Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Laporan Percuma - Panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

29 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Pernah tak anda dengar tentang Nuffnang? Saya percaya pasti ramai yang sedia maklum mengenai Nuffnang ini. Terutamanya para blogger, betul tak? :p
Sekiranya ada yang belum tahu apa itu Nuffnang, saya pasti anda akan tahu juga nanti! Syaratnya ialah, anda lakukan apa saya syorkan pada penghujung tulisan ini. :D

Sekali lagi, saya ada satu berita baik untuk anda. :) Saudara Noorizam Shah yang juga merupakan webmaster NoorizamShah.com
telah menyediakan satu laporan percuma berkenaan Nuffnang.

Laporan percuma ini diberi nama Panduan Langkah Demi Langkah Jana Pendapatan Dengan Nuffnang.

Apa yang ada dalam panduan ni?

Sebenarnya, memang banyak input yang bakal anda perolehi setelah "khatam" laporan ini. Lebih-lebih lagi kepada yang mengaku diri mereka adalah newbies.

Saya yakin, lepas habis baca laporan ni, anda boleh terus praktikkan. Kalau nak cepat, sambil baca terus jer praktik!

Syaratnya, mestilah dah ada website ataupun blog.

Ringkasnya, perkara yang diterangkan dalam laporan ini adalah:

1. Pengenalan dan latarbelakang mengenai Nuffnang.

2. Langkah demi langkah untuk menyertai Nuffnang.

(Memang menarik! Gambarajah berkaitan ada disertakan supaya lebih jelas.)

3. Cara meletakkan kod iklan Nuffnang pada blog.

4. Sistem berkaitan Nuffnang yang anda mesti tahu.

5. Bukti pembayaran yang diterima dari pihak Nuffnang.

6. dan banyak lagi!

Memang tak cukup rasanya saya nak ceritakan di dalam ruangan yang agak terhad ni. :)

Kesimpulannya, seperti yang disyorkan pada awal tadi, dapatkan Panduan Langkah Demi Langkah Jana Pendapatan Dengan Nuffnang di NoorizamShah.com sementara ia masih percuma. :D

Ahaah! Sekian dulu untuk kali ini dan sampai berjumpa lagi.

p.s: Pastikan anda dapatkan laporan percuma yang "original"!

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Tip Memilih Kereta Terpakai Siri 2

27 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Hari ini, saya ingin menyambung kembali tip memilih kereta terpakai. Justeru itu, izinkan saya teruskan, ok. :)

Tip memilih kereta terpakai siri 2 ini adalah:

1. Saya mahu anda melakukan sedikit ujian terhadap keempat-empat penjuru kereta tersebut.

Empat penjuru yang dimaksudkan itu ialah di bahagian depan (kanan dan kiri) manakala di bahagian belakang (kanan dan kiri). Ia bertujuan menguji tahap keanjalan penyerap hentakan kereta tersebut.

Caranya ialah tekan ke bawah di keempat-empat bahagian penjuru tersebut satu persatu dan lihat hasilnya.

Sekiranya bahagian kereta yang ditekan itu menganjal (ke atas dan ke bawah) beberapa kali, maknanya hayat penyerap hentakan itu telah berakhir. Dalam erti kata yang lain, ia sudah tak selamat untuk digunakan lagi.

2. Selepas tu, cuba berdiri di belakang kereta tersebut. Perhatikan aras kedudukannya.

Adakah ia searas?

Jika tidak, ia menandakan ada yang tak kena pada spring kereta itu.

3. Dari dekat, cuba perhatikan sama ada kenderaan tersebut pernah terlibat dengan kemalangan atau tak.

Macamner nak tahu?

Antaranya ialah dengan memerhatikan ada tak kesan lekuk atau kemek. Tengok juga ada tak bahagian badan kereta yang warnanya seakan-akan sama tapi tak berapa nak sama.

Sesudah itu, perhatikan pula pada bahagian bumper dan fender.

4. Sekali lagi, periksa keadaan tayar simpanan (spare tyre). Tengok, belek atau sentuh keadaan permukaan bunga tayar.

Jika ia pernah digunakan, adakah keadaan permukaannya agak sekata atau tidak?

Sekiranya tak sekata, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan bahagian depan atau belakang! Besar kemungkinannya, tayar di bahagian depan yang dijadikan sebagai spare tyre.

