Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Blog Perniagaan Internet dan Rahsia Squeeze Page

30 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Seperti tajuk di atas, kali ini saya akan membuat sedikit ulasan mengenai Blog Perniagaan Internet. Pada masa yang sama, saya nak "up" sikit dengan berkongsi kandungan e-book percuma Rahsia Squeeze Page hasil nukilan saudara Ammar Zahar. Umumnya, Rahsia Squeeze Page ini antara e-book percuma terbaik yang pernah saya baca pada 2008 ni. Terima kasih Ammar kerana memberikannya secara percuma jer. Hehehe...

Ayuh, kita mulakan dulu dengan pengenalan Blog Perniagaan Internet. Blog ini dimiliki oleh seorang jejaka muda seperti di gambar sebelah kiri anda.

Nama penuh beliau adalah Muhammad Ammar bin Zaharudin. Beliau masih bergelar bujang penuntut dalam bidang Senibina Landskap di UPM.

Okay cukuplah dulu butiran mengenai tuan punya blog!

Sekarang, apa pula info yang boleh anda dapat di Blog Perniagaan Internet ni? Kalau diikutkan pada "tagline"nya, semuanya mengenai perniagaan internet.

Jikalau aku anda masih baru dan mahukan lebih info berkaitan perniagaan internet bolehlah layari Blog Perniagaan Internet ni.

Antara topik yang telah dibincangkan ialah tip melariskan produk, cara meletakkan opt-in di blog, cara mudah tarik trafik, grafik 'marketing' dalam perniagaan internet dan banyak lagi yang bakal dikongsikan. Kalau nak tahu sama ada perniagaan internet ni penipu ke tak, ia pun ada dibincangkan. :p

Sekali lagi saya berikan link eksklusif buat anda di ==>>Blog Perniagaan Internet

Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah berkenaan Rahsia Squeeze Page. Ianya setebal 74 muka surat termasuk iklan. :)

Antara kandungan yang dimuatkan adalah pengenalan squeeze page, langkah mendapatkan hosting, pengenalan autoresponder dan klimaksnya adalah pada bab membina squeeze page. Kemudiannya, ia disempurnakan dengan bab upload squeeze page ke server!

Sesuai dengan tajuknya, saya akan detailkan sikit apa yang ada dalam bab membina squeeze page ni.

Ada dua langkah yang ditunjukkan iaitu dengan menggunakan perisian percuma dan berbayar. Bagi perisian berbayar, beliau menunjukkan cara menggunakan Adobe Dreamweaver CS3. Manakala bagi perisian percuma, beliau memilih NVU sebagai bahan pembelajaran.

Secara keseluruhan, penerangan beliau disertakan dengan gambarajah. Boleh difahami dengan mudah. Tapi jika masih ada sebarang kemusykilan, saya percaya saudara Ammar Zahar sedia membantu anda.

Baiklah, cukuplah sampai di sini dulu. Anda pun dah letih sebab panjang sikit tulisan saya kali ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Sebelum berundur, kepada yang nak mengetahui dan belajar mengenai Rahsia Squeeze Page, sila klik di ==>> sini.

Anda cuma perlu isikan nama dan e-mel untuk mendapatkannya.

Memang anda boleh jimat duit lagi kali ni. :)

Ahaah! Sekian dulu pertemuan kali ini.

Wassalam.

Siri Jelajah Asia Chelsea FC: Chelsea vs Malaysia

|

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sempena Chelsea vs Malaysia semalam, hari ini saya nak kongsikan sedikit berita mengenainya. Sebenarnya, saya merupakan salah seorang peminat Chelsea. Namun, sebagai rakyat Malaysia, Malaysia XI memang tetap di hati. Hehehe...

Sebenarnya, Chelsea berkunjung ke Malaysia sempena melengkapkan Siri Jelajah Asia mereka sebelum bertolak ke Moscow.



