Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Show all posts
Showing posts with label Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Show all posts

Sukan Komanwel 2010: Badminton Sumbang Lagi 3 Emas

14 October 2010 |

Sedikit perkembangan mengenai Sukan Komanwel 2010. Skuad badminton negara menyumbangkan 3 pingat emas pada hari terakhir kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun. Pingat emas diperolehi menerusi acara beregu campuran, perseorangan lelaki dan beregu lelaki.


Seperti dijangka, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mudah menewaskan lawan memasing.

Lee Chong Wei mengenepikan cabaran wakil England, Rajiv Ouseph 21-10 dan 21-8. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula menafikan impian England yang disandarkan pada Anthony Clark-Nathan Robertson dengan kemenangan 21-19 dan 21-14.

Dalam acara beregu campuran, Koo Kien Keat-Chin Ee Hui berjaya mencipta sejarah badminton negara apabila mengejutkan pasangan lebih berpengalaman dari England. Mereka menundukkan James Nathan-Jenny Wallwork 22-20 dan 21-12.

Malaysia turut meraih satu pingat perak. Ia disumbangkan oleh Wong Mew Choo menerusi acara perseorangan wanita. Mew Choo terpaksa akur dengan kehebatan Saina Nehwal 21-19, 21-23 dan 13-21.

Hasrat Mew Choo untuk menebus kekalahannya dalam acara berpasukan tempohari nampaknya tak berkesampaian. Walauapapun warna pingat yang disumbangkan, tahniah untuk skuad badminton negara.

Lee Chong Wei Jinakkan Lin Dan

26 September 2010 |

Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2010 mencapai kemuncaknya hari ini. Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei menjinakkan Lin Dan 22-20, 16-21 dan 21-17. Wajah kegembiraan terpancar sebaik saja beliau berjaya menjinakkan lawannya selepas bertarung selama 1 jam 21 minit.


Dalam perlawanan lain membabitkan pemain negara ialah dalam acara beregu lelaki. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bertemu Cai Yun-Fu Haifeng. Perlawanan sedang berlangsung dalam set penentuan. Di mana Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sedang ketinggalan 21-18, 14-21 dan 7-14.

Satu fakta menarik dalam kedua-dua perlawanan di atas adalah pemain Malaysia diletakkan sebagai pilihan pertama dan lawan dari China merupakan pilihan kelima kejohanan. Namun, keputusannya mungkin berbeza.


Berikut merupakan keputusan penuh lain perlawanan akhir badminton Siri Super Terbuka Jepun 2010;





Akhir kata, tahniah buat Datuk Lee Chong Wei.



[UPDATE] Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas di tangan Cai Yun Fu Haifeng 21-18, 14-21 dan 12-21.

Piala Thomas 2010: Malaysia ke Separuh Akhir

13 May 2010 |

Skuad Piala Thomas 2010 Malaysia akhirnya layak ke separuh akhir selepas menewaskan Denmark 3-2 malam tadi. Secara keseluruhannya, pemain negara mempamerkan permainan menarik serta menunjukkan semangat juang tinggi berbanding ketika menentang Jepun.

Mata skuad negara disumbangkan oleh Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Hafiz Hashim.



Walaupun tewas, pasangan baru iaitu Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How dan Wong Choon Hann harus diberikan pujian. Mereka memberi tentangan sengit dan berhempas pulas hingga ke mata penamat.

Walaubagaimanapun, tugas getir menanti skuad Piala Thomas 2010 pada saingan separuh akhir. Ini kerana mereka dijadualkan bertemu juara bertahan China pada Jumaat ini, 14 Mei 2010.




Adakah skuad negara mampu mengulangi sejarah Piala Thomas 1992?

Marilah kita sama-sama saksikannya dan memberikan sokongan kepada mereka. Ayuh, Malaysia Boleh!

Badminton Piala Sudirman 2009: Selamat Pulang Malaysia

17 May 2009 |

Hasrat Malaysia untuk melakar kejutan ke perlawanan akhir badminton Piala Sudirman 2009 di Gimnasium Guangzhao semalam tak kesampaian. Sebaliknya, China yang mempunyai kekuatan seimbang di semua bahagian meneruskan rentak cemerlang mereka.

Mulanya saya mengharapkan Lee Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan bagi menyemarakkan semangat rakan-rakan lain. Ini kerana, pasangan beregu campuran kita dah tewas sebelum ni. Namun, juara Olimpik 2008 terlalu kebal.

Lagi satu, saya dapati Lee Chong Wei agak hilang fokus pada beberapa ketika. Mungkin kerana masalah lampu yang agak silau kot. Sebab beliau telah memberi beberapa mata mudah buat lawannya tu. Akhirnya beliau juga yang terpaksa tunduk 16-21 dan 16-21.


aksi lee chong wei di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org



aksi lin dan di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org




Perlawanan seterusnya membabitkan pertemuan antara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang Cai Yun-Fu Haifeng. Aksi yang disajikan oleh kedua-dua pasangan memang mendebarkan. Saling kejar-mengejar walaupun ada masanya setiap pasangan tertinggal agak jauh.

