Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Badminton Swiss Open 2009: Lee Chong Wei Tebus Kekecewaan

16 March 2009 |

Kejohanan badminton Swiss Open 2009 yang berlansung di St Jakobshalle, Basel, Switzerland telahpun melabuhkan tirainya semalam. 2 wakil negara, Lee Chong Wei dan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menceriakan kem Malaysia dengan memenangi acara perseorangan dan beregu lelaki.

Lebih bermakna lagi, Chong Wei dan pasangan Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong masing-masing menewaskan lawan yang menyekat hajat mereka di All England Open 2009 minggu lepas. Seperti yang anda semua tahu, Lin Dan memusnahkan impian Chong Wei menjuarai All England buat pertama kali. Manakala pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menyekat kemaraan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di peringkat suku akhir.


Sebenarnya saya tak sempat tengok game semalam. Jadi, tak dapatlah nak mengulas lanjut. Tapi, di bawah ni saya bawakan beberapa aksi Lee Chong Wei vs Lin Dan semalam untuk tatapan anda semua.


aksi lin dan




chong wei membalas hantaran lin dan




chong wei pula mengasak lin dan




lin dan membalas asakan chong wei




chong wei mencari ruang kosong




lin dan sedaya upaya membalas




Setelah bertarung selama 52 minit, akhirnya Chong Wei menang buat pertama kali ke atas Lin Dan tahun ini. Beliau menang straight set, 21-16 dan 21-16. Ianya juga merupakan kejuaraan ke-2 beliau di kejohanan badminton Swiss Open selepas mengecapinya pada 2006.


giliran lee chong wei tersenyum di atas podium




Sementara itu, bekas pasangan no.1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kembali menemui sentuhan emas mereka tahun ini. Mereka juga menang straight set, 21-14 dan 21-18 dalam masa 36 minit ke atas Mathias Boe-Carsten Mogensen.


koo-tan bergambar kenangan selepas menang




Akhir kata, tahniah buat 3 jagoan negara dan teruskanlah rentak konsisten anda di persada antarabangsa. Malaysia Boleh!

Sebelum berpisah, saya nak kongsikan kata-kata Ernst Holmes (Basic Ideas of Science of Mind) yang dipetik daripada buku Law of Attraction - Hukum Tarikan;

"Setiap apa yang difikirkan pasti menjadi nyata sesuai dengan kekuatannya. Selemah-lemah kecerdasan pemikiran mampu menggerakkan kuasa hukum itu bagi menghasilkan perkara yang sepadan"


Sumber gambar - SwissOpen.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...