Bagi yang belum mengetahui keputusan perlawanan semalam, Chelsea telah menewaskan Malaysia XI menerusi jaringan Nicholas Anelka (min. 26) dan Ashley Cole (min. 53).


Keputusan penuh perlawanan: Malaysia XI 0-2 Chelsea




Secara keseluruhannya, ramai yang mengatakan pasukan Malaysia XI mempamerkan persembahan yang boleh dipuji. Tapi rasanya mungkin Chelsea yang tak bermain pada tahap sebenar kot?

Namun, apa yang lebih penting ialah pemain kita dapat menimba pengalaman dan belajar sesuatu daripada perlawanan semalam. Lepas tu, kongsikanlah pula dengan pemain lain kat pasukan negeri atau kelab!

Ahaah! Itu saja berita mengenai perlawanan semalam. Sampai berjumpa lagi.

Mentor Jutawan Dr. Irfan Khairi

26 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Mentor Jutawan sebenarnya telah berada di pasaran sejak lebih seminggu yang lalu dan sambutan terhadapnya amat menggalakkan. Bayangkanlah, baru dua tiga hari saja dilancarkan, pesanan yang diterima telah melebihi 100 pesanan. :)

Bagi yang belum maklum mengenai Mentor Jutawan, ada baiknya saya ceritakan sedikit.

Mentor Jutawan adalah sebuah produk digital berupa e-book yang memuatkan koleksi transkripsi temubual terpilih di antara Dr. Irfan Khairi sendiri dengan 7 Mentor Jutawan yang lain. Manakala Dr. Irfan Khairi pula ditemuramah oleh saudara Nizal Mohammad.

Khas buat anda, saya nak kongsikan sedikit apa yang menarik tentang temuramah di antara saudara Nizal dengan Dr. Irfan Khairi.

Apakah faedah yang kita dapat setelah membaca kandungan transkripsi ni?

1. Kita dapat mengenali Dr. Irfan Khairi secara lebih dekat lagi. Latarbelakang beliau dan bagaimana boleh tercetusnya matlamat untuk menjadi jutawan.

2. Beliau ada kongsikan bagaimana menyusun dan mengatur strategi hidup dalam usaha mencapai status jutawan.

Kalau ada yang bercita-cita nak jadi jutawan tu, bolehlah ketahui apa yang beliau buat pada peringkat awal. Pengalaman pahit manis pun ada dikongsikan. :)

3. Boleh mencontohi pemikiran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk mencapai cita-cita sebagai seorang jutawan.

dan banyak lagi!

Apa yang lebih menarik ialah di dalam e-book Mentor Jutawan ni, ada diselitkan kata-kata peransang dari setiap mentor.

Ingin saya petik di sini beberapa kata peransang dari Dr. Irfan Khairi sendiri iaitu;

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini.

Berjaya atau gagal adalah tanggungjawab sendiri. Jangan pula bila berjaya kita kata kita hebat. Bila kita gagal, kita beri alasan dan menyalahkan orang lain.

Kita perlukan pengorbanan bukan sekadar wang sahaja, tetapi juga masa dan usaha di mana ianya perlu pada saya untuk mendapatkan ilmu.

-Irfan Khairi


Ahaah! Itu saja yang boleh saya kongsikan walaupun ada banyak lagi yang sebenarnya yang boleh dikupas dan digali. Saya tak nak kupas seorang diri, apa kata anda pun kupas sama:)

Caranya mudah saja, dapatkan e-book ni di Mentor Jutawan

Anda pasti akan lebih bermotivasi untuk menjadi jutawan lepas ini. :D

p.s: Jika berkesempatan, kelak saya akan kongsikan kandungan transkripsi temubual dengan jutawan yang lain pulak. :)

Laporan Percuma The Death of JV Giveaways

24 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Jika ada yang masih ingat, saya pernah menulis tentang JV Giveaways sebelum ini. Apa yang istimewa tentang JV Giveaways ini adalah kita dapat mendownload seberapa banyak produk secara percuma. Hanya isi nama dan alamat e-mel, kita akan diberi produk yang dikehendaki tu. :)

Baiklah, hari ini saya nak cerita tentang JV Giveaways jugak. Cuma kali ini bukan mengenai JV Giveaways event yang sedang berlansung tetapi laporan percuma The Death of JV Giveaways.

