Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,
Apa khabar anda di sana? Semoga semuanya berada pada tahap kesihatan yang optimum. Jika tidak, lebih baik berjaga-jaga dari sekarang ni. Saya risau kalau anda semua tidak atau kurang sihat, siapa yang nak baca tulisan saya kat sini plak kan? Dari itu, mulai hari ini jagalah kesihatan anda kerana itulah nikmat yang tak terhingga (infiniti) nilainya.
Apabila diri dan keluarga kita berkeadaan sihat, secara tak langsung kita dapat menjimatkan kos perubatan. Kalau setakat sakit sekali-kala tu biasalah kan. Paling kurang pun terhapus gak dosa-dosa kecil, ye tak?
Walaubagaimanapun, kali ini saya akan menyentuh tip mengurangkan kos perubatan. Ia lebih kepada langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan dan mencegah dari terpaksa mengeluarkan kos perubatan yang melampau.
Antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan adalah:
1. Mudah saja iaitu berusaha mengelakkan diri daripada sakit. Amalkan gaya pemakanan seimbang. Diet secara sihat tau, bukan macam tak ambik nasi berminggu-minggu atau berbulan-bulan tu. :)
2. Peka terhadap berat badan sendiri. Ingatkan juga ahli keluarga yang lain. Kalau terasa badan agak lain macam jer, bertindaklah cepat. Ringan-ringankan diri buat regangan dan senaman secara konsisten.
3. Beli ubat berdasarkan perskripsi yang telah disyorkan oleh doktor. Jangan beli ubat semata-mata kerana jenamanya sahaja.
4. Jika anda seorang perokok, belajarlah untuk berhenti. Banyak keburukannya daripada kebaikan!
5. Anda seorang kaki botol? Insaflah sebelum terlambat.
6. Menderma darah apabila ada kempen menderma darah. Ataupun anda boleh volunteer dengan menderma darah di hospital secara berjadual. Kalau anda rajin menderma darah, sekiranya berlaku sebarang hal yang tak diduga ke atas diri atau keluarga anda, pihak hospital tidak akan teragak-agak untuk membantu.
7. Dari segi perubatan, semua jenis aspirin adalah sama. Jadi, adalah lebih baik anda beli yang berharga murah. Jangan membazir duit dengan beli yang ada jenama. Takder maknanya. :)
Baiklah, cukup setakat ini dulu tip mengurangkan kos perubatan dari saya. Walaupun tampak biasa-biasa jer, harap dapat membantu anda yang tidak tahu mengenainya.
Ahaah! Nanti saya akan sambung lagi tip mengurangkan kos perubatan ni yer. :p
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment