Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Jom Jimat Bersalin Kulit

27 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Saya cuma nak maklumkan yang blog Jom Jimat baru jer tukar theme. Blogger template ni adalah BizFresh I Web 2.0 Blogger Template. Saya download template ni dari TechFlaps.


Imej diambil dari TechFlaps



Jadi, kalau anda menghadapi sebarang masalah untuk singgah ke Jom Jimat sebelum ni, saya mohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Bagi penggemar blogger, anda boleh download pelbagai free blogger template yang lain dari TechFlaps di sini.

Aantara tempat yang selalu saya pegi kalau nak cari free blogger template selain di TechFlaps adalah;

1. ThemeLib - http://themelib.com/category/free-blogger-templates/

2. GosuBlogger - http://gosublogger.com/category/blogger/blogger-templates/


Kalau ada lagi, nanti saya update. :)

Tip Penjagaan Tayar Kereta Siri 2

21 October 2008 |

Baiklah, saya sambung terus tip penjagaan tayar kereta. Ada 2 aspek lagi yang belum dihuraikan iaitu aspek tekanan angin dan usia tayar itu sendiri.


4) Tekanan angin

Tekanan angin yang sesuai dan stabil memang faktor yang patut dititikberatkan. Selain dapat memanjangkan hayat tayar tu sendiri, secara tak langsung ia dapat meningkatkan prestasi kereta anda sendiri.

Seperti yang anda ketahui, tayar memikul berat kenderaan dan bebanan di dalamnya. Justeru, kalau tekanan angin tu terkurang ataupun terlebih, sikit sebanyak pasti anda akan terasa kesannya.

Makanya, sebaiknya anda periksa dulu tekanan angin sebelum memulakan perjalanan jauh. Jika anda tak jalan jauh, boleh periksanya sekali setiap bulan.

Tekanan angin yang bersesuaian biasanya dah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan itu sendiri, kan? Jadi, anda boleh semak kat buku manual, sticker kat tepi pintu atau tempat duduk, sisi dalam penutup petrol mahupun di tempat yang berkaitan.

Masa untuk periksa tekanan angin dan mengepam pun perlu diambilkira. Seelok-eloknya pada waktu pagi. Masa ni, keadaan tayar masih sejuk. Elakkan dari periksa atau pam pada waktu panas sebab udara mengembang pada waktu itu.

Selain tu, pastikan penutup tiub tayar sentiasa ada dan harus ditukar apabila mengganti tayar baru. Kalau penutup tiub tayar kurang elok, dikhuatiri akan menyebabkan kehilangan angin. Lebih-lebih lagi sewaktu memecut laju. Lagi satu, ia bagi mengelakkan kelembapan luar daripada masuk ke dalam tayar.


5) Usia

Macam manusia, tayar pun ada usia gak. Anda boleh rujuk pada DOT (Department of Transportation) kat sisi setiap tayar tu.

Nombor tersebut bermula dengan DOT dan diikuti dengan 12 angka dan nombor. Paling penting untuk anda ialah angka atau nombor yang pertama dan terakhir. 2 angka atau nombor pertama menunjukkan identiti pengeluar tayar tersebut.

Kod tayar yang dikeluarkan selepas tahun 2000 ada 4 digit di hujung DOT.

2 digit pertama - mewakili minggu tayar tersebut dikeluarkan.
2 digit terakhir - mewakili tahun tayar tersebut dikeluarkan.

Contohnya; DOT2708

Ia menunjukkan tayar DOT2708 dikeluarkan pada minggu ke-27 dalam tahun 2008.

Baiklah, berakhirlah sudah tip penjagaan tayar kereta buat masa ni. Kalau ada sebarang update, saya akan paparkan lagi yer.

Jumpa lagi!

Tip Penjagaan Tayar Kereta

|

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Di kala hujan yang turun setiap hari kebelakangan ni, saya terpanggil untuk berkongsikan tip penjagaan tayar kereta dengan anda semua. :)

Ada beberapa aspek yang perlu anda amik perhatian kat sini iaitu:

1. Alignment
2. Balancing
3. Melakukan penggiliran
4. Tekanan angin
5. Usia


1) Alignment

Alignment atau bahasa mudahnya meluruskan kedudukan tayar melibatkan proses penyesuaian pada bahagian suspensi depan dan juga belakang. Proses alignment yang tepat mempengaruhi keadaan pemanduan yang lebih baik. Selain tu, ia dapat memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda gak.

Proses alignment melibatkan 3 elemen iaitu camber, caster dan toe. Ia dilakukan bergantung kepada gaya pemanduan anda sendiri. Anda boleh melakukan alignment apabila;

  • Terlanggar sesuatu benda macam batu atau lubang.
  • Bunga tayar dah agak haus.
  • Rasa tak selesa dengan keadaan pemanduan.

