Sedikit perkembangan mengenai Sukan Komanwel 2010. Skuad badminton negara menyumbangkan 3 pingat emas pada hari terakhir kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun. Pingat emas diperolehi menerusi acara beregu campuran, perseorangan lelaki dan beregu lelaki.
Seperti dijangka, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mudah menewaskan lawan memasing.
Lee Chong Wei mengenepikan cabaran wakil England, Rajiv Ouseph 21-10 dan 21-8. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula menafikan impian England yang disandarkan pada Anthony Clark-Nathan Robertson dengan kemenangan 21-19 dan 21-14.
Dalam acara beregu campuran, Koo Kien Keat-Chin Ee Hui berjaya mencipta sejarah badminton negara apabila mengejutkan pasangan lebih berpengalaman dari England. Mereka menundukkan James Nathan-Jenny Wallwork 22-20 dan 21-12.
Malaysia turut meraih satu pingat perak. Ia disumbangkan oleh Wong Mew Choo menerusi acara perseorangan wanita. Mew Choo terpaksa akur dengan kehebatan Saina Nehwal 21-19, 21-23 dan 13-21.
Hasrat Mew Choo untuk menebus kekalahannya dalam acara berpasukan tempohari nampaknya tak berkesampaian. Walauapapun warna pingat yang disumbangkan, tahniah untuk skuad badminton negara.
0 comments:
Post a Comment