5. Sebaiknya sesebuah kereta itu masih mempunyai peralatan asas untuk menghadapi sebarang situasi yang tak diduga seperti "jack". Pastikan ia masih elok dan berfungsi! Kalau tidak, tak guna gak.

6. Pergi ke bahagian depan kereta anda. Buka penutup enjin kereta. Periksa keadaan keseluruhannya seperti tali sawat dan paip-paip sambungan.

7. Di samping tu, periksa keadaan bateri kereta. Masih elok lagi atau dah retak?

8. Sila periksa juga keadaan minyak hitam. Secara tak langsung ia mencerminkan sejauh manakah tahap penjagaan kereta yang diamalkan oleh pemilik sebelum ini.

9. Jika nak mengetahui lebih lanjut mengenai jadual servis yang telah dilakukan oleh pemilik sebelum ini, anda boleh tengok di bahagian atas kepala di bahagian tempat duduk pemandu. Kebiasaannya ada pelekat yang ditampal berhampiran dengan tempat duduk pemandu.

Psst..kekadang ada ditampal berdekatan kawasan pintu.

Pelekat tu biasanya akan menunjukkan bilakah tarikh akhir si pemilik melakukan servis. Ataupun bila tarikh melakukan servis seterusnya. (Butiran ini bergantung kepada syarikat servis masing-masing).

Jikalau si pemilik itu servis di kedai memember mereka, mungkin takdelah pelekat tu. Mungkin ada dicatatkan kat tempat lain kot.

Kalau anda tahu atau kenal dengan pemilik sebelum ni, bolehlah juga anda tanya, ye tak?

Ahaah! Saya rasa cukup sampai di sini dulu. Nanti saya sambung lagi, ok:D

p.s: Tip memilih kereta terpakai ni diperoleh dari pengedar/penjual kereta. Mungkin ada boleh korek pelbagai rahsia dari mereka kalau bercadang nak membeli kereta terpakai nih.

p.p.s: Sumber gambar - Berita Harian Online (bharian.com.my)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

HUBUNGI SAYA

26 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya ada menyediakan satu ruangan khas iaitu "HUBUNGI SAYA" kepada semua pengunjung yang saya hormati.

Anda boleh mengutarakan sebarang pendapat, pertanyaan, permintaan, cadangan atau komen yang berkaitan dengan blog ini. Sekiranya anda ingin melakukan sebarang pertukaran link, boleh juga menggunakan ruangan ini sebagai saluran.

Harapan saya agar anda dapat memanfaatkan ruangan ini sebaik mungkin dengan cara yang berhemah.

Butiran peribadi anda adalah 100% selamat dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak.




Terima kasih kerana menghubungi saya. Mesej anda akan diproses sebaik mungkin dan diharap anda dapat menanti dengan penuh sabar.

Harap maklum.

Tip Memilih Kereta Terpakai

24 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Semenjak kenaikan harga minyak ni, kebanyakan individu memilih untuk menaiki motorsikal ataupun kereta yang cc rendah untuk ke sesuatu destinasi. Saya diberitahu yang jualan motorsikal meningkat secara mendadak akhir-akhir ni. Manakala dari segi pembelian kereta, pengguna lebih suka memilih enjin yang berkapasiti rendah.

Manakala sebahagian individu yang lain pula memilih untuk membeli kereta terpakai.

Tidak kisahlah apa jua jenis kenderaan yang dibeli. Janji rock matlamat asal seseorang tu tercapai. Tak gitu?

Sehubungan itu, saya akan kongsikan sedikit tip memilih kereta terpakai. :)

Tip ini memerlukan anda buat pemerhatian secara "live". Tekankan setiap aspek yang bakal diberikan di bawah. Kemudian, barulah anda buat keputusan sama ada nak beli atau sebaliknya.

1. Buat penelitian terhadap setiap inci keadaan luaran sesebuah kereta.

Bagaimana keadaan luarannya?
Adakah terdapat bahagian yang berkarat, kemek atau ada sebarang kesan tampal?

2. Periksa bahagian bawah kereta.

Perhatikan ada tak sebarang kesan yang agak mencurigakan seperti retakan atau sambungan frame yang dikimpal.

