Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Mentor Jutawan Azizi Ali

09 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Seperti yang telah dijanjikan, saya kembali dengan ulasan ebook Mentor Jutawan. Kali ini tiba giliran saudara Azizi Ali pula. Beliau juga dikenali sebagai Jurulatih Jutawan. Saya pasti nama beliau adalah tidak asing di kalangan rakyat Malaysia ni. Betul tak? Kalau nak tahu, beliau jugalah yang mengendalikan workshop "Millionaire's School".

Namun, jikalau ada yang masih belum mengenalinya, hari ini anda pasti dapat mengetahui serba sedikit tentang seorang insan bernama Azizi Ali. :p

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata kita lihat dulu info yang sempat dikongsikan oleh Azizi Ali dalam e-book Mentor Jutawan.

Antara point-point yang dikupas oleh Dr. Irfan Khairi daripada beliau adalah Azizi & kedai muzik, Parkinson's Law, menjadi extraordinary, lakukan apa yang kita cinta, faktor paling penting dalam perniagaan, menjadi konsisten, afterburner income dan multiple streams of income.

Satu fakta yang menarik dan pastinya menaikkan semangat anda ialah beliau (Azizi Ali) pernah gagal dalam perniagaan. Ya! Seorang Jurulatih Jutawan pun pernah gagal. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa, kan?

Tapi, yang membezakan beliau dengan kita yang lain ni adalah beliau tidak menganggap itu sebagai satu kegagalan. Cuma beliau mengatakan yang ilmunya masih belum mencukupi pada waktu itu.

Kemudian, beliau pun meneruskan usahanya dengan belajar dari pengalaman lampau. Orang kata, pengalaman mendewasakan kita. :) Dalam kes Azizi Ali ni, beliau memang telah berjaya membuktikan pepatah tersebut. :)

Beliau memulakan usahanya dengan menambahkan ilmu di dada. Pada peringkat permulaan, beliau membaca 20 buah buku mengenai sesuatu perniagaan yang ingin diceburi. Kemudian, segala kesilapan lampau diabadikan di atas sekeping kertas dan ianya disimpan hingga ke hari ini.

Tujuannya supaya beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan.

Satu kata-kata beliau yang boleh anda sematkan ialah:

Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya.

-Azizi Ali


Selain itu, satu lagi perkara yang saya rasakan anda semua patut tahu ialah tentang "After Burner Income". Menurut beliau, ia adalah di mana kita buat kerja tu sekali tetapi kita dapat duit daripadanya banyak kali.

Ataupun bahasa mudahnya "pendapatan berulang". Contoh pendapatan berulang ni seperti royalti.

Katakan anda seorang penulis buku. Anda kemudiannya mendapat royalti hasil daripada penjualan buku tersebut. :)

Namun, jikalau anda masih kurang jelas berkenaan istilah "After Burner Income" ini, jawapannya ialah anda memang sah memerlukan satu benda!

Apakah bendanya tu?

E-book Mentor Jutawan. Boleh download sekarang di SINI.
Hint #1: Cari di bahagian bicarawara Azizi Ali.

Ahaah! Sampai di saja yang sempat saya coretkan buat anda semua. Kalau tiada aral, minggu depan saya akan sambung ulasan e-book Mentor Jutawan dengan Chef Li pula. :)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

p.s: Bagi peminat setia buku tulisan Azizi Ali, beliau akan mengadakan "Merdeka Sales" pada 12 hingga 14 Ogos 2008 di MillionairesPlanet.com. Boleh jimat duit sebab ada diskaun sehingga 70%.

1 comments:

Unknown said...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...