Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Piala Sudirman 2009. Show all posts
Showing posts with label Piala Sudirman 2009. Show all posts

Badminton Piala Sudirman 2009: China Rangkul Gelaran ke-7

17 May 2009 |

Skuad badminton China menepati ramalan apabila menjuarai kejohanan badminton Piala Sudirman 2009 dengan menewaskan Korea Selatan 3-0. Ini merupakan kejuaraan ke-7 mereka sekaligus mengulangi pencapaian 2007. China juga merupakan negara yang paling kerap memenangi kejohanan ini. Ianya diikuti dengan Korea Selatan (3 kali juara) dan Indonesia hanya sekali.


Antara aksi perlawanan akhir tadi seperti berikut;


zheng bo-yu yang di akhir piala 2009

Gambar - www.gzba.org




aksi lin dan di perlawanan akhir piala sudirman 2009

Gambar - www.gzba.org




aksi fu haifeng-cai yun yang di perlawanan akhir piala sudirman 2009

Gambar - www.gzba.org




Manakala keputusan penuh perlawanan akhir Piala Sudirman 2009 seperti tertera di bawah.


keputusan penuh perlawanan akhir piala sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Lebih manis lagi, pemain no. 3 dunia, Lin Dan turut dipilih sebagai pemain lelaki terbaik kejohanan. Beliau hanya melepaskan satu set saje sepanjang kejohanan ini berlangsung. Iaitu ketika bertemu Sony Dwi Kuncoro di peringkat kumpulan. Inilah "pose" pemain lelaki terbaik kejohanan kali ni.


reaksi lin dan ketika menerima pemain lelaki terbaik edisi 2009

Gambar - www.gzba.org

Badminton Piala Sudirman 2009: Selamat Pulang Malaysia

|

Hasrat Malaysia untuk melakar kejutan ke perlawanan akhir badminton Piala Sudirman 2009 di Gimnasium Guangzhao semalam tak kesampaian. Sebaliknya, China yang mempunyai kekuatan seimbang di semua bahagian meneruskan rentak cemerlang mereka.

Mulanya saya mengharapkan Lee Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan bagi menyemarakkan semangat rakan-rakan lain. Ini kerana, pasangan beregu campuran kita dah tewas sebelum ni. Namun, juara Olimpik 2008 terlalu kebal.

Lagi satu, saya dapati Lee Chong Wei agak hilang fokus pada beberapa ketika. Mungkin kerana masalah lampu yang agak silau kot. Sebab beliau telah memberi beberapa mata mudah buat lawannya tu. Akhirnya beliau juga yang terpaksa tunduk 16-21 dan 16-21.


aksi lee chong wei di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org



aksi lin dan di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org




Perlawanan seterusnya membabitkan pertemuan antara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang Cai Yun-Fu Haifeng. Aksi yang disajikan oleh kedua-dua pasangan memang mendebarkan. Saling kejar-mengejar walaupun ada masanya setiap pasangan tertinggal agak jauh.

Hanya kemenangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong saja yang membolehkan Malaysia meneruskan cabaran. Tapi dalam masa yang sama, gandingan lawan pun enggan menghampakan penyokong mereka. Namun, gandingan China tu lebih kental dan mengesahkan tempat pasukannya ke akhir dengan kemenangan 19-21, 21-15 dan 23-21.


aksi koo kien keat-tan boon heong di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org



aksi cai yun-fu haifeng di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org




Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Malaysia menentang China semalam. China 3-0 Malaysia.


keputusan penuh malaysia vs china di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - tournamentsoftware.com




Pada perlawanan akhir hari ini, China akan menentang Korea Selatan. Pada satu lagi saingan separuh akhir, Korea Selatan telah menundukkan Indonesia 3-1.


jadual perlawanan akhir piala sudiman 2009

Gambar - tournamentsoftware.com



Walau apa pun yang terjadi, pencapaian layak ke separuh akhir merupakan satu penanda aras baru dalam dunia badminton Malaysia. Ini baru saja permulaan. Banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki. Sebagai contoh, memulakan program pencarian bakat dan pembangunan pasukan wanita yang lebih efisien. Untuk bahagian lelaki, teruskan momentum sedia ada bagi mencari pelapis Lee Chong Wei yang sebenar.

Badminton Piala Sudirman 2009: Malaysia ke Separuh Akhir

15 May 2009 |

Skuad badminton negara berjaya melepasi halangan terakhir peringkat kumpulan di Piala Sudirman 2009 selepas mengalahkan Denmark, 3-2 semalam. Ketiga-tiga mata berharga tu disumbangkan oleh Lee Chong Wei, Koo Kean Heat-Tan Boon Heong dan Wong Mei Choo. Di bawah adalah keputusan penuh Malaysia lawan Denmark;


keputusan Malaysia vs Denmark Piala Sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Dengan kemenangan tersebut, Malaysia telah mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir selaku naib juara kumpulan 1A di belakang Korea Selatan. Lebih manis lagi, ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia layak ke peringkat separuh akhir sejak 20 tahun lepas. Anda boleh rujuk rajah di bawah agar lebih jelas.


kedudukan kumpulan 1A Piala Sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Ini bermakna, skuad negara akan bertemu dengan juara kumpulan 1B iaitu skuad tuan rumah, China. Ia akan dilansungkan pada Sabtu ini, 16 Mei. Untuk makluman anda, skuad China juga merupakan juara bertahan Piala Sudirman ni. Memang satu lagi ujian getir yang bakal kita hadapi. Jadual perlawanan separuh akhir pula adalah seperti di bawah;


jadual separuh akhir Piala Sudirman 2009

Gambar - TournamentSoftware.com




Tapi saya yakin dengan peluang Malaysia untuk ke akhir. Tiada sesuatu yang mustahil jika semua pemain benar-benar mahukannya, kan? Malaysia Boleh! =)


Sebelum berpisah, saya selitkan sedikit aksi pemain negara untuk tatapan anda semua. :)


gambar lee chong wei 1

Gambar - UniversalSports.com



gambar wong mei choo

Gambar - UniversalSports.com



gambar koo kien keat-tan boon heong

Gambar - UniversalSports.com



gambar lee chong wei 2

Gambar - NachoFoto.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...