Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Laporan Percuma: Panduan Web Advance Edition

29 August 2008 |

Salam Ceria & Selamat Sejahtera,

Sempena petang Jumaat yang redup ni, saya bawakan anda satu lagi laporan percuma untuk dimuatturun (download). Tajuknya "Panduan Web Advance Edition" yang telah disediakan oleh Berneard Bondly.



Kandungan Panduan Web Advance Edition ni ringkas saja dan mengandungi sekitar 12 mukasurat penting.

Laporan ni lebih kepada mendedahkan rahsia menjana pendapatan dengan web jualan hasil daripada pembacaan dan hands-on penulis sendiri. Antara rahsia yang beliau nak sangat anda tahu adalah;

Rahsia #1: Produk yang Hangat

Rahsia #2: Sales Letter yang Killer

Rahsia #3: Grafik yang Mengancam

Rahsia #4: Sistem Web Jualan yang Lengkap

Rahsia #5: Strategi Pelancaran Produk

Rahsia #6: Promosi Berterusan


Kalau anda betul-betul nakkan 6 rahsia ni, boleh download di SINI.

Namun yang lebih menarik adalah Berneard turut menawarkan program pay per lead untuk mempromosikan laporan percuma ni.

Rigkasnya, konsep pay per lead seperti di bawah;

Anda Promosi dgn Efektif + Prospek Download melalui Link Anda = $$Komisen$$


Untuk Panduan Web Advance Edition, Berneard memberikan RM0.25 per download. Bayaran akan dibayar setiap 15 & 31hb setiap bulan jika akaun anda mencecah RM10.

Kalau anda nak promosikan laporan ni untuk perolehi komisen, boleh daftar di SINI.

p.s: saya baru dibayar komisen oleh Bradley Smith pagi tadi hasil mempromosikan pay per lead "The Death of JV Giveaway" pada akhir Julai 2008.

p.p.s: saya juga pernah menulis tentangnya di sini.

p.p.p.s: program pay per lead tempatan yang masih boleh anda sertai adalah, Pro Affiliate, Trafik Video Marketing, Rahsia Usahawan Internet Malaysia & Panduan Setup Getresponse.
Komisen yang diberikan antara RM0.25 hingga RM0.30. Klik pada setiap tajuk untuk menyertai setiap program.

Laporan Percuma: Panduan Setup Getresponse

26 August 2008 |

Salam Ceria dan Salam Sejahtera,

Sejak kebelakangan ini, banyak laporan percuma yang telah diedarkan oleh usahawan internet Malaysia. Laporan terbaru yang saya tahu ialah Panduan Setup Getresponse. Ia telah dihasilkan oleh Mazlie Nadzri. Namun, ia bukan setakat laporan percuma biasa. Tapi ada beberapa bonus menarik untuk anda yang mendownloadnya. Anda akan mengetahuinya di akhir tulisan ini nanti. :)



Bagi sesiapa yang kurang tahu tentang Getresponse, ia merupakan sistem autoresponder berbayar yang diyakini berkesan. Selain aweber, getresponse merupakan salah satu sistem autoresponder yang digunakan oleh kebanyakan usahawan internet Malaysia dan antarabangsa.

Autoresponder ini juga merupakan salah satu senjata utama yang berkuasa bagi semua usahawan internet seantero dunia. :)

Dalam Panduan Setup Getresponse ni, anda akan diajar mengenai;

1. Pengenalan dan Bina Kempen - ms 3
2. Confirm Message - ms
3. Bagaimana Membina Follow-up Message - ms 10
4. Menambah Follow-up Prospek - ms 16
5. Bagaimana Mencipta Borang Langganan Prospek - ms 18
6. Masukkan kod HTML ke Laman Web Anda - m 22
7. Menghantar Email Broadcast - ms 27

secara percuma!

Okaylah, sekarang saya nak beritahu anda bonus yang bakal anda perolehi jika mendownloadnya sekarang;

Anda boleh mempromosikan laporan ini kepada umum dan seterusnya memperolehi komisen. Setiap individu yang mendownload melalui link anda, komisen sebanyak RM0.30 akan diberikan.

