Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Ramires, Torres Pastikan Chelsea ke Akhir

25 April 2012 |

Memula, terpaksa bermain dengan 10 orang. Ini semua gara-gara tindakan kurang bijak John Terry yang mengakibatnya dibuang padang seawal minit ke-37. Kemudian, ketinggalan 0-2 pula selepas Busquets dan Iniesta menggegar jaring Chelsea.


Gerakan Gol Pertama Barcelona oleh Busquets


Gerakan Gol Kedua Barcelona oleh Iniesta


Keadaan Chelsea memang sukar ketika itu. Kekuatan mental dan fizikal setiap pemain memang ditagih. Masa ni, barulah saya faham betapa pentingnya disiplin tinggi dan semangat berpasukan. Setiap pemain mesti kawal emosi sebaik mungkin. Kalau tidak, seluruh pasukan akan terima akibatnya.

Namun, saat peminat Chelsea bersorak hadir sebaik Ramires berjaya memperdayakan Victor Valdes sebelum rehat. Kita masih berpeluang. Ayuh, teruskan perjuangan! Mungkin itulah antara kata-kata semangat yang ditujukan kepada para pemain.


Gerakan Gol Pertama Chelsea oleh Ramires


Tamat separuh masa. Chelsea ketinggalan 1 - 2 kepada Barcelona. Tapi aggregat masih terikat 2 - 2.


Keputusan Separuh Akhir Liga Juara Eropah 2011/12 Barcelona vs Chelsea


Masuk separuh masa kedua, Chelsea kembali tertekan. Barcelona pula ewah 3x makin rancak mengatur serangan. Chelsea seperti biasa, mahu atau tidak sentiasa berkubu di kawasan sendiri. Chelsea makin tertekan apabila Barcelona dihadiahkan sepakan penalti. Drogba dipersalahkan sebab menjatuhkan Cesc Fabregas dalam kotak penalti.


Tendangan Penalti Lionel Messi Terkena Palang

Walaubagaimanapun, tiang menjadi penyelamat. Lionel Messi gagal menyempurnakannya. Lepas itu, tiang turut menjadi penghalang kepada beberapa percubaan Messi dan rakan-rakan. Aikk... macam perlawanan pertama. Tiang menafikan percubaan bertali arus Barcelona.

Ehem... ehem... Tidak lupa juga, kecekapan Petr Cech patut dipuji.


Menjelang minit-minit terakhir masa tambahan, tetiba Fernando Torres mendapat peluang keemasan. Kali ini, Torres tidak mensia-siakannya. Memperdayakan Victor Valdes dan memastikan Chelsea mencatatkan keputusan seri di Nou Camp.


Gol Kedua Chelsea oleh Torres


Walaupun seri, jangan lupa. Chelsea ada bekalan 1 gol yang dijaringkan Didier Drogba semasa di Stamford Bridge. :)

Jadi, Chelsea akan menunggu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/12. Sama ada Bayern Munich ataupun Real Madrid.

4 comments:

Unknown said...

Chelsea jumpa Bayern di perlawanan akhir pd 19 Mei depan. :)

Unknown said...

jap jap, lampard dulu main utk chelsea kan?. chii suka chelsea. sbbnya? xde sebab yg specifik

Unknown said...

@ chii: Ya, Lampard mmg main utk Chelsea. Dah lama gak. :)

p.s: Sama gak. Sy pun peminat Chelsea.

Unknown said...

Chelsea akhirnya menjuarai Liga Juara-juara Eropah buat pertama kali.

Kalahkan Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...