Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

9 Tip Menentukan Saiz Kasut Anda

20 June 2009 |

Memilih saiz kasut yang sesuai dengan kaki anda amat penting demi keselesaan dan kepuasan yang berpanjangan. Kasut yang sempit atau sekadar muat-muat aje pasti akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Kesannya, kaki anda akan melecet, takpun kematu. Mungkin ada sesetengah daripada anda yang mengalami tumit pecah. Dah la sakit, lepas tu anda mesti rase cam rugi plak beli kasut tu.

Bagi mengelakkan kesilapan lalu kembali berulang dan terus berulang, saya nak berkongsi lah sedikit tip memilih saiz kasut yang sepadan dengan kaki anda seperti berikut;.


foto tip memilih saiz kasut

Gambar hiasan - Al-Ikhsan




1. Elakkan daripada menganggap bahawa saiz kasut untuk semua jenis atau jenama adalah sama.

Contohnya:

Katakanlah saiz kasut sukan yang biasa anda pakai ialah saiz 7 (saiz US). Bila anda nak beli kasut kulit pula, saiz 7 tu belum tentu lagi sesuai. Anda mesti cuba dulu, baru tahu sama ada ia sesuai atau sebaliknya.


2. Semasa mengacu sesuatu kasut, pakailah stoking yang selalu anda pakai. Ataupun stoking yang bakal digayakan bersama kasut tersebut.

Setidak-tidaknya, anda dapat merasakan keadaan sebenar bila memakai kasut itu kelak.


3. Apabila nak menguji kesesuaian sesuatu kasut, pastikan anda berdiri dan menggerakkan hujung jari kaki dalam beberapa ketika. Adakah anda berasa selesa?

Pastikan juga jari kaki anda tu tak membengkok semasa anda dalam keadaan berdiri.


4. Lagi satu, pastikan ada sedikit ruang di antara hujung jari kaki dengan hujung (dinding di bahagian dalam) setiap kasut.

Anggaran yang sebaik-baiknya adalah dalam ukuran 3/8 inci hingga 1/2 inci.


5. Bahagian kaki anda yang paling lebar hendaklah benar-benar muat dan selesa dengan kelebaran kasut tersebut.


6. Usah menganggap bahawa semua jenis kasut kulit akan meregang setiap masa. Ini kerana ada sesetengah kasut kulit yang mudah mengecut dan agak sukar untuk meregang mengikut bentuk kaki anda.


gambar tip memilih kasut 2

Gambar hiasan - MensWear Online




7. Jangan beranggapan bahawa sepasang kasut yang ketat itu akan meregang dan berasa selesa bila anda dah lama memakainya. Ia takkan meregang mengikut saiz kaki anda. Walaupun setelah anda memakainya berbulan-bulan malah walau berkurun sekali pun.

Sebaliknya, kasut yang muat dan selesa dengan kaki anda mesti dapat dirasai sejak awal lagi. Jadi, pastikan anda menyedari keselesaan sesuatu kasut itu sejak awal lagi.

Ingat, ukuran panjang sesuatu kasut adalah tetap. Ianya takkan berubah sama sekali tau.


8. Semasa mengacu atau mencuba kasut, anda berjalan lah pada jarak tertentu. Jalan ulang-alik dalam beberapa kali. Biar sampai anda betul-betul puas hati dengan tahap keselesaannya.

Tujuannya supaya ia selesa dan sesuai dengan bentuk serta saiz kaki anda.

Macam mane nak tau ia betul-betul selesa?

Kasut yang selesa akan melekap penuh pada kaki anda. Tiada sebarang ruang yang terlalu longgar atau pun rasa macam ketat sangat, ok.


9. Ada juga kasut yang didatangkan dengan lapisan tapak dalam dan tapak luar yang agak tinggi berbanding biasa.

Fungsinya adalah untuk memberikan lebih sokongan pada buku lali anda. Untuk itu, pastikan buku lali anda selesa dengan keadaan tersebut.


Setelah mengetahui tip di atas, diharap selepas ini anda lebih arif dalam soal memilih kasut. Tak kiralah sama ada ketika nak membeli kasut lelaki atau kasut wanita. Paling penting, misi anda untuk mendapatkan kasut yang berbaloi-baloi tercapai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...