Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

4 Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga

12 April 2009 |

Semenjak menerbitkan artikel bertajuk tip asas menghadiri temuduga kerja kerajaan, saya dapati ramai yang berkunjung ke sana. Oleh sebab tak banyak sangat input kat situ, saya bercadang nak berikan lebih tipstambahan buat anda semua. Iaitu berkaitan 4 persediaan menghadiri temuduga.


Setiap kali mendapat surat atau panggilan untuk menghadiri temuduga, pastinya anda akan berasa gembira bercampur bimbang. Gembira tentulah kerana anda orang yang terpilih. Rasa bimbang pula mungkin kerana terlalu memikirkan apakah peluang anda, apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel dan macam-macam lagilah. Anda saja yang tahu, kan?


Jika anda terlalu bimbang, eloklah mempersiapkan diri baik dari aspek fizikal dan juga mental. Saya percaya perasaan tu akan berkurang sikit demi sikit.

buat persediaan sebelum menghadiri temuduga penting untuk keyakinan diri anda

Gambar - "Job Interview" by Dale Wilkins


Berikut adalah antara persediaan sebelum anda melangkah keluar untuk menghadiri temuduga;



1. Membuat penyelidikan


Lakukan penyelidikan(research) tambahan mengenai latarbelakang syarikat yang anda pohon. Dapatkan maklumat, jenis industri ataupun pencapaian membanggakan sesebuah syarikat. Ini menunjukkan yang anda benar-benar berminat bekerja di syarikat tersebut. Semuanya akan terserlah semasa sessi temuduga nanti. :)

Anda boleh bertanya dengan kenalan anda di syarikat tersebut (jika ada), melakukan carian di internet, akhbar atau majalah serta lain-lain sumber yang boleh dipercayai(hehehe... macam "spy" la plak).

Selain itu, buatlah persediaan dengan menyediakan skema jawapan anda sendiri bagi soalan-soalan yang biasa ditanya oleh panel.


Antara soalan yang biasa di tanya adalah;

- Anda tinggal di mana dan adakah mengalami masalah untuk sampai ke sini(tempat temuduga)?

- Ceritakan tentang diri anda(myself).

- Apakah kekuatan dan kelemahan anda?

- Kenapa anda berminat bekerja dengan syarikat ini?

- Apakah aktiviti ko-kurikulum anda semasa di sekolah/kolej/university?


Kalau anda menghadiri temuduga kerajaan, anda akan di tanya beberapa soalan tambahan. Contohnya seperti;


- Nama Yang Di-Pertuan Agong sekarang dan dari negeri mana?

- Sebutkan rukunegara satu persatu.

- Pada tahun berapakah rukunegara diperkenalkan? (Tahun 1970)


dan mungkin setiap calon akan ditanya beberapa soalan lagi yang berlainan.

Kalau anda mahukan 70 contoh soalan temuduga kerja kerajaan beserta jawapannya sekali, anda boleh mendapatkan panduan lulus temuduga kerja kerajaan di sini.



2. Kenalpasti lokasi temuduga


Pastikan anda benar-benar tahu di mana lokasi sebenar temuduga tu. Sama ada di "main office" ataupun di cawangan lain.

Selain itu, semak tarikh dan masa. Jangan sampai tersalah. Kalau was-was, telefonlah pihak Pengurusan Sumber Manusia(HR) atau pihak terbabit untuk mengesahkannya.



3. Kemaskan penampilan diri


Beberapa hari sebelum temuduga, lihatlah penampilan diri anda di depan cermin. Adakah imej anda sekarang ni sesuai untuk menghadiri temuduga?

Bagi lelaki, pastikan rambut anda kemas. Kalau menyimpan misai, berjanggut atau berjambang, pastikan anda mencukurnya. Kalau tak mahu cukur, pastikan anda "trim" dengan kemas.

Kalau ada bulu hidung yang terkeluar, kasi potong. Begitu juga dengan kuku. Pastikan ia pendek dan kemas.

Wanita pun sama gak. Pastikan penampilan anda kemas dan bersesuaian. Pastikan muka anda tiada bulu roma yang berlebihan.

Secara umumnya, pastikan badan dan nafas anda tidak berbau semasa berada di bilik temuduga nanti. Pakailah pewangi yang tidak terlalu kuat baunya dan deodoran. Untuk kesegaran nafas, bolehlah makan gula-gula pudina.



4. Cara berpakaian


Cara anda berpakaian bergantung kepada jenis industri. Kalau anda memohon jawatan dalam bidang kreatif seperti muzik, gayanya berbeza dengan bidang yang lebih serius seperti perbankan dan perundangan.

Untuk bidang kreatif, anda boleh berpakaian selain daripada gaya konservatif.

Namun, kebanyakan pihak HR menggalakkan anda hadir dengan gaya konservatif walau apa jua bidang yang anda pohon.

Gaya konservatif kat sini bermaksud cara pemakaian yang sederhana dan rasmi.

Buat golongan lelaki, anda disyorkan memakai kemeja polos lengan panjang berwarna putih(atau lembut) dan berseluar gelap. Contohnya macam biru, hitam atau kelabu. Elakkan warna kuning mustard dan ungu sebab ia bukan warna konservatif. Tali leher pula biarlah yang sesuai. Jangan pakai yang ada gambar kartun sudah.

Untuk menyerlah penampilan anda, pakailah "cufflink" dan berkot kalau mahu.


Calon wanita pula boleh memakai baju kurung, skirt(menutup lutut), blouse ataupun sut. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan berwarna terang. Make-up pun biarlah sederhana saja.


Selepas menyiapkan kelengkapan atas, bahagian bawah badan jangan dilupa. Apa lagi kalau bukan stokin dan kasut.

Bagi lelaki, pastikan anda memakai stokin yang sama warna dengan seluar dan berkasut hitam. Kalau takde, kasut berwarna coklat gelap pun boleh. Hah, kasut tu pastikan bersih dan berkilat tau.

Sebaliknya, calon wanita hendaklah memakai sarung kaki yang berwarna kulit dan memakai kasut pula yang bertutup dan bukannya bertumit tinggi.


Akhir sekali, anda boleh membawa beg bimbit untuk meletakkan surat iringan, resume dan dokumen tambahan seperti sijil-sijil.



Akhir kata, inilah dia 4 persediaan sebelum menghadiri temuduga yang perlu anda semak. Walaupun agak panjang, ianya cuma peringkat permulaan. Untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan rahsia (lebih-lebih lagi kalau anda nak memohon sektor awam), anda perlulah mendapatkan ebook lulus temuduga kerja kerajaan hanya di sini.


Semoga anda berjaya dalam sessi temuduga mendatang! :D


p/s: Gambar yang dikecil di ambil daripada web rasmi kerja kerajaan. Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...