakah anda perlu menaiki kenderaan untuk ke suatu tempat tu?"

Contoh: katakan anda nak ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah, perlukah naik kereta atau motor?
kalau nak jimat, anda boleh jalan kaki atau pun berbasikal. Amacam, selain berjimat boleh gak bersenam sikit;p

Tip Jimat 2:

Pilih laluan pintas untuk ke sesuatu tempat. Kurangkan kilometer, lebihkan penjimatan:)

Tip Jimat 3:

Rancang jadual perjalanan sebaik mungkin. Dengan sekali perjalanan, anda sudah mampu untuk melaksanakan semua tugas atau hal sekaligus.
Ingat, jangan dok kalut @ kelam kabut. Nanti satu kerja pun tak jadi!

Contoh: katakan hari ini ada lima perkara yang perlu anda buat seperti bayar bil, beli barang dapur, isi minyak kereta, hantar anak ke sekolah dan perbaharui lesen memandu.
Rancang perjalanan dengan buat apa yang perlu didahulukan dan disusuli dengan perkara yang lain. Kalau boleh jangan suka berpatah balik (sekali jalan jer). Ingat, kurangkan kilometer, lebihkan penjimatan;p

Tip Jimat 4:

Nak jimat lagi? Pastikan perjalanan anda pada waktu lengang dan ketika kurang kenderaan di jalanraya. Bila tu? Pastikan anda membuat kajian mengikut tempat masing-masing. Biasanya dengan membuat perjalanan lebih awal sikit dari kebiasaan.

Tip Jimat 5:

Membuat pembelian secara online. Ini memang betul-betul jimat. Jimat petrol, masa dan tenaga. Anda tak perlu keluar ke mana-mana asalkan ada komputer dan capaian internet. Anda juga perlukan akaun bank yang boleh berurusan secara online seperti maybank2u.com. Semua transaksi terus di depan skrin komputer anda. Anda hanya perlu tunggu pesanan sampai ke rumah anda;p

Baiklah, sampai di sini dulu tip jimat petrol untuk kali ini. Saya akan sambung lagi pada pertemuan akan datang. Pastikan anda melanggan blog jom jimat jika mahu mendapat tip jimat terkini;)

Ahaah! Sampai bertemu di lain waktu yer. Tunnggu!

Wassalam.

Jom Jimat

Tip Jimat Barang Runcit Siri 4

22 February 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria..

Hari ini kita teruskan topik perbincangan tip jimat barang runcit untuk siri yang terakhir;(
Bagaimana dengan anda semua? Jika sudah bersedia...Ayuh kita mulakan sekarang;p

Tip Jimat 27:

Senaraikan, pilih yang mana perlu dan beli barang keperluan yang memiliki X-Factor (bukan group penyanyi X-Factor yang pernah popular dulu tu).

Maksudnya - beli barangan yang mampu memberikan sesuatu yang lebih kepada kita atau mempunyai nilai tambah.

Contoh - jika nak beli makanan, belilah makanan yang mampu memberi kesan baik terhadap tubuh kita seperti makanan yang mengandungi protein, vitamin, kalsium, zat besi dll. Bak kata orang serba lengkap untuk diet seharian;p

Faedahnya - makanan sebegitu memang diperlukan tubuh kita dan membantu kita menjalani kehidupan seharian secara optimum.

Kesannya - makan makanan yang berkhasiat = tak perlu vitamin tambahan + dapat mengelakkan penyakit + tak payah jumpa doktor selalu + hidup sihat & keluarga bahagia:)

Tip Jimat 28:

Buat sedikit analisis di antara satu jenama dengan jenama yang lain. Perhatikan kandungan berat berat bersih dan pilih yang mana lebih menguntungkan.

p/s: pastikan juga ia halal!

Tip Jimat 29:

Buat perbandingan setiap barangan yang sama tetapi berlainan cara pembungkusan atau cara penyediaannya.

Contoh - buat perbandingan harga barangan antara yang dalam tin, sejukbeku(frozen), kering atau pun basah.