Lepas tu, kalau ada 50 orang yang download melalui anda, tambahan sebanyak RM10 akan diberikan. Malah, jika 100 orang yang download, tambahan RM15 pula yang akan diberikan.

Satu lagi, kalau anda berhasrat nak mendapatkan Panduan HTML kelak, kupon diskaun sebanyak RM5 turut diberikan.

Jadi, kalau anda tak nak melepaskan kesemua peluang yang terhidang, bolehlah daftar di SINI.

Selamat Mendownload!

p.s: Promosi ini tamat pada 21 September 2008. Harap Maklum.

Laporan Percuma: Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster

23 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Kelmarin, saudara Ramzan Rozali (RajaBlog) telah mengeluarkan satu lagi laporan percuma bertajuk Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster. Sebelum ini, beliau pernah mengeluarkan Panduan Asas Wordpress yang juga boleh didapati secara percuma.

Secara keseluruhannya, Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster ini dibahagikan kepada 5 bab dengan 29 mukasurat.

Antara kandungan yang diselitkan ke dalam 5 bab itu adalah;

Bab 1: Pengenalan Gmail

Bab 2: Gmail sebagai Pusat Kumpulan Email

Bab 3: Menapis dan Mengasingkan Email yang diterima

Bab 4: Meletakkan Signature

Bab 5: Email atau Autoresponder Segera

Di samping itu, anda juga ditunjukkan beberapa tutorial khas dalam bab tertentu untuk memudahkan lagi pemahaman. ;) Siap dengan gambarajah lagi!

Antara tutorial yang disediakan seperti menggunakan "Email Address Forwarder", macamner nak asingkan email mengikut kategori, meletakkan signature dan menggunakan vacation setting untuk balasan segera.

Jadi, kepada para blogger dan webmaster...jangan buang masa lagi. Jom download panduan gmail ni kat SINI!

Ahaah! Sampai di sini saja dulu. Jumpa lagi. :D

MajalahIM #6 - Edisi Merdeka

22 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya cuma nak menulis ringkas tentang MajalahIM #6 keluaran Ogos 2008. Sebenarnya ia dah dirasmikan pada 14 Ogos lalu tapi saya baru saja sempat membacanya.

Sebab itulah baru hari ini saya dapat kongsikannya dengan anda. :D

Sempena edisi Merdeka ni, cover depan MajalahIM menampilkan saudara Iszuddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kidino. Bercakap tentang Kidino ni, saya sempat menyertai Netpreneurs Online Classroom anjuran pada 22-25 Julai lepas.

Banyak juga input yang diperolehi di situ. Terima kasih diucapkan kepada Kidino dan IM lain yang terlibat. :)

Baiklah, jom kita sambung balik mengenai MajalahIM edisi Ogos ni. Seperti biasa, setiap usahawan internet yang menghiasi cover depan telah ditemuramah oleh krew MajalahIM. Kali tugas ini telas dilaksanakan oleh Nasrun.

Selain temuramah dengan Kidino, antara kandungan menarik di dalamnya adalah;

1. Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma oleh Zamri Nanyan.

2. 7 Prinsip Keusahawanan oleh SmartZul

3. Kenapa Masih Ada Yang Gagal Buat Duit Dengan Konsisten di Internet oleh Team SaifulSham

4. Viral List Building Series: Let's Get Started oleh Kidino

5. Tutorial Membuat Mini Site (Web Jualan) oleh Mdpai

6. Gagal Kuasai Ilmu Baru - Jadi Usahawan Yang Gagal oleh Osman Affan

dan beberapa topik lain yang boleh anda pelajari.

Akhir kata, kepada yang belum download, boleh dapatkannya di SINI

Ahaah! Sekian saja buat kali ni dan jumpa lagi!

Rekod Baru: PPL Termahal Malaysia

19 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Setelah seluruh rakyat Malaysia sedikit kecewa dengan kegagalan memungut emas dalam Sukan Olimpik 2008, saya pasti kekecewaan ini bakal terubat. Mari kita lupakan perkara yang dah lepas. Anda takkan kecewa lagi hari ni. Saya sendiri yang akan mengumumkan berita gembira tersebut. Jadi, pastikan anda bersedia menerimanya dengan positif!