3. Jangan lupa, perhatikan juga ada tak bahagian frame yang dah terlampau berkarat.

4. Periksa dan teliti keadaan muffler, sambungan paip ekzos dan ekzos itu sendiri.

5. Pastikan tiada sebarang kesan kebocoran atau leakage di bahagian bawah kereta.

6. Lepas tu, pastikan pula tiada sebaran kesan kebocoran bendalir kat setiap penyerap hentakan.

7. Kemudian, periksa keadaan semua tayar termasuk tayar simpanan. Periksa keadaan bunga tayar dan permukaan tayar yang di sebelah dalam.

8. Perhatikan juga ada tak kesan kebocoran bendalir brek (brake fluid) di bahagian dalam tayar.

Errm...dah buat semua yang di atas? Kalau dah buat, sambung pula dengan;

9. Periksa pula keadaan cermin kereta. Periksa semua cermin. Pendek kata, cermin ni pun salah satu bahagian yang amat penting!

Tak kiralah cermin depan, belakang, kanan dan juga kiri. Pastikan tidak sebarang keretakan, kecatatan dan apatah lagi pecah, ye tak?

Harga cermin pun mahal oo..

10. Pastikan keadaan lampu kenderaan berfungsi dengan baik gak. Pastikan lampu depan, belakang, brek dan signal dalam keadaan yang terbaik.

Pastikan anda mengujinya terlebih dahulu yer:)

Ahaah! Buat kali ni, saya kongsikan 10 tip memilih kereta terpakai dulu. Nanti saya sambung lagi, ok. :D

p.s: Kepada sesiapa yang belum download dua laporan jimat minyak sila download di sini dan di sini

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Berita Baik di sebalik Kenaikan Harga Minyak

17 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya ada satu berita baik untuk semua. Yerlah...di sebalik isu kenaikan harga minyak dan tarif letrik (bakal naik) kelak, kini anda masih lagi boleh mendapatkan sesuatu secara percuma:p Percaya atau tidak, kepada anda yang berangan-angan beriya-iya nak membina blog Wordpress sendiri......kini anda boleh mendapatkan Panduan Percuma Wordpress di sini.

Walaupun ia diberikan secara percuma, namun kandungannya tetap berkualiti. Penerangan ringkas beserta gambarajah memang mudah untuk difahami.

Sebagai seorang yang tiada pengalaman dalam membina blog wordpress, saya menganggap panduan ini amat membantu.

Sekurang-kurangnya, setelah membaca Panduan Percuma Wordpress ini, perkara-perkara asas seperti installation wordpress, SEO wordpress, menulis artikel dan beberapa jenis setting penting boleh kita lakukan sendiri.

Jadi, secara tak langsung anda dah jimat duit dan jimat masa jika mendapatkan Panduan Percuma Wordpress ni. ;)

Tapi bukan setakat itu saja...Jika anda ada sebarang masalah berkaitan, ajukan permasalahan anda di bahagian forum. Pihak Rajablog akan cuba menjawab pertanyaan anda secepat yang mungkin.

Ya, bukan sekadar percuma sahaja. Malah anda turut diberi support!

Untuk itu, saya syorkan anda daftarkan diri untuk memiliki Panduan Percuma Wordpress yang sempoi ni:)

Klik untuk Dapatkan Panduan Percuma Wordpress RajaBlog
Klik untuk Dapatkan Panduan Percuma Wordpress RajaBlog



Ahaah! Sampai di sini dulu buat anda. Nanti kita jumpa lagi...

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Minyak Oh Minyak

12 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Sepanjang minggu ini, saya percaya krisis kenaikan harga minyak tentunya masih menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan anda semua. Mana tidaknya, minyak sama ada petrol atau pun diesel digunakan oleh segolongan besar rakyat Malaysia. Mahu atau tidak, kita bukannya terpaksa sebaliknya mesti menghadapi situasi ini. Tak gitu?

Sehubungan itu, saya ada menonton sebuah rancangan yang membincangkan masalah berkaitan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Antara sebab kenaikan harga minyak ini dibuat adalah kerana:


1. Penstrukturan semula pemberian subsidi kepada masyarakat

Melalui penstrukturan semula pemberian subsidi ini, golongan sasaran akan mendapat banturan secara terus-menerus.

Sebagai contoh: Bantuan dalam bentuk barangan akan diberi terus kepada golongan yang layak.


2. Kadar pengeluaran minyak Malaysia hanya untuk beberapa tahun lagi

Alasan ini merujuk kepada kenapa harga minyak di Malaysia begitu tinggi berbanding dengan negara pengeksport minyak yang lain seperti Arab Saudi.

