Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

PPL Kedai Internet - Fasa 2 Dah Mula

25 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Anda dah download laporan percuma kedai internet tak? Kalau belum, anda patut download sekarang kat SINI. Kalau anda masih tertanyer ape hal saya suruh download, boleh rujuk post saya bertajuk Laporan Percuma: Kedai Internet. Anda akan lebih jelas di sana. :)

Saya cuma nak sampaikan 1 berita baik nih. Iaitu program pay per lead (ppl) kedai internet ni telah disambung semula untuk fasa ke 2. Baru semalam jer dapat email daripada saudara Zulyunus.

Menurut beliau komisen untuk fasa pertama akan dibayar selewat-lewatnya pada 30/11 ni. Rasanya semua akan dapat komisen kot. Anda boleh lihat screenshot kat bawah ni;


Rajah 1: Statistik ppl kedai internet Fasa 1



Untuk ppl kedai internet ni, saya guna username - kedaimaya. Seperti yang anda lihat, saya cuma dapat 2 referral saja. Tak kisahlah berapa referral yang saya dapat, kan?

Apa yang lebih penting, harap lepas munculnya laporan percuma ni, lebih ramai rakan-rakan kita yang celik tentang kedai internet. Seterusnya lebih terbuka untuk membuat transaksi secara online (atas talian).


Rajah 2: Sambungan statistik ppl kedai internet Fasa 1



Kalau anda lihat, username - signup mendapat referral tertinggi iaitu 179. Sebagai pemenang tempat pertama, beliau juga dapat bonus RM50 sebagai tambahan.

Tahniah yer signup!



Berbalik pada ppl kedai internet fasa 2 pula, ia dah bermula pada 24/11 iaitu semalam. Bakal berakhir pada 15/12 depan. Kiranya aku tahu anda ada lebih kurang 20 hari lagilah untuk mempromosikannya. :)

Untuk fasa 2 ni, ada had pembayaran minimum yang ditetapkan. Iaitu RM3. Setiap referral yang anda bawakan, komisen 30 sen akan diberi.

Kesimpulannya, anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 10 orang referral untuk menerima bayaran, ok. Kalau tak dapat, jangan komplen tak dapat bayaran plak yer. Hehehe...

Tapi untuk menaikkan semangat anda, bonus RM60 akan diberikan jika berjaya mendapatkan referral tertinggi dalam fasa 2 ni.

Akhir kata,...

Selamat Mendownload & Teruskan Usaha Mempromosi Anda!

Landing Page dan Grafik MRR Percuma

18 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kali ni ada lagi produk berkualiti yang diberi percuma untuk anda. Iaitu pakej MRR (Master Resale Rights) yang mengandungi landing page, surat jualan, header, footer, grafik dan juga e-cover. Ia diberikan oleh seorang usahawan internet tempatan iaitu The Reds.



Pakej landing page dan grafik MRR percuma ni sesuai buat anda yang terlibat dalam perniagaan internet. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat masa dan tak perlu pening kepala untuk menyiapkan item-item yang dah ada dalam pakej ini.

Ataupun kalau anda ada perancangan nak memulakan perniagaan internet, boleh dapatkannya dulu sementara ia masih percuma di sini. :)

Tapi anda telah diberikan satu lagi tawaran untuk pakej MRR ni. Iaitu program pay per lead (ppl). RM1 per lead tu!

Satu lagi rekod ppl tempatan telah dicipta oleh The Reds. Menariknya, beliau telah memecahkan rekodnya sendiri. Saya ada menulisnya sebelum ni di sini (tapi ppl rahsia trafik video marketing ni dah tamat).

Anda perlulah mempromosikannya dengan lebih effisien. Sebab pembayaran minimum yang akan diberikan ialah RM50. Jadi, pastikan anda mendapat 50 prospek yang mendownload pakej MRR ni, ok.

pssst...jangan salahkan penganjur kerana tak membayar kalau anda gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 50 prospek tau. hehehe...

Anda juga boleh mendaftar sebagai affiliate untuk ppl ni di sini.

Selamat Mendownload & Good Luck!

4 Tip Perancangan Kewangan

13 November 2008 |

Tak keterlaluan jika saya katakan kebanyakan anda menghadapi masalah kewangan. Kecuali mereka yang dah mencapai tahap kebebasan kewanganlah, kan? Masalah duit ni biasanya disebabkan oleh kesilapan merancang kewangan ataupun memang langsung takder perancangan. Bila hujung bulan jer, ke mana duit tu pegi kita pun tak ingat.


Perancangan kewangan ini memang penting. Dengan menguruskan kewangan secara bijak, kita mampu berbelanja hanya mengikut kemampuan dan tidak melebihi pendapatan sedia ada. Lebih baik, jika dapat menyimpan sekitar 10% daripada jumlah pendapatan.


Saya bukanlah seorang pakar kewangan. Namun, ada beberapa tip perancangan kewangan yang nak saya kongsikan dengan anda.




