Tamat separuh masa. Chelsea ketinggalan 1 - 2 kepada Barcelona. Tapi aggregat masih terikat 2 - 2.
Tak Nak Rugi I Bukannya Bakhil I Tapi Cermat
Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Barcelona, Chelsea, Liga Juara-Juara Eropah, Separuh Akhir
25 April 2012 |
Posted by
Unknown
Memula, terpaksa bermain dengan 10 orang. Ini semua gara-gara tindakan kurang bijak John Terry yang mengakibatnya dibuang padang seawal minit ke-37. Kemudian, ketinggalan 0-2 pula selepas Busquets dan Iniesta menggegar jaring Chelsea.
Gerakan Gol Pertama Barcelona oleh Busquets
Gerakan Gol Kedua Barcelona oleh Iniesta
Keadaan Chelsea memang sukar ketika itu. Kekuatan mental dan fizikal setiap pemain memang ditagih. Masa ni, barulah saya faham betapa pentingnya disiplin tinggi dan semangat berpasukan. Setiap pemain mesti kawal emosi sebaik mungkin. Kalau tidak, seluruh pasukan akan terima akibatnya.
Namun, saat peminat Chelsea bersorak hadir sebaik Ramires berjaya memperdayakan Victor Valdes sebelum rehat. Kita masih berpeluang. Ayuh, teruskan perjuangan! Mungkin itulah antara kata-kata semangat yang ditujukan kepada para pemain.
Gerakan Gol Pertama Chelsea oleh Ramires
Keputusan Separuh Akhir Liga Juara Eropah 2011/12 Barcelona vs Chelsea
Masuk separuh masa kedua, Chelsea kembali tertekan. Barcelona pula ewah 3x makin rancak mengatur serangan. Chelsea seperti biasa, mahu atau tidak sentiasa berkubu di kawasan sendiri. Chelsea makin tertekan apabila Barcelona dihadiahkan sepakan penalti. Drogba dipersalahkan sebab menjatuhkan Cesc Fabregas dalam kotak penalti.
Tendangan Penalti Lionel Messi Terkena Palang
Walaubagaimanapun, tiang menjadi penyelamat. Lionel Messi gagal menyempurnakannya. Lepas itu, tiang turut menjadi penghalang kepada beberapa percubaan Messi dan rakan-rakan. Aikk... macam perlawanan pertama. Tiang menafikan percubaan bertali arus Barcelona.
Ehem... ehem... Tidak lupa juga, kecekapan Petr Cech patut dipuji.
Menjelang minit-minit terakhir masa tambahan, tetiba Fernando Torres mendapat peluang keemasan. Kali ini, Torres tidak mensia-siakannya. Memperdayakan Victor Valdes dan memastikan Chelsea mencatatkan keputusan seri di Nou Camp.
Gol Kedua Chelsea oleh Torres
Walaupun seri, jangan lupa. Chelsea ada bekalan 1 gol yang dijaringkan Didier Drogba semasa di Stamford Bridge. :)
Jadi, Chelsea akan menunggu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/12. Sama ada Bayern Munich ataupun Real Madrid.
Chelsea, Liga Juara-Juara Eropah
19 March 2011 |
Posted by
Unknown
Saingan Liga Juara-Juara Eropah kini dah pun menghampiri saingan suku akhir. Undian telah dilakukan beberapa jam lepas waktu Malaysia. Nampaknya pertembungan 2 gergasi Inggeris bakal anda saksikan pada peringkat ini. Iaitu Chelsea dan Manchester United.
Saingan suku akhir pertama dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 April depan.
Manakala perlawanan timbal balik pula bakal berlangsung pada 12 dan 13 April 2011.
Sekian.....
Argentina, Chelsea, Liga Perdana Inggeris
26 September 2010 |
Posted by
Unknown
Bintang Manchester City dari Argentina, Carlos Tevez sekali lagi mengecewakan penyokong Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL) 2010/11 semalam. Jaringannya pada minit ke 59 sudah cukup untuk mencalarkan rekod 100% kemenangan Chelsea dalam liga.
