Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

6 Panduan Sebelum Menulis Surat Permohonan Kerja

24 May 2009 |

Memandangkan sepanjang bulan Mei dan Jun ni banyak temuduga kerja di sektor awam yang berlangsung, ada beberapa panduan menulis surat permohonan kerja yang boleh anda ikuti. Ataupun kalau anda memohon pekerjaan di sektor swasta, panduan ni masih boleh dipraktikkan. Sebab biasanya kebanyakan pegawai bertugas hanya memperuntukkan sedikit masa untuk membelek surat permohonan kerja yang bertimbun-timbun tu.


contoh surat permohonan kerja
Gambar hiasan - ResumeWriters.com



Bagi memastikan surat permohonan anda dilihat dan dipertimbangkan, anda mestilah menekankan beberapa aspek berikut;


1. Anda perlu sedar bahawa surat permohonan yang akan dihantar tu bertujuan membolehkan anda dipanggil menghadiri temuduga.

Dan...

Bukannya untuk mendapat kerja serta-merta.


2. Taip surat permohohan anda dengan kemas dan sempurna.

Maksudnya, sila pastikan tiada sebarang kesilapan sama ada dari segi ejaan mahupun tatabahasa.

Jika anda diminta menulisnya dengan tulisan tangan, pun sama gak. Tulislah dengan kemas dan teratur. Pastikan setiap bentuk huruf ditulis dengan jelas. Waktu inilah anda perlu menunjukkan kredibiliti anda.

Ini kerana bentuk tulisan tersebut secara tak langsung akan menggambarkan keperibadian anda tau.


3. Sertakan sekali surat iringan atau "cover letter" bersama dengan surat permohonan kerja anda.

Biasanya, surat iringan ni ditulis dengan tulisan tangan. Nyatakan jawatan yang ingin anda pohon. Pastikan kandungannya ringkas saja. Tapi, tetap menggunakan ayat rasmi yang mudah difahami.

Selain itu, pastikan anda menulis dengan nada merendah diri di samping memasukkan maklumat yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.


4. Usahlah menulis dengan ayat yang konon-kononnya menggambarkan anda seorang yang macam
bagus. Jangan sesekali bermegah atau berbangga dengan kebolehan anda tu.

Sebaliknya, ceritakanlah secara ringkas dan tepat mengenai kebolehan dan pengalaman anda.


5. Jangan sesekali ku rasa teringin memberikan alasan yang anda dah bosan dengan pekerjaan semasa atau pekerjaan sebelum ini.

Lagi satu, jangan beri alasan yang anda memohon pekerjaan ini kerana dah terdesak atau semata-mata inginkan gaji yang lebih tinggi!


6. Akhir sekali, pastikan surat permohonan kerja anda tu sampai ke tempat yang sepatutnya sebelum tarikh permohonan ditutup.

Kalau tak, anda hanya membazirkan duit kertas, print(fotostat), setem, masa dan tenaga. Iskh...iskh...



Saya Doakan Semoga Permohonan Anda Berjaya!




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...