Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

World Super Series Master Finals 2008: Malaysia Cemerlang

21 December 2008 |

Kejohanan badminton World Super Series Master Finals 2008 telah melabuhkan tirainya petang tadi. Sejak 18 Disember lalu, Stadium Tertutup Likas di Sabah telah menjadi tumpuan para pemain dan peminat badminton seluruh dunia kerananya. Walaupun tanpa kehadiran bintang China, saya rasa kejohanan ini tetap meriah dan sengit.


Menariknya, ketiga-tiga wakil Malaysia yang beraksi di final menang dengan bergaya. Datuk Lee Chong Wei, beregu Koo Kean Kiat-Tan Boon Heong dan pasangan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty semuanya menang straight set. Serba menjadi nampaknya persembahan pemain Malaysia!


Saya sempat tengok game Lee Chong Wei vs Pete Gade. Masa tu Lee Chong Wei dah mendahului 11-0. Beliau jelas menguasai perlawanan secara keseluruhannya. Juga membuatkan lawannya seolah-olah terpukau serta gagal membalas setiap pukulan. Beliau menang set pertama tu dengan 21-8.


Set kedua plak agak sengit sehinggalah kedudukan terikat 14-14. Tapi lepas tu Chong Wei terus menjarakkan diri ke kedudukan 17-14 sebelum menang set kedua dengan 21-16. Saya agak hairan dengan persembahan Pete Gade. Selalunya beliau seorang yang cepat panas dan takkan berhenti melawan hingga ke mata penamat. Namun persembahan semalam menunjukkan skrip yang nyata berbeza dari kebiasaan.


Apapun, sekalung tahniah buat Lee Chong Wei sebab dah buktikan yang beliau memang berada setahap di atas bintang Denmark yang bakal menggantung raket tu. : )


Salah satu aksi Lee Chong Wei



Lepas habis game tu, bekas beregu no.1 dunia, Koo Kean Kiat-Tan Boon Heong plak turun menentang pasangan Korea. Iaitu Jung Jae Sung-Lee Yong Dae. Kalau atas kertas, kelebihan memang milik anak jati Korea tu. Rekod pertemuan sebelum ni pun berpihak pada mereka.


Namun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong seolah-olah tak kisah dengan semua tu. Mereka bermain dengan cantik dan sering mendahului lawan. Set pertama tu agak mendebarkan skit. Seringkali kedudukan mata mereka terikat. Akhirnya beregu negara menang gak dengan 21-18.


Dalam set kedua, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae pula yang banyak memimpin perlawanan. Tapi pada peringkat awal sajalah. Kalau tak salah, sampai 8-3 kot. Lepas tu, beregu negara dah dapat momentum sikit demi sikit. Hasilnya, set kedua tampak lebih mudah bagi mereka dan menang dengan mata 21-14.


Ini adalah kejuaraan pertama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2008 selepas prestasi yang tak menentu sepanjang tahun. Harap-harap kemenangan ni dapat memulihkan semangat mereka dan kembali menyinar tahun depan. Syabas diucapkan!


Koo Kien Keat membalas pukulan lawan sambil duduk



Fuhh... dah lama tak tengok game yang membabitkan acara wanita nie. Kebetulan, pasangan Malaysia (Wong Pei Tty-Chin Eei Hui) layak ke akhir. Lawan mereka adalah pasangan Indonesia iaitu Vita Marissa-Liliyana Natsir. Apalagi, saya pun sambung la tengok perlawanan terakhir dalam World Super Series Master Finals 2008 nih.


Pasangan negara memang pilihan utama dalam pertandingan kali nie. Dari awal lagi, saya memang berharap mereka menang untuk melengkapkan hari gemilang Malaysia. : )


Set pertama mereka menang dengan 21-15. Rasanya takder banyak masalah kat situ. Tapi set kedua agak berbeza skit. Beregu negara sering ketinggalan sehinggalah 15-19. Kemudian, mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan 19-19 dan 20-20. Agak mendebarkan gak masa nih.


Walaubagaimanapun, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui lekas menamatkan debaran tu apabila menang dengan keputusan 22-20. Tahniah!!


Aksi spontan Si Juara



Akhir sekali, di bawah ni ada keputusan penuh World Super Series Master Finals 2008:


Keputusan penuh kejohanan



Images: www.worldsuperseriesmasters.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...