Tak salah saya, ini adalah jaringan ke-5 Carlos Tevez ke atas Chelsea sejak musim lepas.
Walaubagaimanapun, kekalahan Chelsea tidak menggugat kedudukan mereka di tangga teratas carta liga setakat ini. Jika Manchester Untited menang ke atas Bolton hari ini pun, ia cuma akan memintas kedudukan Arsenal saja.
Arsenal turut menerima nasib yang sama dengan Chelsea. Di mana mereka dikejutkan oleh West Brom dengan jaringan 2-3 di tempat sendiri.
Berikut adalah keputusan lain perlawanan semalam dan jadual untuk perlawanan hari ini;
Chelsea, Liga Juara-Juara Eropah
16 September 2010 |
Posted by
Unknown
Khusus buat anda yang meminati bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara Eropah 2010/11 telah bermula sejak semalam. Pagi tadi pun ada perlawanan melibatkan pasukan dari kumpulan E, F, G dan H.
Sebagai peminat The Blues, perlawanan yang dinantikan tentulah di antara Chelsea dan MSK Zilina. Namun, saya hanya berkesempatan melihat sebahagian saja perlawanan awal pagi tadi. Di mana Chelsea menang 4-1.
Pada separuh masa pertama, Chelsea bermula dengan penuh yakin dan mendahului 3-0 menerusi Michael Essien (minit 13) dan Nicolas Anelka (minit 24 dan 28).
Anelka, Essien & Malouda - Getty Image
Selang 3 minit pada separuh masa kedua, Chelsea terus memberikan tekanan kepada MSK Zilina hasil jaringan Daniel Sturridge. Namun, gol itu tak mematahkan semangat pemain Zilina.
Mereka terus menyerang dan berjaya melakukan beberapa percubaan menarik. Hasilnya, pada minit ke 55 mereka memperolehi gol saguhati apabila berjaya membolosi gawang Chelsea.
Dalam perlawanan lain, berikut adalah keputusannya;
Manakala kedudukan setiap pasukan mengikut kumpulan adalah;
Chelsea, Didier Drogba, FA Cup, Petr Cech, Piala FA Inggeris
16 May 2010 |
Posted by
Unknown
Penyokong setia Chelsea
Juara Liga Perdana Inggeris (BPL) 2010, Chelsea mencatat sejarah baru kelab itu apabila merangkul kejuaraan berganda musim ini. Ianya berlaku setelah mereka menewaskan Portsmouth, 1-0 dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris (FA Cup) malam tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Didier Drogba pada minit ke-59 menerusi sepakan percuma. Manakala Petr Cech juga turut dijulang sebagai wira selepas menyelamatkan sepakan penalti Kevin-Prince Boateng pada separuh masa kedua.
Sebenarnya, saya tak berkesempatan melihat perlawanan malam tadi secara langsung. Jadi, tak dapat nak ulas lebih lanjut. Namun, saya kongsikan saja gambar yang dipetik dari laman web TheFA.com sebagai ganti ya.
Gol kemenangan oleh Didier Drogba
Drogba meraikan gol hasil dari sepakan percumanya
Puas... Gol ini pasti merupakan kenangan manis dalam karier Drogba
Cekap... Aksi Petr Cech menyelamatkan penalti
Sumber imej: www.thefa.com
Chelsea, Cincinnati Masters, Liga Perdana Inggeris, Roger Federer
24 August 2009 |
Posted by
Unknown
Chelsea meneruskan rentak kemenangan mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris (BPL) semalam selepas menewaskan Fulham, 2-0. Gol-gol Chelsea dihasilkan menerusi hantaran satu dua Anelka dan Drogba.
