Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Pemasaran Affiliate. Show all posts
Showing posts with label Pemasaran Affiliate. Show all posts

58 Ebook Percuma Untuk Anda Download Dan ...

14 April 2009 |

Sengaja saya biarkan tajuk tu tergantung. Apa yang pasti, memang anda boleh download kira-kira 58 ebook percuma. Ataupun anda boleh pilih sebarang tajuk yang disukai. Tiada sebarang paksaan di situ. Terserah kepada keperluan anda sendiri. Manalah tahu kalau-kalau anda pernah membeli atau membacanya sebelum nie, kan?


Ebook yang bakal anda download adalah mengenai perniagaan internet, pemasaran affiliate, ebay, cara mendapatkan pengunjung(trafik), rahsia di sebalik penulisan artikel, memanfaatkan laman web sosial dan banyak lagi. Cuma saya nak maklumkan yang kesemua ebook percuma tersebut dalam "English".



Di sebelah kiri anda ni adalah sebahagian daripadanya. Anda boleh lihatnya sendiri kemudian nanti.

Sebelum itu, saya nak terangkan sikit satu perkara. Untuk mula mendapatkan 58 ebook yang dinyatakan tadi, sila klik di sini sekarang.

Kemudian, anda terus dibawa ke satu halaman seperti Rajah 2 di bawah tu.


Jika dilihat pada halaman tersebut, anda memang dah boleh download terus beberapa ebook. Tak perlu masukkan nama dan alamat e-mel pun. Tapi, anda hanya dapat 23 ebook percuma saja tau.


Rajah 2



Bagi membolehkan anda mendapat kesemuanya iaitu 58 produk, masukkan nama dan e-mel di ruangan yang disediakan. Lepas itu, klik "Download".


Rugi tu kalau tak signup, nanti tak dapat download 35 ebook lain yang lebih baik.


Tunggu e-mel pengesahan daripada Zech Smith. Jangan lupa klik link pengesahan tu, ok. :)

Nanti anda akan dibawakan ke halaman di bawah ni pulak.




Jangan panik, skrol ke bawah sikit dan ...




anda akan jumpa tawaran OTO (one time offer). Jika berminat, anda boleh membelinya. Tapi anda tak diwajibkan membeli. Terus saja klik kat "No thanks ...." untuk meneruskan perjalanan anda.

Satu tetingkap baru akan muncul kat skrin komputer anda seperti di bawah.




Ahha! Inilah ruangan download anda. Lagi satu, bahagian yang tergantung kat "tajuk post" di atas adalah .....

Cuba anda lihat kat bahagian "Unadvertised Bonuses!" tu. Ya, anda boleh buat duit percuma lagi. Ada disertakan program pay per lead (ppl) skali. Bolehlah tambah duit paypal anda lagi. :D

Untuk menyertai ppl ni, anda klik kat anak panah yang ditunjukkan tu. Kemudian anda akan dibawa ke satu tetingkap lain lagi. Sila tengok rajah di bawah, ok.






Klik pada "Signup Now!". Kemudian akan keluar lagi satu paparan untuk anda isikan segala butiran peribadi. Paling penting, email paypal anda. Kalau tak, anda akan kehilangan komisen tersebut. :(


Akhir sekali, pastikan anda tunggu email pengesahan daripada Zech Smith sekali lagi. Mula-mula tadi untuk download produk. Kali kedua ni pula untuk menyertai pay per lead. Sila pastikan anda semak link pengesahan kali kedua ni supaya tak timbul sebarang kesulitan yang tak diingini kelak.


Harap anda jelas dengan penerangan di atas, ok. Sebelum berundur, saya sertakan sekali lagi link download di bawah;





p.s: Kalau ada sebarang pertanyaan, sila ajukan di ruangan komen yer.

Ammar Zahar: Seorang Lagi Pakar Pemasaran Affiliate

10 April 2009 |

Tulisan kali ni masih lagi dalam mood pemasaran affiliate. Cuma lebih santai sikit. Janganlah anda "boring" plak nanti. Saya hanya nak bercerita mengenai saudara Ammar Zahar. Kalau anda masih ingat, saya pernah menulis berkaitan beliau dulu di sini. Tapi itu dulu lar, masa beliau masih baru dalam industri perniagaan internet.



