Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Blog Perniagaan Internet dan Rahsia Squeeze Page

30 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Seperti tajuk di atas, kali ini saya akan membuat sedikit ulasan mengenai Blog Perniagaan Internet. Pada masa yang sama, saya nak "up" sikit dengan berkongsi kandungan e-book percuma Rahsia Squeeze Page hasil nukilan saudara Ammar Zahar. Umumnya, Rahsia Squeeze Page ini antara e-book percuma terbaik yang pernah saya baca pada 2008 ni. Terima kasih Ammar kerana memberikannya secara percuma jer. Hehehe...

Ayuh, kita mulakan dulu dengan pengenalan Blog Perniagaan Internet. Blog ini dimiliki oleh seorang jejaka muda seperti di gambar sebelah kiri anda.

Nama penuh beliau adalah Muhammad Ammar bin Zaharudin. Beliau masih bergelar bujang penuntut dalam bidang Senibina Landskap di UPM.

Okay cukuplah dulu butiran mengenai tuan punya blog!

Sekarang, apa pula info yang boleh anda dapat di Blog Perniagaan Internet ni? Kalau diikutkan pada "tagline"nya, semuanya mengenai perniagaan internet.

Jikalau aku anda masih baru dan mahukan lebih info berkaitan perniagaan internet bolehlah layari Blog Perniagaan Internet ni.

Antara topik yang telah dibincangkan ialah tip melariskan produk, cara meletakkan opt-in di blog, cara mudah tarik trafik, grafik 'marketing' dalam perniagaan internet dan banyak lagi yang bakal dikongsikan. Kalau nak tahu sama ada perniagaan internet ni penipu ke tak, ia pun ada dibincangkan. :p

Sekali lagi saya berikan link eksklusif buat anda di ==>>Blog Perniagaan Internet

Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah berkenaan Rahsia Squeeze Page. Ianya setebal 74 muka surat termasuk iklan. :)

Antara kandungan yang dimuatkan adalah pengenalan squeeze page, langkah mendapatkan hosting, pengenalan autoresponder dan klimaksnya adalah pada bab membina squeeze page. Kemudiannya, ia disempurnakan dengan bab upload squeeze page ke server!

Sesuai dengan tajuknya, saya akan detailkan sikit apa yang ada dalam bab membina squeeze page ni.

Ada dua langkah yang ditunjukkan iaitu dengan menggunakan perisian percuma dan berbayar. Bagi perisian berbayar, beliau menunjukkan cara menggunakan Adobe Dreamweaver CS3. Manakala bagi perisian percuma, beliau memilih NVU sebagai bahan pembelajaran.

Secara keseluruhan, penerangan beliau disertakan dengan gambarajah. Boleh difahami dengan mudah. Tapi jika masih ada sebarang kemusykilan, saya percaya saudara Ammar Zahar sedia membantu anda.

Baiklah, cukuplah sampai di sini dulu. Anda pun dah letih sebab panjang sikit tulisan saya kali ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Sebelum berundur, kepada yang nak mengetahui dan belajar mengenai Rahsia Squeeze Page, sila klik di ==>> sini.

Anda cuma perlu isikan nama dan e-mel untuk mendapatkannya.

Memang anda boleh jimat duit lagi kali ni. :)

Ahaah! Sekian dulu pertemuan kali ini.

Wassalam.

2 comments:

3 vege, 2 fruits said...

waaah smart la blog.....
menariknya blg ni tahniah.....
very intresting comment!!!

Unknown said...

ooh thanks usahawan. ;p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...