Hari ini, satu lagi rekod baru telah berjaya dicipta. Ia tiada kaitan dengan Sukan Olimpik 2008 langsung. Sebaliknya, saudara TheReds aka Suhairi dengan bergayanya telah mencipta satu rekod baru. Syabas TheReds! :)

Beliau telah melancarkan semula program pay per lead (ppl) Rahsia Trafik Video Marketing. Bersempena dengan pelancaran ini, komisen untuk setiap lead yang anda bawa juga telah dinaikkan. Iaitu daripada RM0.20 kepada RM0.30 per lead.

Ya, RM0.30 merupakan komisen termahal dalam sejarah program ppl di Malaysia! Kalau tak percaya, boleh tengok di sini.

Selain itu, anda bukan setakat dapat komisen apabila mengedarkan laporan percuma ni malah pelbagai bonus berkualiti telah ditambah.

Antara bonus yang ditambah adalah Pakej Video Blog & Database, Panduan Pemasangan & Asas Penggunaan Wordpress dan Produk Resell Right Bahasa Malaysia.

Apa, tak cukup lagi? Isshh... bonus dah banyak macam tu pun tak cukup gak. Bawak la mengucap bebanyak oii...

Ok, takper. TheReds memang dah bersedia pun dengan alasan sebegini. Kalau anda berjaya menyahut cabaran beliau menjadi orang pertama membawa 10,000 leads, laptop bernilai lebih RM2000 menjadi milik anda!

Amacam, ada berani?! Kalau berani, ayuh mulakan cabaran anda di Rahsia Trafik Video Marketing.

Good Luck All Affiliates!

Lin Dan Kecewakan Lee Chong Wei

18 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Rasanya anda tak berapa nak ceria kot dek kekalahan mudah Lee Chong Wei kepada Lin Dan malam tadi. Lee Chong Wei jelas tidak beraksi pada tahap sebenar kemampuannya apabila tunduk "straight set" iaitu 12-21 dan 8-21 dalam masa 41 minit.

Sebelum ini, pertembungan Lee Chong Wei vs Lin Dan dijangkakan amat sengit dan mendebarkan. Saya pasti para penonton lebih terhibur tengok skil mereka yang "superb" tu. Namun, impian tu tak kesampaian kerana Lin Dan jelas menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Manakala Lee Chong Wei pula banyak melakukan kesilapan mudah atau "unforced error".

Aksi Lin Dan ketika menentang Lee Chong Wei (Xinhua Photo)



Lin Dan memang tampak garang dan bertenaga. Ternyata beliau menampakkan kesungguhan untuk menakluki Sukan Olimpik 2008 ni. Maklumlah, kejohanan utama yang lain sudah beliau takluki. Hanya tinggal pingat emas Sukan Olimpik saja yang belum dimenangi.

Justeru itu, malam tadi beliau telah berjaya melengkapkan koleksi kejuaraan utama idaman setiap pemain badminton dunia.

Setelah memenangi perlawanan tersebut, Lin Dan turut membalingkan raket dan sepasang kasutnya kepada penonton yang bertuah sebagai tanda puas dan gembira.

Apa-apapun, tahniah saya ucapkan kepada Lin Dan walaupun berat nak tulis nih. Kepada Chong Wei, jangan berputus asa. Boleh cuba lagi kalahkan Lin Dan kat tournament lain lepas ni. Kalau ada rezeki, cuba kalahkan Lin Dan pada temasya Sukan Olimpik 2012 pulak. :)

Saya rasa punca kekalahan Lee Chong Wei adalah kerana gagal menyerap tekanan. Bebanan yang dipikulnya memang berat.

Sebabnya, dia merupakan harapan rakyat Malaysia untuk meraih emas pertama dalam sejarah Sukan Olimpik. Semua orang mengharapkan "sentuhan emas" daripada beliau.

Lepas tu, rekod pertemuan terakhir Lee Chong Wei vs Lin Dan ni berpihak kepada jaguh negara. Kalau tak silap Lee Chong Wei menang ketika pertemuan di perlawanan akhir Piala Thomas 2008.

Lagi satu, kalau dapat emas beliau akan menjadi mentor jutawan.

