Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Membeli Pakaian Siri 3

29 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sempena hari Selasa ni, saya akan terus menyambung tip jimat membeli pakaian untuk siri ke-3. Tip kali ini agak mudah dan biasa-biasa jer. Jadi, kepada anda yang dah tahu anggaplah ia sebagai "refresh" jer, ok. :)

Tip pertama, saya mencadangkan anda yang ada kemahiran menjahit bolehlah menjadi "tailor" kepada diri sendiri dan keluarga. Contohnya menjahit pakaian sekolah anak-anak, baju kurung dan baju melayu.

Tentunya lebih jimat, betul tak? Lepas tu, jika ada lebihan kain perca bolehlah diguna untuk kegunaan lain seperti sarung bantal dan sebagainya.

Selain itu, mungkin ada di antara golongan wanita yang lebih selesa menyembat baju kurung sendiri. Lebih selesa dan sedap dipakai katanya:)

Kemudian, tip ini juga ditujukan pada golongan wanita. Elakkan memilih fabrik dari jenis "dry cleaning". Ini kerana anda perlu hantar ke dobi setiap kali nak mencucinya. Biasanya fabrik "dry cleaning" ni "design" atau coraknya agak cantik. Cuma setahu saya, fabrik jenis ini memang tak boleh dibasuh tangan. Tu yang leceh skit. Jadi, jika anda betul-betul nak jimat kos, lupakan saja hasrat untuk membelinya.

Seterusnya, saya nak sentuh bab kasut pula. Untuk jangka hayat kasut yang lebih lama, saya cadangkan anda memiliki sekurang-kurangnya dua jenis kasut untuk sesuatu tujuan.

Contohnya kasut untuk ke tempat kerja. Katakan anda memakai kasut A pada hari Selasa dan kalau boleh pakailah kasut B pada hari Rabu.

Tujuannya: Pemakaian secara selang seli iaitu sekurang-kurangnya 24 jam akan memberikan lebih kelegaan pada kasut tersebut. Sekiranya anda tidak memberi kelegaan kepada sesuatu kasut itu, maka kebarangkalian untuk ia tahan lama agak tipis.

Di samping itu, penampilan luaran sepasang kasut itu juga perlu diambil kira. Untuk sentiasa kelihatan baru, lebih bermaya dan bersinar, rajin-rajinkanlah tangan anda untuk selalu mengilatkannya:)

Kalau boleh tetapkan jadual untuk menggilap kasut tersebut. Jangan biarkan keadaan kasut tu sampai melarat. Contohnya seminggu sekali ke atau ikut cara pemakaian setiap individu itu sendiri.

Ahaah! Itu saja buat kali ini dan jumpa lagi;)

Sekian, terima kasih.

Jom Jimat

Ribuan Dollar Bakal Menjadi Milik Anda

24 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Apa khabar anda di sana? Harap semuanya dalam keadaan baik:) Hari ini saya akan kongsikan satu lagi edisi demam giveaway. Nilai produk yang ditawarkan hampir mencecah 11 ribu dollar. Ia dianjurkan oleh Sean Wu, seorang pakar "Tag and Ping" dari Thailand. Seperti biasa, semuanya akan diberikan secara percuma jika anda mendaftar di sini.

Baiklah, dengan menyertai demam giveaway yang dinamakan Operation Black Box ini, anda akan diberi produk seperti:

Step #1: Laying the foundation for outstanding success.

Step #2: Explode your income and kickstart your internet presence with "virtual real estate".

Step #3: Turbocharge your traffic and income further with blogs and RSS.

Step #4: Create your own products and build your list for your explosive income.

Step #5: Add video content to your sites or create video products for even more profits.


dan beberapa lagi produk yang boleh membantu anda mempelajari ilmu pemasaran internet.

Jika anda mahu melihat produk selebihnya di samping boleh jimat duit poket anda, sila klik banner di bawah ni;


Click Here to Get $10,686.84+ in Premium Marketing Products... FREE!



Akhir kata, itu saja dari saya untuk anda semua. Semoga anda dapat manfaat darinya.

