Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

7 Tip Sebelum Beli Kereta Siri 2

17 December 2008 |

Sekarang saya sambung terus 7 tip sebelum beli kereta yang tertangguh tu yer. Ok, teruskan membaca. : )


4. Kemudahan mendapatkan alat ganti

Kemudahan mendapatkan alat ganti memang penting. Kalau susah, mungkin ia akan menyusahkan anda kelak.

Biasanya, alat ganti untuk kereta tempatan lebih mudah untuk dicari. Cuma anda perlulah lebih berhati-hati agar tak ditipu oleh peniaga yang menjual alat ganti tiruan.Kalau ori cakaplah ori dan begitulah sebaliknya, kan?

Kalau anda penggemar kereta buatan Jepun dan Eropah, boleh dapatkan alat ganti terpakai untuk harga yang lebih murah.Kemudian periksa juga keadaannya. Jangan main sebat jer.


5. Jaminan dan khidmat selepas jualan

Sekarang ni rasanyer dah banyak syarikat yang menyediakan jaminan untuk tempoh yang lebih lama. Justeru itu, ada baiknya anda memilih syarikat menjual kereta yang menawarkan perlindungan menyeluruh.

Antaranya pakej servis dan alat ganti. Dengan itu, anda tak perlu nak runsing pasal kos pembaikan atau servis berjadual untuk beberapa tahun.

Lagi satu, anda juga perlu teliti dulu pakej yang ditawarkan. Kekadang ada juga syarikat yang ambil kesempatan di situ. Mereka mengenakan charge yang lebih tinggi plak. Jadi, anda seharusnya lebih bijak daripada mereka. :D




6. Cukai jalan dan kadar bunga pinjaman

Setiap tahun, anda pasti akan bayar cukai jalan. Jadi masukkan perbelanjaan nie dalam belanjawan anda sebelum nak beli kereta.

Bagi kereta di bawah 2000 cc, kadar cukai jalan yang dikenakan masih berbaloi. Manakala bagi 1000 cc ke bawah, bayaran yang dikenakan lebih kurang RM30 kalau tak silap.

Selain cukai jalan, jumlah bunga pinjaman yang perlu dibayar pun perlu dibandingkan. Kalau anda diberikan kadar terendah, tu sudah bagus. : )


7. Cari info tambahan

Jika anda masih ragu-ragu, dapatkanlah maklumat tambahan daripada individu yang sedang atau pernah memakai model kereta yang anda nak beli tu. Minta pendapat mereka. Apa kelebihan atau kekurangannya.

Selain tu, anda boleh belek suratkhabar (ruangan auto), majalah, laman web, forum dan ahli kelab kereta tersebut. Kumpul semua maklumat tu dalam satu fail khas. Senang nak rujuk nanti.

Penilaian yang teliti pastinya akan memberikan kepuasan dan pulangan wang yang telah anda laburkan di kemudian hari.

Akhir kata, diharap tip kat atas dapat menambahkan idea anda sebelum buat keputusan untuk membeli kereta. Jadilah pengguna yang bijak!

Sumber gambar: kereta.info


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...