Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

8 Soalan Sebelum Beli Kereta Terpakai

27 December 2008 |

Sebelum nie, saya telah menulis 4 siri artikel mengenai tip memilih kereta terpakai. Untuk siri 1, anda boleh rujuk di sini. Tapi kali nie, katakan anda hanya melihat rupa kereta tue melalui iklan kat majalah ataupun suratkhabar. Setelah mengenalpasti kereta yang sesuai, anda pun telefon pemilik ataupun ejen untuk membuat temujanji melihat kereta tersebut.


Sebelum berjumpa dengan pemilik atau ejen, ada baiknya anda menanyakan 8 soalan kat bawah ni dulu.


1. Apa warna kereta tue?

Warna adalah satu ciri penting yang perlu anda tanya. Setidak-tidaknya dapat gambaran kasar mengenai sesebuah kereta tu. Selain tue, ia mukaddimah terbaik bagi memulakan perbualan. : )

Kemudian, barulah menanyakan mengenai body dan upholstery.


2. Spesifikasi dan aksesori kereta?

Tanyakan kelebihan dan kekurangannya. Adakah ia mempunyai penghawa dingin, ABS, sistem audio, power window, sistem penggera ataupun sebarang modifikasi tambahan.


3. Berapa orang pemilik sebelum nie?

Dah berapa kali kereta tersebut bertukar pemilik. Kalau baru sekali, ia adalah pilihan yang baik. Sebab biasanya pemilik pertama lebih cermat dari segi aspek penjagaan.

Sebaliknya, kalau kereta tersebut dah banyak kali bertukar pemilik dalam setahun, lebih baik anda lupakan jer!


4. Berapa ramai yang biasa memandunya?

Siapa yang biasa membawa kereta tersebut. Selain pemiliknya, adakah si isteri, anak-beranak atau saudara mara pun sering memandu kenderaan tersebut?

Bila dah banyak tangan yang pakai, pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Bila sampai ke tangan anda, mesti ada jer yang tak kena. Kebarangkalian untuk anda berbelanja besar bagi membaikpulih kereta tu ke keadaan asal agak tinggi.

Sebaiknya, anda korek rahsia nie. Kalau tanyer kat pemilik asal, mungkin mereka takkan bercakap benar 100%. Ada baiknya anda gunakan kreativiti seperti menanyakan kat jiran mereka dll.


5. Jumlah jarak perjalanan?

Berapa jarak perjalanan yang dah dilalui oleh kereta tersebut. Lazimnya, semakin jauh perjalanan yang dilalui, kereta pun cepat meragam.

Anda boleh tanya kenapa jarak perjalanannya jauh atau kurang. Jika mileage tinggi kerana perjalanan jarak jauh adalah lebih baik daripada perjalanan dekat dan terhenti-henti.

Kereta yang kurang mileage memang dicari. Tapi jika jumlahnya tak logik, anda perlulah siasat!


6. Pernah mengalami kemalangan?

Kusyen baru, cat baru, pendek kata semua nampak baru tapi kereta tu dijual dengan harga murah. Mesti ader yang tak kena ni.

Selalunya penjual takkan berani menipu secara terang-terangan tapi sekadar menyatakan ia hanya pernah mengalami kemalangan kecil jer. Kalau anda bukanlah seorang mekanik, berlagaklah seperti tahu sikit sebanyak mengenai kereta. Risiko untuk diperkotak-katik oleh penjual pasti kurang. : )


7. Ada rekod servis tak?

Pemilik yang cermat pastinya ada menyimpan rekod servis. Melalui rekod yang ada, anda pasti dapat menilai kualiti sesebuah kereta.

Jika rekod servisnya memuaskan dan ditawarkan pada harga berpatutan, bolehlah anda membelinya.


8. Sebab ia mahu dijual?

Kenapa agaknyer pemilik tersebut ingin menjual kereta tersebut. Selalunya, pihak penjual agak sukar nak jawab soalan nie. Antara alasan popular adalah pemilik nak beli kereta baru ataupun nak melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Walau apapun alasannya, anda perlulah memeriksa keadaannya dulu sebelum membeli. Jika anda beli kereta tersebut terus daripada pemilik asal, ada baiknya anda mengetahui sejarah silamnya. :)


Begitulah 8 soalan yang boleh anda tanyakan kat pemilik ataupun penjual kereta sebelum melihatnya depan mata. Bila dah puashati dengan jawapan mereka, barulah anda tentukan sama ada nak tengok atau tak. Dengan cara nie, anda dapat menjimatkan masa daripada terus pergi ke setiap lokasi menjual kereta terpakai yang ada kat ruangan iklan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...