Anda boleh pilih yang sesuai dengan keperluan dan situasi anda sekeluarga asalkan ia tetap menjimatkan.

Tip Jimat 30:

Anda boleh juga membeli sesuatu barangan secara terus dari pembekal.

Contoh - Katakan anda nak membeli sayur. Di kawasan perumahan anda, kebetulan ada seseorang yang memiliki kebun sayur. Apakata anda terus membeli sayur dan melanggan sayur dari beliau? Tentu lebih segar dan menjimatkan!

Tip Jimat 31:

Jikalau anda sudah biasa melanggan di sesebuah kedai, jangan lupa minta diskaun;)
Lebih-lebih lagi kalau keadaan sesuatu barang tu agak kurang molek atau cacat sedikit tetapi masih boleh digunakan.

Contoh - Anda nak beli susu pekat dalam tin. Kadangkala keadaan tin ada yang dah kemek dan agak teruk sikit kemeknya dari yang lain.
Jadi pandai-pandailah ayat tauke kedai tu, minta diskaun sikit;p

p/s - biasanya kalau kedai runcit atau pasaraya yang kat taman perumahan, anda boleh tawar-menawar kalau kena caranya.

Nampaknya, sampai di sini dulu yang dapat saya kongsikan dengan anda mengenai tip jimat barang dapur ni.
Mudah-mudahan anda dapat manfaat setelah mempraktikkannya.

Jika anda ada sebarang cadangan, tambahan dan sebarang komen, anda amat dialu-alukan.

Pada masa akan datang, saya akan kongsikan tip jimat yang lain pula yer;p Jadi, tuunnnggu dan jangan lupa singgah ke sini lagi.

Ahaah! Sampai bertemu di lain waktu.

Wassalam.

Jom Jimat

Tip Jimat Barang Runcit Siri 3

16 February 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria di hujung minggu..

Jom kita sambung terus ke tip jimat barang runcit seterusnya. Mudah-mudahan anda yang bercadang hendak membeli-belah barang dapur kat Giant, Tesco, Carrefour atau di mana saja dapat mempraktikkan apa yang telah dibaca dan bakal anda baca selepas ini:p

Tip Jimat 23:

Anda digalakkan membeli barang runcit yang dipakai setiap hari dan tahan lama dalam kuantiti yang banyak (mengikut kadar penggunaan anda sekeluarga).
Contoh: jika anda memasak setiap hari, digalakkan membeli bawang, sayur, minyak masak dll keperluan pada kuantiti yang banyak.
Sebab apa?? barang yang dipakai setiap hari akan cepat habis, jika beli sikit kena selalu pi kedai, kalau selalu pi kedai = buang masa + buang tenaga + buat duit minyak ++
psss..lebih kurang macam tu lah maksudnya;p

Tip Jimat 24:

Kalau boleh, abaikan segala makanan ringan + kurang berkhasiat + tidak berzat, minuman ringan dan yang berkaitan. Bukannya apa, dah lah mahal lepas tu boleh menjejaskan kesihatan pulak.
Dalam jangkamasa pendek, mungkin tak nampak sangat kesannya...tapi dalam jangkamasa panjang siapa tahu?? Tuhan saja yang tahu.

Kisah benar:

Hari ini saya nak ceritakan sedikit satu kisah benar yang telah menimpa rakan saya pada beberapa tahun lepas. Beliau masih muda lagi, umurnya baru awal 20-an dan seorang yang sangat aktif bersukan dan memang 'fit' orangnya! Setahu kami, beliau memang sihat dan tak de penyakit!
Maklumlah usia masih muda dan cergas pulak tu.
Tapi arwah ni ada satu tabiat yang memang menjadi kebiasaan dan tak sah hidupnya kalau tak buat sesuatu benda.

Apa dia benda tu agaknya??
Setiap kali selepas bersukan, beliau amat gemar meminum sejenis minuman bergas jenama tut...( tak boleh sebut, nanti kena saman pulak!)