Atau yang lebih tepatnya The Leaked Chapter of The Death of JV Giveaways. Laporan ni ditulis oleh Bradley Smith.

Untuk info semua, semasa saya menulis ni, laporan penuh The Death of JV Giveaways ni masih berharga $7. Manakala yang versi The Leaked Chapter memang percuma. :)

Sebab musabab kita patut download laporan percuma ni kerana Bradley Smith bermurah hati menawarkan $1 untuk setiap referral yang anda bawa. Komisen akan diberi melalui paypal. Sekiranya anda sedang cari duit paypal, inilah masanya untuk bertindak! :D



Jadinya, kalau anda dah bersiap sedia nak tambah duit paypal, bolehlah menyertainya sekarang dengan klik banner di atas ataupun kat sini.

Cara nak menyertainya mudah sahaja. Selepas klik di sini, isi nama,e-mel dan password pada ruang yang telah tersedia khas untuk anda.

Kemudian tunggu e-mel pengesahan dari admin dan Bradley Smith. Saya memang dapat dua e-mel sekaligus. Klik link pengesahan daripada admin saja pun dah cukup.

Seterusnya, kita akan dibawa ke laman web berkaitan. Nanti kita akan diberi pilihan sama ada nak beli laporan The Death of JV Giveaways bernilai $7 ni atau tak.

Kalau anda nak beli, klik kat butang download. Jika tidak, klik "Continue to Account".

Sekarang, kita nak laporan percuma tu kan? Pergi ke bahagian menu di bahagian atas, klik kat "comment here". Pada page tu, skrol mouse sampai ke bawah.

Cari dan klik pada ayat "Download The Leaked Chapter of The Death of JV Giveaways". Laporan tu akan dipaparkan pada tab lain. Nak baca? Silakan. :)

Akhir sekali, kita nak cari duit paypal kan? Nah, klik kat "Earn $$$", isikan dulu e-mel paypal anda. Selepas itu, barulah buat promosi. Banyak alat bantuan promosi yang disediakan seperti "Banners", "Signature" dan "Emails".

Promosikannya secara berhemah yer. ;p

Updated:

Untuk berpeluang mendapat lebih komisen, layan jer video kat bawah ni;



Kalau belum mendaftar produk lain seperti The Giveaway Code, Giveaway Announcer dan 3 yang lain, sila daftar untuk mendapatkan link affiliate anda. :)

Updated 2:

Tawaran pemberian komisen $1 untuk setiap referral yang anda bawa ke website The Death of JV Giveaways akan tamat pada 31 Julai 2008!

Ahaah! Itu saja berita gembira untuk anda hari ni. Jangan tidur lagi tunggu lagi, daftarkan diri sekarang juga!

p.s: Tak tau nak daftar kat mane? Meh daftar kat sini.

Kursus SmartStudy: Jimat dan Menyeronokkan

22 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Hari ini saya ada satu berita ringkas khas buat ibu bapa dan pelajar yang ada keinginan untuk cemerlang. Saudara Osman Affan bakal mengendalikan kursus motivasi dan teknik belajar yang lebih dikenali sebagai Kursus SmartStudy.

Kursus SmartStudy ni adalah langkah pertama yang diperlukan oleh pelajar untuk menjadi cemerlang.

Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita perlu meningkatkan motivasi diri untuk belajar dahulu. Kemudiannya, ia dituruti dengan teknik belajar yang berkesan!

Ingat, belajar adalah satu proses yang menyeronokkan!