Mungkin itulah antara sebab-sebab utama mengapa beliau agak tertekan.

Namun, yang berlalu biarlah berlalu. Lebih baik kita terus pandang ke depan. Lepas ni, ada baiknya Lee Chong Wei menambahbaik lagi kekuatan mental dan fizikalnya.

Walaubagaimanapun, saya tetap mengucapkan tahniah buat Lee Chong Wei kerana layak ke perlawanan akhir. Bukan senang nak layak ke perlawanan akhir pada kejohanan besar seperti Sukan Olimpik ni. Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap bangga dengan pencapaian dan akan terus menyokong anda!

Sebagai penutup, sekali lagi saya sertakan keputusan penuh perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2008;

Lee Chong Wei vs Lin Dan
12-21 dan 8-21
Masa perlawanan- 41 minit



Emas Sah Milik Lin Dan (Photo by Ezra Shaw/Getty Images)



Sekian saja perkembangan badminton di Sukan Olimpik 2008 dari saya. Terima kasih kerana membaca sampai ke akhir.

Jumpa lagi!

Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Rahsia 6 Usahawan Internet Malaysia Kini Terbongkar

16 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya baru jer habis baca satu laporan percuma "Rahsia Usahawan Internet". Ya, laporan ni memang percuma. Ia dihasilkan oleh Ammar Zahar selepas menemubual 3 6 Usahawan Internet Malaysia yang sememangnya telah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing.

Konsep laporan percuma ni macam transkripsi temubual. Ada soalan dan juga jawapan. Melalui jawapan-jawapan inilah ada beberapa rahsia yang terbongkar. Kalau nak tahu, mestilah download! dulu. Baru ada feel.

6 Usahawan Internet Malaysia yang saya maksudkan tu ialah Abooain, Amirol Zulkifli, Shuth, Yusry JomSeminar, Eruwan Gerry dan SmartZul. Daripada 6 usahawan internet ni, saya hanya pernah berjumpa dengan 3 daripadanya secara live.

Saya pernah bertemu dengan Abooain, Shuth dah Yusry semasa menghadiri JomSeminar pada bulan Mei yang lepas. Mereka ni macam mentor saya la. Banyak juga ilmu yang telah saya pelajari daripada mereka bertiga ni. Baik secara langsung ataupun tak langsung.

Abooain terkenal dengan produk MRRnya, manakala Shuth hebat dengan Rahsia Blogger (blog & buku) dan Yusry pula pakar CPA. Semuanya memang ada umpph!

Berbalik semula dengan laporan percuma Rahsia Usahawan Internet Malaysia. E-covernya memang simple tapi menarik gak seperti kat bawah ni;



Laporan ini setebal 100 mukasurat. Walaupun tebal tapi taklah lama sangat nak habiskan membacanya. Sebab santai jer laporan ni. Penyampaiannya agak mudah difahami dan tak perlu nak pening kepala memahamkannya.

Cuma, catit sikit apa rahsia yang berjaya diselongkar oleh Ammar Zahar daripada 6 usahawan internet Malaysia yang bertuah tu.

Okaylah, kerana taknak menghampakan anda semua, saya kongsikan sikit jer rahsia yang dikongsikan sebahagian daripada mereka berenam ni. :)


Cari masalah... cari penyelesaian... dan "match"kan. InsyaAllah anda akan buat duit daripadanya.
- Shuth

Anda perlu pilih salah satu dahulu yang sesuai dengan anda, seterusnya fokus sampai berhasil (kalau boleh). Fokus amat penting. Tindakan juga kritikal.
-Yusry

Mengamalkan konsep "Multiple Streams of Income" atau "Pendapatan Pelbagai Aliran"
-Gerry Eruwan


Rasanya cukup sekadar ini sahaja yang patut saya kongsikan. Anda boleh terus menggali rahsia berharga yang lain dengan memuatturun laporan Rahsia Usahawan Internet di sini. Kalau anda dapat tangkap, banyak gak rahsia lain yang boleh dapat dalam ni. :)

Selamat Membongkar Rahsia Usahawan Internet!

p.s: Minggu ni saya tak dapat nak sambung ulasan Mentor Jutawan. Jadi terpaksalah saya tangguhkan dulu yang edisi Chef Li. Harap Maklum.