Tabiat ni memang menjadi amalan dan berlanjutan selama beberapa tahun. Akhirnya beliau telah disahkan menghidapi penyakit...(saya kurang ingat nama penyakit tersebut) dan selang beberapa bulan kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Saya dan rakan-rakan lain amat bersimpati dengan nasib beliau yang menjadi harapan keluarga dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sebenarnya tujuan paparan di atas bukanlah saya nak menakut-nakutkan atau memboikot minuman bergas tapi sebaliknya anda ambillah iktibar dari kejadian tersebut.

Apa yang boleh saya katakan seelok-eloknya tinggalkan tabiat meminum minuman bergas. Kalau tak terdaya, anda boleh mengurangkan kadar pengambilannya secara perlahan-lahan.

Bagi saya, saya memang telah meninggalkan tabiat meminum minuman bergas sebelum pemergian sahabat saya tu lagi. Kalau minum pun amat jarang sekali, dalam setahun mungkin sekali-dua jer.

Ok lah berbalik pada tip seterusnya.

Tip Jimat 25:

Jika di rumah anda ada sedikit kawasan untuk bercucuk tanam, boleh lah tanam apa yang patut seperti sayuran, serai, buah-buahan dll yang sesuai dengan keluasan yang ada.

Tip Jimat 26:

Apa kata anda membeli-belah di kedai runcit biasa seperti yang terdapat di persekitaran rumah anda. Melainkan barang yang anda perlukan tu tiada di situ, barulah anda beralih ke pasaraya.
psst..bukannya apa harga barang kat pasaraya biasanya mahal sikit.
Kadangkala, harga di kedai runcit lebih murah dan kadangkala tak juga:(

Sebab itulah saya pernah beritahu yang anda perlu bijak membuat perbandingan harga sebelum ni:p

Baiklah sampai di sini saja dulu buat kali ini. Pastikan anda dapat "tangkap" tip di atas. Mungkin ada yang sesuai dan sebaliknya. Tapi pastikan anda berfikir secara bijak yer:p

Apa-apa pun selamat membeli-belah kepada anda yang merancang berbuat demikian pada hujung minggu ini:) Sebelum membeli, pastikan hanya yang terbaik buat anda sekeluarga yer!

Ahaah! Sampai bertemu di lain waktu.

Wassalam.

Jom Jimat

Tip Jimat Barang Runcit Siri 2

12 February 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria Semua...

Kepada anda yang baru pertama kali di sini, selamat datang ke dunia "tip jimat". Anda akan disajikan pelbagai info yang ringkas, mudah dan praktikal.

Setelah agak lama tidak menyambung tip jimat barang runcit, kini ia kembali menemui anda:) Jadi, apa tunggu lagi! Teruskan pembacaan anda yer.

Tips Jimat 12:

(Saya) Kementerian Kesihatan, Doktor dan Iklan di tv sering menasihati dan menyeru agar katakan tak nak pada rokok. Jadi, sahutlah cabaran ini dengan berhenti merokok!
pssst...Merokok ni lagi banyak keburukan dari kebaikan!

Tip Jimat 13:

Mendidik anak-anak dengan membekalkan makanan dan minuman ke sekolah. Jika mahu, anda yang berkerjaya pun boleh mencontohi langkah sebegitu.

Tip Jimat 14:

Perhatikan tarikh luput dan periksa keadaan sesuatu barang sebelum membeli. Pastikan ia berkeadaan baik dan lebih elok jika tempoh tarikh luputnya masih lama.

Tip Jimat 15:

Rajin-rajinlah membuat perbandingan harga di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Jadilah pengguna yang "smart" dan "brilliant".
psst..Jika semua orang begini, gerenti semua peniaga akan berusaha untuk memberi nilai yang terbaik kepada pengguna!