Kursus SmartStudy ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Membina minda seorang pelajar cemerlang.
2. Menguasai 3 teknik utama kemahiran belajar.
3. Mendisiplinkan diri dengan pengetahuan psikologi peperiksaan.


Kursus Motivasi dan Teknik Belajar akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Tarikh: Sessi 1 - 16 & 17 Ogos 2008, Sessi2 - 23 & 24 Ogos 2008.
Sessi 1: Pelajar sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5).
Sessi 2: Pelajar sekolah rendah (darjah 4, 5 dan 6).
Hari: Sabtu dan Ahad.
Masa kursus: 9 pagi sehingga 6 petang. (Pendaftaran bermula dari 8.15 pagi)
Lokasi: Conference Room, Research Management Centre, UIA.

Tempat adalah terhad kepada 50 peserta sahaja untuk setiap sessi.

Untuk menyertai kursus ini, saya sarankan anda daftar sebelum 31 Julai 2008 untuk jimat duit anda sebanyak RM50.

Jadi, anda hanya perlu membayar RM250 sahaja untuk menghadiri kursus motivasi dan teknik belajar yang menyeronokkan ni. :)

Sekiranya anda tidak tahu lokasinya, usah risau. Saya sertakan sekali pelan yang disediakan oleh pihak smartstudy.com.my di bawah:


Pelan 1: Peta ke UIA Gombak dari jalan utama


Pelan 2: Peta ke Conference Room, Research Management Centre, UIA

Untuk menjimatkan duit anda sebanyak RM50 dan menyertai kursus yang menyeronokkan ini, sila ke smartstudy.com.my untuk pendaftaran awal.

Semoga pelaburan anda ini mampu melahirkan ramai lagi pelajar cemerlang! Apa yang lebih manis ialah mereka merupakan anak-anak ataupun ahli keluarga anda sendiri. :)

Ahaah! Sampai di sini dulu buat kali ini. Nanti kita jumpa lagi yer.

p.s: Saya dalam proses membaca e-book mentor jutawan dari Dr. Irfan Khairi ni. Nanti saya akan kongsikan sikit dengan anda semua. :)

p.p.s: Kalau anda nak baca e-book mentor jutawan ni, boleh dapatkannya di Mentor Jutawan.

Tip Memilih Kereta Terpakai Siri 4

19 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Bertemu kembali dalam siri 4 untuk tip memilih kereta terpakai. Tanpa berlengah, saya sertakan tip terakhir pada siri yang lepas supaya anda dapat mengimbas kembali yer. Lepas tu, barulah saya akan sambung dengan tip yang baru. :D

h. Biarkan enjin kereta tu dalam keadaan "idle". Pada waktu ini, dengar sekali lagi ada tak sebarang bunyi bising atau gegaran yang memungkinkan sama ada enjin tidak di"tuned" dengan baik atau pun berlaku kerosakan pada bahagian "valve"(injap).

i. Ketika ini, pastikan hidung anda peka agar dapat mengesan sebarang bau yang pelik. Jika anda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan, memang ada yang tak kena dengan enjin kereta ni.

j. Bagi kereta terpakai bertransmissi 'auto', pastikan penukaran gear berjalan lanjar dan tidak tersekat-sekat. Jika tidak, itu maknanya ia perlu dibaiki (repair).

k. Semasa memandu uji kereta terpakai tu, tengok-tengok atau cuba perhatikan melalui cermin pandang belakang/sisi keadaan asap yang keluar dari ekzos.

