Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Petrol Siri 5

28 March 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria dan Hello Semua,

Pada kali ini, saya akan meneruskan kesinambungan tip jimat petrol. Mengikut perancangan saya, ini adalah siri terakhir tip jimat petrol...
Tapi saya suka-suka sengaja meletakkan "siri 5" atas satu sebab.

Apakah sebabnya yer?

Manalah tahu jikalau ada lagi idea yang boleh dikongsi, saya akan sambung sebagai siri 6 pula;p

Tanpa berlengah, jom kita teruskan tip seterusnya...

Tip Jimat 24:

Sebagai pemandu yang sejati, pastikan mata anda sentiasa peka pada persekitaran sekeliling.

Tujuannya supaya dapat bertindak sewajarnya. Maklumlah, atas jalan raya macam-macam boleh berlaku.
Kekadang, kita leka sesaat sahaja pun boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak kita jangkakan.

Nanti tak pasal-pasal kita terpaksa mengeluarkan belanja pada perkara yang tak termasuk dalam budget, ye tak?

Seperkara lagi, latih kaki anda agar banyak bersabar. Kalau boleh jangan asyik nak tekan minyak @ tambah kelajuan pada tempat atau situasi yang tak memerlukan kita memandu laju.

Apa-apa pun, pastikan anda memandu dalam keadaan berhati-hati dan tenang ya!

Tip Jimat 25:

Untuk lebih kilometer dan memanjangkan hayat tayar, selalulah memeriksa "alignmet" tayar kenderaan anda.

Tip Jimat 26:

Di samping itu, cuba elakkan mengisi petrol terlalu penuh.

Tujuannya - jikalau anda melalui kawasan berbukit-bukau, dikhuatiri petrol akan menitis atau tertumpah keluar.

Al-maklumlah, harga petrol bukannya murah...rugi tu!!

Tip Jimat 27:

Katakanlah sekarang anda sedang melalui kawasan berbukit-bukau. Dari jauh anda dah nampak bagaimana keadaan bukit yang bakal ditempuhi tu.

Sekarang ni, anda mestilah bersedia. Jika "line clear", tambahkan kelajuan anda sebelum menyusuri kawasan berbukit tu.
Kekalkan kelajuan anda sehingga sampai ke puncak.

Elakkan menambah kelajuan ketika sedang mendaki bukit. Ini kerana penggunaan petrol yang berlebihan akan berlaku di situ!

Sewaktu menuruni bukit, barulah anda boleh mengurangkan kelajuan dengan selamba.

Tip Jimat 28:

Seperti biasa, jangan lupa merekodkan penggunaan petrol anda. Mungkin boleh direkodkan secara bulanan atau pun mingguan. Terpulang pada keselesaan anda.

Dengan merekodkan penggunaan petrol mungkin anda akan mendapat sesuatu penemuan berharga.
Melalui analisis yang anda buat, mungkin akan muncul idea-idea baru secara tiba-tiba.
Siapa tahu? Cuma anda saja yang tahu...kan!

Yelah, biasanya kalau kita benar-benar mahu berjimat macam-macam idea boleh timbul secara tiba-tiba!

Baiklah para pembaca yang budiman, sehingga hari ini itulah perkara-perkara yang termampu saya kongsikan bersama anda berkenaan tip jimat petrol.

Saya harap ada di antara anda yang dapat manfaat dari semua tip yang telah dinyatakan di atas dan pada post-post yang terdahulu.

Akhir kata, pada post akan datang saya akan berkongsi tip jimat yang lain pula.

Ahaah! Jumpa lagi di lain waktu dan sampai bertemu kembali.

Wassalam.

Jom Jimat

Tip Jimat Petrol Siri 4

20 March 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Mnurut kalendar Islam, hari ini bersamaan dengan 12 Rabiul Awal yang merupakan tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Kepada seluruh umat Islam Selamat Menyambut Maulidur Rasul diucapkan.

Untuk hari ini, saya nak sambung sedikit berkenaan tip jimat petrol.

Tip Jimat 18:

Ketika memandu, pastikan kaki kanan digunakan untuk menekan pedal minyak atau brek.

Terdapat kajian yang mengatakan penggunaan kaki yang salah boleh menyebabkan;
1. Penggunaan gas yang berlebihan.
2. Mengelakkan penggunaan brek secara berlebihan tanpa disengajakan.

Tip Jimat 19:

Penukaran ke gear yang bersesuaian secepat mungkin.

Tip Jimat 20:

Jika anda perlu memotong kenderaan di hadapan dan keadaan memang mengizinkan, sebaiknya anda terus memotong. Jangan tunggu terlalu lama.

Tip Jimat 21:

Sebaik-baiknya, pastikan kenderaan anda di'tuned' untuk penggunaan petrol yang lebih ekonomi serta menjimatkan.

Tip Jimat 22:

Set brek kenderaan anda pada keadaan yang sesuai. Ini penting supaya ia dapat mengurangkan rintangan.

Tip Jimat 23:

Penggunaan warna juga penting. Untuk cuaca panas seperti di Malaysia, sebaiknya anda memilih warna yang lembut atau muda untuk luaran dan dalaman kenderaan.

Tujuannya supaya ia dapat memantulkan cahaya dan haba.

Penggunaan cermin gelap juga boleh menghalang peratusan kemasukan cahaya atau haba yang berlebihan ke dalam kenderaan.

Baiklah saudara-saudari sekalian, sampai di sini dahulu dari saya.
Selamat Bercuti dan jumpa lagi di lain hari.

Wassalam.

Jom Jimat






Tip Jimat Petrol Siri 3

13 March 2008 |

Jom Jimat

Salam Bahagia & Selamat Bertemu Kembali,

Pertemuan kita pada kali ini masih lagi berkisar tentang "tip jimat petrol." Semoga anda dapat luangkan sikit masa untuk baca tips seterusnya.

Tip Jimat 11:

Kalau anda nak berhenti sebentar (kira-kira lebih 30 saat), seeloknya matikan enjin kenderaan. Enjin akan lebih ekonomi jika dimatikan dan dihidupkan semula.

Tip Jimat 12:

Pandulah secara tenang dan konsisten. Elakkan dari asyik nak tukar kelajuan tak tentu pasal.

Lihat dan peka dengan keadaan sekeliling. Tahu bila waktu perlu perlahan, berhenti dll.

Contoh: Jangan berhenti mengejut! Terutamanya apabila berdepan dengan lampu isyarat atau kawasan sekolah (pelajar melintas).

Tip Jimat 13:

Rajin-rajinlah periksa tekanan tayar. Pastikan tekanan tayar dalam julat yang disyorkan.
Waktu sesuai untuk periksa tekanan tayar ialah waktu pagi atau malam.

Tip Jimat 14:

Guna penghawa dingin atau "aircond" bila perlu saja. Jika tidak, lebih baik tutup "aircond" dan buka tingkap.

Tip Jimat 15:

Anda dinasihatkan supaya elakkan memasang sebarang alatan yang melawan rintangan angin seperti kotak mengisi barang atau "luggage rack".

Tip Jimat 16:

Jangan lupa mendengar radio untuk info trafik terkini! Memudahkan anda merancang perjalanan atau ikut jalan alternatif "short cut" jika laluan asal sibuk.

Tip Jimat 17:

Tutup ketat semua penutup yang ada di kenderaan anda. Langkah ini nampak remeh, tapi pastikan anda tak mengabaikannya!

Baiklah, ini saja yang sempat saya kongsi bersama buat kali ini. Nanti saya sambung lagi pasal tip jimat petrol ni.

Jadi, jangan lupa singgah lagi;)

Ahaah! Sampai bertemu lagi dan have a nice day!

Wassalam.

Jom Jimat

Menarik Cuti Sekolah - Kursus Motivasi dan Kemahiran Belajar

10 March 2008 |

Salam Ceria di musim cuti sekolah,

Terlebih dahulu, saya mohon maaf kerana off-topic pada post kali ni. Sempena musim cuti sekolah ni, saya baru sahaja mendapat satu berita baik daripada seorang sahabat. Beliau juga meminta saya mewar-warkannya demi kebaikan pelajar sekolah yang sedang bercuti nih!

Yup! Berita gembira yang dinantikan telah tiba;) Khusus buat pelajar sekolah dan para ibu bapa yang penyayang serta prihatin amnya.

Saudara Osman Affan merupakan seorang "Professional Trainer" akan mengadakan kursus sehari berkenaan motivasi dan kemahiran belajar. Ia terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Saudara Osman Affan ialah lulusan BA (Hons) Accounting & Finance dari University of Plymouth, UK dan telah memperolehi Master of Education (Counselling & Guidance) dari UIA, Malaysia.
Dari segi pengalaman menganjurkan kursus pula, beliau bukan sahaja aktif menganjurkan kursus di peringkat sekolah malah turut mengendalikan kursus untuk pelajar kolej dan universiti.