Ahaah! Salam jimat dari saya dan sampai bertemu kembali.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jom Jimat

Tip Jimat Membeli Pakaian Siri 2

23 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Selamat bertemu kembali di tip jimat membeli pakaian. Gembira tak terhingga rasanya dapat melihat anda di sini:)) Atas sebab itulah, saya akan menyambung lagi tentang tip membeli pakaian.

Pada kali ini, saya masih lagi ingin memperkatakan tentang tempat yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli pakaian. Macam mana nak tahu tempatnya? Salah satu daripadanya ialah melalui membelek-belek iklan di akhbar.

Suratkhabar masih merupakan satu medium terbaik untuk melihat iklan jualan murah. Ooh, maksud saya jualan murah yang berkaitan dengan pakaianlah yer;p Walaupun tak selalu ada iklan mengenainya, tapi saya yakin ia mampu memberi sedikit nilai jimat pada anda. Terutamanya kepada yang benar-benar memerlukan.

Tentang iklan yang lain tu, saya kurang pasti la pulak. Harap maaf yer, iklan lain saya tak sempat nak kaji lagi. He..he...

Dari pengamatan saya, akhbar yang sering memaparkan jualan penghabisan stok berkaitan pakaian ialah Harian Metro dan The Star. Oops..ni bukan nak promote tau. Kebetulan saya memang selalu baca di sini dan perasaan kedua-dua akhbar ni ada mengiklankan jualan penghabisan stok. Kalau anda ada terperasaan di akhbar lain, anda boleh tambah....ok.

Kalau tak silap saya, ada dua iklan yang berkaitan jualan penghabisan stok ni. Pertamanya, anjuran GME. Biasanya diadakan di Terminal 3, Subang. Tapi kekadang ada juga dibuat di tempat berlainan. Keduanya, saya tak ingat pihak yang terbabit...tetapi ia biasa diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Jika dilihat secara kasar, jualan penghabisan stok ni menawarkan barangan berjenama pada harga yang agak rendah. Pernah dan selalu perasaan yang diskaun yang ditawarkan mencecah 90 peratus. Wow!

Tapi pada hakikatnya, anda perlu lebih berhati-hati. Tak semua tawaran itu sesuai dengan anda. Apa yang lebih penting, andalah perlu bijak memilih. Teliti dulu keadaan pakaian tersebut, adakah ia sempurna atau dah reject. Jangan dah sampai kat rumah baru terperasaan. Alamak! Sayang semuanya sudah terlambat:(( Kwang..kwang..kwang..

Baiklah, saya nak kongsi sedikit pengalaman mengenai jualan penghabisan stok yang pernah saya kunjungi.

Memang terdapat pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari biasa. Ada yang harganya kurang sikit jer dan ada juga yang jauh lebih murah:)) Ada barangan yang berkualiti dan ada yang biasa-biasa saja.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah apabila anda ingin mengunjungi ke tempat tersebut, pertimbangkan perkara-perkara di bawah:

1. Untuk mendapat pelbagai pilihan baik dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya, datang awal. Maksudnya datang pada hari pertama atau hari kedua selepas pelancaran jualan penghabisan stok itu.

2. Senaraikan apa tujuan anda ke situ. Contohnya nak beli apa? Apa yang anda perlu dan jangan mengikut nafsu.

3. Pastikan saiz yang dipilih bersesuaian. Cuba dulu sama ada ia selesa atau tidak. Jangan terlalu ghairah dengan harga yang murah, warna dan corak yang menarik atau nampak stylo jika dipakai.

4. Pastikan bajet anda mencukupi. Jangan terlebih bajet. Buruk padahnya nanti:((


Setakat di sini dahulu pesanan saya pada kali ini. Mungkin tidak begitu banyak tip jimat yang dapat dikongsikan. Maklumlah,ini saja yang termampu dicurahkan. He..he..
Cuma saya harap anda dapat jugak lah sedikit sebanyak info tentang lokasi jualan murah atau jualan penghabisan stok untuk membeli pakaian ni.

Ahaah! Sampai jumpa lagi di lain waktu dan ketika.

