Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Juara Baru!

29 December 2010 |

Sah! Malaysia juara baru Piala AFF Suzuki 2010. Kemenangan secara agregat 4-2 ke atas Indonesia membuktikan tanpa beberapa tonggak utama, pemain sedia ada berjaya membuktikan mereka BOLEH!



Keputusan penuh final Piala AFF Suzuki 2010




Selain merangkul kejuaraan sulung, penyerang Harimau Malaya, Mohd Safee Sali turut muncul sebagai penjaring terbanyak edisi kali ini. Beliau menyumbat 5 gol sekaligus menjadi pemain pertama negara menerima anugerah tersebut.


Skuad Harimau Malaya meraikan kejayaan mereka



Penjaring terbanyak ~ Mohd Safee Sali




Sebelum berundur, ada baiknya saya kongsikan video perlawanan akhir pertama dan kedua Piala AFF Suzuki 2010 buat tontonan anda.


Perlawanan Akhir 1 Malaysia vs Indonesia




Perlawanan Akhir 2 Indonesia vs Malaysia




P.S: Sempena kejayaan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan Jumaat, 31 Disember 2010 sebagai cuti umum.

Piala AFF Suzuki 2010: Bekalan Selesa Malaysia

26 December 2010 |

Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 tadi telah dimenangi oleh Malaysia. Dua jaringan Safee Sali (min 61 dan 73) dan satu oleh Mohd Ashaari Shamsuddin (min 68) melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Ia sekaligus memberikan sedikit keselesaan buat skuad negara apabila bertandang ke ke Jakarta, Rabu ini.


Keputusan perlawanan akhir 1



Walaubagaimanapun, kedudukan separuh masa pertama kedudukan terikat 0-0. Kemudian, di awal babak kedua (min 53) pengadil terpaksa menghentikan perlawanan seketika akibat gangguan terhadap pemain Indonesia. Namun, permainan dapat diteruskan kira-kira 8 minit selepas itu.


Kini, skuad bolasepak Malaysia hanya perlu terus fokus terhadap perlawanan kedua pada 29 Disember 2010. Dalam bolasepak, macam-macam boleh berlaku. Ada baki 90 minit sebelum anak buah K. Rajagobal ditabalkan sebagai juara baru Piala AFF Suzuki ni. Diharap jurulatih negara juga dapat mencongak strategi yang sesuai agar kemenagan mutlak milik kita.





Kalau nak diikutkan, pencapaian terbaik Malaysia adalah pada 1996. Ketika di bawah kendalian jurulatih Wan Jamak Wan Hasan. Meraih gelaran naib juara setelah kalah tipis 0-1 kepada Thailand.


Ayuh skuad Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia! Kembalikan kegemilangan bolasepak negara, peminat dah lama menantikan saat ini. =)

World Super Series Master Finals 2008: Malaysia Cemerlang

21 December 2008 |

Kejohanan badminton World Super Series Master Finals 2008 telah melabuhkan tirainya petang tadi. Sejak 18 Disember lalu, Stadium Tertutup Likas di Sabah telah menjadi tumpuan para pemain dan peminat badminton seluruh dunia kerananya. Walaupun tanpa kehadiran bintang China, saya rasa kejohanan ini tetap meriah dan sengit.


Menariknya, ketiga-tiga wakil Malaysia yang beraksi di final menang dengan bergaya. Datuk Lee Chong Wei, beregu Koo Kean Kiat-Tan Boon Heong dan pasangan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty semuanya menang straight set. Serba menjadi nampaknya persembahan pemain Malaysia!


Saya sempat tengok game Lee Chong Wei vs Pete Gade. Masa tu Lee Chong Wei dah mendahului 11-0. Beliau jelas menguasai perlawanan secara keseluruhannya. Juga membuatkan lawannya seolah-olah terpukau serta gagal membalas setiap pukulan. Beliau menang set pertama tu dengan 21-8.