Merdeka Sales di MillionairesPlanet.com

14 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Pada tulisan yang lepas, saya ada menyebut tentang salah seorang Mentor Jutawan kita iaitu Azizi Ali akan mengadakan Merdeka Sales di MillionairesPlanet.com. Sebenarnya Merdeka Sales ni sedang berlangsung dan akan berakhir pada jam 2359 malam ni.

Setiap buku yang dijual di MillionairePlanet.com ini boleh dimiliki pada harga diskaun. Diskaun yang diberikan adalah di antara 20% sehingga 70%.

Kepada anda yang meminati karya Azizi Ali, Dr. Irfan Khairi, Osman Affan, Zamri Nanyan, Gobala Krishnan, Eruwan Gerry Norsen dan penulis lain, boleh menggunakan kesempatan ini untuk membeli sambil menjimatkan duit anda.

Ini kerana kos penghantaran (shipping & handling) adalah percuma bagi anda yang menetap di Malaysia. :p

Antara buku yang boleh anda dapati pada harga diskaun adalah:


Ekuinoks adalah novel pertama tulisan Azizi Ali. Ia adalah sebuah novel thriller setebal 416 mukasurat.

Dengan setiap pesanan Ekuinoks ni, anda akan mendapat buku Xme secara percuma. :)

Ianya berharga RM23.92 selepas diskaun 20%.



Bagaimana Menjadi Jutawan Hartanah merupakan salah satu koleksi best-seller Azizi Ali.

Ini merupakan panduan menjana wang besar dari pelaburan hartanah yang mengandungi 232 mukasurat.

Harganya ialah RM14.97 selepas 70% diskaun.



Buku Rahsia Raja Lelong ini ditulis oleh Eruwan Gerry Norsen.

Kandungannya berkisar tentang tip dan strategi menggunakan lelongan internet untuk menjana pendapatan lumayan.

Buku setebal 268 mukasurat ini dijual pada harga RM27.93 selepas diskaun sebanyak 30%.



Buku tulisan Dr. Irfan Khairi ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Ia juga merupakan salah sebuah buku best-seller di MillionairesPlanet.com.

Kepada anda yang belum memilikinya lagi, boleh dapatkan buku setebal 178 mukasurat ni pada harga RM23.94 sebelum 2359 malam ni. Diskaun yang diberikan ialah 40%.

Anda boleh belajar teknik-teknik untuk membina perniagaan internet melalui buku ni.


Selain buku-buku di atas, terdapat banyak lagi buku yang dijual pada harga diskaun. Untuk maklumat lanjut, anda boleh jenguk kat http://www.MillionairesPlanet.com/books_malay.htm

Di samping mengadakan Merdeka Sales, Azizi Ali juga ada beberapa tawaran menarik untuk anda semua iaitu:

[1] Pembeli yang membuat pesanan terbanyak akan memenangi satu tempat untuk menghadiri workshop "Writing A Bestseller" yang bernilai RM790.

[2] Setiap pembelian melebihi RM150, anda berpeluang mendapatkan satu lagi buku pilihan secara percuma.

Baiklah, setakat ini dulu info dari saya untuk anda. Kita jumpa lagi nanti yer!

Mentor Jutawan Azizi Ali

09 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Seperti yang telah dijanjikan, saya kembali dengan ulasan ebook Mentor Jutawan. Kali ini tiba giliran saudara Azizi Ali pula. Beliau juga dikenali sebagai Jurulatih Jutawan. Saya pasti nama beliau adalah tidak asing di kalangan rakyat Malaysia ni. Betul tak? Kalau nak tahu, beliau jugalah yang mengendalikan workshop "Millionaire's School".

Namun, jikalau ada yang masih belum mengenalinya, hari ini anda pasti dapat mengetahui serba sedikit tentang seorang insan bernama Azizi Ali. :p

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata kita lihat dulu info yang sempat dikongsikan oleh Azizi Ali dalam e-book Mentor Jutawan.

