Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,
Tanpa berlengah lagi, jom kita sambung siri tip mengurangkan kos perubatan. :)
1. Sediakan doktor khas untuk keluarga anda. Biasanya pasti ada seseorang doktor yang sesuai dengan sesebuah ahli keluarga tu.
Dengan melantik doktor khas, ia pastinya dapat menjimatkan sedikit kos perubatan. Lebih-lebih lagi apabila anda dah agak lama mengenali dan melanggan khidmat beliau.
Jika ada kurang arif untuk mencari doktor yang difikirkan sesuai, boleh bertanya dengan jiran, rakan ataupun mereka yang ada masalah penyakit yang lebih kurang sama dengan anda sekeluarga.
2. Sesudah anda memilih doktor khas, selepas ini anda pasti boleh menelefon doktor tersebut datang ke rumah sekiranya ada ahli keluarga yang sakit. Sekurang-kurangnya apabila waktu kecemasan, anda dah tak kelam-kabut sangat.
Di samping itu, ia juga menjimatkan masa dan tenaga anda. :)
3. Minta doktor tersebut menuliskan perskripsi jenama ubat-ubatan yang perlu anda ambil. Kemudian anda boleh mencarinya sendiri di farmasi pada bila perlu.
Kemudian, untuk berjimat anda tanya pada ahli farmasi tu ada tak jenama yang lebih murah untuk jenis ubat yang sama.
4. Tambahkan ilmu dalam bidang perubatan. Terutamanya penyakit yang biasa dihidapi oleh anda sekeluarga.
Banyakkan pembacaan melalui suratkhabar, majalah atau buku-buku yang berkaitan. Ketahui apa punca penyakit, cara mencegah atau mengubatinya.
Mungkin kita boleh dapat tahu cara perubatan yang lebih murah. Contohnya seperti rawatan tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Biasanya kos perubatan seperti ini lebih murah dan mujarab.
5. Buat pemeriksaan fizikal secara konsisten. Jika terasa ada sesuatu yang tak kena dengan tubuh badan anda, lakukan pemeriksaan secepat mungkin.
Jangan biarkan ia dah melarat, baru nak bertindak!
6. Sebelum anda perlu berbuat sesuatu rawatan, berbincanglah dahulu dengan doktor terbabit.
Contohnya, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan kewangan anda sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang pembedahan atau program kesihatan.
Mungkin doktor tu boleh mencadangkan sesuatu kaedah rawatan alternatif yang boleh menjimatkan wang anda. Paling tidak pun, mungkin beliau boleh memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berkaitan untuk membantu anda.
7. Sekiranya anda bekerja makan gaji, ada sesetengah syarikat yang prihatin sanggup menanggung kos perubatan para pekerja mereka.
Contohnya anda dan pasangan serta anak-anak yang masih berusia bawah 18 tahun. Anda boleh memanfaatkan faedah yang diberikan ini. :)
8. Saya nak sentuh pasal cara mudah mengurangkan kos rawatan gigi.
Rasanya semua dah tahu tip ni. Cuma nak imbas semula jer. Tip asas ialah prihatin dengan tahap kebersihan gigi anda. Bukan saja diri anda malah setiap ahli keluarga juga. Terutamanya anak-anak yang masih kecil.
Gosoklah gigi minima 2 kali sehari iaitu bangun pagi atau sebelum tidur. Sebagai tambahan, boleh juga gosok gigi pada waktu selepas makan tengahari. :p
9. Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Setiap 6 bulan sekali. Boleh membuat temujanji di hospital kerajaan untuk kos yang lebih rendah.
Ahaah! Nampaknya ini saja tip mengurangkan kos perubatan yang mampu saya kongsikan. Kita jumpa lagi dengan tip yang lain pula di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
p.s: Sedikit peringatan untuk semua - anda yang berhasrat nak cari duit percuma, sila daftar dan download di SINI.
p.p.s: Promosikan laporan Rahsia Menjadi Pro Affiliate sebelum 13 Ogos 2008 untuk menerima komisen RM0.25 per download. Harap Maklum.
Wassalam.
Tak Nak Rugi I Bukannya Bakhil I Tapi Cermat
Tip Mengurangkan Kos Perubatan
07 August 2008 |
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(*-*) Untuk Anda (*-*)
Arkib
Langganan Melalui E-mel
*** Tip Temuduga Anda ***
Label Jom Jimat
Amalan Berpuasa
Amalan Hari Raya
Amalan Jutawan
Amalan Sunat
Azizi Ali
Bahaya Merokok
Belanja Kahwin
Beli Kereta
Beli Rumah
Berhenti Merokok
Berjimat
Berjimat Cermat
Cara Jimat Minyak
Chef Li
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun
Dr. Fadzilah Kamsah
Dr. Irfan Khairi
Fakta Merokok
Harga Emas
Hari Asyura
HUBUNGI SAYA
Jimat Air
Jimat Duit
Jimat Elektrik
Jimat Masa
Jimat Tenaga
Jom Jimat
Kasut Lelaki
Kasut Wanita
Kenaikan Harga Minyak
Kepentingan Solat Jumaat
Kesan Merokok
Majlis Perkahwinan
Melabur Emas
Mengingati Mati
Mentor Jutawan
Merancang Perbelanjaan Perkahwinan
Merdeka Sales
Pelaburan Emas
Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri
Perkara Sunat Ketika Berpuasa
Persediaan Menghadiri Temuduga
Persediaan Semasa Hari Temuduga
Persiapan Perkahwinan
Surat Permohonan Kerja
Tip Beli Kereta
Tip Jimat Barang Runcit
Tip Jimat Cermat
Tip Jimat Elektrik
Tip Jimat Membeli Pakaian
Tip Jimat Petrol
Tip Memilih Kereta Terpakai
Tip Memilih Saiz Kasut
Tip Memilih Seluar Lelaki
Tip Mengelakkan Kemalangan
Tip Mengurangkan Kos Perubatan
Tip Penjagaan Tayar Kereta
0 comments:
Post a Comment