Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Elakkan Kemalangan - Anda Mampu Mengubahnya

28 September 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma beberapa hari saja lagi. Bahangnya kian terasa. Mungkin ramai di antara anda yang telah pulang ke kampung halaman. Bagi yang bakal pulang pula, saya kongsikan sedikit tip mengelakkan kemalangan di jalanraya.

1. Keadaan pemandu

  • Pastikan tubuh anda dalam keadaan segar.
  • Berehatlah atau tidur sekejap kalau letih atau mengantuk.
  • Elakkan memandu dalam keadaan marah, cemas atau tergesa-gesa.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu.

2. Keadaan kenderaan

  • Pastikan semua lampu kenderaan berfungsi dan menyala.
  • Pastikan brek berfungsi dan mencengkam dengan baik.
  • Pastikan pengelap cermin juga dalam keadaan baik.
  • Jangan lupa periksa keadaan tayar kenderaan termasuklah tayar spare.

3. Keadaan cuaca

  • Kurangkan kelajuan kenderaan ketika hari hujan.
  • Berhentikan kenderaan anda di tempat yang sesuai jikalau hujan terlalu lebat.
  • Jangan lupa memasang lampu kenderaan di siang hari kalau cuaca buruk.
  • Rendahkan cahaya lampu hadapan semasa berhadapan dengan kenderaan dari arah berlawanan.
  • Rendahkan juga cahaya lampu hadapan ketika sedang mengekori kenderaan lain.
  • Gunakan kaca mata gelap kalau menghadap matahari ketika memandu.
  • Kalau cuaca buruk atau di waktu malam, janganlah pakai kaca mata gelap pula.

4. Keadaan jalanraya

  • Sentiasa memandu mengikut kesesuaian keadaan jalanraya.
  • Kurangkanlah kelajuan kalau keadaan jalan tu licin.
  • Peka pada isyarat lalulintas terutamanya had kelajuan, kawasan kemalangan dan tanda amaran yang lain.

5. Kesesakan jalanraya

  • Seperti biasa, rancang perjalanan anda sebaik mungkin.
  • Sentiasa bersabar, bertimbang rasa dan bertolak ansur ketika traffic jam.
  • Kalau nak membelok ke kanan atau kiri, pastikan tiada kenderaan lain terutamanya motorsikal di belakang anda.
  • Jangan memotong barisan.
  • Jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat terutamanya ketika berada di kawasan berbukit.
  • Jangan melakukan aktiviti yang boleh menganggu konsentrasi anda seperti baca dan balas SMS.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Mohon Maaf Zahir Btin kepada semua pembaca. Memandulah dengan waras demi orang yang tersayang.

p.s: Kepada anda yang belum mendapatkan ebook Rahsia Pro Affiliate tapi berminat, sila ke sini untuk mendapatkannya pada harga promosi raya.

p.p.s: Ketika anda membaca post ini, saya mungkin sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman kerana baru saja mendapat berita pemergian ibu saudara saya ke Rahmatullah. Al-Fatihah.

p.p.p.s: Kemungkinan besar lebih kurang seminggu saya tidak akan online dan update blog ini. Harap maklum.

Siapa Kata Tak Boleh Untung Besar Kalau Tiada List

25 September 2008 |

Pernahkah anda terbaca atau diberitahu oleh usahawan internet yang "Money is in Your List"? Ada sesetengah daripada mereka pula kata;


Responsive List = Money


ataupun apa-apa saja ungkapan yang sama maksud dengannya.


Tentu anda pernah dengar, bukan?


Lagi satu, kalau ada di antara usahawan internet yang menafikannya, mereka tentu akan memperkenalkan anda satu kaedah alternatif. Iaitu "Pay Per Click" atau ringkasnya PPC.

Ada yang mendedahkan konsep "Wholesale PPC Traffic" dan banyak lagilah. :)


Adakah mereka ni silap?


Tidak, saya tak kata mereka silap. Malah mereka dah pun berjaya meraih keuntungan yang besar hasil mempromosikan program affiliate menerusi kedua-dua kaedah di atas.

Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan anda yang nak menjana keuntungan besar melalui program affiliate di internet tapi....

[A] Tiada mailing list

DAN

[B] Bajet yang besar

Ok, anda janganlah risau sangat pasal hal ini. Sebabnya, Team SmartBrain yang dianggotai oleh Din Beramboi dan Kento telah menyediakan satu panduan yang kreatif bagi membantu anda menyelesaikan masalah kebanyakan agen affiliate ni termasuklah saya sendiri. :)

Mereka telah mendedahkan bagaimana anda boleh menjadi Pro Affiliate walaupun tiada mailing list! Semua strategi telah dimuatkan dalam ebook Rahsia Pro Affiliate.