Set kedua plak agak sengit sehinggalah kedudukan terikat 14-14. Tapi lepas tu Chong Wei terus menjarakkan diri ke kedudukan 17-14 sebelum menang set kedua dengan 21-16. Saya agak hairan dengan persembahan Pete Gade. Selalunya beliau seorang yang cepat panas dan takkan berhenti melawan hingga ke mata penamat. Namun persembahan semalam menunjukkan skrip yang nyata berbeza dari kebiasaan.


Apapun, sekalung tahniah buat Lee Chong Wei sebab dah buktikan yang beliau memang berada setahap di atas bintang Denmark yang bakal menggantung raket tu. : )


Salah satu aksi Lee Chong Wei



Lepas habis game tu, bekas beregu no.1 dunia, Koo Kean Kiat-Tan Boon Heong plak turun menentang pasangan Korea. Iaitu Jung Jae Sung-Lee Yong Dae. Kalau atas kertas, kelebihan memang milik anak jati Korea tu. Rekod pertemuan sebelum ni pun berpihak pada mereka.


Namun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong seolah-olah tak kisah dengan semua tu. Mereka bermain dengan cantik dan sering mendahului lawan. Set pertama tu agak mendebarkan skit. Seringkali kedudukan mata mereka terikat. Akhirnya beregu negara menang gak dengan 21-18.


Dalam set kedua, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae pula yang banyak memimpin perlawanan. Tapi pada peringkat awal sajalah. Kalau tak salah, sampai 8-3 kot. Lepas tu, beregu negara dah dapat momentum sikit demi sikit. Hasilnya, set kedua tampak lebih mudah bagi mereka dan menang dengan mata 21-14.


Ini adalah kejuaraan pertama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2008 selepas prestasi yang tak menentu sepanjang tahun. Harap-harap kemenangan ni dapat memulihkan semangat mereka dan kembali menyinar tahun depan. Syabas diucapkan!


Koo Kien Keat membalas pukulan lawan sambil duduk



Fuhh... dah lama tak tengok game yang membabitkan acara wanita nie. Kebetulan, pasangan Malaysia (Wong Pei Tty-Chin Eei Hui) layak ke akhir. Lawan mereka adalah pasangan Indonesia iaitu Vita Marissa-Liliyana Natsir. Apalagi, saya pun sambung la tengok perlawanan terakhir dalam World Super Series Master Finals 2008 nih.


Pasangan negara memang pilihan utama dalam pertandingan kali nie. Dari awal lagi, saya memang berharap mereka menang untuk melengkapkan hari gemilang Malaysia. : )


Set pertama mereka menang dengan 21-15. Rasanya takder banyak masalah kat situ. Tapi set kedua agak berbeza skit. Beregu negara sering ketinggalan sehinggalah 15-19. Kemudian, mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan 19-19 dan 20-20. Agak mendebarkan gak masa nih.


Walaubagaimanapun, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui lekas menamatkan debaran tu apabila menang dengan keputusan 22-20. Tahniah!!


Aksi spontan Si Juara



Akhir sekali, di bawah ni ada keputusan penuh World Super Series Master Finals 2008:


Keputusan penuh kejohanan



Images: www.worldsuperseriesmasters.com

Piala Thomas 2008 Milik China

19 May 2008 |

Salam Jimat dan Selamat Sejahtera,

Demam Piala Thomas dan Piala Uber 2008 telah pun berakhir semalam. Kedua-duanya menjadi milik pasukan China. Kejuaraan berganda itu telah menambahkan satu lagi bukti kejaguhan mereka dalam arena badminton dunia. Kebetulan, China bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Jadi, kemenangan tersebut pastinya menambahkan lagi keyakinan mereka untuk menghadapi temasya empat tahun sekali itu.

Pada perlawanan akhir Piala Thomas 2008 semalam, China bertemu dengan Korea Selatan.