Sekian, wassalam.

ps: Kepada pihak Harian Metro, The Star, GME, Terminal 3 Subang, Amcorp Mall PJ dan pihak lain yang tidak disebutkan, paparan di atas tiada sebarang niat atau maksud untuk memburuk-burukkan mana-mana belah pihak.

pps: Ia hanyalah sekadar pengalaman dan perkongsian pandangan dari penulis kepada umum. Semoga ia tidak memudaratkan dan mengancam mana-mana belah pihak. Malah saya berharap jika ada kekurangan, sama-samalah kita memperbaikinya.

ppps: Jika ada pihak yang terasa terancam, saya terlebih dulu memohon maaf. No hard feeling, ok.

Larian Obor Olimpik Berjalan Lancar di Kuala Lumpur

22 April 2008 |

Salam Ceria,

Hari ini, saya sekadar ingin menulis tentang Larian Obor Olimpik yang telah selamat dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 21 April 2008. Menurut wartawan, tiada sebarang kekacauan dilaporkan. Cuma empat orang warga asing ditahan kerana menunjuk perasaan. Namun, mereka kemudiannya dibebaskan sejurus selepas pihak polis mengambil keterangan.

Sukan Olimpik 2008 ini akan berlangsung di Beijing. China merupakan negara Asia ketiga yang diberi penghormatan menganjurkan temasya empat tahun sekali ini selepas Jepun (1964) dan Korea Selatan (1988). Upacara perasmian akan diadakan pada 8 Ogos depan. Manakala upacara penutup pula akan menyusul pada 24 Ogos 2008.

Untuk makluman anda, negara kita telah menjadi destinasi antarabangsa ke-13 bagi upacara Larian Obor Olimpik ni. Jumlah destinasi yang dipilih adalah 19. Upacara ini bermula kira-kira jam 2.20 petang di Dataran Merdeka dan telah dijayakan bersama oleh 80 pelari.

Jarak keseluruhan Larian Obor Olimpik di Kuala Lumpur ialah 16 kilometer. Menara Berkembar Petronas KLCC menjadi destinasi terakhir untuk edisi di Kuala Lumpur ni.

Pelari pertama untuk larian obor di Kuala Lumpur ni ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Selain itu, larian ini turut dimemeriahkan oleh beberapa tokoh sukan negara seperti Razif, Jalani dan Rashid Sidek, Shalin Zulkifli dan Nicole Ann David. Ia juga turut diserikan oleh golongan atlit dan bekas atlit, selebriti tempatan, pihak penaja dan pegawai kerajaan.
Turut mengambil bahagian ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Paling istimewa ialah pelari terakhir dalam Larian Obor Olimpik ini ialah Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.

Destinasi Larian Obor Olimpik yang seterusnya selepas ini ialah Jakarta, Indonesia.

Ahaah! Sekian dulu paparan dari saya mengenai larian obor menjelang Sukan Olimpik 2008 ni. Semoga melalui semangat kesukanan, ia dapat mengeratkan hubungan di antara negara yang bertanding.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Demam Giveaway : Internet Marketing Starter Kit

21 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Edisi Demam Giveaway kali ini membawakan kepada anda Internet Marketing Strater Kit. Seperti biasa, anda berpeluang mendownload pelbagai produk yang ditawarkan. Anda bebas memilih apa yang disukai. Tapi sebelum tu, saya akan tunjukkan caranya.

Pertama sekali, apa perlu anda lakukan ialah daftar di dulu dulu.

Keduanya, untuk mendownload, anda pilih menu "download" di bahagian atas.
Anda akan dapati bahawa anda adalah "Free Member". Klik pada "Click Here" untuk mendapatkan segala produk percuma.

Antara produk percuma yang ada seperti:

1. Viral Marketing Adsense Website
2. Private Label Content Pack
3. Affiliates Road Map
4. PPC Profits
5. Newbie's Guide To Online Fortunes
6. Resell Rights Profits
7. Create Your Own Ebook

dan banyak lagi ebooks, scripts dan software yang ditawarkan. Walaupun anda hanya menjadi ahli percuma, saya yakin ia sudah memadai.



Akhir kata, semoga paparan kali ini memberikan anda satu lagi pilihan untuk memiliki produk yang diingini secara percuma. Secara tak langsung anda dah boleh jimat duit lagi.