Menurut apa yang diperkatakan, kadar pengeluaran minyak Malaysia hanya tinggal untuk beberapa tahun saja lagi berbanding Arab Saudi yang mempunyai bekalan mencukupi untuk 100 tahun lagi.


3. Kerajaan mahu rakyat duduk di dunia hakiki.


4. Membolehkan harga minyak Malaysia setanding dengan pasaran antarabangsa.

Baiklah, saya tidak bercadang mengulas lanjut mengenai isu kenaikan harga minyak ini.

Sebaliknya, saya bercadang untuk berkongsi dua laporan berkaitan cara jimat minyak dengan anda. :-)

Laporan pertama bertajuk "Simple Ways to Cut Your Transportation Expenses" tulisan Azizi Ali.

Sila download di sini.

Laporan kedua pula ialah dari saudara Code7 aka Fahmy iaitu "20 Cara Jimat Minyak Kereta".

Anda boleh download di sini.

Akhir kata, jangan lupa download kedua-dua laporan di atas untuk mengetahui cara jimat minyak kenderaan anda.

Ahaah! Sampai bertemu di lain kali yer.

p.s: Jika ada masalah download, sila e-mel saya di pureoktant[at]gmail[dot]com.
Jangan lupa gantikan [at] = @ dan [dot] = .

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Tiba Masa Kenderaan Bertukar Guna NGV

08 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sekali lagi saya kongsikan satu petikan akhbar berkenaan NGV. Hal ini saya lakukan berikutan krisis kenaikan harga minyak sama ada petrol mahu pun diesel. Sebagai rasa tanggungjawab, jadi saya sertakan artikel ini untuk bacaan semua. Kali ini saya memilih petikan akhbar dari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) pula.

Oleh Siti Suhaila Samian.

KENAIKAN harga petrol dan diesel yang diumumkan Perdana Menteri merupakan satu kejutan besar kepada rakyat seluruh negara. Kenaikan harga bahan bakar tersebut sehingga 40 peratus merupakan tamparan hebat bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Belum selesai krisis harga beras yang melambung, rakyat dikejutkan dengan pengumuman ini. Ditambah pula dengan pengumuman kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai 2008, rakyat pasti merasa lebih terhimpit.

Tidak dinafikan, kenaikan harga minyak dunia adalah fenomena yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, kenaikan mencecah 0.78 sen seliter bagi petrol dan RM1 bagi diesel merupakan kenaikan tertinggi dan terburuk dalam sejarah negara.

Lazimnya, kenaikan harga minyak secara langsung akan memberi kesan terhadap kenaikan harga barang. Perkara ini wajar diberi perhatian meskipun pelbagai mekanisme digunakan bagi membendung kenaikan harga barang.

Meskipun kerajaan akan melakukan pemantauan bulanan terhadap kenaikan harga minyak dan bersedia menurunkan harga bahan bakar apabila harga minyak dunia berada pada kadar yang stabil, usaha ini belum pasti dapat dilaksanakan kerana harga minyak dunia dijangka akan meningkat kepada AS$150 setong pada akhir tahun ini.

Bagi pengguna kenderaan bermotor, kenaikan harga minyak merupakan satu bebanan yang sukar ditanggung. Alternatif lain boleh digunakan seperti penggunaan NGV yang semakin mendapat perhatian.

Apabila pengumuman bahawa harga gas asli kenderaan (NGV) dikekalkan pada tahap lama iaitu 63.5 sen seliter, pengguna-pengguna NGV boleh menarik nafas lega. Walaupun kos pemasangan yang agak mahal, namun tidak dinafikan bahawa alternatif ini boleh dianggap sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Malaysia kini mula mengikut jejak negara Itali yang terkenal dan sudah lama menggunakan kaedah NGV ini selain negara China. Malah, Singapura juga menggalakkan penggunaan kenderaan NGV dimana setiap pemasangan alat NGV akan diberi imbuhan.

Namun begitu, kenderaan-kenderaan ini tidak semuanya 100 peratus menggunakan gas asli. Sesetengah kenderaan masih menggunakan bahan bakar sebagai alternatif di samping menggunakan gas asli pada masa yang sama. Pengguna masih perlu menanggung kenaikan kos bahan bakar walaupun, penjimatan yang dinikmati adalah lebih besar.