Ada tak keluar asap berwarna putih? Kalau ada, maknanya kereta terpakai tu terpaksalah di'overhaul'.

l. Ooh, yea! Jangan lupa periksa bagaimana kuasa kereta terpakai tu sama ada ketika menaiki bukit ataupun ketika berada di atas bukit.

m. Pastikan keadaan alat penghawa dingin pun dalam keadaan baik.

n. Cuba 'on' radio, mainkan kaset atau pemain cd/vcd/dvd jika ada. Ia berfungsi ke tak?

o. Uji juga keadaan wiper. Kalau hari hujan dah turun, memang wiper ni teramatlah penting. Pastikan ia berkeadaan dan mampu berfungsi dengan baik.

p. Jika berkesempatan, uji kereta terpakai yang diidamkan tu dalam semua keadaan cuaca. Barulah kita dapat tahu gambaran sebenarnya dalam pelbagai keadaan, ye tak?

q. Jika nak selamat dan terjamin, ajak sekali rakan anda yang ada kemahiran dalam bidang automotif ni. Kalau kawan anda tu mekanik lagi bagus!

Minta tolong beliau buat penilaian dan beri pendapat tentang kereta yang anda cadang nak beli tu. Kalau boleh member yang boleh dipercayailah!

r. Selain itu, elakkan berurusan untuk membeli kereta terpakai ni pada waktu-waktu tertentu seperti waktu malam, hujan ataupun dalam keadaan tergesa-gesa.

Cari waktu yang anda dalam keadaan fresh atau mampu berfikir serta membuat pertimbangan dengan baik tanpa mudah termakan pujuk rayu si penjual!

Biasanya penjual kalau belum dapat duit ni, memanglah mulut mereka ni manis macam madu. Tapi lepas dah dapat duit, faham-faham jelah.

psst....tapi tak semua jurujual macam tue. hehehe...

s. Tip terakhir ialah pastikan anda berurusan dengan orang yang betul. Pastikan anda boleh mempercayai beliau. Kenali beliau.

Ambil tahu nama sebenar, nombor yang boleh dihubungi (cuba telefon on the spot) dan kalau boleh alamat rumah sekali da (untuk keselamatan, manalah tau kot-kot kena tipu hidup-hidup ker).

Sebelum menandatangani sebarang perjanjian, pastikan persetujuan yang dicapai memuaskan kedua-dua belah pihak.

Jadi, kepada anda yang ingin membeli, mintalah apa-apa keistimewaan yang boleh contohnya pemberian percuma (free gift), voucher petrol, kupon servis dan sebagainya. Bergantung kepada tempat anda membeli. Sebelum membeli tu ayatlah sikit penjual tu supaya beliau 'cair' dan murah hati kat anda. :D

Amacam, Selamat Mencuba!

Ahaah! Sampai di sini saja tip membeli kereta terpakai. Jika ada tip lain, boleh dikongsikan di bahagian komen yer;p

p.s: Dah download laporan percuma Rahsia Pro Affiliate tak? Kalau belum, klik jer banner kat bawah. Sementara masih free of charge lagi ni. :)



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Laporan Percuma Rahsia Menjadi Pro Affiliate

13 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Semalam, saya telah membuat satu ulasan tentang laporan percuma bertajuk Rahsia Trafik Video Marketing. Hari ni, tulisan saya tetap menjurus kepada laporan percuma juga. Cuma tajuk laporan yang nak diulas saja berbeza iaitu Rahsia Menjadi Pro Affiliate.

Pertama sekali, laporan percuma ini telah dihasilkan oleh saudara Din Beramboi dan Kento. Ia setebal 15 muka surat dan turut memuatkan info seperti apa itu pro affiliate, bagaimana menjadi pro affiliate dan beberapa sub-topik yang lain.

Sebenarnya, laporan percuma ini adalah sebahagian daripada bab pertama Rahsia Menjadi Pro Affiliate versi penuh yang bakal diterbitkan pada penghujung Julai.

Untuk versi penuh kelak, saya difahamkan yang ia adalah limited edition. Untuk itu, jika anda bercita-cita tinggi untuk menjadi Pro Affiliate, bolehlah mendaftarkan diri di SINI dahulu.

Jadi, lepas ini takde lagi sebarang alasan yang boleh anda berikan kalau terlepas peluang untuk memilikki versi penuh Rahsia Menjadi Pro Affiliate ni.

