Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

5 Mitos Dan Fakta Tentang Merokok

17 January 2009 |

Sejak memasuki tahun baru Maal Hijrah dan Masihi hampir 3 minggu lepas, pasti ada di antara kita yang berazam untuk berhenti merokok. Ada yang didorong oleh kaum keluarga, teman istimewa, sahabat handai ataupun faktor kesedaran terhadap bahaya merokok. Tak kurang juga yang mengambil inisiatif kerana nak berjimat di kala zaman kemelesetan ekonomi nih.




Demi menyokong usaha anda yang bersungguh-sungguh nak berhenti merokok, apakata kita tengok 5 mitos dan fakta di bawah tentang merokok.


Mitos 1:

Merokok membuatkan seseorang itu nampak macho dan bergaya.

TETAPI

[SEBETULNYER]

Boleh menyebabkan badan serta nafas seseorang tu berbau semacam. Kalau mulut dan badan dah berbau, dah tak macho la bro!


Mitos 2:

Merokok tak membahayakan kesihatan terutamanya orang sekeliling. Mana ada, tak betul tuh!

TETAPI

[SEBETULNYER]

Semua pakar kesihatan sedunia sepakat menegaskan bahawa merokok memang membahayakan kesihatan. Bukan setakat si perokok jer, malah orang yang terpaksa menghidu asap di sekitar mereka turut menanggung risiko yang sama!




Mitos 3:

Merokok membantu seseorang tu mendapat inspirasi.

TETAPI

[SEBETULNYER]

Si perokok ni berisiko tinggi terjebak kepada aktiviti yang tak sihat. Contoh biasa seperti ketagihan, penyalahgunaan dadah serta pengambilan pil khayal!


Mitos 4:

Tak payah nak bimbang kesan merokok ni. Aku muda lagi, rileks aar.

TETAPI

[SEBETULNYER]

Merokok ni akan membataskan keupayaan perokok itu sendiri. Lebih-lebih lagi kalau nak buat aktiviti lasak dan berat.

Lebih dahsyat lagi, si perokok ni cepat tua. Umur muda lagi tapi dah nampak tua. Sebab ape? Merokok ni akan mempercepatkan kesan penuaan yang mana kulit perokok cepat berkedut, kusam serta kelihatan tak bermaya!




Mitos 5:

Merokok akan menampakkan seseorang tu cepat dewasa dan matang.

TETAPI

[SEBETULNYER]

Bukan macam tu. Orang yang sedang meningkat dewasa akan lebih matang sekiranya mereka tak merokok!



Akhir kata, kepada anda yang berazam nak berhenti merokok pada 2009 ni, semoga azam tu berjaya dicapai lebih awal!


Gambar hiasan di atas diambil dari pkukmweb.ukm.my


p.s: Inginkan bantuan untuk berhenti merokok? Dapatkan panduannya di Jom Berhenti Merokok!

2 comments:

Samdaddycool said...

Nak berhenti.. pasal dapat jimat.. tapi paling utama.. paru-paru sihat!

Unknown said...

@ samdaddycool: Sokong sangat kalau sam nak berhenti. Mula2 kurangkan dulu. Cuba gantikan rokok tu dgn kunyah chewing gum. Ataupun banyakkan minum air masak. Lama-kelamaan mesti dapat lupakan terus tabiat mer^k^k tu.

Ingatlah orang yg tersayang. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...