Sebagai pengguna NGV, beberapa kelebihan boleh dinikmati seperti pengurangan 25 peratus cukai jalan di samping kos bahan bakar yang sangat menjimatkan.

Sebagai contoh, pengisian penuh sebuah tong berkapasiti 60 kg, adalah sekitar RM11 dan boleh bergerak sehingga sejauh 230 km, harga petrol yang perlu diisi ialah sekitar RM35.

Penjimatan sebanyak RM24 boleh dinikmati dengan menggunakan kaedah alternatif ini. Walaupun dikatakan kenderaan NGV akan kehilangan 25 peratus prestasi kuasa pecutan, namun ia tetap merupakan alternatif terbaik dalam situasi genting begini.

Penjimatan kos bahan api akan lebih dirasakan untuk satu tempoh perjalanan jauh. Perjalanan jauh dapat dilakukan bergantung kepada 'pressure' atau tekanan gas di stesen-stesen minyak. Lebih tinggi pressure, lebih jauh perjalanan yang dapat dilakukan dengan kos bahan bakar yang menjimatkan.

Malah, sebagai salah seorang pengguna NGV, sekiranya kenderaan digunakan untuk pergi dan pulang daripada kerja sahaja, dalam tempoh empat hari, kos bahan bakar yang diperlukan hanya sekitar RM12.

Secara purata, dalam tempoh sebulan, kos bahan bakar yang perlu diperuntukkan hanya dalam lingkungan RM100 hingga RM120 sahaja berbanding kos petrol.

Langkah Petronas yang akan membuka 200 stesen NGV di seluruh negara merupakan peluang kepada pengguna kenderaan bermotor untuk menggunakan kaedah ini dalam usaha mengurangkan bebanan kenaikan harga bahan bakar.

Pengguna tidak perlu lagi beratur panjang untuk mengisi gas dengan penambahan bilangan stesen yang dijangka dapat beroperasi pada hujung tahun ini.

Pengguna juga tidak perlu berasa takut dengan penggunaan NGV kerana masalah kerosakan tetap berlaku walaupun tidak menggunakan NGV. Minda rakyat perlu berubah dan lebih terbuka. Alternatif terbaik di depan mata, tepuk dada, tanya minda sedar kita.

Sekian, terima kasih.



Wassalam.

Pemandu Beralih ke NGV

|

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sempena dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, saya akan paparkan petikan akhbar yang berkaitan khas untuk anda. Antaranya ialah artikel yang berkenaan dengan NGV.
Petikan akhbar pilihan saya ini dipetik dari laman web Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my)

Gas asli kenderaan lebih menjimatkan, selamat berbanding petrol atau diesel

BATU CAVES: Orang ramai mula menukar sistem bahan api kereta mereka daripada menggunakan petrol kepada penggunaan gas asli kenderaan (NGV) berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan kelmarin.

Tinjauan Berita Harian semalam mendapati orang ramai sanggup mengeluarkan belanja antara RM1,900 hingga RM8,000 serta sedia menunggu lama untuk memasang sistem bahan api NGV pada kereta mereka.

Pengusaha pusat penukaran NGV, Nice Network Sdn Bhd, Hazman Ishak, berkata sejak pagi semalam pejabatnya menerima banyak panggilan daripada pengguna untuk membuat tempahan penukaran kepada sistem bahan NGV yang terbukti lebih menjimatkan dan selamat daripada penggunaan petrol.

"Setakat hari ini (semalam) senarai menunggu untuk khidmat ini mencecah 500 orang dan saya perlu mengarahkan pekerja untuk bekerja lebih masa bagi membolehkan pengguna tidak menunggu terlalu lama.

"Bagi setiap pemasangan kenderaan yang menggunakan sistem karburetor pemasangan sistem NGV memakan masa sehari, manakala bagi kenderaan menggunakan sistem 'multi-point injection (MPI) memerlukan masa dua hari untuk disiapkan.

"Penggunaan NGV lebih jimat berdasarkan perbandingan RM1 petrol yang hanya boleh mencecah jarak perjalanan 10 kilometer, manakala RM1 NGV boleh mencecah jarak perjalanan sejauh 20 kilometer," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang pengguna, Siti Hajar Ismail berkata, beliau memilih untuk menggunakan NGV kerana ia lebih jimat, selamat dan mesra alam.

"Saya sudah menggunakannya sebelum ini dan mendapati ia jauh lebih menguntungkan daripada penggunaan petrol kerana harganya separuh lebih murah," katanya.