Saya nak kategorikan Rahsia Pro Affiliate ini kepada 3 bahagian iaitu;


[1] Bahagian asas atau fundamental untuk menjadi seorang Pro Affiliate.

[2] Bahagian tip dan strategi Pro Affiliate oleh Sukeri, Shahraduan dan Team SmartBrain sendiri. Kajian sebenar ke atas super affiliates dunia iaitu Ewen Chia dan Andrew Fox turut disertakan

[3] Bahagian bonus.


Tapi saya lebih suka menonjolkan bab yang dianggap "klimaks" dalam ebook Rahsia Pro Affiliate ni iaitu bahagian [2].

Tidak dinafikan, memang saya amat teruja dengan strategi yang telah mereka dedahkan. :p

Terus terang saya katakan, ada beberapa teknik yang saya dah perasaan sebelum ni. :) Cuma tak sangka pula apabila mereka berjaya memperolehi komisen yang agak lumayan menerusi teknik tersebut!

Ada juga strategi yang saya baru tahu. Lebih menarik, strategi ini boleh anda lakukan dengan segera. Saya pun dalam proses mencuba strategi ni. :)

Ringkasnya, semua strategi yang didedahkan ini telah membongkarkan bahawa walaupun anda tiada mailing list, anda tetap mampu menjana pendapatan yang lumayan! Apa yang lebih penting ialah daya kreativiti. Anda tak perlu gusar macam mana nak buat, perkara dan langkah-langkah penting ada diterangkan sekali dalam ebook ni.

Kesimpulannya, jika anda masih atau sedang mengalami masalah untuk menjana pendapatan lumayan melalui program affiliate sebab tiada list, saya memang syorkan supaya memiliki ebook Rahsia Pro Affiliate ni.



Anda boleh download ebook ni pada harga promosi di sini. Promosi ini sah sehingga 3 Oktober 2008 sahaja.


Selamat Mendownload Bakal Pro Affiliate!


p.s: Jika anda betul-betul komited hendak menjana pendapatan melalui program affiliate, sila download semasa tempoh promosi di samping anda boleh jimat duit.

p.p.s: Update terkini (28/2/2009) - Harga terkini adalah RM67. Dapatkan link download di sini.

8 Tip Berjimat di Bulan Ramadhan

21 September 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Walaupun bulan Ramadhan dah hampir ke penghujungnya, saya rasa terpanggil untuk menyelitkan secara ringkas beberapa tip berjimat cermat. Ada 8 tip jimat cermat kesemuanya. Mudah-mudahan ada boleh praktikkannya bukan setakat pada bulan puasa malah hari-hari lain pun sama.

Tip jimat cermat yang dimaksudkan adalah;


1. Azam berjimat

Dengan menanamkan azam, secara tak langsung ia akan membantu anda agar berpada-pada dalam berbelanja. Paling mudah, waktu membeli juadah berbuka puasa.

Sebagai contoh, katakan anda berazam nak berbelanja kurang daripada RM10. Secara tak langsung, azam anda tu akan membantu anda mengawal perbelanjaan!


2. Belanjawan harian

Azam sahaja memang tak cukup. Anda harus mempunyai belanjawan untuk menyokong azam tersebut. Kalau tak, takut tersasar nanti.

Cara senang buat belanjawan, catat segala yang ingin dibelanjakan seharian di atas sehelai kertas. Catatan tu akan bertindak sebagai panduan bila anda nak berbelanja kelak.


3. Jangan bawa duit berlebihan

Taktik ni dah terbukti berkesan kepada ramai orang. Bawa duit cukup-cukup jer seperti yang dirancang. Walaupun cara ni agak susah dilakukan tapi memang berkesan.


4. Jangan berbelanja ikut nafsu

Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Memang tak dinafikan kalau tengok makanan yang dijual kita akan kecur air liur teruja untuk membeli.

Tapi cuba anda kaji, biasanya kalau beli terlalu banyak juadah; adakah anda berjaya menghabiskannya? Ataupun masuk ke dalam tong sampah?


5. Kirim jer juadah

Kalau anda berasa amat sukar nak mengawal nafsu membeli ketika mengunjungi bazar Ramadhan, alternatifnya anda boleh mengirimnya saja daripada rakan ataupun ahli keluarga yang lain.


6. Berbuka dan bersahur di rumah

Berbuka dan bersahur di rumah bukan sahaja dapat menjimatkan duit. Malah masa anda juga. Maklumlah waktu Maghrib agak pendek. Takut terlajak la pulak.


