Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Badminton All England Open 2009: Chong Wei Jinakkan Taufik Hidayat

08 March 2009 |

Kejohanan Badminton All England Open 2009 bakal sampai ke kemuncaknya hari ini. Sudah pasti yang menjadi tumpuan kita ialah kejayaan Lee Chong Wei layak ke perlawanan akhir. Lagikan pula, ini merupakan kali pertama beliau akan beraksi di pentas akhir. Semalam, beliau berjaya menjinakkan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat dengan straight set, 21-8 dan 21-13. Perlawanan tu memakan masa hampir 33 minit.

Lee Chong Wei bersedia menerima servis Taufik



Set pertama kelihatan agak mudah bagi Lee Chong Wei. Lagipun permainan Taufik Hidayat kurang menyengat dan tidak berapa kemas. Memang jelas Chong Wei mendominasi babak pertama dan cuma memerlukan 14 minit sahaja untuk menang 21-8.


Namun, set kedua skripnya agak berbeza sikit. Persaingan antara keduanya lebih sengit dan saling berkejar-kejar mata. Walaubagaimanapun, Chong Wei sentiasa memimpin perlawanan sehinggalah mata ke-11.


Aksi bersemangat Lee Chong Wei membalas pukulan Taufik



Selepas itu, Taufik mencuri perhatian penonton kejap dengan mendahului buat pertama kali pada kedudukan 12-11. Tapi Chong Wei tak membenarkan situasi itu berterusan apabila menerajui semula perlawanan sehingga kedudukan 15-12.

Akhirnya, Chong Wei tak menoleh ke belakang lagi dan mengesahkan tempat ke akhir dengan kemenangan 21-13. Saya pasti Chong Wei sedar bahawa cara melemahkan semangat Taufik hanyalah dengan menjarakkan kedudukan mata yang agak jauh.


Lee Chong Wei bersalaman dengan Taufik Hidayat



Apakehalnya pun, saya percaya klimaks kejohanan badminton All England Open 2009 ni adalah pertemuan Lee Chong Wei vs Lin Dan. Kepada seluruh peminat sukan badminton, nantikan perlawanan yang dijangka sengit tu malam ini. :)


Sumber gambar:- sports.sina.com.cn

2 comments:

Berita Sport said...

sayang sekali Taufik Hidayat kalah. Lee Chong Wei vs Lin Dan akan seru nanti malam.

Unknown said...

Berita Sport: Kalo boleh biarlah Chong Wei dpt pamerkan prestasi terbaik malam ni. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...