Syukur ke hadrat Ilahi kerana anda (yang beragama Islam) dan saya dapat menemui lagi kehadiran bulan Ramadhan 1430 yang mulia ini. Selamat Menjalani Ibadah Puasa diucapkan. Pada kesempatan ini, saya cuma ingin berkongsikan 3 kategori ibadah puasa. Jadi, apakata kita lihat di mana agaknya kategori puasa kita setakat ini. :)
Kategori 1: Puasa Umum
Puasa umum ini adalah puasa yang dilakukan sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwat.
Puasa umum ni merupakan peringkat puasa yang paling bawah sekali. Boleh diibaratkan macam kanak-kanak yang baru nak belajar puasa, gitu.
Kategori 2: Puasa Khusus
Puasa khusus pula lebih spesifik sikit. Selain menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwat; anda juga turut mengawal anggota zahir (pancaindera) seperti mata, lidah, telinga, tangan, kaki dan anggota kemaluan daripada melakukan maksiat.
Contoh - anda berusaha mengelakkan diri daripada mengumpat walaupun sekadar mendengarnya saja.
Kategori 3: Puasa Khususul Khusus
Puasa khususul khusus ni merupakan puasa tahap tertinggi sekali. Selain menahan diri dan memelihara anggota zahir (termasuk dalam kategori puasa umum dan khusus), anda turut memelihara hati.
Maksudnya anda memelihara hati daripada berfikir hal ehwal keduniaan dan menjauhi sifat riak, ujub, takabbur, hasad dan seumpamanya.
Begitulah secara ringkasnya 3 kategori atau tingkatan puasa sebagai panduan. Mudah-mudahan anda dan saya sekurang-kurangnya dapat mencapai tahap puasa khusus. Mungkin pada awalnya agak sukar, tapi jika kita berlatih untuk memperbaikinya, InsyaAllah ia boleh dicapai. Amin.
Selamat Berpuasa!
2 comments:
ya..
saya rsa saya dalam kategori ke-2..
Bukan senang nak buat..
tapi usaha n tawakal pasti berjaya kalau diizinkan..
(^_^)
Betul tu sah90. Selamat Berpuasa yer. :)
Post a Comment