Seorang pelanggan, Steven Chaw, 34, memberitahu beliau membuat keputusan untuk memasang NGV berikutan harganya yang jauh lebih murah selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak semalam.

"Penggunaan NGV juga lebih menjamin keselamatan kerana ia tidak mudah meletup jika berlaku kebocoran dan kemalangan ," katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU orang ramai di bandar raya ini kini mula beralih kepada penggunaan peralatan NGV yang jauh lebih murah selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, kelmarin.

Berikutan itu, beberapa syarikat menawarkan pemasangan alat NGV di sini kini menerima banyak tempahan berbanding sebelumnya daripada pemilik kenderaan yang mula mencari alternatif menggunakan bahan api dengan harga lebih murah.

Pengurus Operasi Perisind Auto Care Sdn Bhd, Hussien Ridwan, berkata pengumuman kenaikan harga petrol, kelmarin, menyebabkan syarikatnya mendapat 14 tempahan dalam masa 24 jam untuk pemasangan alat NGV, berbanding 10 hingga 12 tempahan dalam sebulan sebelum ini.

Ahaah! Semoga anda mendapat manfaat dari artikel di atas. Mungkin melalui paparan tersebut ada di antara anda yang ingin beralih kepada NGV?



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

TNB Umum Tarif Baru, Legakan Pengguna Domestik

05 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Mengenai tajuk hari ini, saya ingin berkongsi petikan yang diperoleh dari laman web http://mstar.com.my. Harap anda dapat sedikit info berkaitan tarif baru letrik yang baru diumumkan oleh pihak TNB. Ia bakal berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008.


Oleh Zanariah Abd Mutalib


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan tarif baru elektrik tengah hari tadi dengan mengekalkan tarif semasa bagi pengguna kediaman dan domestik yang menggunakan tenaga sehingga 200 kilowatt jam (kWj) sebulan.

Sementara mereka yang menggunakan antara 201 hingga 400kWj akan mengalami peningkatan 1 hingga 11 peratus dalam bil bulanan - berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ia sejajar dengan pengumuman kerajaan semalam, yang antara lain berkaitan dengan kenaikan bahan api petrol dan diesel.

Pada sidang media semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu struktur baru tarif elektrik (jadual tarif yang dikeluarkan semalam menyusul) untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.


TARIF BARU ELEKTRIK SEMENANJUNG (MULAI 1 JULAI 2008)


Tarif Kediaman:

Jumlah penggunaan di antara 0 hingga 400kWj

* 200kWj pertama (1-200kWj) sebulan - 21.8sen/kWj
* 200kWj berikutnya (201-400kWj) sebulan - 34.5sen/kWj
Caj minimum bulanan ialah RM3

Jumlah penggunaan melebihi 400kWj

* 500kWj pertama (1-500kWj) sebulan - 30.0sen/kWj
* 100kWj berikutnya (501-600kWj) sebulan - 39.0sen/kWj
* 100kWj berikuntnya (601-700kWj) sebulan - 40.0sen/kWj
* 100kWj berikutnya (701-800kWj) sebulan - 41.0sen/kWj
* 100kWj berikutnya (801-900kWj) sebulan - 43.0sen/kWj
* Setiap kWj berikutnya (901kWj ke atas) sebulan - 46.0sen/kWj
Caj minimum bulanan ialah RM3

Tarif Perdagangan Voltan Rendah:

Jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200kWj

* Bagi semua kWj 38.0sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

Jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200kWj

* Bagi semua kWj (dari 1kWj ke atas) - 40.8sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

Tarif Perdagangan Am Voltan Sederhana:

* Bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan - RM24.60/kW
* Bagi semua kWj 29.6sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM600.00

Tarif Perindustrian Voltan Rendah:

* Bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kWj sebulan
* Bagi semua kWj 34.2sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

* Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kWj sebulan
* Bagi semua kWj (daru 1kWj ke atas) - 36.6sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

Jelas Abdullah, pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.

"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," kata beliau.

Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu.

Pada sidang akhbar tengah hari tadi, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh pula berkata: "TNB akan mengekalkan kadar tarif lifeline untuk pengguna kediaman atau domestik yang penggunaan bulanannya sehingga 200kWj."

"Justeru, tiada perubahan kepada kadar tarif elektrik mereka," kata beliau.

