Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Roger Federer. Show all posts
Showing posts with label Roger Federer. Show all posts

Chelsea Menang, Federer Juarai Cincinnati Masters

24 August 2009 |

Chelsea meneruskan rentak kemenangan mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris (BPL) semalam selepas menewaskan Fulham, 2-0. Gol-gol Chelsea dihasilkan menerusi hantaran satu dua Anelka dan Drogba.




Bermula daripada gerakan Lampard, Anelka kemudiannya melorongkan bola kepada Drogba. Drogba bijak melepasi perangkap offsaid dan menewaskan Mark Schwarzer untuk gol pendahuluan Chelsea pada minit ke 39. Kedudukan tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Manakala pada minit ke 76, Drogba pula bijak menghidu peluang. Lorongannya kepada Anelka berjaya disudahkan oleh pemain Perancis itu apabila menggunakan kepantasannya memperdayakan penjaga gol Fulham. Keputusan itu kekal hingga ke wisel penamat.


Berikut adalah keputusan penuh untuk perlawanan yang berlansung semalam;





Sedikit perkembangan tenis iaitu Cincinnati Masters untuk anda. Pilihan pertama kejohanan itu, Roger Federer berjaya merangkul gelaran pertamanya sejak bergelar ayah bulan lepas. Isterinya, Mirka baru saje melahirkan anak kembar perempuan tu. Federer menewaskan pemain Serbia yang juga pilihan keempat, Novak Djokovic 6-1, 7-5 pagi tadi.




Pada set pertama, Djokovic ternyata bermain di bawah kemampuan sebenar. Nampak seperti serba tak menjadi. Sehinggakan beliau membenarkan Federer mendahuli 5-0 sebelum tewas 1-6. Huh, bila dapat "pecah telur" tu, Djokovic seolah-olah lega bebenor.

Set kedua pula lebih seimbang. Kali ini Djokovic pula yang mendahului sehingga kedudukan 3-0. Namun, Fedex mula menemui rentaknya dan akhirnya menang 7-5. Kemenangan itu merupakan gelaran Masters ke-16 buat Federer. Hanya satu gelaran saja ketinggalan di belakang Andre Agassi. Sila rujuk carta di bawah ni.




Adakah dengan kemenangan ini merupakan petanda yang Roger Federer mampu mempertahankan gelaran Terbuka AS buat kali keenam berturut-turut? Sama-samalah kita tunggu nanti. :)



**Semua screenshot telah diambil dan diedit daripada laman sports.espn.go.com

Tenis Wimbledon 2009: Kebangkitan Roddick Tersekat

06 July 2009 |

Permainan menakjubkan yang dipamerkan oleh Andy Roddick di sepanjang kejohanan Tenis Wimbledon 2009 sampai ke penghujungnya semalam. Pilihan ke-6 itu akur dengan bekas juara Wimbledon 5 kali sebelum ini iaitu Roger Federer dengan 7-5, 7-6(8-6), 7-6(7-5), 6-3 dan 16-14 dalam masa 4 jam 16 minit. Pertemuan ini juga adalah pertemuan ke-21 di antara keduanya. Di mana Federer menang 19 kali dan bakinya milik Roddick.

Dengan keputusan tersebut, ia sekaligus menobatkan Roger Federer sebagai pemegang rekod Grand Slam yang baru dengan 15 kejuaraan. Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga naib juara tahun lepas, kini kembali ke kedudukan no.1 dunia.


Secara keseluruhannya, perlawanan akhir semalam cukup sengit dan mendebarkan. Roddick turun dalam misi membalas dendam kekalahannya pada lawan yang sama pada saingan akhir Wimbledon 2004 dan 2005. Federer pula cuba mendapatkan kembali piala yang terlepas ke tangan Rafael Nadal tahun lepas di samping memburu rekod Grand Slam ke-15.

Hasilnya, banyak perubahan ketara yang ditunjukkan Roddick. Permainannya semakin meningkat ditambah pula dengan servis padu yang menjadi-jadi. Federer langsung tiada formula untuk menanganinya sehinggalah di set penentuan. Semangatnya yang sentiasa membara juga dapat dirasakan penonton.

Federer pula seperti biasa. Beliau sentiasa tenang dalam kebanyakan situasi. Saya rasa itulah kunci kejayaannya. Walaupun beberapa ketika pukulannya sering tak menjadi, beliau berjaya juga melakukan 50 servis "ace" sepanjang perlawanan.