2. Balancing

Balancing atau proses keseimbangan tayar biasanya dibuat sama ada selepas anda mengganti tayar baru ataupun menanggalkan tayar atas sesuatu sebab. Mungkin juga jika berlakunya perubahan berat ke atas salah satu tayar kereta anda.

Tayar akan hilang keseimbangan jikalau salah satu daripadanya mengalami perubahan. Sama ada ia terlalu ringan ataupun berat berbanding yang lain.

Kesannya, bunga tayar akan cepat haus dan gegaran. Silap haribulan, ia boleh memendekkan jangka hayat komponen kereta yang lain. :(


3. Penggiliran

Untuk menambahkan jangka hayat tayar kereta, proses penggiliran terhadap keempat-empat tayar patut dibuat. Tukar kedudukan tayar tue. Caranya adalah setiap tayar beserta rimnya skali dipindahkan ke tapak tayar yang lain.

Tujuannya bagi memastikan kesemua tayar dapat digunakan secara rata dan tahan lama. Jangkamasa yang disyorkan untuk melakukan penggiliran tayar ini ialah untuk setiap jarak 6000 - 8000 km perjalanan.

Okaylah, saya berhenti dulu kat sini. Jap lagi saya sambung 2 aspek terakhir tu yer. :)

8 Ebook Mengenai Lelongan Online Untuk Anda

15 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Sebentar tadi, saya baru jer dapat email daripada Eruwan Gerry Norsen (Raja Lelong). Beliau ada 8 bonus istimewa untuk diberikan kat anda kali nie. Tapi untuk masa terhad saja tau. :)

Kalau ada yang belum mengenalinya, beliau merupakan pakar lelongan online dan merupakan penulis buku Rahsia Raja Lelong terbitan True Wealth Sdn. Bhd. Ataupun anda boleh juga mengetahui rahsia kejayaan beliau di sini.

Oklah, berbalik pada bonus istimewa yang saudara Eruwan Gerry nak berikan kat anda. Beliau sebenarnya bakal memberikan anda 4 ebook terkini berbahasa Malaysia dan 4 lagi ebook yang sama tajuknya tetapi dalam versi Bahasa Inggeris.

Kesemua ebook tersebut adalah tulisan beliau sendiri dan masih belum berada di pasaran lagi. Menurutnya, ia cuma akan dijual setelah tamat tempoh tawaran iaitu selepas tengah malam 31/10/2008.

Jadi, kepada anda yang nak jimat duit tu, bolehlah rebut peluang nih untuk menimba ilmu dalam bidang lelongan online!

Untuk gambaran awal, inilah 8 ebook percuma yang bakal anda dapat;




Anda boleh mendapatkannya secara percuma hanya melalui link di bawah nie;

http://www.rahsiarajalelong.com/Bonus.htm


Kemudian, anda akan dibawa ke halaman asmara seperti ini;




Pada halaman yang sama, skrol ke bawah dan isikan nama dan email anda;




Selepas anda klik Daftar SEKARANG!, anda akan dibawa ke paparan;




Kemudian, semak email daripada Eruwan Gerry dan klik link pengesahan.

Akhirnya, anda akan dibawakan ke ruangan link download. Apalagi, download jer la. :p


Oklah, itu jer untuk kali ni.

Jumpa Lagi!

Sekian, wassalam.

Ulasan Mentor Jutawan: Chef Li

12 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dah lama saya tak buat ulasan mengenai Mentor Jutawan, kan? Kali ni, saya sambung dengan ikon jutawan seterusnya iaitu Dato' Dr. Hj. Rusly Abdullah. Beliau sebenarnya lebih dikenali sebagai Chef Li.

Malah beliau juga seorang penulis buku bestseller iaitu Jutawan Senyap. Karya beliau yang lain pula adalah Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asalkan Berhasil dan Orang Kaya Bertaqwa (O.K.B).

Dalam ebook Mentor Jutawan, beliau sempat menceritakan perjalanan hidup beliau. Iaitu bagaimana daripada seorang pegawai bank beralih kepada usahawan makanan. Agak-agak andalah, apasal beliau sanggup menceburi bidang perniagaan makanan nie?

Hahha... inilah yang saya nak ulas sikit. Alkisahnya begini.

Semasa menjawat jawatan sebagai pegawai bank, beliau sering berurusan dengan usahawan dalam bidang makanan nie. Hasilnya, beliau sering melihat cashflow (aliran tunai) mereka ni begitu stabil!

Apa yang lebih penting kalau mereka ni menyimpan, memang untuk simpan teruslah. Bukan simpan kejap, tak lama lepas tu cucuk kat mesin atm. Hehehe...