Perlawanan pertama menemukan Lin Dan dan Park Sung Hwan. Lin Dan agak goyah pada set pertama dan tewas mudah 10-21. Namun, Lin Dan bangkit pada set kedua dan ketiga untuk menang dengan 21-18, 21-8 dalam masa 70 minit.
Setelah berakhirnya perlawanan pertama tersebut, China mendahului 1-0.

(Gambar dipetik dari utusan.com.my dan reuters)

Kemudian, beregu pilihan kedua dan ketiga dunia pula turun membuat perhitungan. Cai Yun/Fu Hai Feng menentang Jung Jae Sung/Lee Yong Dae.
Beregu utama Korea memastikan kedudukan kembali seimbang kepada 1-1 apabila menang 25-23, 21-16 ke atas pasangan utama China dalam masa 45 minit.

Seterusnya, Bao Chunlai dan Lee Hyun Ill turun menggalas tanggungjawab selaku perseorangan kedua. Set pertama memang agak sengit dan hampir ditamatkan sehingga mata maksimum iaitu 30.

Namun, pada mata terikat 26-26 Lee Hyun Ill agak sedikit goyah dan akhirnya membenarkan Bao Chunlai menang 28-26.
Set kedua Lee Hyun Ill agak kurang bertenaga dan menyerah mudah 11-21 kepada Bao Chunlai.

Bao Chunlai menang dalam masa 46 minit untuk China mendahului 2-1.

Perlawanan akhir Piala Thomas 2008 tamat lebih awal apabila beregu kedua China, Guo Zhendong/Xie Yongbo menang ke atas Lee Jae Jin/Hwang Ji Man dengan "rubber set" 21-12, 19-21 dan 21-12 dalam masa 64 minit.
Apa yang saya perhatikan, beregu kedua China ini bermain pantas dan seolah-olah ingin menamatkan perlawanan lebih awal.
Ya, mereka menang mudah pada set pertama tetapi permainan berlanjutan sehingga ke "rubber set".

Melalui pemerhatian sejak bertahun-tahun lamanya, saya dapati jika sepasang beregu bermain pantas (agak tergesa-gesa) seolah-olah ingin menamatkan perlawanan lebih awal, perlawanan tersebut selalunya berakhir dengan "rubber set".

Tapi, apa yang lebih penting ialah mereka berjaya membantu China merangkul Piala Thomas buat kali ketiga berturut-turut dan kali ketujuh secara keseluruhannya.

Keputusan akhir = China 3-1 Korea Selatan


Tahniah diucapkan buat China dan jumpa lagi pada Piala Thomas 2010 di Malaysia.

Ahaah! Sampai bertemu lagi di lain waktu.

p.s: Harapan Malaysia merangkul emas dalam acara badminton pada Sukan Olimpik 2008 cerah jika Lee Chong Wei boleh mengekalkan prestasi mantapnya ketika bertemu Lin Dan dan sepanjang kempen Piala Thomas 2008.

p.p.s: Semoga skuad Piala Thomas 2010 Malaysia mampu mengulangi sejarah yang dicipta oleh skuad Piala Thomas 1992 yang diketuai oleh Rashid Sidek.

p.p.p.s: Skuad Piala Uber 2008 China menewaskan Indonesia 3-0.



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Duit Percuma di Malaysia - Laporan JV Give Away & Kumpul Prospek

17 May 2008 |

Salam Jimat dan Selamat Sejahtera,

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini saya akan mengulas lanjut mengenai Laporan JV Give Away & Kumpul Prospek. Laporan ini ditulis oleh saudara Mawardee yang memang berpengalaman dalam bidang JV Give Away ni :)) Beliau pernah menduduki ranking ke-17 daripada 2200 IM seluruh dunia dalam salah satu program JV Give Away yang beliau sertai. Setahu saya, belum ada lagi IM Malaysia yang mengeluarkan ebook tentang JV Giveaway & Kumpul Prospek ni...terutamanya dalam Bahasa Malaysia.

