Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

7 Tip Sebelum Beli Kereta

15 December 2008 |

Sebelum anda buat keputusan untuk beli kereta, ada baiknya pertimbangkan dulu beberapa aspek penting. Sama ada dari sudut positif mahupun negatif. Anda perlulah buat sikit kajian dulu mengenai model kereta yang bakal dibeli kelak.



Al-maklumlah..... skang ni terlalu banyak sangat model kereta yang ada kat pasaran tue. Rambang gak mata nak pilih yang mana satu. Selalunya, setiap orang tentu dah ada beberapa pilihan yang asyik bermain-main kat fikiran. Cuma tinggal buat keputusan muktamad jer.

Bagi mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang kurang berbaloi, saya akan share 7 tip yang perlu diambilkira sebelum membeli kereta.


1. Kenalpasti tujuan asal

Apa sebabnya anda nak beli kereta? Sama ada untuk kegunaan keluarga ataupun memudahkan anda ke tempat kerja ataupun sekadar menunjuk-nunjuk?

--- Ataupun kedua-duanya sekali.

Kemudian, anggarkan berapa jarak perjalanan dalam sehari. Iaitu perjalanan pergi-balik.

Daripada jawapan di atas, anda dah boleh senaraikan beberapa jenis kereta yang sesuai dan mampu milik. Lagi bagus kalau anda dapatkan brochure. Ini memudahkan anda membuat perbandingan. Analisis apa kelebihan dan juga kekurangan setiap jenis kereta.


2. Tentukan belanjawan berkaitan

Bila dah puas memilih, anda perlu senaraikan dan rancang belanjawan untuk kereta tersebut.

Perbelanjaan ni semestinya merangkumi bayaran bulanan, penggunaan petrol, servis, alat ganti, insurans dll.

Satu tip untuk membayar ansuran bulanan adalah jumlah bayaran tu mestilah tidak melebihi 1/3 pendapatan bulanan anda. Maksudnya kalau gaji anda RM1890/bulan, bayaran ansuran tak lebih daripada RM630.

Kalau kurang daripada tu, lagi bagus. Anda boleh simpan dan gunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang tak diduga.


3. Jangan lupakan perbelanjaan petrol

Perbelanjaan petrol adalah seperkara yang mesti anda masukkan dalam belanjawan ni. Walaupun kenaikan harga minyak dijangka turun lagi. : )

Bagaimana kadar penggunaan petrol sesebuah kereta tu. Begitu juga dengan tahap penggunaannya. Adakah ia lebih menjimatkan atau sebaliknya.


Cuba anda amik contoh dua jenis kereta yang berlainan. Iaitu kereta A dan Z.

Katakan kereta A lebih murah daripada kereta Z. Namun begitu, penggunaan minyak kereta Z pula lebih menjimatkan. Jadi anda harus meneliti sedalam-dalamnya hal ni. Biasanya, kos penggunaan petrol adalah melebihi 50% bayaran ansuran bulanan kereta.

Nanti anda boleh aggarkan dengan mengambilkira jarak perjalan dalam sebulan skali. Kira jangan tak kira. :p

Anda tentunya pernah dengar yang kereta auto lebih baik digunakan kat area bandar. Tapi, satu fakta yang perlu ada tahu adalah kereta auto lebih kuat pakai minyak berbanding dengan kereta manual.


Opps...saya nak berhenti setakat ni dulu. Nanti saya sambung lagi. : )


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...