Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Dah Download Ebook Pemasaran CPA Ni?

09 April 2009 |

Beberapa hari lepas, saya ada tulis mengenai MajalahIM #12 kan? Fokus utamanya adalah tentang pemasaran affiliate. Kali ini saya nak kongsikan satu lagi ebook percuma dengan anda. Ianya salah satu daripada cabang pemasaran affiliate iaitu CPA (cost per action). Atau lebih sedap lagi disebut pemasaran cpa.






Kalau nak diikutkan, ebook ni saya dapat bulan Mac yang lagi. Memang diberikan secara percuma oleh Gauher Chaudhry. Jika tak silap, ianya dikeluarkan untuk sempena pelancaran produk terbaru beliau (payperclickformula 2.0) pada 31 Mac hari tu.


Oklah, saya bukannya nak cerita pasal produk terbaru beliau tu. Sebaliknya nak mengupas sedikit kandungan yang ada dalam ebook ni. Banyak juga ilmu baru saya dapat. Walaupun saya perasaan yang perbincangannya lebih condong kepada ppc (payperclick).


Tapi, saya lebih suka mencedok ilmu asas berkaitan pemasaran cpa. Antaranya;


1. Cara nak memilih dan mempromosi tawaran cpa yang ada permintaan.

2. Membuat perbandingan untuk setiap tawaran cpa daripada cpa networks yang berlainan. Anda boleh gunakan 2 website yang menyediakan perkhidamatan tersebut(rujuk m/s 15).

3. Ada disenaraikan 18 tempat untuk anda buat kajian katakunci (keyword research tools). Ada yang percuma dan berbayar. Sebagai permulaan, anda gunakan perkhidmatan yang percuma pun dah cukup (rujuk m/s 18).

4. Dark side of CPA Marketing. Ada dibincangkan pasal "shaving leads" seperti yang Yusri beritahu dalam MajalahIM #12 (rujuk m/s 35).

5. Pelbagai kaedah untuk anda mendapatkan trafik atau pengunjung (mulai m/s 39). Sama ada cara berbayar ataupun percuma. Agak panjang perbincangannya kat bab ni.


Setakat inilah dulu yang dapat saya sediakan untuk anda. Untuk mendapatkan lebih maklumat, saya harap anda dapat download ebook pemasaran cpa ni dan bertindak mengaplikasikan ilmu dalam tu.


Anda boleh mula download sekarang di sini [Klik].



Selamat Mendownload!

2 comments:

Samdaddycool said...

Ok.. tgh download.. thanks for sharing... (tak sabo nak apply!)

Unknown said...

@ samdaddycool: sila2. jangan malu2. banyak ilmu yang boleh kita cedok dalam tu. sharing is caring, kan? :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...