Apa yang bakal dikupas oleh beliau di dalam kursus tersebut?

Tema kursus ini ialah keceriaan, keriangan dan kecemerlangan.

Ia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Membina minda seorang pelajar cemerlang.
2. Menguasai 3 teknik utama kemahiran belajar.
3. Mendisiplinkan diri dengan pengetahuan psikologi peperiksaan.

Untuk maklumat lanjut, lawati dengan penuh semangat di http://www.smartstudy.com.my

Kepada yang berminat, harap dapat bertindak segera kerana kursus yang terdekat ialah:

A. Pelajar sekolah rendah (darjah 4, 5 dan 6) pada hari Sabtu, 24 Mei 2008.
B. Pelajar sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5) pada hari Ahad, 25 Mei 2008.

Kursus bertempat di Conference Room, Ground Floor, Research Management Centre (berdepan perpustakaan) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.
Proses pendaftaran bermula seawal jam 8.15 pagi.
Kursus akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Yuran penyertaan sebanyak RM170.

Peserta akan mendapat buku "Menjadi Remaja SmartStudy-Kemahiran Belajar", salinan e-book "7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan", alat tulis, nota dan sijil penyertaan!

Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang juga disediakan.

Ya! Masa semakin suntuk dan boleh daftar segera di http://www.smartstudy.com.my demi kebaikan anak-anak anda!

Namun, jika anda tidak berkesempatan menghantar anak anda menghadiri kursus motivasi dan kemahiran belajar pada kali ini, anda cuma perlu ingatkan perkataan Smart Study.

Semoga ia "melekat di fikiran anda" gitu;p

Jika terlupa, anda boleh kembali ke blog ini;

- pergi ke bahagian Jom Jimat Label dan klik
- pilih dan klik Kursus Motivasi dan Kemahiran Belajar
- anda akan dibawa ke page ini dan klik link http://www.smartstudy.com.my
- anda akan dipacu terus ke destinasi yang dituju!

Baiklah, tujuan paparan di atas hanyalah sebagai memenuhi sebahagian tanggungjawab saya terhadap masyarakat umum demi kemajuan generasi akan datang!

Selamat berkursus dan semoga apa yang bakal dipelajari dapat diamalkan sepanjang masa!

Ahaah! Sampai bertemu lagi dengan tips jimat petrol pada post akan datang;)

Wassalam.

Tip Jimat Petrol Siri 2

07 March 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria Semua

Untuk hari ini, saya akan sambung berkenaan dengan tip jimat petrol. Harap coretan ringkas ini dapat memanfaatkan kita semua yer.

Tip Jimat 6:

Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan sekolah, anda tentunya akan mendaftarkan anak anda ke sekolah tu. Betul tak?
Jadi anda boleh ambil peluang ini dengan mendidik anak anda agar jalan kaki ke sekolah atau pun menaiki basikal.
Beri mereka pendidikan asas tentang peraturan jalanraya dan panduan melintas jalan.

Tip Jimat 7:

Jika anda sering membuat perjalanan secara solo aka sendirian, lebih jimat jika menggunakan pengangkutan awam seperti bas. Mungkin ia lebih murah?
p/s: banyakkan berdoa jika naik bas ekspress ni yer. Mudahan selamat sepanjang perjalanan:)

Tip Jimat 8:

Jangan amalkan membawa lebih muatan. Pastikan ia tak melebihi bilangan penumpang yang dicadangkan oleh pengeluar kereta anda.

Tip Jimat 9:

Kurangkan kelajuan. Cara memandu yang konsisten sepanjang perjalanan membantu menjimatkan petrol anda. Pastikan tidak memandu mengikut perasaan dan kawal diri anda yer.
Jangan amalkan memandu dalam keadaan tergesa-gesa gak;p
Tips yang ni, mungkin ramai yang kurang setuju kot. Terutamanya orang muda?

Tip Jimat 10:

Jangan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama. Teknologi kini direka aka di'design' untuk memulakan perjalanan dengan cepat.
Cukup sekadar memanaskan enjin tidak lebih 30 saat.

Baiklah, saya ingin meminta diri dulu. Nanti saya akan sambung lagi.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, selamat mengundi pada 8 Mac 2008 dan undilah secara bijaksana. Keputusan di tangan anda semua!

Ahaah! Sampai bertemu lagi di lain waktu.

Jom Jimat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...