Antara point-point yang dikupas oleh Dr. Irfan Khairi daripada beliau adalah Azizi & kedai muzik, Parkinson's Law, menjadi extraordinary, lakukan apa yang kita cinta, faktor paling penting dalam perniagaan, menjadi konsisten, afterburner income dan multiple streams of income.

Satu fakta yang menarik dan pastinya menaikkan semangat anda ialah beliau (Azizi Ali) pernah gagal dalam perniagaan. Ya! Seorang Jurulatih Jutawan pun pernah gagal. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa, kan?

Tapi, yang membezakan beliau dengan kita yang lain ni adalah beliau tidak menganggap itu sebagai satu kegagalan. Cuma beliau mengatakan yang ilmunya masih belum mencukupi pada waktu itu.

Kemudian, beliau pun meneruskan usahanya dengan belajar dari pengalaman lampau. Orang kata, pengalaman mendewasakan kita. :) Dalam kes Azizi Ali ni, beliau memang telah berjaya membuktikan pepatah tersebut. :)

Beliau memulakan usahanya dengan menambahkan ilmu di dada. Pada peringkat permulaan, beliau membaca 20 buah buku mengenai sesuatu perniagaan yang ingin diceburi. Kemudian, segala kesilapan lampau diabadikan di atas sekeping kertas dan ianya disimpan hingga ke hari ini.

Tujuannya supaya beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan.

Satu kata-kata beliau yang boleh anda sematkan ialah:

Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya.

-Azizi Ali


Selain itu, satu lagi perkara yang saya rasakan anda semua patut tahu ialah tentang "After Burner Income". Menurut beliau, ia adalah di mana kita buat kerja tu sekali tetapi kita dapat duit daripadanya banyak kali.

Ataupun bahasa mudahnya "pendapatan berulang". Contoh pendapatan berulang ni seperti royalti.

Katakan anda seorang penulis buku. Anda kemudiannya mendapat royalti hasil daripada penjualan buku tersebut. :)

Namun, jikalau anda masih kurang jelas berkenaan istilah "After Burner Income" ini, jawapannya ialah anda memang sah memerlukan satu benda!

Apakah bendanya tu?

E-book Mentor Jutawan. Boleh download sekarang di SINI.
Hint #1: Cari di bahagian bicarawara Azizi Ali.

Ahaah! Sampai di saja yang sempat saya coretkan buat anda semua. Kalau tiada aral, minggu depan saya akan sambung ulasan e-book Mentor Jutawan dengan Chef Li pula. :)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

p.s: Bagi peminat setia buku tulisan Azizi Ali, beliau akan mengadakan "Merdeka Sales" pada 12 hingga 14 Ogos 2008 di MillionairesPlanet.com. Boleh jimat duit sebab ada diskaun sehingga 70%.

Tip Mengurangkan Kos Perubatan Siri 2

07 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Tanpa berlengah lagi, jom kita sambung siri tip mengurangkan kos perubatan. :)

1. Sediakan doktor khas untuk keluarga anda. Biasanya pasti ada seseorang doktor yang sesuai dengan sesebuah ahli keluarga tu.

Dengan melantik doktor khas, ia pastinya dapat menjimatkan sedikit kos perubatan. Lebih-lebih lagi apabila anda dah agak lama mengenali dan melanggan khidmat beliau.

Jika ada kurang arif untuk mencari doktor yang difikirkan sesuai, boleh bertanya dengan jiran, rakan ataupun mereka yang ada masalah penyakit yang lebih kurang sama dengan anda sekeluarga.

2. Sesudah anda memilih doktor khas, selepas ini anda pasti boleh menelefon doktor tersebut datang ke rumah sekiranya ada ahli keluarga yang sakit. Sekurang-kurangnya apabila waktu kecemasan, anda dah tak kelam-kabut sangat.

Di samping itu, ia juga menjimatkan masa dan tenaga anda. :)

3. Minta doktor tersebut menuliskan perskripsi jenama ubat-ubatan yang perlu anda ambil. Kemudian anda boleh mencarinya sendiri di farmasi pada bila perlu.

Kemudian, untuk berjimat anda tanya pada ahli farmasi tu ada tak jenama yang lebih murah untuk jenis ubat yang sama.