Baiklah, di dalam laporan percuma setebal 87 muka surat ini anda bakal mengetahui:


[1] Pemahaman asas tentang JV Give Away

[2] Bagaimana anda boleh menyertai JV Give Away, dengan penerangan langkah demi langkah & bergambar.

[3] 4 Teknik Untuk Menjana Kewangan Lumayan Melalui JV Give Away ini.

[4] 2 Punca utama anda boleh memaksimumkan jumlah subscribers anda, yang perlu anda maksimumkan!

[5] Bagaimana anda boleh mendapatkan keuntungan jangka pendek, jangka panjang & trafik dengan cara yang semudah A-B-C!

[6] 4 Senjata Utama Mudah sebagai persediaan sebelum anda menyertai acara JV Give Away ini.

[7] Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh ramai pihak dalam menyertai acara JV Give Away ini.

Sumber petikan dari http://www.pemasaranemail.com/laporan/


Apa yang menarik di sini, laporan ini diberikan secara percuma :p Sebagai bonus, anda juga berpeluang mendapat duit percuma dengan menyebarkannya.

Ya betul, anda akan diberikan RM0.25 untuk setiap laporan yang disebarkan kepada kenalan atau mereka yang berada di dalam "mailing list" anda.

Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan laporan percuma dan duit percuma?

Jika ya, sila ikuti langkah seperti di bawah:

1. Klik banner di bawah ni


2. Anda akan dibawa ke web pemasaran email.

3. Isikan nama dan alamat e-mel anda yang betul dan sah.

4. Tunggu e-mel bertajuk - Please confirm your subscription to "laporanjvgiveaway" dan klik link pengesahan yang diberikan.

5. Anda akan menerima e-mel bertajuk - Ini Dia Laporan Khas 'Panas', Nama Anda! dan boleh terus download melalui link yang diberikan.

6. Mulakan promosi anda secara berhemah untuk mendapatkan duit percuma.;p

p.s: Ingat, jangan terlalu ghairah mempromosi sehingga melakukan SPAM!

p.p.s: Tawaran ini berakhir pada 30 Jun 2008 (lebih awal sekiranya sasaran 6000-8000 subscriber telah tercapai)

p.p.p.s: Bayaran minimum sebanyak RM10 akan dibayar kepada anda selewat-lewatnya pada 15 Julai 2008. Jadi pastikan anda dapat mempromosikan sekurang-kurangnya kepada 40 orang kenalan untuk melayakkan anda menerima bayaran.

p.p.p.p.s: Bayaran dibuat via Maybank dan CIMB. Jika anda memilih selain dari itu, bayaran RM2 akan ditolak dari jumlah komisen anda.

Ahaah! Selamat mendownload laporan percuma dan saya doakan anda juga mampu mendapatkan duit percuma yang ditawarkan. Good Luck!

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Piala Thomas 2008 : China Sekat Hajat Malaysia

16 May 2008 |

Salam Jimat dan Selamat Sejahtera,

Hari ini saya "off topic" tentang "jimat" kerana ingin mengulas sikit mengenai kempen Piala Thomas 2008. :p
Harapan Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas 2008 tidak kesampaian. Ini berikutan kekalahan 2-3 kepada China sebentar tadi. Walaubagaimanapun, sasaran awal skuad negara untuk mara ke separuh akhir telah berjaya dipenuhi.

Apapun, pujian harus diberikan kepada Lee Chong Wei dan gandingan Zakry Abd. Latif dan Fairuzizuan Tazari kerana telah menyuntik semangat yang seterusnya menyumbangkan dua mata untuk kem Malaysia.

Skuad Piala Thomas 2008 Malaysia memulakan saingan separuh akhir dengan langkah kanan. Pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei mempamerkan permainan mantap yang menghiburkan serta membuatkan Lin Dan sering mati akal.

Lee Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia menang "straight set" iaitu 21-12 dan 21-14 dalam masa 36 minit ke atas Lin Dan. Kedua-dua pemain ini sering mempamerkan pukulan yang cantik di samping skil yang menarik. Aksi mereka memang menghiburkan penonton. :))

Ini membolehkan Malaysia mendahului 1-0 dan sorakan oleh penyokong Malaysia terus bergema di Istora Gelora Bung Karno, Kompleks Sukan Senayan.