Kini, beliau tak seperti dulu. Nama beliau semakin gah terutamanya dalam bidang pemasaran affiliate. Beliau pernah dinobatkan sebagai top affiliate setelah mempromosikan video usahawan dan ebook kuasa lelong.

Terbaru, beliau telah dijemput untuk berkongsi strategi affiliate dalam seminar rahsia clickbank anjuran Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan. Lebih membanggakan lagi, pihak UUM turut mengundang beliau untuk memberikan "talk" berkenaan e-commerce.

Namun, seperkara yang tak berubah tentangnya adalah beliau masih lagi menulis di blog perniagaan internet. :)

Apa yang boleh saya katakan, beliau telah berjaya menempa nama dalam bidang yang diceburi jangkamasa singkat. Satu pencapaian yang membanggakan golongan muda terutamanya pelajar IPTA.


Anda pun bertekad untuk berjaya secepat mungkin seperti yang beliau lakukan? Jom kita tengok secara ringkas perjalanan hidup beliau sehingga mencapai tahap seperti sekarang.


Sebelum Jun 2008:-

Beliau hanyalah seorang manusia biasa, pelajar dalam bidang senibina landskap dan freelance dalam merekabentuk landskap.

Katanya beliau suka menghabiskan masa kat studio jamming, waktu malam dihabiskan dengan bermain futsal dan tak lupa juga sering melepak kat kedai mamak.


Jun 2008:-

Mula berkarya di blog perniagaan internet.


Julai 2008:-

Mengeluarkan ebook percuma pertama beliau iaitu Rahsia Squeeze Page. Tak lupa juga, ada buat satu contest untuk review blog beliau dan ebook rahsia squeeze page.


Ogos 2008:-

Melancarkan produk berbayar pertama beliau iaitu Pakej Grafik V2. Kemudian, dekat pertengahan bulan beliau buat program pay per lead (ppl) untuk ebook percuma Rahsia Usahawan Intenet.

Pada akhir bulan (masa merdeka), beliau ada buat tawaran hebat. Antaranya mula mempromosikan produk berbayar kedua beliau iaitu Rahsia Newbie. Dalam pada masa sama, mula maju setapak dengan menganjurkan personal coaching melalui YM.


September 2008:-

Mula mempromosikan produk video usahawan. Ada menawarkan 2 pilihan bonus.


November 2008:-

Ada menyentuh sedikit pasal ebay dan kedai online kat blog beliau. Selang beberapa hari kemudian, mula melancarkan produk berbayar ke-3 beliau iaitu Affiliate A+.


Januari dan Februari 2009:-

Mula mengadakan seminar perniagaan internet secara LIVE.


Mac dan April 2009:-

Telah dijemput oleh pihak pengurusan seminar rahsia clickbank dan UUM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran beliau.



Begitulah gambaran kasar yang dapat saya berikan untuk anda tentang Ammar Zahar. Tapi untuk mencapai kejayaan seperti sekarang, saya percaya beliau telah berusaha sebaik mungkin, tak mudah putus asa, membuat perancangan secara teratur, bijak menguruskan masa dan sabar menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan yang mendatang.



Next... anda dan saya pun boleh berjaya seperti beliau. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk menggapainya !


Sekian...


p/s: Ammar, kalau ada sebarang kesilapan atau percanggahan maklumat di atas harap dapat maklumkan kat saya. Nanti saya ubah, ok. :)

p/p/s: Imej diambil dari blog perniagaan internet.

Dah Download Ebook Pemasaran CPA Ni?

09 April 2009 |

Beberapa hari lepas, saya ada tulis mengenai MajalahIM #12 kan? Fokus utamanya adalah tentang pemasaran affiliate. Kali ini saya nak kongsikan satu lagi ebook percuma dengan anda. Ianya salah satu daripada cabang pemasaran affiliate iaitu CPA (cost per action). Atau lebih sedap lagi disebut pemasaran cpa.






Kalau nak diikutkan, ebook ni saya dapat bulan Mac yang lagi. Memang diberikan secara percuma oleh Gauher Chaudhry. Jika tak silap, ianya dikeluarkan untuk sempena pelancaran produk terbaru beliau (payperclickformula 2.0) pada 31 Mac hari tu.


Oklah, saya bukannya nak cerita pasal produk terbaru beliau tu. Sebaliknya nak mengupas sedikit kandungan yang ada dalam ebook ni. Banyak juga ilmu baru saya dapat. Walaupun saya perasaan yang perbincangannya lebih condong kepada ppc (payperclick).