Kemudian, mungkin dengan sumber percuma ini boleh digunakan untuk memulakan atau menjana pendapatan internet anda. Siapa tahu, kan?

Ahaah! Sampai di sini dulu, nanti saya sambung pasal tip jimat lagi, ok.

Jom Jimat

Demam Giveaway : The Great Ebay

20 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang telah menjana pendapatan yang agak lumayan melalui eBay. eBay merupakan sebuah laman lelongan terbesar di internet yang mempunyai berjuta-juta kadar trafik dan traksaksi pada setiap bulan. Adakah anda mahu menjadi sebahagian dari mereka? Jika ya, anda mestilah mempersiapkan diri dahulu dengan ilmu pengetahuan sebelum berurusan melalui eBay. Dengan adanya ilmu, ia sedikit sebanyak akan membantu dan mematangkan anda dari semasa ke semasa.

Hari ini saya bawakan satu berita baik untuk anda yang berhasrat untuk mempelajari selok belok eBay. Pelbagai e-books, software dan scripts yang ditawarkan secara percuma.

Seramai 65 orang pakar dari seluruh pelusuk dunia telah bersetuju menyumbangkan karya mereka yang bernilai kira-kira $3445. Apa yang mereka mahu hanyalah nama dan e-mel anda untuk dimasukkan dalam list mereka. Itu sahaja. Anda boleh unsubscribe dari list mereka bila-bila masa:)

Untuk mendapatkan segala produk percuma tentang eBay yang ditawarkan sila layari The Great eBay.

Akhir kata, sekian dulu dari saya untuk hari ini. Semoga ia sekit sebanyak dapat bantu anda jimat duit;p

Sebelum terlupa, The Great eBay ini akan berakhir pada hari Jumaat, 25 April 2008. Pastikan anda download apa yang disukai sesegera yang boleh. Jangan...jangan tak download. he..he..

Ahaah! Salam jimat dari saya dan jumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Jom Jimat

Demam Giveaway : Traffic Secrets 2 Giveaway

19 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Sejak beberapa minggu yang lepas, ramai Internet Marketer (IM) telah berebut-rebut menganjurkan Giveaway Event. Untuk itu, pada post hari ini dan beberapa post yang mendatang, saya akan tulis tentang demam giveaway ni. Ini kerana, kebanyakannya menghendaki kita mempromosikan event mereka.

Kalau mereka tak suruh pun, saya tetap akan beritahu kat sini gak. Sebab inilah peluang kita untuk jimat duit. Terlalu banyak produk yang diberi. Kekadang terasa tak terlarat nak download kesemuanya.

Tapi usah risau, anda boleh pilih yang mana berkenan saja. Di sini tiada sebarang paksaan. Kalau suka, anda download dan begitulah sebaliknya.

Baiklah, hari ini kita mulakan siri demam giveaway dengan Traffic Secrets 2 Giveaway.




Apa yang menarik tentang dia Traffic Secrets 2 Giveaway adalah selain boleh download produk percuma, kita juga bakal berpeluang memenangi produk terbaru John Reese.

Produk tersebut ialah "Traffic Secrets 2 Home Study Course". Dan yang lebih menarik, kos penghantaran pun beliau akan tanggung;p Fuh, memang betul-betul jimat ni.

Untuk pengetahuan anda, John Reese merupakan pakar atau dikenali sebagai Raja Trafik. Dalam hal-hal menarik trafik berkualiti ke laman web, dia memang handal.

Baiklah kalau anda nak memenangi hadiah tu, anda boleh daftar di sini. Siapa tahu ini mungkin rezeki anda yang tak diduga? Tak rugi kalau mencuba kan;)

Sebelum berundur, pesanan saya ialah selepas anda klik link ini, anda akan dibawa terus ke tempat yang dituju. Tak perlu isi apa-apa kod, terus jer klik
Kemudian, isilah segala butiran yang berkenaan dan klik submit. Akhir sekali, arahan selanjutnya akan anda peroleh melalui e-mel.

