Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Memilih Kasut Senaman

12 October 2010 |

Pemakaian kasut yang bersesuaian semasa melakukan aktiviti yang amatlah penting untuk keselesaan dan keselamatan anda. Apatah lagi jika anda ingin bersenam. Pemilihan kasut yang betul boleh mengurangkan risiko kecederaan.

Jadi sebelum abda memulakan senaman, ikutilah beberapa tips memilih kasut ini;


1. Pilih kasut sukan baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki anda. Maknanya, saiz kasut yang dipilih perlulah longgar sedikit.


2. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutupi permukaan kaki sesuai untuk aerobik, badminton dan tenis.


Sukan-sukan sebegini terdedah kepada risiko kecederaan pada jari dan otot pada pergelangan kaki kerana bebanan lebih tertumpu pada tumit.


3. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki dulu. Pastikan ia tak terlalu ketat.

Cuba berjalan dan membongkok ketika mencuba kasut tersebut. Tujuannya untuk menilai sama ada ia selesa pada kaki anda atau sebaliknya.

Tukarkan Kasut Lama Anda - Kempen Youthsays



4. Lakukan pemeriksaan dengan teliti pada keseluruhan kasut. Termasuk pada tapaknya. Pilihlah yang tahan lama.



Sumber tip: Mingguan Malaysia

1 comments:

Unknown said...

[MAKLUMAN]

Untuk menentukan saiz kasut pula, anda boleh rujuk pada artikel ~ 9 Tip Menentukan Saiz Kasut Anda

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...