Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Mentor Jutawan Dr. Fadzilah Kamsah

03 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Sempena hari minggu ini, saya nak kongsikan sedikit sedutan e-book Mentor Jutawan. Minggu lepas saya dah cerita tentang Dr. Irfan Khairi. Kali ni, tiba giliran Dr. Fadzilah Kamsah pula. Seperti yang diketahui umum, Dr. Fadzilah Kamsah merupakan antara pioneer dalam bidang Motivasi di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang pakar motivasi yang cukup saya kagumi sejak dari zaman kanak-kanak lagi. :)

Dalam bicarawara bersama Dr. Fadzilah Kamsah ini, antara perkara yang disentuh adalah gemuruh, bila tertekan, rahsia menggandakan ilmu, kunci kekayaan, mengapa 9/10 perniagaan gagal?, perniagaan cemerlang dan kebaikan stress.

Antara kata-kata beliau yang dipetik dari e-book Mentor Jutawan boleh dijadikan pedoman ialah;
Apabila kita membaca dengan niat untuk menyampaikan kepada orang lain, maka Allah akan berikan kepada kita kefahaman yang luar biasa dan ingatan yang luar biasa.

-Dr. Fadzilah Kamsah


Begitu juga dengan yang ini;

Jadi di situ kita kena ingatkan diri kita bahawa jangan kita merendah-rendahkan diri, rendah diri itu satu sifat yang baik. Tapi merendah-rendahkan diri itu menjadi satu kekangan ataupun kelemahan.

-Dr. Fadzilah Kamsah


dan

Saya boleh katakan di sini bahawa yang tidak stress adalah orang yang gila. Orang yang normal seperti kita ini akan mengalami 'stress' ini.

-Dr. Fadzilah Kamsah


Sebenarnya memang banyak lagi input yang boleh dijadikan motivasi dan rujukan telah dikongsikan dalam e-book Mentor Jutawan ni. Kekadang ada di antara kata-kata beliau yang saya baca berulang kali. Mungkin sekali baca, kelihatan macam biasa jer.

Tetapi bila dibaca berulang kali, saya dapat rasakan ada perkara yang perlu diubah untuk berjaya seperti beliau dan juga mentor yang lain. :)

Ada juga satu lagi prinsip yang memang saya tabik dengan beliau. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak menyedarinya. Kalau sedar pun, mungkin agak berat nak melaksanakannya.

Ya, kalau ada pun mungkin hanya sebilangan kecil individu yang ada 'mindset' sebegitu.

Apa dia agaknya?


Opss, saya betul-betul minta maaf. Saya tak dapat nak membongkarkannya di sini bagi memelihara hakcipta e-book Mentor Jutawan ni.

Kalau anda benar nak tahu, boleh download Mentor Jutawan sekarang juga di SINI

Setakat ini saja yang dapat saya coretkan. Nak sambung baca mengenai saudara Azizi Ali pula. Jika tiada aral, saya akan kongsi di sini pada minggu hadapan. :)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...