Bermula daripada gerakan Lampard, Anelka kemudiannya melorongkan bola kepada Drogba. Drogba bijak melepasi perangkap offsaid dan menewaskan Mark Schwarzer untuk gol pendahuluan Chelsea pada minit ke 39. Kedudukan tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Manakala pada minit ke 76, Drogba pula bijak menghidu peluang. Lorongannya kepada Anelka berjaya disudahkan oleh pemain Perancis itu apabila menggunakan kepantasannya memperdayakan penjaga gol Fulham. Keputusan itu kekal hingga ke wisel penamat.
Berikut adalah keputusan penuh untuk perlawanan yang berlansung semalam;
Sedikit perkembangan tenis iaitu Cincinnati Masters untuk anda. Pilihan pertama kejohanan itu, Roger Federer berjaya merangkul gelaran pertamanya sejak bergelar ayah bulan lepas. Isterinya, Mirka baru saje melahirkan anak kembar perempuan tu. Federer menewaskan pemain Serbia yang juga pilihan keempat, Novak Djokovic 6-1, 7-5 pagi tadi.
Pada set pertama, Djokovic ternyata bermain di bawah kemampuan sebenar. Nampak seperti serba tak menjadi. Sehinggakan beliau membenarkan Federer mendahuli 5-0 sebelum tewas 1-6. Huh, bila dapat "pecah telur" tu, Djokovic seolah-olah lega bebenor.
Set kedua pula lebih seimbang. Kali ini Djokovic pula yang mendahului sehingga kedudukan 3-0. Namun, Fedex mula menemui rentaknya dan akhirnya menang 7-5. Kemenangan itu merupakan gelaran Masters ke-16 buat Federer. Hanya satu gelaran saja ketinggalan di belakang Andre Agassi. Sila rujuk carta di bawah ni.
Adakah dengan kemenangan ini merupakan petanda yang Roger Federer mampu mempertahankan gelaran Terbuka AS buat kali keenam berturut-turut? Sama-samalah kita tunggu nanti. :)
**Semua screenshot telah diambil dan diedit daripada laman sports.espn.go.com
Chelsea, English FA Community Shield, Manchester United
09 August 2009 |
Posted by
Unknown
Chelsea memulakan pra-musim 2009/10 dengan langkah kanan setelah menewaskan juara bertahan, Manchester United dalam perlawanan merebut English FA Community Shield di Stadium Wembley sebentar tadi. Perlawanan berkesudahan 2-2 selepas masa sebenar berakhir. Ini menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Walaubagaimanapun, Chelsea bermula agak perlahan dan permainan lebih banyak didominasi oleh pihak lawan. Kesilapan Petr Cech akhirnya membolehkan Nani menjaringkan gol pendahuluan buat Man. United seawal minit ke 10. Keputusan 1-0 itu kekal hingga ke akhir babak pertama.
Chelsea pula hanya berjaya mengikat kedudukan 1-1, 7 minit selepas babak kedua berdua. Jaringan itu dihasilkan menerusi Ricardo Carvalho. Selepas goal itu, perlawanan kembali rancak.
Dalam pada itu, selepas berlakunya insiden kecil di antara Michael Ballack dan Patrick Evra yang kemudiannya terjatuh, Chelsea meneruskan serangan ke arah kubu United. Tiga pemain Chelsea berdepan dengan dua pertahanan United. Drogba melorongkan bola ke arah Lampard dan akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-70.
Selepas mendahului 2-1, Chelsea terus menekan United. Namun United tetap bertahan dan sekali-sekala turut membalas serangan. Pada saat-saat akhir perlawanan, kealpaan pemain Chelsea cepat dihukum United. Ryan Giggs bijak mencari Rooney yang akhirnya menewaskan Petr Cech untuk menyamakan kedudukan 2-2. Ahh...sodah.
Gol itu nyata melegakan Man. United kerana berjaya mengheret Chelsea ke penentuan sepakan penalti.