Ahaah! Sampai di sini saja yang dapat saya kongsikan bersama. Nanti saya sambung lagi demam giveaway ni;p

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jom Jimat

Tip Jimat Membeli Pakaian

18 April 2008 |

Jom Jimat

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Pakaian ini dari segi bahasa ialah sesuatu yang biasa kita pakai. Sebagai contoh macam baju dan seluar sama ada bahagian luar ataupun dalam, stoking, kasut, selipar dan seumpamanya. Tanpa pakaian ni ermm...anda tentu lebih memahami bukan? Oleh sebab itulah, hari ini saya akan berkongsi sedikit tip jimat dalam soal membeli pakaian.

Pertama sekali, sebelum nak buat keputusan untuk membeli, pastikan anda tanya diri anda dulu. Adakah ia benar-benar perlu atau anda saja suka-suka jer nak beli. Perlu ke aku beli baju ni?

Jikalau jawapan anda berbunyi "baju aku masih ada yang belum pakai lagi nih, tapi yang ni smart gak", lebih baik anda ambil aku cepat-cepat segera tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang dua tiga kali ke. Lepas tu, apalagi katakan "tidak" ler. Huh, selamat duit aku. He..he..barulah boleh jimat kan? Kalau nampak semua yang smart atau cantik jer...nak beli, "masak" tu.

Tapi jika situasinya berbeza pula, contohnya saiz fizikal anda dah berubah dengan agak ketara. Tak kisahlah sama ada bertambah ataupun berkurang ke, anda boleh pertimbangkannya semula. Maklumlah, takut-takut anda kurang selesa dengan pakaian yang sedia ada.

Sehubungan itu, tip jimat membeli pakaian seterusnya ialah membeli atau berbelanja di tempat yang betul atau sesuai. Sesuai di sini maksudnya tempat itu mampu menawarkan harga yang berpatutan padan dengan kualiti pakaian yang ditawarkan.
Ataupun, cara yang lebih mudah pilih gedung yang mengadakan jualan murah dan harganya memang murah dari kebiasaan.

Oh, ya! Bercakap pasal kualiti ni, saya teringat pada sehelai seluar yang dibeli kira-kira lima tahun lepas. Seluar itu boleh dikatakan berkualiti jugak. Tapi jenamanya ....tut.... terpaksa saya rahsiakan. Sampai sekarang masih elok dan boleh dibuat jalan-jalan lagi;p Banyak kenangan saya dengannya.

Dan apa yang saya nak sampaikan ialah bukan pasal kualiti saja yang perlu diambilkira. Faktor lain seperti penjagaan fabrik juga perlu dititikberatkan.

Saya pernah buat ujikaji terhadap dua helai seluar. Kedua-dua helai seluar tu mempunyai kriteria yang sama dari segi harga, jenama, model dan cutting. Tahap kelasakan dan cara pemakaian juga sama. Cuma warna dan tarikh pembeliannya sikit berbeza iaitu jaraknya lebih kurang dalam enam bulan.

Malah perbezaan yang ketara adalah cara penjagaannya. Cara penjagaan ni berbeza dari segi cara membasuh, menjemur dan juga menyimpan.

Hasilnya, seluar yang saya lebihkan tahap penjagaannya nampak lebih steady. Walaupun dah lama, ia masih menawan. he..he..

Moral yang nak saya sampaikan ialah kalau kita nak tahan serta boleh pakai lama ialah optimumkan cara penjagaannya. Itu saja. Ia agak mudah tetapi anda perlu konsisten:)


Nampaknya, dah agak panjang berjela saya tulis ni, jadi izinkan saya berhenti dulu yer. Nanti saya sambung lagi mengenai tip jimat membeli pakaian ni.

Ahaah! Sampai bertemu dan selamat bertemu kembali.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jom Jimat

Tekanan Akibat Berhutang

14 April 2008 |

Jom Jimat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Masalah hutang keliling pinggang telah menjadi satu fenomena biasa dalam masyarakat kita. Tapi, adakah kita sedar dan cuba mengelakkannya? Ataupun kita memang suka berhutang? Al-maklumlah, tak boleh tengok orang lebih sikit. Kalau orang sebelah lebih sikit atau beli barang baru, mulalah tak keruan dibuatnya. Kita pun nak beli juga. Malah, kalau boleh biar lebih mahal dari orang sebelah!