Hanya kemenangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong saja yang membolehkan Malaysia meneruskan cabaran. Tapi dalam masa yang sama, gandingan lawan pun enggan menghampakan penyokong mereka. Namun, gandingan China tu lebih kental dan mengesahkan tempat pasukannya ke akhir dengan kemenangan 19-21, 21-15 dan 23-21.


aksi koo kien keat-tan boon heong di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org



aksi cai yun-fu haifeng di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org




Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Malaysia menentang China semalam. China 3-0 Malaysia.


keputusan penuh malaysia vs china di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - tournamentsoftware.com




Pada perlawanan akhir hari ini, China akan menentang Korea Selatan. Pada satu lagi saingan separuh akhir, Korea Selatan telah menundukkan Indonesia 3-1.


jadual perlawanan akhir piala sudiman 2009

Gambar - tournamentsoftware.com



Walau apa pun yang terjadi, pencapaian layak ke separuh akhir merupakan satu penanda aras baru dalam dunia badminton Malaysia. Ini baru saja permulaan. Banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki. Sebagai contoh, memulakan program pencarian bakat dan pembangunan pasukan wanita yang lebih efisien. Untuk bahagian lelaki, teruskan momentum sedia ada bagi mencari pelapis Lee Chong Wei yang sebenar.

Badminton Piala Sudirman 2009: Malaysia ke Separuh Akhir

15 May 2009 |

Skuad badminton negara berjaya melepasi halangan terakhir peringkat kumpulan di Piala Sudirman 2009 selepas mengalahkan Denmark, 3-2 semalam. Ketiga-tiga mata berharga tu disumbangkan oleh Lee Chong Wei, Koo Kean Heat-Tan Boon Heong dan Wong Mei Choo. Di bawah adalah keputusan penuh Malaysia lawan Denmark;


keputusan Malaysia vs Denmark Piala Sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Dengan kemenangan tersebut, Malaysia telah mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir selaku naib juara kumpulan 1A di belakang Korea Selatan. Lebih manis lagi, ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia layak ke peringkat separuh akhir sejak 20 tahun lepas. Anda boleh rujuk rajah di bawah agar lebih jelas.


kedudukan kumpulan 1A Piala Sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Ini bermakna, skuad negara akan bertemu dengan juara kumpulan 1B iaitu skuad tuan rumah, China. Ia akan dilansungkan pada Sabtu ini, 16 Mei. Untuk makluman anda, skuad China juga merupakan juara bertahan Piala Sudirman ni. Memang satu lagi ujian getir yang bakal kita hadapi. Jadual perlawanan separuh akhir pula adalah seperti di bawah;


jadual separuh akhir Piala Sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Tapi saya yakin dengan peluang Malaysia untuk ke akhir. Tiada sesuatu yang mustahil jika semua pemain benar-benar mahukannya, kan? Malaysia Boleh! =)


Sebelum berpisah, saya selitkan sedikit aksi pemain negara untuk tatapan anda semua. :)


gambar lee chong wei 1

Gambar - UniversalSports.com



gambar wong mei choo

Gambar - UniversalSports.com



gambar koo kien keat-tan boon heong

Gambar - UniversalSports.com



gambar lee chong wei 2

Gambar - NachoFoto.com

Badminton Swiss Open 2009: Lee Chong Wei Tebus Kekecewaan

16 March 2009 |

Kejohanan badminton Swiss Open 2009 yang berlansung di St Jakobshalle, Basel, Switzerland telahpun melabuhkan tirainya semalam. 2 wakil negara, Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menceriakan kem Malaysia dengan memenangi acara perseorangan dan beregu lelaki.

Lebih bermakna lagi, Chong Wei dan pasangan Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong masing-masing menewaskan lawan yang menyekat hajat mereka di All England Open 2009 minggu lepas. Seperti yang anda semua tahu, Lin Dan memusnahkan impian Chong Wei menjuarai All England buat pertama kali. Manakala pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menyekat kemaraan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di peringkat suku akhir.


Sebenarnya saya tak sempat tengok game semalam. Jadi, tak dapatlah nak mengulas lanjut. Tapi, di bawah ni saya bawakan beberapa aksi Lee Chong Wei vs Lin Dan semalam untuk tatapan anda semua.


aksi lin dan




chong wei membalas hantaran lin dan




chong wei pula mengasak lin dan




lin dan membalas asakan chong wei




chong wei mencari ruang kosong




lin dan sedaya upaya membalas




Setelah bertarung selama 52 minit, akhirnya Chong Wei menang buat pertama kali ke atas Lin Dan tahun ini. Beliau menang straight set, 21-16 dan 21-16. Ianya juga merupakan kejuaraan ke-2 beliau di kejohanan badminton Swiss Open selepas mengecapinya pada 2006.


giliran lee chong wei tersenyum di atas podium




Sementara itu, bekas pasangan no.1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kembali menemui sentuhan emas mereka tahun ini. Mereka juga menang straight set, 21-14 dan 21-18 dalam masa 36 minit ke atas Mathias Boe-Carsten Mogensen.


koo-tan bergambar kenangan selepas menang




Akhir kata, tahniah buat 3 jagoan negara dan teruskanlah rentak konsisten anda di persada antarabangsa. Malaysia Boleh!