Dari situ, beliau sendiri mengamati yang perniagaan berasaskan makanan ni mempunyai 3 elemen penting iaitu:

1. Ia merupakan satu bidang yang mudah dipelajari oleh sesiapa saja.

2. Modal permulaan yang diperlukan juga agak rendah iaitu sekitar RM100-RM200 dah boleh.

3. Bagi beliau, ianya mudah dirancang serta diuruskan.

Namun begitu, beliau tak menafikan yang turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak. Tapi beliau ada stail tersendiri untuk menangani situasi sebegitu. Salah satu daripadanya adalah kita mesti ada kepercayaan atas setiap perkara yang nak dilakukan tu. :p

Saya nak petik salah satu kata-kata beliau;

Kenapa kita mendapat tentangan? Kerana mereka tidak mempunyai 'belief' dan 'value' kepercayaan dan nilai yang sama dengan kita.

-Chef Li


Selain tu, antara tip penting lain yang turut beliau ceritakan ialah Prinsip 3C. Huraian Prinsip 3C ni agak panjang lebar dan memang tak dapat nak dimuatkan di ruangan yang terhad ni.

Antara rangkuman ringkas Prinsip 3C ni melibatkan teknik masakan komersial, prinsip SALT, marjin keuntungan yang selamat dan yang tak selamat beserta kategorinya sekali. Tak lupa juga formula TNS x L.

Akhir kata, pengalaman Chef Li ni boleh anda jadikan sebagai salah satu contoh. Lebih-lebih lagi kepada anda yang bakal, sedang ataupun telah menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan.

Ok, itu saja dari saya untuk kali nie. Jumpa lagi!

p.s: Jika berkesempatan di lain masa, saya akan sambung dengan ulasan ikon jutawan seterusnya yer. :p

p.p.s: Ataupun anda boleh membaca kisah keseluruhan 8 ikon jutawan di sini.

Jom Cari Duit Raya

11 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya nak mohon maaf zahir & batin daripada anda semua sempena bulan Syawal nie. Tak lupa juga, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Jom Jimat.

Lebih kurang 2 minggu saya tak update blog ni. Sebenarnya, ada beberapa perkara dan kesulitan yang berlaku sejak akhir Ramadhan lalu sehinggalah 1/3 Syawal ni. Kalau tiada aral, saya akan teruskan aktiviti blog ini seperti biasa, ok. :)

Baiklah, pada awal Oktober yang lalu, Billionaire Internet iaitu Russell Brunson telah mempelawa subscribers beliau (termasuk saya la tue) menyertai satu pertandingan. Pertandingan ini diberi nama "Zero to $100 Million Dollar Challenge".

Ianya berlansung dari 02/10/2008 sehinggalah 03/02/2009.

Hadiah yang menanti para peserta pula ialah sebijik 2009 GM Corvette. :)

Kepada anda yang berhasrat menyertai pertandingan ini, boleh sertainya secara percuma di Zero to $100 Million Dollar Challenge Contest.

Tapi kalau anda tak nak join pun takpe. Beliau (Russell Brunson) tetap mahu membantu anda cari duit raya. Ehh... macam tau-tau jer kita tengah beraya kat Malaysia ni. :D

Lebih tepat lagi, beliau sebenarnya nak bantu anda mendapatkan USD1 pertama di internet ni. Itupun kalau anda belum pernah dapat la. Kalau dah dapat, bolehlah terus penuhkan akaun paypal anda tue. :)

Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan duit raya tu ialah promosikan cabaran Zero to $100 Million Dollar Challenge ni kepada rakan-rakan anda.

Di bawah ni, saya terangkan sikit langkah-langkahnya:

1. Anda perlu daftar dulu di sini. Lepas tu, anda akan nampak paparan macam kat bawah ni. Isikan semua maklumat yang diperlukan.





2. Kemudian, anda akan ditawarkan "product offer". Kalau tak silap, ada 3 kali tawaran. Anda boleh pilih "No" (warna kelabu spt kat bawah) untuk setiap tawaran tu dan akan dibawa ke paparan seterusnya.





3. Anda akan menerima email "Welcome to the contest" daripada Russell Brunson. Simpan email ni sebab ia mengandungi maklumat penting iaitu link login, username dan password anda.

4. Klik link login yang diberi tu untuk login.





5. Kemaskinikan akaun anda (<< click here to update account now >>).





6. Untuk menerima bayaran komisen, isikan email akaun paypal anda.





7. Sekarang, tibalah masa untuk mempromosi. Anda boleh mempromosikannya di blog, forum, laman sosial seperti myspace, laman iklan percuma dan sebagainya. Sebaiknya promosikan dengan cara percuma saja.

8. Ataupun boleh hantar email saja kepada rakan-rakan anda dengan mengisikan ruangan kat bawah ni.





Baiklah, sampai di sini dulu dari saya. Harap anda boleh cari duit raya skit dengan promosikan pertandingan ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...