4. Tambahkan ilmu dalam bidang perubatan. Terutamanya penyakit yang biasa dihidapi oleh anda sekeluarga.

Banyakkan pembacaan melalui suratkhabar, majalah atau buku-buku yang berkaitan. Ketahui apa punca penyakit, cara mencegah atau mengubatinya.

Mungkin kita boleh dapat tahu cara perubatan yang lebih murah. Contohnya seperti rawatan tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Biasanya kos perubatan seperti ini lebih murah dan mujarab.

5. Buat pemeriksaan fizikal secara konsisten. Jika terasa ada sesuatu yang tak kena dengan tubuh badan anda, lakukan pemeriksaan secepat mungkin.

Jangan biarkan ia dah melarat, baru nak bertindak!

6. Sebelum anda perlu berbuat sesuatu rawatan, berbincanglah dahulu dengan doktor terbabit.

Contohnya, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan kewangan anda sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang pembedahan atau program kesihatan.

Mungkin doktor tu boleh mencadangkan sesuatu kaedah rawatan alternatif yang boleh menjimatkan wang anda. Paling tidak pun, mungkin beliau boleh memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berkaitan untuk membantu anda.

7. Sekiranya anda bekerja makan gaji, ada sesetengah syarikat yang prihatin sanggup menanggung kos perubatan para pekerja mereka.

Contohnya anda dan pasangan serta anak-anak yang masih berusia bawah 18 tahun. Anda boleh memanfaatkan faedah yang diberikan ini. :)

8. Saya nak sentuh pasal cara mudah mengurangkan kos rawatan gigi.

Rasanya semua dah tahu tip ni. Cuma nak imbas semula jer. Tip asas ialah prihatin dengan tahap kebersihan gigi anda. Bukan saja diri anda malah setiap ahli keluarga juga. Terutamanya anak-anak yang masih kecil.

Gosoklah gigi minima 2 kali sehari iaitu bangun pagi atau sebelum tidur. Sebagai tambahan, boleh juga gosok gigi pada waktu selepas makan tengahari. :p

9. Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Setiap 6 bulan sekali. Boleh membuat temujanji di hospital kerajaan untuk kos yang lebih rendah.

Ahaah! Nampaknya ini saja tip mengurangkan kos perubatan yang mampu saya kongsikan. Kita jumpa lagi dengan tip yang lain pula di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

p.s: Sedikit peringatan untuk semua - anda yang berhasrat nak cari duit percuma, sila daftar dan download di SINI.

p.p.s: Promosikan laporan Rahsia Menjadi Pro Affiliate sebelum 13 Ogos 2008 untuk menerima komisen RM0.25 per download. Harap Maklum.

Wassalam.

Mentor Jutawan Dr. Fadzilah Kamsah

03 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Sempena hari minggu ini, saya nak kongsikan sedikit sedutan e-book Mentor Jutawan. Minggu lepas saya dah cerita tentang Dr. Irfan Khairi. Kali ni, tiba giliran Dr. Fadzilah Kamsah pula. Seperti yang diketahui umum, Dr. Fadzilah Kamsah merupakan antara pioneer dalam bidang Motivasi di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang pakar motivasi yang cukup saya kagumi sejak dari zaman kanak-kanak lagi. :)

Dalam bicarawara bersama Dr. Fadzilah Kamsah ini, antara perkara yang disentuh adalah gemuruh, bila tertekan, rahsia menggandakan ilmu, kunci kekayaan, mengapa 9/10 perniagaan gagal?, perniagaan cemerlang dan kebaikan stress.

Antara kata-kata beliau yang dipetik dari e-book Mentor Jutawan boleh dijadikan pedoman ialah;
Apabila kita membaca dengan niat untuk menyampaikan kepada orang lain, maka Allah akan berikan kepada kita kefahaman yang luar biasa dan ingatan yang luar biasa.

-Dr. Fadzilah Kamsah


Begitu juga dengan yang ini;

Jadi di situ kita kena ingatkan diri kita bahawa jangan kita merendah-rendahkan diri, rendah diri itu satu sifat yang baik. Tapi merendah-rendahkan diri itu menjadi satu kekangan ataupun kelemahan.

