Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Badminton Piala Sudirman 2009: Selamat Pulang Malaysia

17 May 2009 |

Hasrat Malaysia untuk melakar kejutan ke perlawanan akhir badminton Piala Sudirman 2009 di Gimnasium Guangzhao semalam tak kesampaian. Sebaliknya, China yang mempunyai kekuatan seimbang di semua bahagian meneruskan rentak cemerlang mereka.

Mulanya saya mengharapkan Lee Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan bagi menyemarakkan semangat rakan-rakan lain. Ini kerana, pasangan beregu campuran kita dah tewas sebelum ni. Namun, juara Olimpik 2008 terlalu kebal.

Lagi satu, saya dapati Lee Chong Wei agak hilang fokus pada beberapa ketika. Mungkin kerana masalah lampu yang agak silau kot. Sebab beliau telah memberi beberapa mata mudah buat lawannya tu. Akhirnya beliau juga yang terpaksa tunduk 16-21 dan 16-21.


aksi lee chong wei di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org



aksi lin dan di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org




Perlawanan seterusnya membabitkan pertemuan antara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang Cai Yun-Fu Haifeng. Aksi yang disajikan oleh kedua-dua pasangan memang mendebarkan. Saling kejar-mengejar walaupun ada masanya setiap pasangan tertinggal agak jauh.

Hanya kemenangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong saja yang membolehkan Malaysia meneruskan cabaran. Tapi dalam masa yang sama, gandingan lawan pun enggan menghampakan penyokong mereka. Namun, gandingan China tu lebih kental dan mengesahkan tempat pasukannya ke akhir dengan kemenangan 19-21, 21-15 dan 23-21.


aksi koo kien keat-tan boon heong di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org



aksi cai yun-fu haifeng di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - gzba.org




Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Malaysia menentang China semalam. China 3-0 Malaysia.


keputusan penuh malaysia vs china di separuh akhir piala sudiman 2009

Gambar - tournamentsoftware.com




Pada perlawanan akhir hari ini, China akan menentang Korea Selatan. Pada satu lagi saingan separuh akhir, Korea Selatan telah menundukkan Indonesia 3-1.


jadual perlawanan akhir piala sudiman 2009

Gambar - tournamentsoftware.com



Walau apa pun yang terjadi, pencapaian layak ke separuh akhir merupakan satu penanda aras baru dalam dunia badminton Malaysia. Ini baru saja permulaan. Banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki. Sebagai contoh, memulakan program pencarian bakat dan pembangunan pasukan wanita yang lebih efisien. Untuk bahagian lelaki, teruskan momentum sedia ada bagi mencari pelapis Lee Chong Wei yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...