Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Ammar Zahar: Seorang Lagi Pakar Pemasaran Affiliate

10 April 2009 |

Tulisan kali ni masih lagi dalam mood pemasaran affiliate. Cuma lebih santai sikit. Janganlah anda "boring" plak nanti. Saya hanya nak bercerita mengenai saudara Ammar Zahar. Kalau anda masih ingat, saya pernah menulis berkaitan beliau dulu di sini. Tapi itu dulu lar, masa beliau masih baru dalam industri perniagaan internet.



Kini, beliau tak seperti dulu. Nama beliau semakin gah terutamanya dalam bidang pemasaran affiliate. Beliau pernah dinobatkan sebagai top affiliate setelah mempromosikan video usahawan dan ebook kuasa lelong.

Terbaru, beliau telah dijemput untuk berkongsi strategi affiliate dalam seminar rahsia clickbank anjuran Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan. Lebih membanggakan lagi, pihak UUM turut mengundang beliau untuk memberikan "talk" berkenaan e-commerce.

Namun, seperkara yang tak berubah tentangnya adalah beliau masih lagi menulis di blog perniagaan internet. :)

Apa yang boleh saya katakan, beliau telah berjaya menempa nama dalam bidang yang diceburi jangkamasa singkat. Satu pencapaian yang membanggakan golongan muda terutamanya pelajar IPTA.


Anda pun bertekad untuk berjaya secepat mungkin seperti yang beliau lakukan? Jom kita tengok secara ringkas perjalanan hidup beliau sehingga mencapai tahap seperti sekarang.


Sebelum Jun 2008:-

Beliau hanyalah seorang manusia biasa, pelajar dalam bidang senibina landskap dan freelance dalam merekabentuk landskap.

Katanya beliau suka menghabiskan masa kat studio jamming, waktu malam dihabiskan dengan bermain futsal dan tak lupa juga sering melepak kat kedai mamak.


Jun 2008:-

Mula berkarya di blog perniagaan internet.


Julai 2008:-

Mengeluarkan ebook percuma pertama beliau iaitu Rahsia Squeeze Page. Tak lupa juga, ada buat satu contest untuk review blog beliau dan ebook rahsia squeeze page.


Ogos 2008:-

Melancarkan produk berbayar pertama beliau iaitu Pakej Grafik V2. Kemudian, dekat pertengahan bulan beliau buat program pay per lead (ppl) untuk ebook percuma Rahsia Usahawan Intenet.

Pada akhir bulan (masa merdeka), beliau ada buat tawaran hebat. Antaranya mula mempromosikan produk berbayar kedua beliau iaitu Rahsia Newbie. Dalam pada masa sama, mula maju setapak dengan menganjurkan personal coaching melalui YM.


September 2008:-

Mula mempromosikan produk video usahawan. Ada menawarkan 2 pilihan bonus.


November 2008:-

Ada menyentuh sedikit pasal ebay dan kedai online kat blog beliau. Selang beberapa hari kemudian, mula melancarkan produk berbayar ke-3 beliau iaitu Affiliate A+.


Januari dan Februari 2009:-

Mula mengadakan seminar perniagaan internet secara LIVE.


Mac dan April 2009:-

Telah dijemput oleh pihak pengurusan seminar rahsia clickbank dan UUM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran beliau.



Begitulah gambaran kasar yang dapat saya berikan untuk anda tentang Ammar Zahar. Tapi untuk mencapai kejayaan seperti sekarang, saya percaya beliau telah berusaha sebaik mungkin, tak mudah putus asa, membuat perancangan secara teratur, bijak menguruskan masa dan sabar menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan yang mendatang.



Next... anda dan saya pun boleh berjaya seperti beliau. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk menggapainya !


Sekian...


p/s: Ammar, kalau ada sebarang kesilapan atau percanggahan maklumat di atas harap dapat maklumkan kat saya. Nanti saya ubah, ok. :)

p/p/s: Imej diambil dari blog perniagaan internet.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...