Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui 4 Tip Beli Rumah

19 December 2008 |

Beli rumah adalah satu pelaburan jangka panjang yang baik. Selalunya, ia pasti menguntungkan si pembeli jika kena caranya. Sama ada melalui duit sewa bulanan ataupun dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kat sini ada 4 perkara yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli sesebuah rumah.



Malay theme bungalow - my.88db.com


1. Sediakan duit yang mencukupi


Pertama sekali, sudah tentu anda mesti ada cukup bajet bagi membeli apa jua jenis rumah yang diingini. Ini bagi mengelakkan anda menghadapi sebarang kesulitan terutamanya yang berkaitan dengan kewangan.

Anda disarankan bahawa perbelanjaan membeli rumah adalah berdasarkan jumlah wang yang anda miliki dalam simpanan peribadi. Simpanan peribadi ni termasuklah simpanan anda sendiri dan juga simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan.

Manakala perbelajaan yang dimaksudkan di atas termasuklah membayar wang pendahuluan, bayaran bulanan pinjaman perumahan, yuran guaman dan yuran setem untuk Perjanjian Jual Beli serta Perjanjian Pinjaman Perumahan.



2. Sumber kewangan


Seperti yang dinyatakan kat atas, sebaik-baiknya anda mempunyai simpanan sendiri yang cukup untuk membayar wang muka. Anggaran lebih kurang 10%-20% daripada harga rumah.

Begitu juga dengan kos sampingan yang lain seperti firma guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3%-5%).

Selain simpanan sendiri, anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk mengurangkan pinjaman perumahan pada setiap tahun.

Kalau tak silap, jumlah simpanan KWSP yang boleh anda keluarkan tak boleh melebihi jumlah wang yang ada dalam akaun 2. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web KWSP atau terus ke pejabat KWSP yang berhampiran. Dapatkan maklumat berkaitan kelayakan membuat pengeluaran, ok.

Lagi satu, anda juga boleh membuat pinjaman daripada institusi perbankan Islam. Tapi sebelum tu, anda perlu membandingkan dulu pakej pinjaman yang disediakan oleh institusi yang berbeza.

Kemudian, pilihlah pakej yang paling sesuai Antara kriteria yang perlu diambilkira seperti mutu perkhidmatan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ohh, jangan lupa masukkan sekali caj lain yang dikenakan i.e firma guaman dan caj berkaitan yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan.



3. Lokasi rumah


Lokasi rumah pun satu hal gak. Anda perlulah pandai memilih lokasi yang terbaik mengikut tujuan membeli rumah.

Antara tujuan yang normal adalah; untuk menetap sendiri dan pelaburan.

Sekiranya anda beli rumah untuk kegunaan sendiri dalam tempoh jangka panjang, carilah kawasan perumahan yang selesa dan boleh menenangkan jiwa anda.

Sebaliknya, jika tujuan pelaburan, ada baiknya anda pilih lokasi yang nilai hartanahnya boleh meningkat dengan cepat. Kalau untuk disewakan pula, pilih kawasan yang berhampiran pusat pengajian tinggi atau kawasan perindustrian.



4. Rumah baru ke rumah yang dah siap?


Ada 2 pilihan kat sini. Sama ada nak beli rumah baru yang belum betul-betul siap daripada pihak pemaju ataupun rumah yang dah siap daripada pemiliknya.

Bagi yang membeli daripada pemaju perumahan, anda selalunya perlu tunggu beberapa tahun sebelum rumah tu siap sepenuhnya. Pada masa yang sama, anda juga perlu membayar faedah pinjaman yang dikenakan setiap bulan. Jadi, kat sini anda perlulah senaraikan perbelanjaan tambahan tu skali.

Sementara yang nak beli rumah menerusi pemiliknya, mungkin anda hanya perlu memikirkan kos pengubahsuaian jika ada.

Seperkara yang harus anda ingat adalah simpanan KWSP tak boleh dipakai semata-mata untuk menampung kos pembaikan atau pengubahsuaian rumah.



Setalah mengetahui 4 perkara di atas, diharap anda lebih matang dalam menyenaraikan to-do list sebelum membeli sesebuah rumah. Apa yang lebih penting, anda dapat membuat keputusan yang terbaik dan berbaloi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...