Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Chong Wei Ungguli Siri Super Terbuka Malaysia 2009

11 January 2009 |

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2009 dengan penuh bergaya apabila menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia buat kali ke-5 petang tadi. Beliau yang juga pilihan utama kejohanan, menumbangkan Park Sung Hwan (pilihan ke-5) hanya dalam masa 39 minit. Walaupun menjadi wakil tunggal negara layak ke akhir, ia langsung tak melunturkan semangat beliau untuk menang straight set, 21-14 dan 21-13.


Reaksi Lee Chong Wei di separuh akhir


Dalam perlawanan akhir tadi, ia ternyata berat sebelah. Bukannya apa, Lee Chong Wei ternyata lebih banyak menguasai perlawanan tu. Sentiasa mendahului baik dalam set pertama mahupun kedua.

Saya mula tengok ketika Chong Wei leading 12-6. Dari pengamatan saya, set pertama dah menggambarkan yang beliau memang kenal benar dengan segenap sudut gelanggang tu. Sering kali dugaannya tepat. Bila main rali panjang, kebanyakan mata berpihak kepadanya.

Dalam set kedua, lawan Chong Wei cuma mampu mengikatnya pada kedudukan 6-6. Selepas tu, pemain no. 1 dunia tu terus memimpin perlawanan hingga ke mata penamat. Kalo tak silap, ada 3 aksi yang agak menghiburkan. Iaitu ketika mata berkedudukan 3-1, 6-2 dan 20-12. Pergerakan badan yang mengelirukan serta teknik mendesak lawan tu memang menjadi!

Tahniah buat Chong Wei dan teruskan rentak konsisten terutamanya bila jumpa Lin Dan kat memana perlawanan akhir. :)



p.s: Dalam pada kita bergembira dengan kejayaan ni, jangan lupa penderitaan dan kesengsaraan yang sedang dialami oleh seluruh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.




p.p.s: Jika anda ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh salurkannya kepada Tabung NSTP Untuk Gaza melalui Maybank2U di nombor akaun 514105-320501.

p.p.p.s: Anda juga boleh menyumbang dalam bentuk selain kewangan seperti mendoakan kesejahteraan warga Palestin, solat hajat, boikot produk yang menyokong yahudi dan seumpamanya.


Gambar: utusan.com.my dan bharian.com.my

2 comments:

Adry said...

baru la layak jadi datuk dan no 1 dunia kan... kalau kalah memanjang jerr apa cerita... hidup datuk lee chong wei... hehehe

Unknown said...

adry : betul tu. lebih2 lagi kalo jumpe lin dan. :)

teruskan momentum power ni datuk!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...