Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

7 Fakta Tak Sedap Tentang Merokok

19 January 2009 |

Merokok memang tak syak lagi lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Kalau tak caye, ada 7 fakta yang mesti anda tahu tentang kesan merokok.


[Fakta 1]

Percaya atau tak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%.


[Fakta 2:]

Puntung rokok biasanyer dibuang merata-rata, kan? Kan ke tak pasal-pasal dah mencemarkan keadaan persekitaran.

Kalau yang rajin skit tu, lepas buang dipijaknya rokok tu. Nak matikan bara rokok tu kot.

Kalau yang tak berape nak rajin, diorang main buang jer. Tak toleh pun ader orang ke tidak kat belakang, kiri dan kanan.

Kalau yang tukang buang tu duk dalam kereta, silap haribulan boleh terkena kat mamat belakang yang tengah bawak motor. Kalau mamat tu pakai helmet yang ader visor, selamatlah skit. Dibuatnyer mamat tu tak pasang visor, sendiri mau ingatlah!


[Fakta 3]

Asap rokok pun dah mencemarkan udara. Bahaya tak bahayalah kalau asap tu ader lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Lebih parah lagi, 63 daripadanyer (sikit jer tu), boleh menyebabkan kanser!


[Fakta 4]

Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 billion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.


Oooo...tak cukup ngeri lagi erk! Ni nak kasi up skit!!


[Fakta 5]

Kat Malaysia ni, merokok telah menyumbangkan lebih daripada 10 000 kematian dalam setahun. Nak tau apa sebabnyer?

- 30% disebabkan akibat menghidapi 10 jenis kanser.

- 50% kerana sakit jantung dan strok.

- 20% adalah daripada penyakit lain yang dihidapi akibat merokok!


[Fakta 6]

Statistik di seluruh dunia plak menunjukkan;

- 1 kematian akan berlaku dalam setiap 8 minit.

- Maknanya, dianggarkan lebih kurang 2.2 juta kematian berlaku dalam setahun.

Ni semuanyer penangan merokoklah!


[Fakta 7]

Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General, mereka telah membuktikan bahawa perokok lelaki akan meninggal 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tak merokok.


Walaupun ajal maut di tangan Maha Kuasa, seelok-eloknya kita berusaha menjaga kesihatan diri seperti yang telah diamanahkan olehNya.

Dengan menjaga kesihatan ni jugak, kita sebenarnya cuba berjimat dalam sesetengah perkara sebelum berdepan kemelesetan ekonomi kelak!



**Nota: Anda nak berhenti merokok tak? Ada satu panduan berhenti merokok dalam masa 3 minggu yang boleh anda ikuti di Jom Berhenti Merokok!

2 comments:

Aidi-Safuan said...

hoho....perokok2 nih berfikir bahawa mereka telah membantu negara dengan membeli rokok.kan rokok punya tax tinggi.so,ekonomi negara da selamat la dengan beli rokok.hehehe

Unknown said...

hehehe... walau apa pun diorang perlulah mengutamakan kesihatan diri. Sape lagi yang nak sayang diri mereka kalo bukan diri sendiri, kan? :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...