Bila perlawanan ditentukan melalui penalti, saya agak MU mempunyai kelebihan untuk menang. Sebab kalau tak silap, rekod penalti Chelsea ni kurang baik.
Tapi tekaan saya kali ni silap. Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menyelamatkan sepakan Giggs dan Evra. Manakala Lampard, Ballack, Drogba dan Kalou berjaya menyempurnakan tugas mereka untuk Chelsea.
Keputusan akhir, Chelsea menewaskan Manchester United menerusi penalti 4-1 setelah terikat 2-2. Berikut adalah screenshot yang saya ambil daripada Wikipedia.org sebagai rujukan anda.

Chelsea, Chelsea vs Malaysia, Malaysia XI, Siri Jelajah Asia
30 July 2008 |
Posted by
Unknown
Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,
Sempena Chelsea vs Malaysia semalam, hari ini saya nak kongsikan sedikit berita mengenainya. Sebenarnya, saya merupakan salah seorang peminat Chelsea. Namun, sebagai rakyat Malaysia, Malaysia XI memang tetap di hati. Hehehe...
Sebenarnya, Chelsea berkunjung ke Malaysia sempena melengkapkan Siri Jelajah Asia mereka sebelum bertolak ke Moscow.
Bagi yang belum mengetahui keputusan perlawanan semalam, Chelsea telah menewaskan Malaysia XI menerusi jaringan Nicholas Anelka (min. 26) dan Ashley Cole (min. 53).
Keputusan penuh perlawanan: Malaysia XI 0-2 Chelsea
Secara keseluruhannya, ramai yang mengatakan pasukan Malaysia XI mempamerkan persembahan yang boleh dipuji. Tapi rasanya mungkin Chelsea yang tak bermain pada tahap sebenar kot?
Namun, apa yang lebih penting ialah pemain kita dapat menimba pengalaman dan belajar sesuatu daripada perlawanan semalam. Lepas tu, kongsikanlah pula dengan pemain lain kat pasukan negeri atau kelab!
Ahaah! Itu saja berita mengenai perlawanan semalam. Sampai berjumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
(*-*) Untuk Anda (*-*)
Arkib
Langganan Melalui E-mel
*** Tip Temuduga Anda ***
Label Jom Jimat
Amalan Berpuasa
Amalan Hari Raya
Amalan Jutawan
Amalan Sunat
Azizi Ali
Bahaya Merokok
Belanja Kahwin
Beli Kereta
Beli Rumah
Berhenti Merokok
Berjimat
Berjimat Cermat
Cara Jimat Minyak
Chef Li
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun
Dr. Fadzilah Kamsah
Dr. Irfan Khairi
Fakta Merokok
HUBUNGI SAYA
Harga Emas
Hari Asyura
Jimat Air
Jimat Duit
Jimat Elektrik
Jimat Masa
Jimat Tenaga
Jom Jimat
Kasut Lelaki
Kasut Wanita
Kenaikan Harga Minyak
Kepentingan Solat Jumaat
Kesan Merokok
Majlis Perkahwinan
Melabur Emas
Mengingati Mati
Mentor Jutawan
Merancang Perbelanjaan Perkahwinan
Merdeka Sales
Pelaburan Emas
Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri
Perkara Sunat Ketika Berpuasa
Persediaan Menghadiri Temuduga
Persediaan Semasa Hari Temuduga
Persiapan Perkahwinan
Surat Permohonan Kerja
Tip Beli Kereta
Tip Jimat Barang Runcit
Tip Jimat Cermat
Tip Jimat Elektrik
Tip Jimat Membeli Pakaian
Tip Jimat Petrol
Tip Memilih Kereta Terpakai
Tip Memilih Saiz Kasut
Tip Memilih Seluar Lelaki
Tip Mengelakkan Kemalangan
Tip Mengurangkan Kos Perubatan
Tip Penjagaan Tayar Kereta

















