Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Separuh Akhir. Show all posts
Showing posts with label Separuh Akhir. Show all posts

Ramires, Torres Pastikan Chelsea ke Akhir

25 April 2012 |

Memula, terpaksa bermain dengan 10 orang. Ini semua gara-gara tindakan kurang bijak John Terry yang mengakibatnya dibuang padang seawal minit ke-37. Kemudian, ketinggalan 0-2 pula selepas Busquets dan Iniesta menggegar jaring Chelsea.


Gerakan Gol Pertama Barcelona oleh Busquets


Gerakan Gol Kedua Barcelona oleh Iniesta


Keadaan Chelsea memang sukar ketika itu. Kekuatan mental dan fizikal setiap pemain memang ditagih. Masa ni, barulah saya faham betapa pentingnya disiplin tinggi dan semangat berpasukan. Setiap pemain mesti kawal emosi sebaik mungkin. Kalau tidak, seluruh pasukan akan terima akibatnya.

Namun, saat peminat Chelsea bersorak hadir sebaik Ramires berjaya memperdayakan Victor Valdes sebelum rehat. Kita masih berpeluang. Ayuh, teruskan perjuangan! Mungkin itulah antara kata-kata semangat yang ditujukan kepada para pemain.


Gerakan Gol Pertama Chelsea oleh Ramires


Tamat separuh masa. Chelsea ketinggalan 1 - 2 kepada Barcelona. Tapi aggregat masih terikat 2 - 2.


Keputusan Separuh Akhir Liga Juara Eropah 2011/12 Barcelona vs Chelsea


Masuk separuh masa kedua, Chelsea kembali tertekan. Barcelona pula ewah 3x makin rancak mengatur serangan. Chelsea seperti biasa, mahu atau tidak sentiasa berkubu di kawasan sendiri. Chelsea makin tertekan apabila Barcelona dihadiahkan sepakan penalti. Drogba dipersalahkan sebab menjatuhkan Cesc Fabregas dalam kotak penalti.


Tendangan Penalti Lionel Messi Terkena Palang

Walaubagaimanapun, tiang menjadi penyelamat. Lionel Messi gagal menyempurnakannya. Lepas itu, tiang turut menjadi penghalang kepada beberapa percubaan Messi dan rakan-rakan. Aikk... macam perlawanan pertama. Tiang menafikan percubaan bertali arus Barcelona.

Ehem... ehem... Tidak lupa juga, kecekapan Petr Cech patut dipuji.


Menjelang minit-minit terakhir masa tambahan, tetiba Fernando Torres mendapat peluang keemasan. Kali ini, Torres tidak mensia-siakannya. Memperdayakan Victor Valdes dan memastikan Chelsea mencatatkan keputusan seri di Nou Camp.


Gol Kedua Chelsea oleh Torres


Walaupun seri, jangan lupa. Chelsea ada bekalan 1 gol yang dijaringkan Didier Drogba semasa di Stamford Bridge. :)

Jadi, Chelsea akan menunggu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/12. Sama ada Bayern Munich ataupun Real Madrid.

Piala Thomas 2008 : China Sekat Hajat Malaysia

16 May 2008 |

Salam Jimat dan Selamat Sejahtera,

Hari ini saya "off topic" tentang "jimat" kerana ingin mengulas sikit mengenai kempen Piala Thomas 2008. :p
Harapan Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas 2008 tidak kesampaian. Ini berikutan kekalahan 2-3 kepada China sebentar tadi. Walaubagaimanapun, sasaran awal skuad negara untuk mara ke separuh akhir telah berjaya dipenuhi.

Apapun, pujian harus diberikan kepada Lee Chong Wei dan gandingan Zakry Abd. Latif dan Fairuzizuan Tazari kerana telah menyuntik semangat yang seterusnya menyumbangkan dua mata untuk kem Malaysia.

Skuad Piala Thomas 2008 Malaysia memulakan saingan separuh akhir dengan langkah kanan. Pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei mempamerkan permainan mantap yang menghiburkan serta membuatkan Lin Dan sering mati akal.

