Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

FA Community Shield 2009/10 Milik Chelsea

09 August 2009 |

Chelsea memulakan pra-musim 2009/10 dengan langkah kanan setelah menewaskan juara bertahan, Manchester United dalam perlawanan merebut English FA Community Shield di Stadium Wembley sebentar tadi. Perlawanan berkesudahan 2-2 selepas masa sebenar berakhir. Ini menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.


logo Chelsea FC




Walaubagaimanapun, Chelsea bermula agak perlahan dan permainan lebih banyak didominasi oleh pihak lawan. Kesilapan Petr Cech akhirnya membolehkan Nani menjaringkan gol pendahuluan buat Man. United seawal minit ke 10. Keputusan 1-0 itu kekal hingga ke akhir babak pertama.

Chelsea pula hanya berjaya mengikat kedudukan 1-1, 7 minit selepas babak kedua berdua. Jaringan itu dihasilkan menerusi Ricardo Carvalho. Selepas goal itu, perlawanan kembali rancak.

Dalam pada itu, selepas berlakunya insiden kecil di antara Michael Ballack dan Patrick Evra yang kemudiannya terjatuh, Chelsea meneruskan serangan ke arah kubu United. Tiga pemain Chelsea berdepan dengan dua pertahanan United. Drogba melorongkan bola ke arah Lampard dan akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-70.

Selepas mendahului 2-1, Chelsea terus menekan United. Namun United tetap bertahan dan sekali-sekala turut membalas serangan. Pada saat-saat akhir perlawanan, kealpaan pemain Chelsea cepat dihukum United. Ryan Giggs bijak mencari Rooney yang akhirnya menewaskan Petr Cech untuk menyamakan kedudukan 2-2. Ahh...sodah.

Gol itu nyata melegakan Man. United kerana berjaya mengheret Chelsea ke penentuan sepakan penalti.


Bila perlawanan ditentukan melalui penalti, saya agak MU mempunyai kelebihan untuk menang. Sebab kalau tak silap, rekod penalti Chelsea ni kurang baik.


Tapi tekaan saya kali ni silap. Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menyelamatkan sepakan Giggs dan Evra. Manakala Lampard, Ballack, Drogba dan Kalou berjaya menyempurnakan tugas mereka untuk Chelsea.

Keputusan akhir, Chelsea menewaskan Manchester United menerusi penalti 4-1 setelah terikat 2-2. Berikut adalah screenshot yang saya ambil daripada Wikipedia.org sebagai rujukan anda.


Keputusan

2 comments:

Zool Blogger said...

Tahniah kpd Chelsea..
MU pun main best gak

Unknown said...

Zool Blogger - Betul tu Zool. Player MU, Fabio tu bagus gak. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...