Ok, pap! Kita tutup cerita pasal kandungan Rahsia Menjadi Pro Affiliate.

Sekarang ni, satu lagi peluang untuk anda buat duit percuma. :D Hah! Dengar jer pasal buat duit, mesti semua tersenyum meleret sampai ke pipi. :-)

Betul tak? Dahlah anda diberi laporan percuma, lepas tu boleh buat duit percuma pulak. :D

Cara nak buat duit daripada laporan percuma ni mudah saja. Mula-mula, anda perlulah mendaftar dulu di SINI untuk mendapatkan laporan tu.

Kemudian, prosedur seterusnya lebih kurang sama seperti tulisan saya sebelum ni. Jika anda inginkan kepastian, sila rujuk di sini

Baiklah, untuk laporan Rahsia Menjadi Pro Affiliate ni, anda akan diberi komisen RM0.25 per referral. Jika anda berjaya membawa 40 orang referral, anda akan menerima komisen sebanyak RM10.

Untuk info anda, pembayaran minimum buat masa ini adalah RM10. Bagi anda yang belum mempunyai list (macam saya ni), pihak penganjur mungkin akan mempertimbangkan had payout sebanyak RM5.

Ahaah! Harap tulisan kali ni dapat memberikan manfaat pada semua. :-) Di samping mendapat ilmu, kita pun boleh buat duit sikit!

Selamat Mendownload!

p.s: Sila download Rahsia Menjadi Pro Affiliate di SINI.

p.p.s: Jika anda belum sempat mendownload laporan Rahsia Trafik Video Marketing, sila daftarkan diri dahulu di sini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Laporan Percuma Rahsia Trafik Video Marketing

12 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Segmen laporan percuma kali ini memaparkan kepada anda Rahsia Trafik Video Marketing. Saya baru saja selesai menelaah laporan percuma ini dan akan membuat sedikit ulasan mengenainya. Psst...anda juga boleh buat duit percuma melalui laporan ni.
Tak cukup jugak manusia memang tak pernah puas, hehe dengan ganjaran ni?!
Kita turut berpeluang memenangi sebuah laptop bernilai RM2000 lebih. :D Kalau nak tahu lebih lanjut, jom teruskan melayannz...

Asasnya, laporan percuma ini dibahagikan kepada enam bab dan disertakan sekali dengan dua case study. Fokus utama laporan ini ialah Teknik Video Marketing. Laporan ini dihasilkan melalui pengalaman sebenar penulis setelah hampir setahun fokus terhadap teknik ini.


Secara keseluruhannya, laporan ini telah disusun dengan baik dan penerangannya amat mudah untuk difahami. Kebanyakan penerangannya disertakan sekali dengan gambarajah yang kemas dan teratur. :)

Antara kandungan yang dimuatkan dalam laporan ini ialah mencari niche video kegemaran ramai, download, upload dan publish video, proses suntingan video, pelan tindakan dan proses buat duit melalui laman web anda.

Kesimpulannya, anda memang patut membaca laporan ini dan boleh terus download di SINI

Seterusnya, saya akan tunjukkan cara yang membolehkan anda buat duit percuma dan seterusnya memenangi sebuah laptop bernilai lebih RM2000.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Jika anda belum download laporan percuma ni, sila daftarkan diri dahulu di SINI

2. Kemudian, anda akan menerima emel "CONFIRMATION REQUIRED" dari Aspirasi Cyber Team.

3. Klik link di bawah "EASY 1-CLICK CONFIRMATION".

4. Anda akan menerima emel seterusnya dan boleh download melalui link yang diberikan.

5. Setelah selesai download laporan, anda boleh daftar sebagai ahli affiliate melalui link di muka surat pertama laporan tersebut.