Tapi, saya lebih suka mencedok ilmu asas berkaitan pemasaran cpa. Antaranya;


1. Cara nak memilih dan mempromosi tawaran cpa yang ada permintaan.

2. Membuat perbandingan untuk setiap tawaran cpa daripada cpa networks yang berlainan. Anda boleh gunakan 2 website yang menyediakan perkhidamatan tersebut(rujuk m/s 15).

3. Ada disenaraikan 18 tempat untuk anda buat kajian katakunci (keyword research tools). Ada yang percuma dan berbayar. Sebagai permulaan, anda gunakan perkhidmatan yang percuma pun dah cukup (rujuk m/s 18).

4. Dark side of CPA Marketing. Ada dibincangkan pasal "shaving leads" seperti yang Yusri beritahu dalam MajalahIM #12 (rujuk m/s 35).

5. Pelbagai kaedah untuk anda mendapatkan trafik atau pengunjung (mulai m/s 39). Sama ada cara berbayar ataupun percuma. Agak panjang perbincangannya kat bab ni.


Setakat inilah dulu yang dapat saya sediakan untuk anda. Untuk mendapatkan lebih maklumat, saya harap anda dapat download ebook pemasaran cpa ni dan bertindak mengaplikasikan ilmu dalam tu.


Anda boleh mula download sekarang di sini [Klik].



Selamat Mendownload!

Majalah IM #12: Padat Dengan Ilmu Pemasaran Affiliate

07 April 2009 |

Sudah lama saya tak sentuh tentang MajalahIM kat sini. Namun, saya tetap mengikuti perkembangannya sejak edisi pertama lagi. Memang tak "miss" tau. Apa pula yang menarik dalam MajalahIM #12 ni? Hah... kalau nak tau, teruskanlah pembacaan anda sampai ke ayat terakhir. :p



Kalau dilihat pada kulit depannya pun, pasti anda dapat agak apakah topik utama pada edisi April 2009 ni. Iaitu affiliate marketing ataupun orang kampung saya sebut pemasaran affiliate.


Ramai otai yang telah menurunkan ilmu pemasaran affiliate mereka di sini. Salah seorang daripadanya - Yusri JomSeminar(gambar). Beliau adalah seorang pakar CPA (Cost per Action). CPA ni salah satu cabang dalam pemasaran affiliate gak. Kalau anda nak mengenali beliau lebih dekat, boleh lawati forum JomBincang.



Tak lupa juga, beliau dan Team JomSeminar pernah mengeluarkan satu produk berkaitan perniagaan internet dalam bentuk dvd iaitu Video Usahawan. [Klik untuk melihat]


Sebelum itu, andainya anda masih belum memahami apa itu pemasaran affiliate dan kurang arif dengan beberapa istilah penting yang selalu digunapakai dalam bidang ini, MajalahIM #12 ada jawapannya. MajalahIM Crew dan Kak G yang sediakan. Nanti, anda boleh rujuk kat m/s 5 dan 10.


Anda nak tau bagaimana pulak pemasaran affiliate ni tetiba boleh muncul? Elok anda skrol ke m/s 14. Sebab Irwan Dahnil dah ceritakan kat situ.


Sekiranya anda dah faham asasnya, barulah beralih ke artikel lain yang lebih advance. Antaranya;


1. 10 Tips Affiliate Marketing oleh Fatin Pauzi (m/s 7)

2. Panduan Ringkas Langkah Demi Langkah Menjadi Super Affiliate oleh Zamri Nanyan (m/s 18)

3. Teknik Mudah Affiliate Marketing oleh SmartZul (m/s 22)

4. Soal Jawab - Bagaimana cara terbaik dan paling mudah cloak link affiliate anda oleh Amirol Zolkifli (m/s 29)


Di samping itu, ada beberapa artikel lain yang turut dimuatkan dalam edisi kali ini. Kalau saya cerita semua, dah tak surprise lak nanti.


Apakata anda download saja MajalahIM keluaran terbaru ni di --- www.MajalahIM.com


Selamat Mendownload!


p.s: Anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan review MajalahIM #12 dan memenangi hadiah yang telah disediakan oleh pihak MajalahIM. Butiran lanjut ada disertakan sekali di SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...