Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

5 Tip Memilih Seluar Lelaki Untuk Majlis Rasmi

05 July 2009 |

Lelaki hari ini kebanyakannya lebih mengambil berat soal imej terutamanya dari segi berpakaian. Malah, ramai yang peka dengan perkembangan fesyen semasa. Semestinya kerana ingin kelihatan "cool" dan "up-to-dated", kan?

Namun begitu, tak semua fesyen yang ada di pasaran sesuai dengan anda. Semuanya bergantung kepada aspek tertentu bentuk fizikal dan warna kulit seseorang. Jangan jadi mangsa fesyen udahlah.

Hari ini, saya nak berkongsi beberapa tip atau panduan untuk memilih seluar khusus buat kaum Adam. Atau lebih tepat lagi seluar untuk menghadiri majlis rasmi. Jadi, sebelum anda nak membeli seluar tu, pertimbangkan dulu beberapa aspek berikut:


1. Aspek potongan seluar secara umum


Jenis potongan seluar yang sesuai pastinya lebih menyerlahkan gaya anda. Antara bahagian seluar yang perlu anda ambilkira adalah bahagian perut dan belakangnya, pinggang, panjang kaki serta lebar bahagian bawah seluar.

Jika anda seorang yang kurus dan tinggi, anda boleh pilih seluar tanpa lisu (lipatan di depan) yang berpotongan agak ketat sikit di bahagian perut.

contoh seluar tanpa lisu

Contoh seluar tanpa lisu



Tapi kalau anda tak suka pakai seluar tanpa lisu, pilihlah seluar yang hanya ada satu lisu saje. Fungsi lipatan di depan ni sebenarnya untuk keselesaan anda ketika duduk. Lagi satu, ia berperanan menyembunyikan apa saja benda yang ada dalam poket seluar anda.

contoh seluar satu lisu

Contoh seluar satu lisu




2. Potongan di bahagian pinggang


Seperti yang disebutkan di atas, fungsi lisu di seluar adalah untuk keselesaan dan memberikan anda lebih ruang di bahagian depan.

Pemakaian seluar tanpa lisu membuatkan anda kelihatan lebih kemas. Tapi, tentu ada di antara anda yang kurang selesa dengan seluar sebegitu, kan? Terutamanya anda yang berbadan gempal atau kurang langsing.

Penyelesaiannya anda pilihlah seluar yang berlisu. Sama ada satu atau dua lisu. Bagi anda yang gemarkan potongan yang lebih longgar dan besar, seluar yang mempunyai 2 lisu adalah pilihan yang terbaik.

contoh seluar dua lisu

Contoh seluar dua lisu



Manakala untuk anda yang berpinggul kecil dan agak leper, pilihlah seluar yang berlisu ni. Ia sikit sebanyak membuatkan anda tampil lebih menarik.


3. Ukuran cawat seluar


Paling penting, saiz atau ukuran cawat seluar mestilah selesa. Sedang-sedang gitu. Tak terlalu longgar atau ketat.

Pastikan pinggang seluar anda berada di bawah pusat. Jadi, jika anda menempah seluar, ambil ukuran cawat melalui kedudukan itu.

Tapi, jangan sampai pinggang seluar anda tu terletak di bawah pinggul plak.


4. Lipatan pada hujung kaki seluar


Kalau anda memilih seluar tanpa lisu, lebih sesuai jika seluar itu tak mempunyai lipatan di bahagian kaki.

Sebaliknya, kalau memilih seluar yang berlisu, elok juga mempunyai lipatan di bahagian hujung kaki. Sama ada anda rendah mahu pun berketinggian sederhana, semua orang boleh bergaya dengannya.

contoh seluar berlipat di hujung kaki

Contoh seluar berlipat di hujung kaki



Cuma satu perkara yang penting ialah saiz lipatan seluar itu sendiri. Jika anda agak rendah, ukuran ketinggian lipatan itu hendaklah antara 1 ke 2 inci saja.

Andainya ketinggian anda sederhana pula, ketinggian lipatan itu hendaklah di antara 1 ke 3 inci.


5. Ukuran panjang seluar


Sebenarnya tiada ukuran panjang seluar yang tetap. Semuanya terpulang kepada pilihan anda sendiri. Paling penting, penampilan anda tak terjejas atau nampak pelik.

Cuma selalunya "full break" dan "slight break" yang menjadi pilihan. Potongan full break ni dikatakan oleh sesetengah pakar fesyen lebih sesuai untuk anda yang tinggi lampai.

Full break ni maknanya kelepet seluar anda mencecah bahagian atas tumit kasut anda (pada bahagian belakang). Manakala di bahagian hadapan, sudah tentulah ia mencecah dan menutup sebahagian kasut anda. Ukuran panjang bagi seluar berpotongan slight break pula adalah kurang 3/4 ke 1 inci daripada full break ni.

Tapi ada juga individu yang sukakan gaya "no break". No break ni bermaksud semasa anda berdiri tegak, kelepet pada kaki seluar hanya mencecah bahagian atas kasut. Sudah tentu ia menampakkan stokin anda.

Jika anda menempah seluar tersebut, mintalah nasihat dari tukang jahit yang berkaitan. Tanyalah beliau ukuran panjang yang bagaimana sesuai dengan fizikal anda.


Semoga dengan tip memilih seluar lelaki di atas dapat mematangkan anda ketika ingin memilih, membeli atau menempah seluar kelak. Matlamatnya supaya anda dapat pakai seluar tu sampai puas. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...