6. Isikan segala butiran yang diperlukan dan klik button "Submit Application".

7. Setelah selesai proses pendaftaran, kini anda boleh memulakan promosi. Gunakan segala bantuan promosi seperti banner/links yang diberikan.

8. Untuk setiap "lead" yang anda perkenalkan, komisyen sebanyak RM0.20 akan diberi. Had minimum pembayaran ialah RM10. Ini beerti anda perlu membawa sekurang-kurangnya 50 orang untuk men"download" laporan ini.

9. Anda nak laptop? Sekiranya anda menjadi orang pertama yang berjaya membawa "lead" seramai 10,000 atau lebih, tahniah! Laptop tersebut menjadi milik anda. :D

Ahaah! Itu sahaja yang perlu anda lakukan kali ini.

Semoga berjaya dan Selamat Mendownload!

p.s: Pastikan anda mempromosikannya secara berhemah yer. :)

Sekian, terima kasih.

Tip Memilih Kereta Terpakai Siri 3

05 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Baiklah, hari ini saya akan menyambung siri Tip Memilih Kereta Terpakai. Harap anda semua terhibur :D

Lazimnya, agak sukar untuk kita mendapatkan kereta terpakai yang mampu memenuhi citarasa atau spesifikasi yang dikehendaki. Untuk itu, saya berharap tip di bawah ni sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan yang sewajarnya kepada anda. :)

Untuk memilih kereta terpakai pastikan anda:

1. Periksa dahulu keadaan talipinggang keledar, karpet dan kusyen tempat duduk depan dan belakang.

2. Jika tempat duduk tersebut disarung dengan kusyen, jangan segan silu untuk tengok di sebaliknya. Manalah tahu jika ada sebarang kecacatan, kekotoran atan dah terlalu lusuh!

3. Tengok betul-betul keadaan tempat duduk dan karpet di lantai kereta tu. Ada tak kesan-kesan yang menandakan kereta tu selalu membawa benda-benda berat.
Elakkan daripada membeli kereta yang selalu membawa lebih bebanan!

4. Hah! Jangan lupa periksa tahap kelegaan pedal brek juga.

Setelah memeriksa keadaan luaran dan komponen kereta, sekarang tiba masanya untuk test drive!

a. Apakata kalau anda cuba memandu pada keadaan permukaan jalan yang berlainan.

b. Jangan lupa periksa tahap kemampuan brek kereta ketika sedang memandu ujinya.

c. Peka dengan sebarang gegaran dan tahap kemampuan penyerap hentakan sama ada di bahagian depan dan belakang kereta tersebut.

d. Jika kereta yang sedang dipandu uji itu bertranmissi manual, peka juga terhadap kelancaran clutch.

e. Dengar-dengarkan juga bunyi enjin kereta. Ada tak sebarang bunyi-bunyian yang pelik atau kurang menyenangkan halwa telinga anda?

f. Ada tak berlakunya sebarang gegaran pada enjin, tayar di depan atau belakang ataupun wujud sebarang tanda-tanda yang agak kurang menyenangkan?

g. Lakukan pertukaran gear sebanyak mungkin dan rasakan bagaimana tindak balas kereta pada masa tu.

h. Kemudian, biarkan enjin dalam keadaan "idle". Pada waktu ini, dengar sekali lagi ada tak sebarang bunyi bising atau gegaran yang memungkinkan sama ada enjin tidak di"tuned" dengan baik atau pun berlaku kerosakan pada bahagian "valve"(injap).

Bersambung lagi da.......



Jangan lupa, saya akan sambung lagi siri Tip Memilih Kereta Terpakai ni, tungggguuu!

Wassalam.

Kartunis Ubi Kini Kembali

03 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Adakah anda peminat fanatik Kartunis Ubi? Kalau minat, kita serupa....:) Apa yang lebih best ialah kini anda dah boleh mengubat rindu terhadap karya Kartunis Ubi ni. Ini kerana beliau telah dilantik menjadi kartunis MajalahIM. Kini, setiap bulan anda boleh menikmati karya beliau melalui satu kolum khas dalam MajalahIM ni. Jadi teruskan kesetiaan anda membaca MajalahIM ni yer.

