Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

11 Persediaan Penting Semasa Hari Temuduga

19 April 2009 |

Mungkin ada di antara anda yang sedang membuat "homework" sebagai persediaan menghadiri temuduga dalam masa terdekat ni. Sama ada interview di sektor swasta mahupun sektor awam. Kalau minggu lepas, saya kongsikan persediaan sebelum temuduga, sekarang tibalah pula persediaan semasa hari temuduga.


Kalau ada yang belum baca post tu, sila ke sini [klik] dulu. Lepas tu, barulah sambung pembacaan anda semula kat ruangan ini yer. Okaylah, berikut adalah tips temuduga yang dijanjikan untuk anda;


[#1] Datang awal


Pertama sekali, tentulah anda perlu datang awal. Sebaik-baiknya dalam 15 ke 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Bukannya apa, masa yang ada tu memberikan anda ruang untuk hilangkan rasa kalut, darah gemuruh dan persiapkan diri serta apa saja yang patut.

Lagi satu, ia menunjukkan yang anda betul-betul berminat dan mahukan jawatan tersebut.


[#2] Sediakan salinan dokumen penting


Sebagai contoh, sediakan salinan fotostat dokumen yang diperlukan seperti sijil tamat persekolahan/SPM/Diploma/Ijazah, sijil aktiviti ko-kurikulum/penghargaan/kursus ataupun sijil lain yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon (jika ada).


[#3] Ketahui nama panel dan sebutannya


Semasa panel penemuduga memperkenalkan diri mereka, pastikan anda dapat nama dan jawatan beliau dengan tepat. Begitu juga dengan sebutan nama beliau yang betul.

Jika kurang jelas, anda bertanya kembali dengan penuh sopan.

Sebelum berpisah nanti, anda bolehlah meminta kad nama beliau (kalau ada). Tujuannya supaya anda boleh memberikan nota sebagai tanda terima kasih kelak. Tak kiralah sama ada anda berjaya atau tidak dalam sessi tersebut.


[#4] Gambaran pertama (First impression)


Sebaik saja melangkah masuk ke kawasan syarikat, anda akan diperhatikan oleh individu-individu yang berada di sekeliling. Anda pastinya menjadi tumpuan. Segala tingkahlaku anda menjadi bahan tontonan umum.

Sebagai langkah selamat, pastikan anda berpakaian kemas dan berkelakuan yang menyenangkan dengan semua kakitangan syarikat/kilang/jabatan.





[#5] Tingkah laku


Semasa berada di bilik atau ruang temuduga, pastikan anda duduk tegak. Tak payah nak goyang-goyang kaki dan memandang ke kiri, kanan, atas ataupun bawah.

Mata anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada penemuduga yang sedang mengajukan soalan atau berbual-bual dengan anda. Ia sebagai tanda anda menghormati beliau.

Begitu juga sebaliknya kalau anda sedang menjawab soalan yang diajukan. Pandang ke arah panel yang bertanya kat anda tu. Ini menunjukkan anda benar-benar yakin dengan jawapan yang diberikan.


[#6] Bersopan-santun


Anda semestinya perlu bersikap sopan-santun dengan semua kakitangan syarikat. Ya, sebaik saja anda melangkah masuk ke kawasan syarikat.

Ini kerana pada ketika itu, anda belum lagi mengenali siapa yang bakal menjadi panel penemuduga ataupun mempunyai kuasa untuk mengambil anda pekerja.


[#7] Jawab soalan dengan tepat


Semasa sessi interview, sudah tentu anda akan ditanyakan beberapa soalan. Jawablah semua soalan tu dengan sebaik mungkin. Jika anda tidak tahu jawapannya, berterus-terang sajalah. Mengaku dengan cara baik dan katakan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

Jangan pula main "tembak" jer. Kalau "tembakan" tu tak mengena, anda juga yang malu nanti. Huhuhu...


[#8] Usah gelabah


Tak dinafikan, perasaan gelabah tu memanglah normal. Lebih-lebih lagi dalam situasi genting macam ni. Contohnya pada ketika anda selesai menjawab soalan daripada panel penemuduga. Kekadang, panel ni akan terdiam sejenak. Sama ada dia sedang memikirkan soalan seterusnya ataupun berulangkali membelek-belek resume dan sijil anda.

Saat ini, janganlah pula anda cuba memecah kebuntuan seperti mengeluarkan bunyi atau perkataan seperti Err..., Uh..., Urmp... dan seumpamanya.

Jangan gabra. Cuba relaks dan tarik nafas dalam-dalam serta tenangkan diri anda. Ambil nafas dan masa sebelum menyambung bicara.


[#9] Menyediakan soalan


Selalunya, penemuduga akan memberi ruang kepada anda untuk mengajukan sebarang soalan.

Jika anda tiada sebarang soalan, anda katakanlah;

Tidak, buat masa ini saya tiada sebarang soalan. Terima kasih.


Namun begitu, anda digalakkan agar bertanyakan soalan. Antaranya seperti;

Apakah jenis program latihan yang disediakan untuk pekerja baru?



[#10] Gaji bulanan


Biasanya dalam resume anda dah nyatakan sekali gaji yang dipohon. Pastikan anda buat kajian terlebih dahulu dan bersesuaian dengan harga pasaran.

Jadi bila berbincang soal gaji kelak, anda dah ada hujah kenapa anda minta gaji sebanyak RMxxxx.


[#11] Maklum Balas (Feedback)


Anda boleh bertanya mengenai tempoh jangkamasa untuk mendapat jawapan hasil daripada sessi interview tersebut kepada panel.

Tanyalah secara penuh sopan dan professional. Jangan lupa dapatkan kad nama atau butiran lengkap panel penemuduga seperti yang dinyatakan dalam point #3.

Manalah tahu kan, kalau anda tidak dihubungi dalam tempoh masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak secara proaktif dengan menghubungi panel tu sendiri.


Semoga dengan perkongsian di atas, sikit sebanyak dapat memantapkan persediaan dan keyakinan anda untuk berhadapan dengan hari temuduga. Tapi, kalau anda masih belum yakin gak, saya syorkan anda melaburkan sedikit wang untuk dapatkan panduan dan tip lengkap menghadapi temuduga di sini [klik 2x].




Saya doakan anda semua semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...