Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Badminton All England Open 2009: Hajat Chong Wei Tak Kesampaian

09 March 2009 |

Hajat Lee Chong Wei dan impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan beliau merangkul gelaran perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton All England Open 2009 masih tak kesampaian. Walaupun mempamerkan aksi yang baik semasa babak separuh akhir, Lee Chong Wei gagal mengulanginya semalam. Rasa gugup sejak awal set pertama dan gagal berganjak dari mata ke-12 pada set kedua menjadi penyebab beliau terus kempunan merangkul kejohanan badminton tertua ni.



Pada set pertama pertembungan Lee Chong Wei vs Lin Dan ni agak berat sebelah pada awalnya. Mana taknya, Lin Dan awal-awal lagi dah mengorak langkah meninggalkan Chong Wei dengan kedudukan 8-2.

Chong Wei bagaimanapun terus mengekori rapat lawannya tu sehinggalah hanya ketinggalan 1 mata iaitu 15-16.

Namun, game bertambah syok bila kedudukan terikat 17-17. Kemudian Chong Wei memungut 2 mata berturut-turut untuk mendahului 19-17.

Masa ni Lin Dan pun agak goyang dengan kebangkitan Chong Wei.

Tapi Chong Wei pula gagal menggunakan kelebihan tu. Lin Dan cepat menafikannya dengan terus memungut mata demi mata sehinggalah menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-19.



Suasana set kedua berbeza sikit pada awalnya. Chong Wei yang menyedari beliau mesti menang, memberikan saingan konsisten sehinggalah kedudukan terikat 6-6. Saling bertukar-tukar mata ketika itu.

Tapi, keadaan tu tak lama. Selepas Lin Dan memungut mata ketujuh, beliau terus memimpin perlawanan. Bermula dengan mendahului 7-6, 11-8, 14-18 dan akhirnya terus memastikan gelaran perseorangan badminton All England Open 2009 miliknya. Beliau menang agak mudah iaitu 21-12.


Aksi Lin Dan di pentas akhir All England 2009



Apa yang kita harapkan lepas ini adalah Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya Datuk Hj. Misbun Sidek dapat menganalisis kelemahan dan kekurangan Lin Dan. Lepas tu, barulah atur strategi bagi menumbangkan jaguh China tu. :)


Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W kepada seluruh umat Islam.



Sumber Gambar - AP dan english.sina.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...