Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Video Perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 (dan Piala Asia 2019) - UAE Lawan Malaysia

07 September 2015 |

Mungkin kita sudah sedia maklum yang kekalahan besar skuad Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September lepas. Keputusan ini memang memeritkan. Baik untuk peminat mahupun seluruh skuad kebangsaan. Namun, apakan daya, yang lepas perlu dijadikan pengajaran. Perbaiki mana-mana aspek yang boleh dalam masa yang singkat ini


Baiklah, bagi anda yang belum lihat video tersebut, boleh tonton dulu di bawah;



Esok jam 8:45 malam pula, pasukan kita akan bertemu Arab Saudi. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pengadil yang bakal mengadili perlawanan tersebut ialah Liu Kwok Man dari Hong Kong.


Bagi anda yang tidak ke stadium, boleh ==>> tengok live streaming di pautan ini <<==


Sama-samalah kita bagi sokongan moral sama ada di stadium, televisyen ataupun di depan peranti anda. Boleh??

Video Gol Perlawanan Persahabatan Malaysia XI vs Barcelona

11 August 2013 |

Malam tadi, Barcelona seperti yang diramal berjaya mengatasi Harimau Malaya 3-1 di Stadium Shah Alam, Selangor. Gol tunggal Malaysia hadir pada minit ke-40 menerusi jaringan cantik Amri Yahyah. 

Sebelum itu, Barcelona terlebih dahulu di depan hasil tandukan Cesc Fabregas pada minit 34. Kemudian, skuad The Catalan terus menjarakkan kedudukan menerusi Neymar (minit 42) dan Gerard Pique (minit 74). 

Bagi anda yang tidak berpeluang menyaksikannya, jom saksikan rangkuman perlawanan malam tadi menerusi video di bawah:




P.S: Pada anda yang sempat menyaksikan perlawanan secara langsung, mungkin ada nak tambah? Tak kiralah sama ada di depan tv ataupun stadium. :) 

P.P.S: Saya tak sempat nak tengok semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...