-Dr. Fadzilah Kamsah


dan

Saya boleh katakan di sini bahawa yang tidak stress adalah orang yang gila. Orang yang normal seperti kita ini akan mengalami 'stress' ini.

-Dr. Fadzilah Kamsah


Sebenarnya memang banyak lagi input yang boleh dijadikan motivasi dan rujukan telah dikongsikan dalam e-book Mentor Jutawan ni. Kekadang ada di antara kata-kata beliau yang saya baca berulang kali. Mungkin sekali baca, kelihatan macam biasa jer.

Tetapi bila dibaca berulang kali, saya dapat rasakan ada perkara yang perlu diubah untuk berjaya seperti beliau dan juga mentor yang lain. :)

Ada juga satu lagi prinsip yang memang saya tabik dengan beliau. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak menyedarinya. Kalau sedar pun, mungkin agak berat nak melaksanakannya.

Ya, kalau ada pun mungkin hanya sebilangan kecil individu yang ada 'mindset' sebegitu.

Apa dia agaknya?


Opss, saya betul-betul minta maaf. Saya tak dapat nak membongkarkannya di sini bagi memelihara hakcipta e-book Mentor Jutawan ni.

Kalau anda benar nak tahu, boleh download Mentor Jutawan sekarang juga di SINI

Setakat ini saja yang dapat saya coretkan. Nak sambung baca mengenai saudara Azizi Ali pula. Jika tiada aral, saya akan kongsi di sini pada minggu hadapan. :)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Tip Mengurangkan Kos Perubatan

01 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar anda di sana? Semoga semuanya berada pada tahap kesihatan yang optimum. Jika tidak, lebih baik berjaga-jaga dari sekarang ni. Saya risau kalau anda semua tidak atau kurang sihat, siapa yang nak baca tulisan saya kat sini plak kan? Dari itu, mulai hari ini jagalah kesihatan anda kerana itulah nikmat yang tak terhingga (infiniti) nilainya.

Apabila diri dan keluarga kita berkeadaan sihat, secara tak langsung kita dapat menjimatkan kos perubatan. Kalau setakat sakit sekali-kala tu biasalah kan. Paling kurang pun terhapus gak dosa-dosa kecil, ye tak?

Walaubagaimanapun, kali ini saya akan menyentuh tip mengurangkan kos perubatan. Ia lebih kepada langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan dan mencegah dari terpaksa mengeluarkan kos perubatan yang melampau.

Antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan adalah:

1. Mudah saja iaitu berusaha mengelakkan diri daripada sakit. Amalkan gaya pemakanan seimbang. Diet secara sihat tau, bukan macam tak ambik nasi berminggu-minggu atau berbulan-bulan tu. :)

2. Peka terhadap berat badan sendiri. Ingatkan juga ahli keluarga yang lain. Kalau terasa badan agak lain macam jer, bertindaklah cepat. Ringan-ringankan diri buat regangan dan senaman secara konsisten.

3. Beli ubat berdasarkan perskripsi yang telah disyorkan oleh doktor. Jangan beli ubat semata-mata kerana jenamanya sahaja.

4. Jika anda seorang perokok, belajarlah untuk berhenti. Banyak keburukannya daripada kebaikan!

5. Anda seorang kaki botol? Insaflah sebelum terlambat.

6. Menderma darah apabila ada kempen menderma darah. Ataupun anda boleh volunteer dengan menderma darah di hospital secara berjadual. Kalau anda rajin menderma darah, sekiranya berlaku sebarang hal yang tak diduga ke atas diri atau keluarga anda, pihak hospital tidak akan teragak-agak untuk membantu.

7. Dari segi perubatan, semua jenis aspirin adalah sama. Jadi, adalah lebih baik anda beli yang berharga murah. Jangan membazir duit dengan beli yang ada jenama. Takder maknanya. :)

Baiklah, cukup setakat ini dulu tip mengurangkan kos perubatan dari saya. Walaupun tampak biasa-biasa jer, harap dapat membantu anda yang tidak tahu mengenainya.

Ahaah! Nanti saya akan sambung lagi tip mengurangkan kos perubatan ni yer. :p

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...