Sebelum berpisah, saya nak kongsikan kata-kata Ernst Holmes (Basic Ideas of Science of Mind) yang dipetik daripada buku Law of Attraction - Hukum Tarikan;

"Setiap apa yang difikirkan pasti menjadi nyata sesuai dengan kekuatannya. Selemah-lemah kecerdasan pemikiran mampu menggerakkan kuasa hukum itu bagi menghasilkan perkara yang sepadan"


Sumber gambar - SwissOpen.com

World Super Series Master Finals 2008: Malaysia Cemerlang

21 December 2008 |

Kejohanan badminton World Super Series Master Finals 2008 telah melabuhkan tirainya petang tadi. Sejak 18 Disember lalu, Stadium Tertutup Likas di Sabah telah menjadi tumpuan para pemain dan peminat badminton seluruh dunia kerananya. Walaupun tanpa kehadiran bintang China, saya rasa kejohanan ini tetap meriah dan sengit.


Menariknya, ketiga-tiga wakil Malaysia yang beraksi di final menang dengan bergaya. Datuk Lee Chong Wei, beregu Koo Kean Kiat-Tan Boon Heong dan pasangan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty semuanya menang straight set. Serba menjadi nampaknya persembahan pemain Malaysia!


Saya sempat tengok game Lee Chong Wei vs Pete Gade. Masa tu Lee Chong Wei dah mendahului 11-0. Beliau jelas menguasai perlawanan secara keseluruhannya. Juga membuatkan lawannya seolah-olah terpukau serta gagal membalas setiap pukulan. Beliau menang set pertama tu dengan 21-8.


Set kedua plak agak sengit sehinggalah kedudukan terikat 14-14. Tapi lepas tu Chong Wei terus menjarakkan diri ke kedudukan 17-14 sebelum menang set kedua dengan 21-16. Saya agak hairan dengan persembahan Pete Gade. Selalunya beliau seorang yang cepat panas dan takkan berhenti melawan hingga ke mata penamat. Namun persembahan semalam menunjukkan skrip yang nyata berbeza dari kebiasaan.


Apapun, sekalung tahniah buat Lee Chong Wei sebab dah buktikan yang beliau memang berada setahap di atas bintang Denmark yang bakal menggantung raket tu. : )


Salah satu aksi Lee Chong Wei



Lepas habis game tu, bekas beregu no.1 dunia, Koo Kean Kiat-Tan Boon Heong plak turun menentang pasangan Korea. Iaitu Jung Jae Sung-Lee Yong Dae. Kalau atas kertas, kelebihan memang milik anak jati Korea tu. Rekod pertemuan sebelum ni pun berpihak pada mereka.


Namun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong seolah-olah tak kisah dengan semua tu. Mereka bermain dengan cantik dan sering mendahului lawan. Set pertama tu agak mendebarkan skit. Seringkali kedudukan mata mereka terikat. Akhirnya beregu negara menang gak dengan 21-18.


Dalam set kedua, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae pula yang banyak memimpin perlawanan. Tapi pada peringkat awal sajalah. Kalau tak salah, sampai 8-3 kot. Lepas tu, beregu negara dah dapat momentum sikit demi sikit. Hasilnya, set kedua tampak lebih mudah bagi mereka dan menang dengan mata 21-14.


Ini adalah kejuaraan pertama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2008 selepas prestasi yang tak menentu sepanjang tahun. Harap-harap kemenangan ni dapat memulihkan semangat mereka dan kembali menyinar tahun depan. Syabas diucapkan!


Koo Kien Keat membalas pukulan lawan sambil duduk



Fuhh... dah lama tak tengok game yang membabitkan acara wanita nie. Kebetulan, pasangan Malaysia (Wong Pei Tty-Chin Eei Hui) layak ke akhir. Lawan mereka adalah pasangan Indonesia iaitu Vita Marissa-Liliyana Natsir. Apalagi, saya pun sambung la tengok perlawanan terakhir dalam World Super Series Master Finals 2008 nih.


Pasangan negara memang pilihan utama dalam pertandingan kali nie. Dari awal lagi, saya memang berharap mereka menang untuk melengkapkan hari gemilang Malaysia. : )


Set pertama mereka menang dengan 21-15. Rasanya takder banyak masalah kat situ. Tapi set kedua agak berbeza skit. Beregu negara sering ketinggalan sehinggalah 15-19. Kemudian, mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan 19-19 dan 20-20. Agak mendebarkan gak masa nih.


Walaubagaimanapun, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui lekas menamatkan debaran tu apabila menang dengan keputusan 22-20. Tahniah!!


Aksi spontan Si Juara



Akhir sekali, di bawah ni ada keputusan penuh World Super Series Master Finals 2008:


Keputusan penuh kejohanan



Images: www.worldsuperseriesmasters.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...