Tip Jimat 16:

Sentiasa membeli yang perlu sahaja seperti yang anda dah tulis dalam "list" tu, tandakan mana yang dah "settle". Jangan mudah terpedaya dengan promosi "PWP" (Purchase with Purchase). Itu semua taktik nak menarik duit anda ke kantung poket mereka je.
pssst...kepada semua peniaga "jangan marah yer"

Tip Jimat 17:

Apabila anda nak membeli belah, pastikan makan dulu di rumah. Dah kenyang baru lah gi "shopping".

Tip Jimat 18:

Jika boleh, jangan bawa anak semasa nak "shopping". Bukannya apa, budak-budak ni kekadang tidak memahami keadaan ekonomi kita. Jadi, untuk mengelakkan lari "budget" tinggalkan mereka bersama isteri anda atau pun pembantu rumah.

Tip Jimat 19:

Kadang-kadang, anda sesetengah pasaraya akan memberi kupon diskaun atau "point" setelah anda membeli di premis mereka. Jadi, gunakan kupon itu sebaik mungkin!

Tip Jimat 20:

Ambil kesempatan untuk ber"shopping" ketika "sale". Pilih barang yang betul-betul murah dan bukannya diskaun 50%-70% tetapi harga masih sama dengan tempat lain.
pssst...inilah pentingnya anda membuat perbandingan harga antara kedai seperti tip jimat 15.

Tip Jimat 21:

Sebelum meninggalkan kaunter pembayaran, pastikan anda semak sama ada "cashier" tu ada buat kesilapan atau tidak, ada terkurang atau terlebih bayar?. "Cashier" ni pun manusia biasa gak, kekadang buat silap.

Tip Jimat 22:

Jangan mudah terpengaruh dengan produk baru atau "diperbaharui" atau "diperkaya dengan vitamin" atau "formula baru". Kadangkala produk ni pek jer baru tapi kualiti masih sama... takpun kualiti dan kuantiti makin kurang!! Anda perlu peka dan jangan mudah terpedaya dengan pek atau bekas yang cantik, menarik dan tertarik. Duit anda yang tertarik lagi anda la! He...he...

Orait lah. Cukup sekadar di sini dulu buat kali ini. Oktant akan sambung lagi topik berkenaan tip jimat barang runcit ni pada siri akan datang.

Banyak lagi perkara yang ingin dicurahkan sebenarnya. Tapi masa amat mencemburui kita. Jadi pastikan anda meluangkan sikit masa bersama Oktant yer.

Ahaah! Sampai bertemu lagi.

Wassalam.

Jom Jimat

Promosi "Rahsia Perniagaan Digital"

01 February 2008 |

Jom Jimat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bagaimana cuaca di tempat anda hari ini? Keadaan di sini hujan sejak dari waktu solat Jumaat lagi.
Namun ia merupakan satu rahmat yang patut kita syukuri. Betul tak?

Terlebih dulu saya mohon maaf kerana hari ini saya tidak dapat sambung mengenai tips jimat barang runcit.

Mengapa dan apa sebabnya ya?

Jeng...jeng...jeng... Sebenarnya hari ini saya ingin mewar-warkan kepada anda bahawa rakan saya iaitu saudara Zamri Nayan telah melancarkan satu produk digital khas untuk rakyat Malaysia!

Kenapa ia khas buat rakyat Malaysia?...Kerana ia diterbitkan dalam Bahasa Malaysia:p

Apakah produk yang dimaksudkan?

Ia adalah sebuah e-book "Rahsia Perniagaan Digital".

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai produk tersebut, lebih baik saya memperkenalkan dahulu siapa penulisnya ya:)

E-book "Rahsia Perniagaan Digital" ditulis oleh saudara Zamri Nayan. Beliau berasal dari Pulau Pinang merupakan seorang pakar di dalam pemasaran internet di Malaysia dan telah berpengalaman dalam bidang ini selama 5 tahun.
Beliau juga telah menghasilkan pelbagai produk berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara seperti Rahsia MLM.

Anda sudah mengenali penulisnya? Baiklah..sekarang saya akan menerangkan secara ringkas dan padat mengenai produknya pula.

