Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Badminton Terbuka Indonesia 2009: Malaysia Menang

21 June 2009 |

Kejuaraan badminton siri super Terbuka Indonesia telah pun menutup tirainya petang tadi di Gimnasium Istora Senayan. Pada perlawanan akhir tadi, Malaysia turun dalam acara beregu wanita dan perseorangan lelaki. Iaitu diwakili oleh pasangan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dan Datuk Lee Chong Wei. Kedua-duanya cemerlang dan seterusnya melengkapkan hari gemilang Malaysia.

Walaupun terlepas menyaksikan aksi mereka secara langsung, saya tetap merasai bahangnya di sini. Lebih-lebih lagi Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan kali ini. Sesuatu yang jarang kita kecapi. Selalunya pemain China yang mendominasi kebanyakan kejohanan.


Gandingan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty terlebih dulu menghadirkan detik gembira setelah menewaskan wakil China, Chen Su-Zhao Yunlie dengan 21-16, 21-16. Strategi bermain secara "rally" ketika menentang lawan yang terkenal dengan corak permainan pantas dan pukulan deras itu ternyata berhasil.

Dengan kemenangan ini, bermakna mereka berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai ranking dunia.


Kemudian, Lee Chong Wei pula menambahkan kegembiraan penyokong Malaysia di Istora Senayan dengan menundukkan wakil tuan rumah, Taufik Hidayat. Beliau menang dengan straight-set 21-9, 21-14 dalam masa 31 minit.

Kemenangan ini sekurang-kurangnya memulihkan semula reputasi Lee Chong Wei yang sedikit tercalar selepas terkeluar awal di Terbuka Singapura minggu lepas.


Berikut adalah beberapa foto yang diambil dari laman web APImages.Com untuk tatapan anda.


Chin Eei Hui-Wong Pei Tty mempamerkan aksi kemas



Chin Eei Hui-Wong Pei Tty bergambar dengan hadiah kemenangan



Salah satu reaksi Chong Wei



Chong Wei membisikkan sesuatu kepada Taufik selepas tamat perlawanan



Chong Wei bersama hadiah kemenangan




:Keputusan lain:


Beregu Campuran -

Zheng Bo-Ma Jin (CHN) kalahkan Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung (KOR) = 21-17, 8-21, 21-16


Perseorangan Wanita -

Saina Nehwal (IND) kalahkan Wang Lin (CHN) = 12-21, 21-18, 21-9


Beregu Lelaki -

Lee Young Dae-Jung Jae Sung(KOR) kalahkan Cai Yun-Fu Hai Feng (CHN) = 21-15, 21-18

2 comments:

Mat`amiT said...

ya bagus2 menang byk2 lg

Unknown said...

Mat'amiT: Betul...betul...betul! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...