Pengguna kumpulan itu mewakili seramai 59.1 peratus daripada keseluruhan pengguna kediaman atau domestik. Pengguna kediaman atau domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 201 hingga 400kWj, yang mewakili seramai 26.7% daripada pengguna kediaman atau domestik secara keseluruhannya dijangka mengalami peningkatan dalam bil bulanan sebanyak 1 hingga 11 peratus.

"Struktur tarif baru bagi pengguna domestik telah dirangka bagi menggalakkan penggunaan elektrik dengan lebih efisien," katanya.

Pengguna komersial dan industri dijangka mengalami peningkatan purata sebanyak 26 peratus manakala untuk pengguna komersial voltan rendah dan pengguna industri voltan rendah yang penggunaan bulanannya sehingga 200kWj setiap bulan akan mengalami peningkatan purata yang lebih rendah iaitu sebanyak 18 peratus.

Peningkatan yang rendah ini akan dinikmati oleh peniaga kecil, peruncit, pekedai dan warung makan.

Dalam pada itu, TNB masih menjangka keuntungan lebih kecil walaupun dilaksanakan struktur tarif elektrik yang baru yang berkuat kuasa bulan depan.

Struktur tarif baru itu akan hanya membolehkan TNB mendapatkan sebahagian kos kenaikan dari harga arang batu dan gas yang lebih tinggi, kata Che Khalib.

Bagaimanapun, ia masih terlalu awal untuk melihat kesan struktur baru itu ke atas prestasi TNB.

Harga gas telah meningkat 123 peratus daripada RM6.40 setiap Juta Unit Termal British (mmBTU) kepada RM14.31 setiap mmBTU manakala harga arang batu naik lebih 170 peratus sejak 2006, kata TNB.

Gas dan arang baru kini masing-masing merupakan 68 peratus dan 26 peratus daripada keseluruhan campuran penjanaan kuasa di Semenanjung Malaysia.

Peningkatan harga gas daripada RM6.40 kepada RM14.31 akan menambah kos TNB sebanyak kirakira RM4.2 bilion setahun dan kenaikan barubaru ini harga arang batu yang kini sekitar AS$130 setonne metrik, akan meningkatkan lagi kos bahan api sebanyak RM1.4 bilion tahun ini.

Mengenai pengeluar kuasa bebas (IPP), Che Khalib berkata, TNB akan menemui mereka pada bulan ini untuk mencari jalan mengurangkan bebanan pengguna.

Berasaskan reaksi awal, IPP telah bersetuju untuk mengkaji penyelesaian terbaik menangani isu itu, katanya.

Mengenai kemungkinan dilakukan satu lagi kenaikan tarif tidak lama lagi, Che Khalib berkata: "Saya rasa apa yang dikatakan pelarasan atau pergerakan menaik tarif secara asasnya menunjukkan apabila berlaku pindaan harga gas, sama ada menaik atau menurun, akan berlaku pelarasan tarif."

Katanya, TNB bersedia untuk menurunkan tarif jika ada pindaan menurun harga gas.

Kali terakhir TNB menurunkan tarif ialah sebelum 1997, katanya.

Sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk mencari jalan mengurangkan bebanan orang ramai, Che Khalib berkata TNB akan menemui pengeluar kuasa bebas (IPP) pada bulan ini.

Berdasarkan reaksi awal, katanya, IPP bersetuju untuk mengkaji penyelesaian terbaik menangani isu itu.

"Kami perlu menemui IPP dan menyatakan TNB tidak boleh menanggung bebanan itu sendirian. Orang ramai perlu turut menanggung bebanan kenaikan itu.

"TNB turut menanggung sebahagian bebanan itu kerana kenaikan kos yang lain telah diserap oleh kami. Kini anda (IPP) juga perlu memainkan peranan," katanya.

Di bawah perjanjian pembelian kuasa antara TNB dan IPP, kos bahan api diserahkan sepenuhnya kepada TNB.

Dengan adanya struktur tarif baru itu, Che Khalib berharap ia akan menggalakkan para pengguna menggunakan tenaga dengan lebih efisien.

BERNAMA

p.s: Sekiranya anda berhajat untuk jimat bil elektrik dalam lingkungan 10% - 40% sebulan, sila klik panduan menjimatkan bil elektrik di rumah ataupun banner di bawah ini;



Harapan saya semoga alat penjimatan tersebut dapat membantu anda untuk jimat elektrik secara sah dan selamat.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Biarkan Inbox Anda Kosong

01 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Pasti anda di antara anda yang tertanya-tanya mengapa kita perlu membiarkan inbox (peti masuk) e-mel kita kosong. Kalau kosong baik tak payah buat e-mel! Mungkin ada beranggapan sebegitu, ye tak?