Anda sudah bersedia? Sebelum tu, tarik nafas sedalam yang mungkin.....dan hembus perlahan-lahan.

Macamana, lega tak? Kalau dah lega jom kita mengupas lebih lanjut tentang produk "Rahsia Perniagaan Digital" ni.

Secara asasnya, melalui produk ini, anda akan mempelajari satu cara ringkas dan efektif untuk memperolehi pendapatan berterusan secara online.

Di dalam e-book setebal 42 mukasurat ini anda akan dapat;

1. Pendedahan rahsia menjual produk informasi dan memasarkannya ke pasaran tempatan.
2. Mengetahui cara mendapatkan produk informasi tempatan dengan murah untuk dijual di internet.
3. Mengetahui cara menerima pembayaran melalui Internet.
4. Pelajari kaedah mencipta pelbagai saluran pendapatan melalui internet tanpa mengeluarkan banyak produk.
5. Menjana pendapatan bulanan yang berterusan.
6. Membina sebuah sistem menjana keuntungan daripada produk front-end dan back-end dengan mudah.
7. Menggunakan usaha orang lain untuk menggandakan pendapatan internet anda.
8. Pelbagai lagi ilmu serta bonus bermanfaat untuk pembeli.

Selain itu, beberapa orang pakar pemasaran internet terkenal juga telah memberikan testimoni yang poitif terhadap produk ini seperti;

1. Gobala Krishnan

Saya memperolehi USD7776 dalam masa 4 bulan dengan menjual sebuah e-book 12 mukasurat di dalam pasaran tempatan dengan menggunakan beberapa teknik yang diajar oleh Zamri Nayan di dalam e-booknya "Rahsia Perniagaan Digital".
Betul! Anda boleh menjana pendapatan dari Internet di dalam pasaran tempatan, tetapi ianya hanya separuh daripada rahsianya.
"Rahsia Perniagaan Digital" mengetengahkan maklumat yang lebih mendalam dengan menunjukkan anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan secara berterusan dengan menambah beberapa trik yang hebat.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca ebook ini!

2. Sabri (SaifulSham)

Inilah yang saya panggil "Eagle-eye view of Internet Marketing". Zamri Nanyan telah menulis dengan padat apa yang boleh dilakukan di dalam perniagaan Internet dan caranya untuk berjaya.
Apabila bercerita tentang perniagaan Internet, kebanyakan usahawan Internet tempatan akan merujuk kepada Zamri Nanyan. Pengalaman dan keupayaan beliau bekerja bersama ramai usahawan terbaik dari serata dunia adalah sesuatu yang kita boleh pelajari dan manfaatkan.
Di dalam panduan ini, beliau memudahkannya dan juga mengajar bagaimana untuk memaksimumkan hasil usaha kita.
Segalanya ada disini dan sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi pelajar beliau, anda mesti mempunyai panduan ini.
"It's an eagle view, after that it depends on you how high you want to fly."

Selamat berjaya!

Jika anda ingin mengetahui keseluruhan testimoni yang ada sila rujuk di http://www1.bisnesdigital.com


Namun, sebab utama saya membuat post pada hari ini ialah;

"Jika anda membuat pembelian di antara 1-3 Febuari 2008, anda akan mendapat diskaun sebanyak 23.33%"

Selepas jam 12.00 tengah malam 4 Febuari 2008, harga akan dinaikkan serta merta. Jadi fikirkanlah tawaran ini sebaik mungkin dan buat keputusan bijak sementara masih sempat.

Untuk mendapatkan e-book "Rahsia Perniagaan Digital" pada harga promosi iaitu RM30 atau USD9, sila klik pada banner di bawah:



dan anda akan selangkah menuju ke destinasi kejayaan:p

Selamat Maju Jaya dari saya.

Akhir kata, saya akan menyambung kembali tips jimat barang runcit pada post yang akan datang.

Tunggu ya!

Ahaah, jika tiada aral sampai bertemu lagi di lain waktu.

Sekian, wassalam.

Jom Jimat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...