Baiklah, khusus untuk anda saya akan mengupas serba sikit kandungan MajalahIM edisi kelima ni. Seperti yang anda nampak di sebelah ni, cover depan edisi kali ni dihiasi oleh dua orang anak muda yang telah berjaya dalam industri IM. Lain tak lain ialah Adli dan Zhafran.

Untuk pengetahuan anda, Adli juga merupakan Ketua Editor untuk MajalahIM ni. Manakala Zhafran pula bertanggungjawab terhadap Graphics dan Layout.

Kandungan MajalahIM edisi kali ni merangkumi Manusia Ini Pelik, Search Engine Optimization (SEO), Anda Gagal!, Resepi Kejayaan Dengan Kekuatan Minda, Anda Mahu Wang Tunai Segera, Tips Submit Laman Web ke Direktori, Ilmu Bisnes - Proses Pembelajaran Berterusan dan beberapa topik lain.

Tak lupa juga, karya dari Kartunis Ubi pun ada. Anda pasti teruja!

Pendek kata, semua info di dalam MajalahIM ni memang best. Ada paparan yang bersiri seperti topik SEO oleh Fuad Latif. Jika anda mahu belajar SEO, jangan ketinggalan mengikuti tulisan beliau.

Fuad Latif ni merupakan otai dalam bidang SEO. Siapa yang pernah berguru dengan beliau, mesti kagum punyalah!

Akhir kata, anda boleh mendapatkan MajalahIM ni sama ada di MajalahIM.com atau pun di FlareBiz.com

Jadi dapatkannya sekarang dan Selamat Membaca!

Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”

01 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sekali lagi, hari ini merupakan hari yang bertuah buat pengunjung Jom Jimat. Anda bertuah kerana anda bakal memperolehi satu bab percuma buku "Rahsia Bisnes MLM di Internet". Sebenarnya, buku ini telah diterbitkan namun ia masih belum berada di pasaran.

Untuk itu, saya mencadangkan supaya anda dapatkan dulu bab percuma buku Rahsia Bisnes MLM di Internet ni. Dari situ, anda pasti dapat meneliti apa yang terkandung di dalamnya. :)

Apa yang lebih penting, jadilah yang terawal mendapatkannya. :D

Bagaimana caranya saya boleh mendapatkan bab percuma tu?

Mudah saja, jom saksikan paparan di bawah ini:

Sebelum ini Daegan Smith dan Zamri Nanyan telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan buku ini dijual di Amazon.com pada harga USD$39.95. (Wow! Mahal tu)

Jika anda berada di Malaysia, anda masih bertuah kerana dapat membeli buku ini pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM29.90 (jangan beli di Amazon.com).

Kini, ada satu lagi berita baik untuk anda!

Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Tajuk yang diberikan ialah “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” dan ianya boleh diperolehi di MPH Bookstore atau kedai-kedai buku berdekatan pada harga RM29.90.

Buat masa yang terhad, Zamri Nanyan sedang menjalankan promosi memperkenalkan buku ini kepada orang ramai dan beliau sedang memberikan satu bab percuma daripada buku ini kepada sesiapa sahaja yang layak.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan bab percuma buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini, sila lawati link di bawah:

http://simurl.com/mlm-internet

Anda juga diberikan “Isi Kandungan” buku ini serta sedikit komen penulis mengenai buku terbaru ini. Jadi, klik link di atas dan jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini.

Saya sudah dapat bab percuma buku ini. Anda bila lagi? :)


Bagaimana, anda dah tahu caranya?

Jika masih kurang jelas, sila layari http://simurl.com/mlm-internet sekarang juga!

Saya yakin anda akan faham jua akhirnya. :p

Ahaah! Sampai bertemu lagi.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...