Mana ader...Jangan tipu!

Saya kat sini nampak ader yang tengah berkerut dahi tu :)

Tapi kalau takder, baguslah. Maafkan saya kerana tersalah sangka ;)

Baiklah, sebenarnya tulisan saya kali ini lebih kepada ulasan terhadap laporan percuma berbahasa Inggeris bertajuk The Internet Marketing Cure, hasil tulisan Scott Boulch.

Secara ringkasnya, laporan ini mendedahkan beberapa perkara seperti:

1. Digital Ebola Virus Strikes Internet Marketer

Antara yang diceritakan dalam bab ini ialah mengapa ada individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Internet Marketers". Kenapa tidak "Marketers" saja?

2. The Dreaded "T" Words

Perkataan bermula dengan "T" yang dimaksudkan ialah Tips, Tricks, Techniques dan Tools.
Apakah sebenarnya di sebalik semua ni?

3. "Gurus" vs. "DoRus"

Apakah yang biasa "Gurus" ni buat dan siapa pula si "DoRus" ni?
Siapa di antara mereka yang anda patut percaya, ikut atau hormat.
Jadi, di antara keduanya, dari siapa anda patut belajar?

4. The Two Path of Internet Marketer

Apakah yang dikatakan "Guru" Path dan "DoRu" Path?

5. Occam's Razor!

Kadangkala ada yang menyebutnya sebagai Ockham's Razor. Ia merupakan sebuah ciri prinsip.....
Ada dua perkara yang anda perlu tahu. Ada kaitan dengan "Biarkan Inbox Anda Kosong"

6. The 30 Days Vaccination Challengge!

Pada saya, bab ini anda mesti baca. :-)

7. The Internet Marketing Cure!

8. Turning a $29 sale into Six Figure Income!

9. Seven Figures and Beyond

dan banyak lagi yang tak mampu saya jelaskan di sini =P

Untuk itu, saya syorkan agar anda muatturun (download) laporan setebal 59 muka surat di bawah ini.
Jangan malu-malu, klik saja imej buku di bawah ni :-p



Setelah anda memilikki laporan ini, anda juga berpeluang memuatturun lima lagi laporan percuma dari Scott Boulch iaitu:

a. The Death of Adsense
b. Life After Adsense
c. The Numbers Don't Lie
d. The Autospy
e. The Quick and The Dead

Hint: Klik link pada muka surat 31.

Sebelum beredar, saya nak tanya sikit...Anda nak buat duit percuma dengan laporan The Internet Marketing Cure ni?

Jika anda mahu, saya bersedia untuk kongsikan caranya :p

1. Sila klik link The Internet Marketing Cure.

2. Anda dibawa terus ke laman web The Internet Marketing Cure dot com.

3. Sila isikan nama, alamat e-mel dan password. Klik butang Download Your Free Report Now!

4. Tunggu e-mel pengesahan bertajuk Nama Anda, Confirmation Required for: The Internet Marketing Cure! dari Scott Boulch.

5. Sila klik link pengesahan yang diberikan dalam e-mel.
Contoh - Click Here to Activate: http://www.tlvsecurelist.com*******

6. Seterusnya, anda akan terima satu lagi e-mel dari The Internet Marketing Cure yang bertajuk Welcome to Internet Marketing Cure

7. Dalam e-mel kali ini, anda akan diberi link untuk download laporan percuma tersebut, username dan password.

8. Setelah download laporan percuma, anda bolehlah mempromosikannya kepada kenalan atau list anda secara berhemah.

9. Setiap seorang yang mendownload laporan percuma ini melalui link anda, komisen sebanyak $0.50 (RM1.50) akan diberi.

p.s : Saudara Mawardee ada juga memberikan peluang serupa seperti di atas.
Jika anda mahukan satu lagi sumber duit percuma, sila klik banner di bawah.



Ya, jangan ragu-ragu...klik dengan penuh keyakinan, mulakan dengan Bismillah.

Ahaah! Agak panjang tulisan saya kali ini. Maaf kalau telah mencuri hati masa anda. Sampai bertemu lagi :-p

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...