Pernahkah ku bermimpi anda terjumpa sikap orang yang sebegitu? Rasanya memang ramai orang kita yang mentalitinya sebegitu. Kalau berkemampuan, bolehlah beli tunai. Tapi kalau tak berkemampuan terpaksalah berhutang.

Pada pandangan sayalah, kan lebih baik kita fikir dulu sebelum nak buang membeli. Buat sikit analisa dahulu sama ada ia perlu atau tidak. Jika tak perlu, usahlah membazir. Lebih baik kita gunakan duit tersebut untuk menambahkan simpanan ataupun sedekah kepada insan yang memerlukan. Sekurang-kurangnya ada juga faedah dan dapat pahala. Betul tak?

Oh, ya! Sebenarnya hari ini saya nak menghebohkan kepada semua yang MajalahIM #3 telah terbit. Saya baru jer habis baca. Memang banyak ilmu dan info best di dalamnya.

Anda pun nak baca gak? Yeah, dapatkan MajalahIM di sini. Usah risau, tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Jom Jimat sentiasa berusaha untuk mepaparkan hal-hal yang membolehkan anda jimat. Oh, ya! Inilah dia cover untuk MajalahIM #3. Ia dihiasi oleh seorang IM Malaysia yang tak asing lagi iaitu saudara Gobala Krishnan.

Pada edisi kali ni, beliau telah berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan beliau dengan pihak MajalahIM. Saya tak mahu ulas lebih-lebih kerana mahu anda membacanya sendiri supaya lebih "feel" gitu;p Jangan lupa juga mendengar audio (mp3) wawancara dengan beliau kerana ia turut disertakan sekali dalam edisi kali ini.

Selain itu, saya juga tertarik dengan satu topik berkenaan "Jiwa tertekan akibat hutang", tulisan saudara Shamsuddin Kadir. Walaupun tulisan beliau agak ringkas, tetapi saya yakin anda boleh dapat sesuatu setelah membacanya.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada pihak penerbit iaitu Flarebiz Network dan crew-crew penerbitan lain kerana sudi berkongsi ilmu dan berjaya menerbitkan MajalahIM #3 ini.

==>>Dapatkan MajalahIM #3 di sini<<==

Ahaah! Sekian saja dari saya pada kali ini dan sampai bertemu lagi.

Wassalam.

Jom Jimat

NGV Lebih Jimat Berbanding Petrol

11 April 2008 |

Jom Jimat

Anda tahu tak apa itu NGV? NGV ialah singkatan kepada Natural Gas for Vehicle. Ia juga dikenali sebagai gas asli. NGV atau gas asli ni adalah ialah sejenis bahan api alternatif kepada petrol. Ia juga lebih jimat sebenarnya. Untuk makluman anda, kos penggunaannya lebih murah iaitu satu pertiga daripada petrol. Wah! Ini satu berita baik untuk pemilik kenderaan seluruh negara. Dah jumpa satu lagi penyelesaian untuk lebih jimat.

Berikut ialah gambar sistem NGV pada bahagian enjin:



Sumber gambar: protonmania.com

Ini pula ialah gambar tong NGV pada bonet belakang:



Sumber gambar: ngvgas.wordpress.com

Namun, pelbagai tanggapan yang timbul dan menjadi persoalan tentang NGV ni. Antaranya ialah:

1. Kuasa pikap kenderaan berkurangan.
2. Sukar mendapat bekalan di stesen minyak.
3. Mudah terbakar DAN
4. Kos pemasangan yang agak tinggi.

Betul ke ni?

Namun, lain orang lain pandangannya. Setiap individu mempunyai perspektif berbeza dan memandang dari sudut yang berlainan.

Sebuah syarikat tempatan iaitu Patco NGV, telah menyediakan penyelesaiannya. Kini, pemasangan NGV bukan saja boleh dinikmati oleh kenderaan yang menggunakan karburator tetapi juga untuk sistem suntikan (injection).