Untuk perlawanan kedua pula, gandingan Koo Kean Keat/Tan Boon Heong turun menentang Cai Yun/Fu Haifeng. Namun, bekas beregu emas negara ini tumpas "straight set" iaitu 16-21 dan 17-21 dalam masa 39 minit.

Keputusan ini membolehkan China menyeimbangkan kedudukan kepada 1-1.

Saya agak sedikit kecewa dengan persembahan yang dipamerkan oleh beregu utama negara. Ini kerana, mereka banyak melakukan kesilapan yang memberikan mata mudah kepada pihak lawan.

Lagipun, kekuatan skuad Malaysia memang terletak pada huruf Ta bahagian beregu. Jika salah satu pasangan beregu kita tewas, bermakna harapan ke perlawanan akhir amat tipis.

Perlawanan ketiga pula membabitkan pertemuan ketua pasukan Malaysia iaitu Wong Choon Hann dan Bao Chunlai. Terdapat satu persamaan di antara kedua-duanya iaitu bermain menggunakan tangan kidal. Seperti diduga, Wong Choon Hann akur dengan "straight set" iaitu 18-21 dan 7-21 dalam masa 38 minit.

Namun, semangat melawan yang dipamerkan oleh Choon Hann pada set pertama memang patut dipuji. Mungkin faktor usia menjadi salah satu sebab Choon Hann gagal menyaingi Chun Lai yang memiliki senjata kekuatan pergelangan tangan (wrist) pada set kedua.

Kedudukan semasa ketika ini ialah Malaysia ketinggalan 1-2 kepada China.

Kemudian, beregu kedua negara iaitu Zakry Abd. Latif/Fairuzizuan Tazari turun menentang Xie Zhengbo/Guo Zhengdong. Pasangan kedua Malaysia ini telah menghidupkan semula harapan negara untuk ke akhir setelah menundukkan pasangan lawan dengan "straight set" iaitu 21-17 dan 21-15 dalam masa 44 minit.

Kini kedudukan kedua-dua pasukan kembali terikat kepada 2-2.

Mata penentuan kemenangan untuk kedua-dua pasukan terletak pada bahu Hafiz Hashim dan Chen Jin. Pada peringkat awal, perlawanan agak seimbang. Namun, ketika memasuki fasa pertengahan untuk kedua-dua set, Hafiz Hashim mula kehilangan rentak di mana pukulannya sering terkandas di jaring.

Akhirnya Hafiz Hashim gagal merealisasikan dua misi penting iaitu:

1. Menamatkan siri kekalahannya terhadap Chen Jin

DAN

2. Membantu Malaysia layak ke akhir seterusnya menamatkan kemarau 16 tahun untuk merangkul Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada 1992 di Kuala Lumpur.

Hafiz Hashim tewas 12-21 dan 16-21 dalam masa 42 minit.

Keputusan tersebut membolehkan China layak ke akhir selepas pertama kali menewaskan Malaysia pada peringkat separuh akhir.

Sebelum ini, Malaysia dan China pernah bertemu pada peringkat separuh akhir sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1992, 1994 dan 2002. Kesemua perlawanan tersebut berpihak kepada Malaysia.

Ohh yea! Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan tuan rumah, Indonesia dan Korea Selatan. Ketika saya sedang menulis, Indonesia ketinggalan 0-1 setelah Sony Dwi Kuncoro tewas "rubber set" kepada perseorangan utama Korea Selatan.

Ahaah! Sampai bertemu lagi dan jumpa lagi di jom jimat.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

p.s: Minggu ni saya akan "off topic" mengenai tip jimat. Saya akan kongsikan beberapa perkara lain. Harap anda tak keberatan dan tunggu yea:))

p.p.s: Pada post seterusnya, saya akan ulas mengenai perkara di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...