7. Berbuka dan bersahur di surau atau masjid

Kalau anda nak penjimatan maksima, boleh manfaatkan majlis berbuka dan sahur anjuran
sesetengah surau atau masjid.

Selain berjimat, anda boleh terus solat berjemaah sekali. Inilah peluang terbaik untuk anda menggandakan pahala.


8. Berkongsi atau bertukar juadah

Satu lagi cara berjimat ialah berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Ini bagi yang masih bujang la.

Bagi yang dah berkeluarga, anda boleh bertukar-tukar juadah sesama jiran tetangga. Di samping dapat merasa masakan yang berlainan jenis, secara tak langsung boleh mengeratkan silaturrahim sesama jiran.


Selamat Berjimat!

247 Tip Menarik Trafik dan Duit Percuma

18 September 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kebanyakan blogger dan webmaster mengalami masalah untuk menarik trafik ke laman web mereka. Jumlah trafik yang tinggi ni secara tak langsung akan mempengaruhi kejayaan perniagaan anda di alam siber ni! Pelbagai teknik dah dicuba tetapi trafik masih lagi ciput. Uisshh...letih betullah! (Banyakkan bersabar di bulan puasa ni.....)

Kalau anda masih ada masalah berkenaan menarik trafik ni, saya nak kongsikan satu laporan percuma dari Justin Michie.


Dalam laporan ni, Justin Michie menyenaraikan 247 tip menarik trafik ke laman web anda. Cuma kebanyakan cara yang dinyatakan tu adalah cara berbayar. Tapi, anda harus ingat yang beliau telah mencurahkan pengalaman beliau selama beberapa tahun ke dalam laporan ini.

Rasanya tak salah kalau anda meluangkan sedikit masa membaca tip berbentuk point ringkas untuk menarik trafik! Kalau anda betul-betul fokus, lebih kurang 30 minit dah boleh habis baca. :)

Jadi, kalau anda benar-benar komited dalam usaha menarik trafik ke blog, sila klik di sini untuk download percuma!

Atau kalau tak suka, boleh klik banner di bawah;


Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!

Pssst...jangan kecur plak tengok "Ice Lemon Tea" kat atas tuh! hehe...

Seperti biasa, sebelum diberi link download, anda mestilah daftarkan diri dulu yer. :p

Okaylah, kalau anda tak begitu "happy" dengan laporan menarik trafik ni, apakata anda download jugak. Agak-agaknya apa pasal saya beriya-iya nak suruh anda download?

Ya, tidak syak lagi!

Sebab anda boleh buat duit percuma dengan laporan ni. Tapi ingin saya ingatkan, tawaran ini dibuka sehingga 30 September 2008 sahaja. :D

Macam biasa gak, sekiranya anda menyebarkan laporan ni dan ada yang download, komisen sebanyak USD1 per referral akan diberikan. Jika tiada aral melintang, bayaran komisen anda akan dibayar melalui paypal pada 31 Oktober 2008.

Akhir kata, Jangan Tidur Lagi jangan tunggu lagi kerana masa senantiasa mencemburui anda. Download di SINI dan terus mempromosikan laporan ini sebelum terlewat!

Sekian, wassalam.

p.s: Anda ada masalah berkaitan paypal? Mungkin penyelesaian masalah anda ni ada kat sini.

MajalahIM #7 - Bukan Calang-calang!

16 September 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pihak MajalahIM.com baru sahaja melancarkan MajalahIM #7 beberapa hari yang lepas. Saya pun baru jer habis baca dan Alhamdulillah, dapatlah lagi beberapa ilmu baru kat situ. :)

Dalam keluaran kali ini, MajalahIM telah menampilkan saudara Alang sebagai penghias muka depan. Untuk pengetahuan anda, Alang merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa dan kepakaran utama beliau adalah di bidang web direktori.



Namun, Alang bukan setakat menghiasi muka depan MajalahIM jer, tapi telah sudi bekongsi pelbagai tips kejayaan beliau. Segala tips dan ilmu ada beliau kongsikan dalam MajalahIM #7. Ada boleh pilih sama ada nak dengar melalui rakaman audio ataupun baca transkripsi "interview"nya saja.

Jikalau anda nak lebih tangkap lentok "feel", saya sarankan anda dengar audio interview tu sambil melihat transkripsi yang disediakan. =D

Alang ni memang bukan calang-calang! Beliau telah membuktikan kepada dunia yang beliau telah pun menjana pendapatan lumayan dalam setiap model perniagaan internet yang diceburi.