Rancanglah Perbelanjaan Anda (Wikipedia)


1. Menentukan matlamat kewangan


Matlamat ini penting supaya anda dapat gambaran awal tentang perkara yang ingin dibuat dengan duit tu dalam tempoh masa tertentu. Sama ada sebulan, 6 bulan ataupun setahun. Anda perlu tetapkan sendiri jangka masa untuk merancang dan melaksanakan sesuatu matlamat.

Biasanya anda ada matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. Contohnya anda merancang nak beli but bola, melancong, beli rumah, berkahwin, simpanan untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.



2. Mengenalpasti tabiat perbelanjaan


Apabila anda dah tentukan matlamat tadi, sebaiknya anda teruskan perancangan kewangan dengan lebih teliti. Tujuannya untuk lebih memudahkan anda dalam mencapai sesuatu matlamat.

Harus diingat, perancangan pada waktu ni bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Tapi untuk mengenal pasti tabiat perbelanjaan anda. Akhirnya anda akan tahu nanti;
  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan duit tu?
  • Berapakah jumlah hutang anda setiap bulan?
  • Baki duit yang tinggal pada setiap hujung bulan?


3. Nilaikan tabiat perbelanjaan


Sekiranya duit anda habis tak tentu pasal atau tak berbaki langsung pada hujung bulan, anda mesti menilai semula tabiat berbelanja sebelum ni. Perincikannya dengan lebih teliti.

Apakah barangan yang dah anda beli sampai habis kesemua duit tu? Tentukan sama ada ia barangan keperluan ataupun hanya menurut nafsu memenuhi kemahuan anda semata-mata.

Seterusnya, lihat kembali sama ada;
  • Adakah anda pakai duit simpanan untuk membayar bil semasa?
  • Adakah anda memohon pinjaman baru untuk selesaikan hutang lama?
  • Adakah hutang anda lebih besar daripada pendapatan?
  • Adakah anda selalu membeli tanpa berfikir sama ada "aku ni mampu ke"?


4. Menulis segala perbelanjaan


Menulis apa-apa saja perbelanjaan dapat mengesan perbelanjaan anda yang lepas. Selain tu, memudahkan anda mengawal perbelanjaan pada masa depan nanti. Jadi, bolehlah anda buat satu pelan perbelanjaan yang lebih baik lepas ni.

Anda rancanglah mengikut kedudukan kewangan sendiri sebaik mungkin. Pelan perbelanjaan anda boleh dibuat dengan berlandaskan beberapa panduan seperti;
  • Tuliskan berapa pendapatan bulanan anda.
  • Kira keperluan perbelanjaan bulanan anda yang biasa i.e bayaran bil semasa, sewa, perbelanjaan harian, bayaran pinjaman dll.
  • Khaskan juga perbelanjaan untuk tujuan kecemasan dan bermusim i.e cukai jalan, pembaharuan insurans, yuran persekolahan, musim perayaan dll.

Sekiranya anda masih juga tidak mempunyai baki duit pada akhir bulan, cuba semak semula perbelanjaan anda. Kenal pasti sebarang perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Jangan takut, keluarkan jer benda yang tak perlu tu. :)

Harap-harap lepas ni, anda dapat merancang serta menguruskan kewangan dengan lebih bersistematik yer. :)


p.s: Sebelum berganjak, saya ada sesuatu buat anda yang ingin bebas daripada dibelenggu hutang. Sila ketahui kaedahnya di sini.

Laporan Percuma: Kedai Internet

08 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Skali lagi dalam tempoh 5 hari, saya nak kongsikan laporan percuma yang ditulis dalam bahasa Malaysia. Kali ni ia dihasilkan oleh saudara Zulkifly Mohd Yunus. Beliau bukan setakat berikan laporan percuma jer, tapi menawarkan program pay per lead (ppl) gak. Maknanya, anda boleh mempromosikannya dan mendapat 25 sen untuk setiap referral.


Laporan percuma karya Zulkifly (gambar) ini bertajuk Kedai Internet.

Kedai internet ni amat sesuai bagi anda yang masih tercari-cari lagi rentak menjana pendapatan di internet. Apa yang perlu anda buat? dan Program apa yang boleh anda join?

Beliau dahpun menyenaraikan program-program tersebut. Anda cuma pilih sama ada nak terus bermula ataupun sekadar berdiam diri.

Kesimpulannya, laporan kedai internet ni lebih sesuai kepada anda yang memang takder idea langsung camner nak menjana pendapatan di internet. Kepada anda yang dah sedia maklum tentang perkara yang dibincangkan, bolehlah sebarkannya kepada kawan-kawan yang masih blur tentang menjana pendapatan di internet.


Ohh yea, anda boleh download laporan ni di SINI atau klik saja banner kat bawah.



Ok, bagi program ppl plak, ia berlansung dalam 2 fasa. Fasa pertama bermula jam 12 tengahari 1 November sampailah 15 November 2008 (12 tengahari).

Pembayaran komisen untuk fasa pertama akan dibuat pada 30 November 2008. Tapi saya terlupa plak nak tanya pembayaran minimum. Biasanya dalam lingkungan RM5 ataupun RM10.