Patco NGV ni ada menyediakan kit untuk kedua-dua sistem tersebut. Manakala untuk tangkinya ada dua jenis iaitu besi sepenuhnya dan komposit.

Baiklah, apa kelebihan menggunakan kit NGV ni?

1. Masih boleh menggunakan petrol. Ada suis pilihan untuk NGV dan petrol.
2. Hasil percubaan terhadap Proton Gen 2, tiada banyak perbezaan tentang kuasa pikap.

3. Untuk sistem suntikan, kuasa kuasa akan berkurangan sekitar 5 peratus saja.
4. Bagi yang guna karburator, kuasa akan hanya berkurang 10 peratus.

5. Pengurangan kuasa ni jika dibandingkan dengan kos bahan api, ia jauh lebih jimat.
6. Penggunaan bahan api sekitar RM10 untuk setiap 200km.

7. Pembakaran lebih sempurna berbanding petrol.
8. Sukar terbakar jika berlaku kebocoran.

Satu lagi berita baik, kerajaan juga memberikan potongan 25 peratus kepada kenderaan yang menggunakan NGV.

Cuma satu masalah yang mungkin kita sedari ialah kos pemasangan yang agak tinggi. Kos kit serta pemasangannya memang berbeza bagi setiap kapasiti kenderaan.
Untuk kenderaan 1.3 liter, kos bermula pada RM3000 bagi yang menggunakan karburator. Manakala yang pakai sistem suntikan pula, kosnya RM3800.

Erm...memang agak tinggi kos permulaannya. Namun untuk penjimatan berterusan ia memang praktikal.

Walaubagaimanapun, memang banyak kelebihan NGV ni berbanding kekurangannya. Anda mahu lebih kuasa atau lebih jimat?

Kesimpulannya, penggunaan NGV untuk jangkamasa panjang adalah berbaloi. Tapi jika anda sering bertukar-tukar kenderaan, ia agak merugikan. Satu lagi, pada masa kini penggunaan NGV mungkin agak terhad disebabkan kekangan tertentu. Tetapi, mungkin suatu hari nanti, ia bakal menjadi pilihan ramai. Siapa tahu? Kita tunggu dan lihat yer;p

Ahaah! Sampai di sini untuk kali ini. Kita jumpa lagi lain kali, ok;p

Wassalam.

Jom Jimat

Jimat Duit di "Niche Giveaway"

04 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Hari ini, saya hanya nak hebahkan mengenai satu perkara saja.
Kali ni memang betul-betul boleh jimat duit. Anda boleh pilih dan ambil jer yang mana satu berkenan di hati dan dirasakan perlu.

Apa yang boleh jimat duit sangat ni?

Jeng...jeng...anda akan diberi e-book, report, perisian dan keahlian secara percuma.

Memang terlalu banyak produk yang diberikan secara percuma. Saya sendiri pun belum sempat nak download sampai habis. Mungkin akan pilih yang perlu saja.

Anda nak tengok tak?

Kalau mahu, dengan segala hormatnya saya menjemput anda ke sini.

Memang macam-macam ada;p
Kalau anda berminat, apa yang perlu dilakukan hanyalah isikan:

1. Nama.
2. Alamat e-mel.
3. Kata Laluan dan
4. Kata Laluan sekali lagi sebagai pengesahan.

Itu saja. Mudahkan?

Baiklah, saya beritahu sebahagian kecil daripada produk yang boleh anda perolehi.

Pertama sekali, cuba anda lihat di bahagian "sidebar kanan" di bahagian "Produk Percuma" di blog Jom Jimat ni.

Apa yang anda lihat di situ?
Ya, tepat tekaan anda. Itulah salah satu produk yang boleh anda download secara percuma.

Bukan setakat itu jer, tetapi juga:

1. Niche List Builder v2.0
2. Secrets to Web Traffic Overdrive
3. Craiglist Advertising Revealed
4. Traffic Empire E-book (Rebrandable)
5. Traffic Blaster Software Programme
6. SQUIDOO Profits - with Resell Rights
7. The Pay Per Click Marketing Guide
8. Tired of Clicking
9. Advertising Tips For Success
10. SEO and Traffic Guid
11. Merging Traffic with Your Blog

dan banyak lagi. Tak larat nak senaraikan semuanya. Maaflah yer. Nak tengok lebih, anda boleh tatap sepuas-puasnya di Niche Giveaway

Satu panduan yang tak seberapa dari saya,


Apabila 'login' [selepas klik pada 'Contributor & Member Login' di bahagian atas sebelah kanan], anda akan dibawa ke satu 'page' yang menawarkan pelbagai produk pada harga mahal murah.