Lee Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia menang "straight set" iaitu 21-12 dan 21-14 dalam masa 36 minit ke atas Lin Dan. Kedua-dua pemain ini sering mempamerkan pukulan yang cantik di samping skil yang menarik. Aksi mereka memang menghiburkan penonton. :))

Ini membolehkan Malaysia mendahului 1-0 dan sorakan oleh penyokong Malaysia terus bergema di Istora Gelora Bung Karno, Kompleks Sukan Senayan.

Untuk perlawanan kedua pula, gandingan Koo Kean Keat/Tan Boon Heong turun menentang Cai Yun/Fu Haifeng. Namun, bekas beregu emas negara ini tumpas "straight set" iaitu 16-21 dan 17-21 dalam masa 39 minit.

Keputusan ini membolehkan China menyeimbangkan kedudukan kepada 1-1.

Saya agak sedikit kecewa dengan persembahan yang dipamerkan oleh beregu utama negara. Ini kerana, mereka banyak melakukan kesilapan yang memberikan mata mudah kepada pihak lawan.

Lagipun, kekuatan skuad Malaysia memang terletak pada huruf Ta bahagian beregu. Jika salah satu pasangan beregu kita tewas, bermakna harapan ke perlawanan akhir amat tipis.

Perlawanan ketiga pula membabitkan pertemuan ketua pasukan Malaysia iaitu Wong Choon Hann dan Bao Chunlai. Terdapat satu persamaan di antara kedua-duanya iaitu bermain menggunakan tangan kidal. Seperti diduga, Wong Choon Hann akur dengan "straight set" iaitu 18-21 dan 7-21 dalam masa 38 minit.

Namun, semangat melawan yang dipamerkan oleh Choon Hann pada set pertama memang patut dipuji. Mungkin faktor usia menjadi salah satu sebab Choon Hann gagal menyaingi Chun Lai yang memiliki senjata kekuatan pergelangan tangan (wrist) pada set kedua.

Kedudukan semasa ketika ini ialah Malaysia ketinggalan 1-2 kepada China.

Kemudian, beregu kedua negara iaitu Zakry Abd. Latif/Fairuzizuan Tazari turun menentang Xie Zhengbo/Guo Zhengdong. Pasangan kedua Malaysia ini telah menghidupkan semula harapan negara untuk ke akhir setelah menundukkan pasangan lawan dengan "straight set" iaitu 21-17 dan 21-15 dalam masa 44 minit.

Kini kedudukan kedua-dua pasukan kembali terikat kepada 2-2.

Mata penentuan kemenangan untuk kedua-dua pasukan terletak pada bahu Hafiz Hashim dan Chen Jin. Pada peringkat awal, perlawanan agak seimbang. Namun, ketika memasuki fasa pertengahan untuk kedua-dua set, Hafiz Hashim mula kehilangan rentak di mana pukulannya sering terkandas di jaring.

Akhirnya Hafiz Hashim gagal merealisasikan dua misi penting iaitu:

1. Menamatkan siri kekalahannya terhadap Chen Jin

DAN

2. Membantu Malaysia layak ke akhir seterusnya menamatkan kemarau 16 tahun untuk merangkul Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada 1992 di Kuala Lumpur.

Hafiz Hashim tewas 12-21 dan 16-21 dalam masa 42 minit.

Keputusan tersebut membolehkan China layak ke akhir selepas pertama kali menewaskan Malaysia pada peringkat separuh akhir.

Sebelum ini, Malaysia dan China pernah bertemu pada peringkat separuh akhir sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1992, 1994 dan 2002. Kesemua perlawanan tersebut berpihak kepada Malaysia.

Ohh yea! Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan tuan rumah, Indonesia dan Korea Selatan. Ketika saya sedang menulis, Indonesia ketinggalan 0-1 setelah Sony Dwi Kuncoro tewas "rubber set" kepada perseorangan utama Korea Selatan.

Ahaah! Sampai bertemu lagi dan jumpa lagi di jom jimat.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

p.s: Minggu ni saya akan "off topic" mengenai tip jimat. Saya akan kongsikan beberapa perkara lain. Harap anda tak keberatan dan tunggu yea:))

p.p.s: Pada post seterusnya, saya akan ulas mengenai perkara di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...