Bagaimana boleh berjaya dalam semua model perniagaan yang diceburi tu?

Mudah saja iaitu F-O-K-U-S.


Pssst...tulis memang lah senang, tapi bab nak praktikkan tu bukan semua orang mampu buat, ye tak?

Baiklah, kalau anda nak tahu apakah model perniagaan internet yang pernah dan sedang beliau ceburi, dapatkan MajalahIM secara eksklusif dan percuma hanya di sini!

Selain itu, ada beberapa lagi artikel yang menarik perhatian saya iaitu;

[1] Cabaran dan rintangan perniagaan produk fizikal di internet.

[2] Mindset yang betul untuk menarik kekayaan

[3] Viral list building series: Your viral offer

dan

[4] Tutorial Minisite

serta beberapa lagi artikel bersiri!

Oklah, sebelum berundur, sekali lagi saya berikan anda link download MajalahIM #7 di bawah ini supaya anda tidak terlepas peluang keemasan mempelajari selok-belok perniagaan internet secara percuma!

==>>Klik di sini untuk mendownload<<==

Sekian, wassalam.

Perkara-perkara Sunat Ketika Berpuasa

05 September 2008 |

Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Sedar atau tidak, kita telah memasuki hari ke-5 dalam bulan Ramadhan 1429. Walaupun berada di bulan Ramadhan, keadaan cuaca yang hujan sejak hari pertama lagi. Mungkin hujan rahmat agaknya. Alhamdulillah...

Selepas menyentuh adab berpuasa tempohari, kini saya nak sentuh mengenai perkara sunat ketika berpuasa pula. Maklumlah, puasa wajib ni cuma sebulan jer dalam setahun. Jadi, ada baiknya saya nyatakan di sini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga anda.

Antara perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa adalah:

1. Menyegerakan berbuka puasa apabila sampai waktunya.
Rasanya bab ni semua orang tahu dan saat yang paling ditunggu-tunggu. :)

2. Berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) atau sesuatu yang manis ataupun dengan air.

3. Mulakan berbuka puasa dengan berdoa yang maksudnya;

"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemberi Rahmat".


4. Melambatkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja. Ianya untuk kebaikan anda juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa.

5. Memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

6. Memperbanyakkan membuat amal kebajikan.
Contohnya; bersedekah kepada yang kurang berkemampuan, menjamu tetamu berbuka puasa ataupun bertukar-tukar juadah sesama jiran.

7. Memperbanyakkan niat iktikaf di dalam masjid. Kalau sembahyang terawih tu jangan lupa gak niat iktikaf.

8. Menjauhkan diri atau sebaik-baiknya cuba elakkan diri daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia dan melakukan maksiat!

Begitulah antara perkara sunat ketika berpuasa yang boleh kita praktikkan. Saya percaya yang di atas tu hanyalah sebahagian kecil jer.

Mungkin ada banyak lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan. Jika anda ingin menambah tentangnya, boleh berbuat demikian di ruangan "comment". Ilmu yang baik patut kita sebarkan bagi memakmurkan Ramadhan Al-Mubarak ni.

Akhir kata, jikalau anda ada sebarang kemusykilan berkaitan dengan puasa, bolehlah menonton rancangan "Tanyalah Ustaz" pada jam 7 pagi setiap hari di TV9. Mungkin masalah yang anda hadapi ada dibincangkan di situ.

Selamat Berpuasa!

Ramadhan Dah Tiba - Adab Berpuasa

01 September 2008 |

Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1429, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Untuk itu, saya bercadang ingin menulis beberapa artikel ringkas yang berkait rapat dengan amalan berpuasa. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Pada hari pertama Ramadhan yang mulia ini, saya mulakan dengan menyenaraikan adab-adab berpuasa. Di antara adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan puasa seperti;

1. Jangan banyak meludah.

2. Jangan banyak tidur terutamanya pada waktu siang.

3. Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.

4. Menjauhkan diri daripada sebarang pendengaran yang haram.

5. Memelihara lidah daripada bercakap bohong, mengumpat, memfitnah atau memaki hamun.

6. Memelihara tangan daripada melakukan perbuatan haram dan mengelakkan kaki melangkah ke tempat-tempat maksiat.

7. Berjimat cermat dalam berbelanja. Terutamanya ketika membeli juadah berbuka dan persiapan menyambut Aidilfitri.

8. Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.

Kesimpulannya, kesemua adab berpuasa di atas boleh dipraktikkan supaya amalan berpuasa kita lebih sempurna dan berkat. InsyaAllah.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...