Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Majalah IM #12: Padat Dengan Ilmu Pemasaran Affiliate

07 April 2009 |

Sudah lama saya tak sentuh tentang MajalahIM kat sini. Namun, saya tetap mengikuti perkembangannya sejak edisi pertama lagi. Memang tak "miss" tau. Apa pula yang menarik dalam MajalahIM #12 ni? Hah... kalau nak tau, teruskanlah pembacaan anda sampai ke ayat terakhir. :p



Kalau dilihat pada kulit depannya pun, pasti anda dapat agak apakah topik utama pada edisi April 2009 ni. Iaitu affiliate marketing ataupun orang kampung saya sebut pemasaran affiliate.


Ramai otai yang telah menurunkan ilmu pemasaran affiliate mereka di sini. Salah seorang daripadanya - Yusri JomSeminar(gambar). Beliau adalah seorang pakar CPA (Cost per Action). CPA ni salah satu cabang dalam pemasaran affiliate gak. Kalau anda nak mengenali beliau lebih dekat, boleh lawati forum JomBincang.



Tak lupa juga, beliau dan Team JomSeminar pernah mengeluarkan satu produk berkaitan perniagaan internet dalam bentuk dvd iaitu Video Usahawan. [Klik untuk melihat]


Sebelum itu, andainya anda masih belum memahami apa itu pemasaran affiliate dan kurang arif dengan beberapa istilah penting yang selalu digunapakai dalam bidang ini, MajalahIM #12 ada jawapannya. MajalahIM Crew dan Kak G yang sediakan. Nanti, anda boleh rujuk kat m/s 5 dan 10.


Anda nak tau bagaimana pulak pemasaran affiliate ni tetiba boleh muncul? Elok anda skrol ke m/s 14. Sebab Irwan Dahnil dah ceritakan kat situ.


Sekiranya anda dah faham asasnya, barulah beralih ke artikel lain yang lebih advance. Antaranya;


1. 10 Tips Affiliate Marketing oleh Fatin Pauzi (m/s 7)

2. Panduan Ringkas Langkah Demi Langkah Menjadi Super Affiliate oleh Zamri Nanyan (m/s 18)

3. Teknik Mudah Affiliate Marketing oleh SmartZul (m/s 22)

4. Soal Jawab - Bagaimana cara terbaik dan paling mudah cloak link affiliate anda oleh Amirol Zolkifli (m/s 29)


Di samping itu, ada beberapa artikel lain yang turut dimuatkan dalam edisi kali ini. Kalau saya cerita semua, dah tak surprise lak nanti.


Apakata anda download saja MajalahIM keluaran terbaru ni di --- www.MajalahIM.com


Selamat Mendownload!


p.s: Anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan review MajalahIM #12 dan memenangi hadiah yang telah disediakan oleh pihak MajalahIM. Butiran lanjut ada disertakan sekali di SINI.

2 comments:

zGreat said...

nice blog and good info. I enjoyed it really!

Unknown said...

zGreat: Thanks for commenting. I'm happy too if you enjoy with it. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...