Tiada sebarang pembelian yang perlu dilakukan.
[Jika berkenan dan ingin membeli...semuanya terserah pada anda]

Skrol sampai ke bahagian bawah sekali, dan anda akan nampak ayat "No thanks, I skip this offer: Continue to Account".

Klik pada "Continue to Account" dan anda akan di bawa ke page "Welcome To The Niche Giveaway".

Jika nak download segala macam khazanah yang diberi, klik pada menu "Get Gifts" di bahagian atas page tersebut.


Tara...sekarang anda boleh pilih yang mana satu anda suka. Ketika saya sedang menulis post ini, ada 13 page untuk semua produk yang ditawarkan.

Tawaran dari Niche Giveaway ini sebenarnya bersiri. Ceh...macam telenovela la plak.

Pada episod pertama ini, anda boleh pilih segala produk yang berkaitan "Advertising and Traffic Generation".

Pastikan anda tidak terlewat untuk mengikutimendownload sebelum 17 April 2008 ni. Selepas itu, tawaran untuk episod 1 akan ditutup.

Ahaah! Itulah pesanan saya untuk anda buat kali ini. Semoga anda dapat ilmu sambil jimat duit. Tak gitu?

Wassalam.

Jom Jimat

Edisi Khas : Jimat Dan Senang Kira

01 April 2008 |

Salam Jimat dan Senang Kira,

Seperti yang anda telah lihat baik di kaca tv mahupun di media cetak, mulai hari ini 1 April 2008 kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan "Mekanisme Penggenapan". Ia diaplikasikan baik untuk pembayaran tunai dan juga bukan tunai (kad kredit, kad debit dan kad caj).

Apa dia "Mekanisme Penggenapan"?

"Mekanisme Penggenapan" ialah satu cara yang dengannya jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) dinaikkan atau diturunkan kepada 5 sen yang terdekat.

(sumber dari www.kpdnhep.gov.my/index?pub=penngenapan_faq)

Secara ringkasnya, gambaran seperti di bawah;

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. Jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 = akan diturunkan kepada 5 sen terdekat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh:

i. Jumlah keseluruhan bil = RM27.01 dan RM27.02
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.00 sahaja.

ii. Jumlah keseluruhan bil = RM27.06 dan RM27.07
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.05 sahaja.

Untuk kes i dan ii ni, kita dapat "JIMAT".

Manakala,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B. Jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 3, 4, 8 dan 9 = akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iii. Jumlah keseluruhan bil = RM27.03 dan RM27.04
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.05.

iv. Jumlah keseluruhan bil = RM27.08 dan RM27.09
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.10.

untuk kes iii dan iv dinamakan "SENANG KIRA".

Sebagai info tambahan, tujuan kerajaan melaksanakan "Mekanisme Penggenapan" adalah:

a. Menjadikan pembayaran lebih mudah dan cepat.
b. Kerajaan dapat menjimatkan kos pengeluaran duit syiling 1 sen.

Namun, anda semua usah bimbang, duit syiling ini masih sah diperlakukan sebagai satu cara pembayaran bagi apa jua transaksi seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Bank Negara 1958 (Pindaan 1994).

Satu berita baik - Anda boleh menukarkan duit syiling 1 sen secara percuma di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur dan di cawangannya seperti di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Sekiranya anda masih "blur" dan ada sebarang kemusykilan, dapatkan maklumat lanjut di;

www.kpdnhep.gov.my atau www.bnm.com.my

Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat panggilan di talian;

KPDNHEP = 1-800-88-6800
BNM = 1-300-88-6800 atau e-melkan melalui 1sen@bnm.gov.my

Ahaah! Sekian sahaja perkongsian dengan anda buat kali ini.

Jumpa lagi!

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...