Saya cadangkan anda promosi jer laporan ni. Selain dapat ilmu, kita dapat bantu rakan-rakan lain untuk bermula menjana pendapatan di internet, kan?

Tapi, kalau anda berjaya membawakan referral terbanyak, bonus sebanyak RM50 akan diberikan!

Jadi, anda boleh promosikannya bermula 1 minggu dari sekarang setelah mendownloadnya di SINI.


Selamat Mendownload & Salam Sukses!


p.s: Anda akan mendapat maklumat lanjut tentang program ppl melalui email nanti.

Kitar Semula Barang Dapur Anda

07 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Salah satu cara untuk anda berjimat cermat adalah melalui kitar semula. Antara barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, kadbod keras, plastik, kaca dan juga pakaian.

Anda boleh mulakan tabiat kitar semula ni dari rumah. Sebagai contoh, boleh mulakan dengan bahagian dapur dulu. Macamner nak mulakan?


Sumber Imej: www.agc.gov.my/agc/club/kitar.htm




Antara langkah-langkah yang boleh anda buat adalah:


1. Asingkan dulu barangan yang nak dikitar semula mengikut jenis seperti plastik, kaca dan kertas. Kemudian pilih mana yang anda nak pakai semula ataupun nak dijual ke pusat pengumpulan barangan kitar semula.


Sumber Imej: www.johordt.gov.my




2. Contohnya, bekas makanan dan minuman plastik boleh digunakan semula. Selebihnya, bolehlah anda jual.


3. Kurangkan atau elakkan penggunaan barang pakai buang seperti pinggan kertas, sudu/garpu plastik dan seumpamanya.

Sebaliknya, gunakanlah barang dapur yang tahan lama. Antaranya pinggan mangkuk/cawan/gelas kaca dan sudu/garpu stainless steel. Sekali beli, anda boleh pakai berkurun bertahun-tahun lamanya. Boleh jimat duit, kan?


4. Kalau anda merancang nak beli makanan (nasi bungkus dll) di luar, apakata bawa bekas makanan tu sendiri.

Walaupun nampak macam tak cool jer, sekurang-kurangnya dapat gak elakkan penggunaan bahan pembungkusan seperti styrofoam.


5. Gunakan semula plastik yang anda perolehi ketika membeli-belah. Jadikan ia sebagai beg plastik sampah.


6. Pada musim-musim tertentu, anda mungkin dapat terlalu banyak bungkusan hamper. Biasanya musim perayaan lah, kan?

Jikalau anda merasakan ada sesetengah makanan (dalam tin) yang mungkin tak larat nak habiskannya, bolehlah berikan kat jiran atau sesiapa yang lebih memerlukan. Selain mengelakkan pembaziran, pahala pun dapat. :)


Rasanya setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan tentang kitar semula ni. Kalau ada sebarang input tambahan, nanti saya sambung, ok.





p.s: Kalau ada yang nak menambah, boleh gunakan ruangan komen tu yer.

Teknik Promosi Unggul PPC Dan Kupon RM10

04 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Saya baru jer habis baca ebook percuma Teknik Promosi Unggul PPC Google Adwords yang ditulis oleh saudara Bearnerd Bondly. Ebook ni sebenarnya dah diedarkan sejak 29 Oktober lagi. Kandungannya memfokuskan pada pengiklanan melalui pay per click (ppc).

Beliau ada menunjukkan langkah demi langkah untuk mengoptimasikan kempen adwords. Secara tak langsung, anda boleh menjimatkan kos pengiklanan. Jadi, kalau anda betul-betul nak jimat duit, ebook ni boleh dijadikan rujukan.

Bearnerd memang berikannya secara percuma jer dan anda boleh mendownloadnya di sini.

Oppss... jikalau anda masih belum kenal Bearnerd, di sebelah ni saya sertakan gambar beliau sekali. :)


Selain daripada memberikan ebook ni, beliau juga ada 2 lagi hadiah untuk anda iaitu;

1. Kupon RM10 Grafik Web Jualan

Grafik web jualan merupakan produk terbaru beliau. Tapi masih belum dijual lagi. Anda boleh gunakannya jika berminat kelak.

2. Duit percuma menerusi program pay per lead (ppl)

Anda boleh mempromosikan ebook percuma ni untuk mendapatkan duit percuma. Setiap seorang yang download, anda diberi komisen RM0.25. Tawaran ni hanya sah selama 1 bulan saja. Bakal berakhir pada 3 Disember 2008 depan. Kalau anda berminat, boleh menyertainya sekarang di sini.

Saya harap anda semua menghargai usaha beliau dan menggunakan ilmu yang dicurahkan dalam ebook Teknik Promosi Unggul PPC Google Adwords ni sebaik mungkin, ok.





Selamat Maju Jaya & Jumpa Lagi!


p.s: Sebelum ni beliau, ada gak buat program ppl ni, anda boleh tengok di PPL Panduan Web Advance

p.p.s: Maknanya, anda boleh sertai kedua-dua ppl milik Berneard buat masa ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...