Berikut adalah beberapa imej yang saya ambil dari laman AP Images mengenai perlawanan akhir tenis Wimbledon 2009 untuk tatapan anda. Terutamanya kepada yang tak berkesempatan menyaksikan perlawanan epik itu semalam.


































Sekiranya Roger Federer merangkul kejuaraan Wimbledon ini sekali lagi tahun depan, beliau bakal menyamai pencapaian Pete Sampras (USA) dan W.C. Renshaw (Bri). Iaitu pemain lelaki yang menjuarai acara perseorangan Wimbledon paling banyak iaitu 7 kali.

Tenis Terbuka Perancis: Federer Tawan Roland Garros

08 June 2009 |

Roger Federer akhirnya berjaya menjuarai tenis Terbuka Perancis setelah menundukkan "Giant Killer" pada kejohanan kali ini iaitu Robin Soderling semalam. Federer menang 6-1, 7-6(7-1) dan 6-4. Kemenangan itu juga membolehkannya meraih gelaran grand slam ke-14 sepanjang karier serta menyamai rekod Pete Sampras.

Gelaran grand slam yang pernah diraih oleh Federer selain Terbuka Perancis adalah Terbuka Wimbledon (5 kali), Terbuka AS (5 kali) dan Terbuka Australia (3 kali). Anda boleh imbas kembali melalui foto berikut.

himpunan 14 gelaran grand slam roger federer

Gambar - Sports.Webshots.com




Perlawanan semalam merupakan percubaan ke-4 Roger Federer dalam final Terbuka Perancis. Tiga percubaan sebelum ini semuanya digagalkan oleh King of Clay iaitu Rafael Nadal.


Berikut adalah sebahagian aksi dalam perlawanan akhir tenis Terbuka Perancis 2009 yang berlangsung selama 1 jam 55 minit. Ia dipetik dari laman SportingLife.com untuk tatapan anda. :)


aksi roger federer di roland garros



aksi roger federer di roland garros 2



aksi roger federer di roland garros 3



aksi robin soderling di roland garros



insiden penonton ketika set ke-2



insiden gangguan penonton



roger federer mengucup trofi Coupe des Mousquetaires menandakan kemenangan sulung di roland garros

Tenis Madrid Open 2009: Federer Kejutkan Nadal

19 May 2009 |

Sedikit perkembangan tenis Madrid Open 2009 untuk anda. Buat pertama kalinya dalam tahun ini, kita dapat saksikan pertembungan antara Roger Federer dan Rafael Nadal di pentas akhir. Perlawanan antara 2 pemain terbaik dunia masa kini. Kebiasaannya perlawanan yang membabitkan mereka berdua agak sengit dan berkesudahan dengan 3 set.

rafael nadal masih dianggap king of clay selepas meraih 3 gelaran atp master musim ini

Gambar - Madrid-Open.com



Tapi senario yang berlaku tadi agak berbeza. Federer, pemain no.2 dunia berjaya menundukkan "King of Clay" iaitu Nadal secara straight set, 6-4 dan 6-4. Perlawanan yang hanya mengambil masa 1 jam 26 minit. Selalunya, masa tu hanya cukup untuk menghabiskan satu set bila mereka bertarung. Kemenangan ini sekaligus menamatkan kemarau gelaran Fedex sejak awal musim ni.


Walaubagaimanapun, kemenangan Fedex sedikit sebanyak dibantu oleh kepenatan yang dialami oleh Nadal. Mana taknya, semasa saingan separuh akhir pada hari sebelumnya, Nadal dipaksa bertarung lebih 4 jam oleh Novak Djokovic. Kepenatan tu agak ketara apabila Nadal tidak beraksi pada tahap terbaiknya. Sering kali hantaran balasnya tak melepasi jaring. Keadaan ni memang jarang sekali berlaku.


Apapun, persembahan Federer pun tak kurang hebatnya. Memang menjadi. Teknik permainan beliau mempunyai seni yang diperlukan oleh seseorang pemain tenis yang sempurna. Tahniah Fedex.


Akhir kata, saksikanlah sekitar warna-warni perlawanan akhir dan upacara penyampaian hadiah Madrid Open 2009 sebagai penutup post kali ini. :p


reaksi roger federer sebaik saja menang madrid open 2009

Gambar - Madrid-Open.com

roger federer bersalaman dengan rafael nadal

Gambar - ATPWorldTour.com


roger federer bersama trofi kemenangan

Gambar - ATPWorldTour.com


roger federer sebaik bergambar kenangan bersama rafael nadal

Gambar - English.Sina.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...