Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Mentor Jutawan: Permulaan Tragis Abang Abu

20 April 2009 |

Segmen mentor jutawan kali ni, saya akan ceritakan ikon jutawan seterusnya iaitu Abang Abu. Beliau berasal dari Johor, tapi kini telah menetap di Singapura. Bila saya baca kisah beliau dalam ebook mentor jutawan, ada beberapa perkara yang boleh dijadikan contoh untuk meningkatkan motivasi kita.



Tapi sebelum tu, jika belum mengenali Abang Abu, lihatlah gambar di sebelah kiri anda. Itulah jutawan muda yang telah mengalami kisah tragis kira-kira 15 tahun yang lalu.

Di mana beliau sekeluarga mengalami kemalangan jalanraya. Abang Abu koma dan terpaksa berada di hospital kira-kira 3 bulan. Ketika itu, doktor yang merawat beliau pun dah putus harapan. Semua pihak menjangkakan yang dia akan meninggal dunia.


Manakala Tuhan lebih sayangkan bapanya. Bapa Abang Abu meninggal di tempat kejadian. 4 bulan lepas tu, ibu beliau pula yang pergi tak kembali.


Namun, Abang Abu selalu berkata kepada dirinya,

Tidak, kenapa saya akan mati, I'm OK, I'm allright.

Setelah pemergian ibu bapa tersayang, tanggungjawab kini terletak di atas bahu Abang Abu. Beliau merupakan anak sulung. Di bawahnya ada lagi 4 orang adik beradik. Memang berat tanggungjawab yang perlu dipikul dalam usia muda. Masa tu, umur beliau baru 22 tahun.


Tapi, semua halangan dan rintangan tu dapat Abang Abu tempuhi. Segala usaha gigih dan penat lelah beliau selama ini telah membuahkan hasil. Beliau dah pun bergelar jutawan sebelum mencecah usia 30 tahun. Sama seperti Dr. Irfan Khairi. =D


Kejayaan beliau sebenarnya bukan datang bergolek. Saya mendapati beliau ada strategi dan prinsip tersendiri.


Menurutnya, untuk berjaya anda perlukan P-H-D. Tapi bukan penyakit hasad dengki tau. Sebaliknya passion, hunger dan desire.

Saya ringkaskan seperti di bawah ya.


Maksudnya, kalau anda menceburi sesuatu bidang, buat betul-betul. Pastikan anda cintakannya dan tidak menganggap ia sebagai pekerjaan semata-mata. Kemudian, anda mestilah dahagakan sesuatu. Sebagai contoh anda dahagakan air wang dan kejayaan. Bila ada mentaliti sebegini, anda pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Lagi satu, ada mestilah menyimpan impian yang besar. Untuk mencapai impian anda tu, aspek passion dan hunger tadi perlu bergerak seiringan agar ianya terlaksana.


Selain itu, untuk mencapai matlamat, anda perlu menulis matlamat tersebut. Jangan biarkan ia berlalu begitu saja. Anda boleh berpandukan kepada formula A-B-C-D. Iaitu aim - believe - courage - desire.

Tak lupa juga, beliau ada ceritakan sikit tentang seminar bertajuk M-A-P untuk kaya. Dalam seminar tu, beliau ada menerangkan teknik yang beliau sendiri lakukan untuk mencapai sesuatu. Di mana selepas ada P-H-D (spt di atas), anda kena ada MBA (massive bank account) pula.

Bagaimana nak capai MBA ni? Hah... anda perlukan M-A-P (minda, aksi, pelan). Begitulah serba sikit strategi Abang Abu yang dapat saya kongsikan di sini.


Jikalau anda ingin mengetahui lebih lanjut, saya cadangkan anda dapatkan ebook mentor jutawan di sini. Tapi kalau anda dah pun memilikinya, saya ada cadangan lain.


Pada 13 dan 14 Jun 2009 depan, Abang Abu bersama Irfan Khairi akan menganjurkan satu seminar. Ia ditujukan khas kepada para usahawan dan bakal usahawan yang ingin melipatgandakan keuntungan perniagaan walaupun ketika musim gawat.


seminar 2 hari bersama IK dan Abang Abu



Jika anda berminat menghadirinya, daftarlah sebelum 30 April 2009. Ini kerana anda dapat berjimat sebanyak RM100.


Dan...

anda juga bakal menerima 4 bonus tambahan iaitu ebook mentor jutawan, rakaman audio selama 45 minit IK bersama Abang Abu, ebook "Think & Grow Rich" serta diskaun RM70 untuk workshop jutawan internet.


t-shirt rasmi seminar bisnes berapi


Tak cukup dengan itu, jika anda tergolong dalam 10 peserta terawal yang mendaftar di Seminar Bisnes Berapi, t-shirt rasmi IK dan Abang Abu semasa seminar di atas tu bakal menjadi milik anda.

Sekarang ni, keputusan di tangan anda. Jika anda ingin menemui 2 ikon jutawan ni secara langsung dan bertemu dengan usahawan lain untuk mengembangkan jaringan perniagaan, Seminar Bisnes Berapi adalah permulaannya.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...